Thursday, June 25, 2009

al-fatihah

pagi ni, on the way ke ofis, hp aku bunyik, dan lagu kat tepon cabuk aku tu aku kenal sgt, mesti call dr mak/ayah, aku mmg set camtu. bila aku dengaq ja bunyi tepon di awal2 pg, baru 6.40 masa tu, hati aku dah x tenteram, x aman.

dan ari ni sekali lg mak call aku dengan suara org baru lepas nangis. aku x keruan, aku terus bg salam, terus aku tanya, "awat mak?". kan aku dah kata, kami selalu berhubung di awal2 pg, tp x lah sepagi camni. mak bgtau aku, "sat2 masa mak baru lepas semayang subuh, x dan keluaq dr telekung lg, tepon bunyi, ngah bgtau, ngah ani dah takdak". innalillah...

pastu aku jadi down sgt, aku jd letih dengaq camtu. aku sedih. sedih sbb ngah aku (my mom's cousin) tu, depa mmg adalah loving couple, walaupun dah tua. dr aku kecik lg, aku mmg dah biasa sgt dgn family ngah, sbbnya asal ngah dtg umah mak dia (sebelah umah arwah tok aku), mesti aku akan ikut dia balik jelempok, arau. sbb aku suka ikut dia???

sbbnya aku suka kawan ngan anak dia, kakchik nina, bangchik faizal (sebaya aku) n bangchik hanif. dia pun suka angkut aku balik.

ari tu depa balik dr cameron highland, ngah ani call aku, dia kata nak mai umah, aku kata oklah. mr shaifull masak siakap stim, depa makan bertambah2, sedap sgt siakap stim tu, sampaikan kakchik nina mintak resepi dr mr shaifull. dan ari tu masa aku sakit last january, dia mai melawat aku kat umah. dia masih dok cerita dan ulang kisah ikan stim yg sedap tu.

masa kat umah aku tu, bila aku jemput depa makan, ngah ani kata kat aku, satt, ngah dlm toilet, tunggu dia sekalilah. dia mmg nak sekali ngan ngah lelaki walau mcm mana pun, bila bercakap ngan ngah lelaki, depa suka bergelak tawa sesama depa, x penah aku tgk depa bermasam muka, yg aku tau dan seingat aku, ngah 2 2 org tu mmg suka gelakkkk ja, x kira ngan sapa2 pun.

depa panggil aku, adik mija, panggilan manja dr adik miza. ngah aku mmg camtu, dia suka macam manjakan kami. bila kami p, ada ja hidangan tu hidangan ni ataih meja depa. depa memang meraikan kami setiap kali kami p umah depa. tp semua x dak lg lepas ni. yg tinggal hanyalah ngah di umah tu. aku x terbayangkan mcm mana perasaan dia nak duduk sorang2 lepas ni, sbbnya selama ni depa mcm belangkas, x penah berpisah...

apapun, aku doakan arwah ngah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. we're gonna miss u ngah...

utk ngah pa, kakchik nina, bangchik faizal, dan bangchik hanif, sabarlah dgn dugaan ini, sesungguhnya dr Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali.

Al-fatihah.

8 comments:

Diana@Mama Adam Mukhriz said...

alfatihah

CT NORAMIZA said...

diana - :(

ymn said...

al fatihah..

CT NORAMIZA said...

ymn - tq :( saya masih dlm keadaan x percaya lg

honeylanz said...

takziah dan al-fatihah.

CT NORAMIZA said...

has - terima kasih :(

zailamohamad said...

takziah & al-fatihah..semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman..amiinnn...

CT NORAMIZA said...

zaila - terima kasih, insya-allah