Friday, April 17, 2009

9 years oledi...

hari ni, 17 april 2009, genaplah sembilan tahun service aku dlm gomen. hmmm lama tu siot, rasa mcm dah tua sgt kan, padahal BARU 30 thn umur aku. eleh jgn nak cebik2 mulut, 30 tu masih muda ok (ayat menenangkan perasaan sendiri).

dan selama 9 thn aku keja ni, dah mcm2 tempat, dah mcm2 bos yg aku entertain. memandangkan aku tgh x dak keja ni, bos pun meeting kat atas, apa kata aku corat coret sket kat sini pasal keja aku sekian lama 9 thn ni.

mula2 masuk keja dulu, first day tu aku ingat lg, dah gigih cari rumah/bilik utk disewa dgn kawan baik aku, nurul. punyalah takut kena stay dgn kawan baik ayah aku kat pulapol jln semarak. dan atas usaha gigih aku tu, dptlah satu bilik ni, master bedroom kat jln beluntas, medan damansara. mmg best gila kat sini. mcm2 benda aku lalui, tempuhi, dan kat sini gaklah mcm2 kenangan tercipta dlm hidup kami.

aku rasa kan nurul mesti setuju dgn aku benda ni kan, BIARLAH RAHSIA, alah, apa salahnya sekali sekala feeling ala2 datuk siti nurhaliza kan. bukan kena bayaq royalti pun.

eh melalut plak pompuan ni. oklah, first boss aku, pompuan, punyalah garang, masa tu, aku hanyalah pa pool sahaja, dan nurul adalah pa sebenar boss tu, dan bila nurul cuti ja, terpaksalah aku mengadap puan singa ni, ya allah, dia punya pantang larang dgn aku, punyalah banyak, sampaikan apa yg aku pakai pun dia nak tegur, org lain pakai x pulak dia kisah, biasalah, dia masih anak dara masa tu, paham2 sendiri lah uols.

dan 4 ke 5 bulan lepas tu, aku ditarik ke tingkat 7, masa ni aku kat housing & local govt, aku diarahkan utk jadi pa kepada Director General, masa ni jaga dato', masa ni mmg best sgt, bukan sbb dato' tu baik, tp sbb dia professional gila buat keja, dan secara otomatiknya, aku pun kenalah jadi pro mcm dia gak kan? (poyo kan aku)

saat yg bahagia dtg sekejap saja, chewah, bos ni bertukar ke SPA, aku dpt bos baru lg, dato' gak, tp yg ni ya rabbi, mmg baik gila dgn aku, datin pun baik gak, selalu mai melawat aku kat ofis, dan boleh dikatakan aku dgn driver dato' ni, hari2 mkn free, sbbnya dato' ni kurang sihat, so setiap hari dia mintak aku turun belikan lunch utk dia, dan dia akan paksa aku belikan utk diri sendiri dan utk driver dia sekali. ada lah sekali dua kot aku beli utk diri sendiri, yg selebihnya aku tipu aku dah kenyanglah apa lah.

padahal aku beli sendiri, aku x suka ambik kesempatan di atas kebaikan org lain ok. sampailah satu ketika tu, bos aku ni kena operation, aku plak ada course kat kuching (dan jugak dating, 2 in 1) hehehehehe... boleh plak, sedar je dr operation tu, dia blh tanya staff2 yg dtg melawat dia tu, "ct mana, dia x datang ke"? masa tu rasa mcm nak menitik ayaq mata, dia ingat kat aku. apa lah khabar bos aku tu sekarang ni? aku doakan dato' dan datin sekeluarga sihat.

lepas tu, bos aku ni terus buat pilihan bersara awal. dan masa aku tgh honeymoon nak tunggu bos baru datang ni lah, aku dpt arahan baru, kena bertukar ke pej tim menteri plak, aku hangin masa ni, sbbnya aku rasa mcm batu kat jalan plak, suka hati je sapa2nak sepak dan tendang dan terajang aku. tp nak x nak, kena gaklah aku ikut arahan tu.

kat sini pun best x terkira, aku dpt bos yg very humble, datuk m kvs. on my wedding day, konon2 dia nak surprisekan aku lah, nak dtg secara mengejut, sekali dia yg kena surprise, dia missed flight, sbb ada meeting sblm tu kat kl, punyalah nak surprisekan aku, sanggup dia mintak SUS dia yg booked kan tiket tu. padahal tu keja aku sebenaqnya. apa2 pun, thanks datuk sbb antaq gak wakil dia, orang PPP dr sp. dah ptg sgt wakil dia tu sampai, tp apa2 pun, i really appreciated his effort to come.

dan bila datuk kena pindah ke putrajaya, aku nak diheret sekali, tp aku x nak terlibat masa tu, sbbnya aku dah kawen, dan kalau boleh nak stay dlm kl sahaja. 2 thn selepas tu, dia masih cari aku lg, offer kat aku quarters di putrajaya, kalau aku nak, dlm 3 hari camtu dah boleh move in. bodyguard dia punyalah bersungguh2 call aku sehari 2 3 kali sampai aku x tau nak jawab apa lg. tp ayah aku x berapa setuju, sbbnya, ayah kata dia politician, apa2 pun boleh jadi di kemudian hari.

