Friday, April 17, 2009

rifqy





dah lama x update pasal rifqy kan, dah byk benda yg dia "pandai" buat sekarang ni. antaranya:

a. cakap thank you dgn cara imaginasi dia sendiri, "toto"

b. bertindak mengikut arahan, contohnya "rifqy, bak sini botol susu tu, mommy nak
basuh, rifqy, tolong ambik remote tu (dia akan bawak semua remote yg ada, remote
tv, remote astro, dan remote dvd), rifqy, close the door, rifqy, comb ur hair.
ada gak waktu dan ketikanya dia x ikut arahan, contohnya, "rifqy, jgn main brg
mommy, dia main gak, dan x peduli langsung dgn arahan aku tu"

c. dah pandai tarik sejadah bila aku masuk toilet utk ambik wuduk, dia plak siap2
tolong ambik sejadah dan telekung aku. dulu dia suka berdiri kat depan bila aku
solat, tp bila sekali dah "kena" dgn aku, la ni dia x buat camtu lg, x kacau aku
lg

d. bila aku simpankan shampoo dan shower gel dia kat bilik air lepas mandi, dia akan
cakap "toto" gak kat aku, tu yg buat hati aku sejukkkkkk ja

e. dah boleh sebut kakak, baby, mommy, ayah, tok, chaq, su (paksu), shu shu (susu),
shu (shoes), cak (cicak), nak nak nak, tut (kentut) hehehehe, ok (poo poo), pastu
tah apa2 lg lah bahasa imaginasi dia

f. dah pandai guling2, hentak2 kaki kalau kehendak dia x dipenuhi, hehehehe aku
bangga, sbb ada gak yg mewarisi aku :)

g. dah pandai siram pokok tp x nak lepaskan hos tu, kalau boleh nak siram sehari
semalam

h. dah pandai behave bila mommy ngan ayah makan, kat umahlah, kalau kat luaq still
kena ikut turn gak

i. dah pandai ba cak kan mommy ngan ayah kat celah peti ais

j. dah pandai ambik pen dan note book dlm handbag mommy, konon2 nak tulislah

k. dah ada drawing book sendiri, dan rifqy dah mula "tulis" dlm tu, tp mommy mtk
ayah simpan dulu pensil warna tu, sbb rifqy bukan setakat tulis kat kertas tu
je, tp dah sampai ke tapak tangan, sampai ke baju seluar sekali


setakat ni, tu je lah yg aku ingat pun, nnt kalau ada lg yg kemudian2, aku update lg lah kat sini. mmmm

7 comments:

atty's said...

tak lama lagi..pandai minta kete remote lak.hehheheee.

CT NORAMIZA said...

atty - eee mintak2 jgnlah :)

nanadanny said...

comei betui la budak rifqy ni...)

bukhairiah said...

rifqy dh braper thn ek...mcm baya2 anak ummi jer...stahun 10bulan..

CT NORAMIZA said...

mrs bubu - rifqy dah 1 thn 6 bulan 2 minggu 3 hari hehehehehhee....

Anonymous said...

ooo sethn setengah dh rifqy...comei2! tt, hg buat cemana bila nk solat dia main kt dpn? berbuih mulut aku kata kt iqram, dia main jugak kt dpn aku, kadang2 dia bwk keta dia naik dpn aku..kenalah aku sengeeeeeeeet skit bdn tu hehehe...

~effa~

CT NORAMIZA said...

effa - kalau dia duk ja statik dpn aku waktu aku nak sujud tu kan, aku anjak setapak ke tepi, agak2 blh sujudlah, selalu gak jadi kejadian camtu, aku tanya ayah aku, dia kata boleh buat camtu.

dahlah kita ni jenuh "bang" baru nak semayang, dia plak senang2 ja dok kacau orang, kadang2 kena lepuk gak ngan aku :)