Wednesday, April 29, 2009

gelak vs nanges

kisah di petang isnin.

3 sekeluarga, on the way balik umah, terjumpa ngan budak kecik naik motor. dialognya:

me : ish ish ish, budak lagi naik motor. hebatlah dia tu dpt naik motor (ayat perli)

mr s : wassehhh, langgar bonggol siap berdiri tu, rosaklah motor ayah ngko

me : eh apa benda jatuh tu bang, tah2 beg duit dia, bentilah bang (benda tu sebijik mcm kantung yg org pompuan keja gomen selalu heret masa ari jumaat pegi sogo)

mr s berhentikan keta, keluar dr keta, pegi ke belakang keta, dan ambik, bwk dlm keta, letak kat kaki isteri terchenta. isteri terchenta jenguk ke kaki.

me : apa ni bang, kain buruklah, abang ambik buat apa? (masa ni dah senyum simpul)

mr s : dah, nnt kalau x benti ambik, awak kata lak, sian budak tu abang, abang x ambik beg duit dia jatuh, kalau abang x ambik tah2 japgi indon yg buat keja kat dpn tu ambik (tiba2 fitnah pekerja asing, apa kes)

me : la, kalau dah benda ni x payahlah ambik

mr s : entah, abg pun nampak sebijik cam kantung tu kan

me : tu lah pasal (masa ni dah x tahan dah) aku gelak sampai x dak bunyi, keluaq ayaq mata sajorkkk. gila betoilah, rifqy yg x tau apa2 tu pun, tumpang gelak gak bila tgk mommy dia gelak

prihatin x kena ke tempat, benda tu hanyalah t-shirt yg telah dipotong kepada 2 bahagian, benda tu lah yg dikutip oleh mr shaifull, punyalah lurus laki aku ni dlm bab2 camtu, kalau bab lain x lurus camtu lak. dah nampak kata kain buruk, buat apa lah p ambik, buat2lah jenguk kat tayar keta ke, apa ke, lgpun bukannya ada org pun kat situ.

harulah. lepas puas gelak, masuk umah, aku sambung gelak lg. pastu sambil layan anak main2.

layan anak main, anak pun lari2, sekali terpijak belt dia kat atas lantai, bub terjatuh, pastu dtg kat aku. aku gosok2 kepala dia, pastu dia tunjuk kat kaki, apa kaitan plak, sekali aku tgk kat atas lantai dah bercop2 darah dia, aku tgk kaki dia, la luka lah. rupanya rifqy terpijak besi belt dia tu. sian dia.

sepanjang malam dia nanes ja, kami letak minyak gamat, pastu pasang plaster, nak pasang plaster punyalah siksa, mcm nak bersunat kekdahnya. last2 aku pegang kaki, mr shaifull yg pasangkan. ha ambik hang, terpaksa bergilir2 kami dukung budak tu, asyik dok ek ek ek ja, sakit agaknya. sudahnya aku el semalam (selasa).

tu lah dia, gelak byk2, last2 nanges. sekian sahaja cerita isnin saya.

3 comments:

attyfir said...

selalu org ckp camtu kan..kalo banyak tawa tanda nak menangis..

sian rifqy

mrs shaifull said...

atty - tu lah pasal, kadang2 saya rasa saya yg bodoh dan x pandai jaga anak :(

Anonymous said...

haa mula la tu, nk kata diri sendiri bodoh..xpe, dugaan tu, so next time kita akan jd lebih hati2 kann, tak gitu..