and yes, ayah was right. nasib baik aku x ikut. dan selepas tu, aku ditarik ke admin, jadilah pa kepada pengarah admin, kat sini mencabar minda aku sungguh, sbbnya, time makan aku mmg terjejas, kadang2 beli makanan utk bfast, tp kul 11.30 baru aku mula makan, sibuk dgn soalan parlimennya, dgn ucapan menteri lg, dgn function yg terpaksa diuruskan oleh admin lg. mmg penat. x masuk dgn keja2 personal yg terpaksa aku buat lg.

pegi bank in duit nursery wife bos aku, sekali bawak 4k 5k, aku redah je jalan sorang2. kadang2 bos ada meeting kat luaq, dia call aku suruh bank in duit utk anak dia kat mrsm, 300 400, aku dahulukan duit aku, balik baru dia bayaq. kadang2 menteri x sempat nak tgk teks ucapan dia kat ofis, so dia nak edit kat parlimen, bukan setakat bos aku, dgn aku aku sekali terheret ke parlimen, sbbnya nak suruh aku type sambil menteri edit kat situ.

ada sekali tu, admin sibuk dgn program LAMAN, aku terpaksa blk lewat, padahal masa tu aku bleeding, dan akhirnya lepas hari tu, aku mc sebulan, sbb ectopic pregnancy. punyalah mr shaifull mengamuk dgn aku, sbb aku x bgtau bos aku nak balik awal, nak pegi klinik, last2 mak aku call, aku ingat lg aku nangeh, mak tanya pasai pa nangeh, shaifull marah aku jawab.

pastu mr shaifull bgtau mak, manalah saya x marah mak, dia pentingkan keja dr kesihatan sendiri. masa tu ya, mmg aku mementingkan keja, tp apa yg aku dpt x setimpal dgn apa yg aku buat, apa yg aku korbankan. i was very upset dgn bos aku yg ni. nvm, benda dah berlalu kan. dan aku mintak transfer dr situ, dan aku terlontar ke macres.

di macres, mencabar minda, jiwa raga bakul semualah. mmg tension gila kat sini, cukuplah setakat tu ja aku cerita, x perlu lebih2, dan sekali lg aku mintak transfer, last sekali aku terlontar ke sini, pw dept. legaaaaaaaaaaaaa. aku betul2 kat city centre. jalan sket ja aku dah sampai sogo, jalan sket ja, aku dah sampai kat jalan tar, jalan sket ja aku dah blh naik lrt ke klcc.

fuhhhh heaven beb. dan lebih heaven lg, bos kat sini, ok. environment pun ok. dan tgklah sampai bila plak aku nak setia ngan ofis ni, mana tau, dah boring2 nnt aku mtk transfer lg. :)

apa pun, 9 thn bukanlah masa yg pendek, tp panjang bg aku, dah mcm2 benda yg aku dpt, pengalaman, kawan2, suami, anak heheheheehhee... kira pakej tu. harap2 byk lg aku akan dpt sepanjang perkhidmatan aku dlm gomen ni kan, insya-allah.

9 comments:

bukan datin said...

ha'ah ler....baru teringat hari ni ulangtahun kita yg ke-9 keje dgn gomen. meh bangga untuk diri sendiri. paklah pon tak sempat sambut ulangtahun ke-9 tauu....opppsss terlebih sudah. i'm sorryyyyy..

ku masih setiaaa biarpun takdir mencabarrrr kita terpisaaahah....setiaku di sini dah 9 thn. entah2 sampai pencen aku kat sini? wkaghahahahah

mrs shaifull said...

tu lah pasal, lama no

nanadanny said...

ish, byknya pengalaman hg ct klu nak dibandingkan ngan aku...chaiyok2
lor, yg x tahan tu bleh sebut lagi sogo, klcc, jalan tar, jeles aku aihhh:)

mrs shaifull said...

nanadanny - tu lah untungnya office kat tgh town ni :) hehehehe duit pun merelaih gak

mas said...

tang MACRES tu, tau sbb ape......
xpe, asal akhirnya senang kemudian...

mrs shaifull said...

mas - :) mas mcm mana, sihat x? bila due?

Anonymous said...

tahniah!diam tak diam dah 9 tahun berkhidmat as a govt servant..it's an interesting story you have there..

apa yang penting,pengalaman tu,kan?baru la ada adventure sket dlm hidup,kalau monotonous nanti boring..

i know,i know..godaan memang kuat kalau office/rumah dekat dgn shopping area..apa nak buat,perempuan kan..hehehe

regards,

NA

mrs shaifull said...

NA - dr ayat awak tu, saya nak test powerlah, awak ni lelaki kan? x de blog ke?

Anonymous said...

i'm a woman,just like you..in fact,we are of the same age..thanks for guessing,though..:)

blog i belum ada..