Thursday, December 10, 2009

selamat pengantin baru!

mmg penat gila travel ke batu pahat ari tu, dahlah check in hotel kul 11 mlm, sila ambik pengajaran, simpan cuti utk hari depan. (peringatan utk diri sendiri).

sampai kat hotel, terus ambik kunci bilik, terus p makan kat seafood mana tah, bakal pengantin bawak, sedappp. makan x hengat dunia, maklumlah kena drive dr ayer keroh sampai pelican hotel, batu pahat. (cakap mcm kena banting padi seguni) gambaq hotel x snap, tima kasih kat diri sendiri gak, sbb battery baru sebeban dlm travel bag tu, aku ambik, letak kat bawah katil dgn alasan x nak beratkan beg, dah 1 hal on the way nak ke masjid singgah merata kedai cari battery. x pasai2 kena zikir ngan mr shaifull.

hotel adalah ok bg aku, kami bahagi2kan, 1 bilik utk ladies, 1 bilik lg utk ayah n the geng. anak buah aku sibuk nak tukaq bilik, bukan setakat anak buah, ngan mak aku sekali kalut nak pindah bilik, nak bilik ayah sbb bilik tu ada bath tub n luas, x mcm bilik kami, dgn 2 katil single, tp yg penting aku suka hotel ni sbb toilet adalah bersih. sudah2nya aku guna kuasa veto, dahlah letih p ofis, x sempat rehat, teruih drive sampai ke batu pahat, pastu dah sampai terus p soru, dah balik bilik nak mandi n tunaikan kewajipan, depa plak kalut nak tukaq bilik, mana boleh jadi, 'tdoq sini ja lah'.

meriah sgt perkahwinan org johor ni rupanya, byk adat walaupun masjid tempat akad nikah tu adalah menyedihkan, kami terkejut gak mula2, aik mcm x penah guna ja masjid ni, tp redha ja lah, dah tempat org kan.



ambik berkat, kita mulakan ngan gambaq en abdul aziz & pn musalmah :) heheheh...



sila abaikan tudung aku tu, sementara nak sampai ke masjid tu, rifqy pusing sana pusing sini, tu lah ni lah, dah x 'seindah biasa' :) wargahkahkahaka waktu bergambaq sila jaga diri sendiri, mommy nak posing ala2 single :)





gunakan tech yg ada, so x payah bersusah payah nak tepek satu persatu :) thanks to zaila.

benda yg paling bodoh aku penah buat kat kenduri cousin aku, aku x bergambaq langsung ngan pengantin, terima kasih byk2 gaklah atas 'kebodohan' yg aku cipta sendiri ari sabtu ari tu :( siap ada majlis serah anak, nasib baik perlis x buat camtu, kalau x jenuh nak tunggu aku baca satu perenggan tu sehari semalam, ya lah, mana nak control cantek lg (cantek ker), mana nak baca lg, mana nak lap ayaq mata lg.



dah alang2 depa duduk kat tangga tu, aku snap ja lah, blh letak dlm majalah mangga edisi raya :) kihkihkih... mmg klasik sungguhlah tangga tu. ashrar (cousin aku), fathen (my niece), yg lg sorang tu x payah diperkenalkan lg lah kot, pelakon tambahan kat blog aku ni, x lain x bukan, adik :) clap clap clap



x nak kalah, kawan2 adik aku, dr jb & segamat kalau x salah, dr kami kat masjid, sampailah kami dah nak balik kl, barulah budak2 ni sampai, aku x tau depa ikut jalan mana, p u-turn kat tol sg besi dulu kot :) tu ja lah kot sekitar majlis yg aku p ari sabtu lepas, sabtu ni aku x balik. mintak2 majlis kat kangaq nnt meriah cam kat batu pahat gaklah.

pada org batu pahat, terima kasih sgt2 di atas layanan anda, mmg selesa. utk semua cousins aku, next time kalau ada 'gathering' camni lg, harap2 dpt semua menghadirkan dirilah, jgn menguzurkan diri plak, x happeninglah :)

p/s : selamat pengantin baru utk adik shakir & adik elly. adik elly, welcome to our family!

7 comments:

Anonymous said...

time mcm nila ambik kesempatan kenal dgn sedara yg jauh yg payah nk bersua muka kan...

yanz said...

ct, time aku kawin dulu pon ada 'akad' serah anak jgk, skrg ni mmg byk tempat dh buat...smbil dok baca, smbil menitik ayaq mata...heheheheh...

eh, batu pahat tu area kg mana...adik aku nanti kawin dgn org peserai, batu pahat. kenduri bulan 2, nanti aku jemput korang mai umah lagi nooo....date dh ada, 7.2.2010. silap laa depa ni, kalau pilih time raya cina kan, cuti pjg...huhuhuh...

mrs shaifull said...

has - betul tu, kalau time lain, liat sgt :)

mrs shaifull said...

yarn - umah mana? kalau melaka, zasss dgn pantas aku datang :) aku kan pengunjung setia.

cousin aku tu, semerah, batu pahat, dkt gaklah ngan pekan batu pahat, x sampai 15 minit pun perjalanan ari tu

yanz said...

heheheh, ct, kt mlaka laa, bandaraya bersejarah tu...ok, kalau kad dh siap, nanti aku bg laa ek...

mrs shaifull said...

yarn - heheheh tenkiu

Khairul Shakir said...

pergh,msuk blog rupenye cite kawin ni,hehe,thanx pd sume yg dtg jhr hr tu,kat prlis pun,tp skrg da blk sbh..jauh blk...waaa..nak pindah...