Monday, June 22, 2009

happy father's and mother's day!



happy father's day utk ayah! atiey sayang ayah selama-lamanya.

yg aku ingat, bila aku ada masalah, aku akan rujuk kat ayah, tp kalau nak mengadu hal, mesti aku cari mak. tp bila aku sedih, tertekan, x tau hujung pangkal, serabut, masa tu aku akan cari ayah.

dulu, bila aku tension kat office lama, bila aku dicaci sbb x dpt anak, mula2 aku bertahan, bertahan, bertahan, cerita kat mr shaifull, tp semua tu x byk membantu, sampailah satu hari aku betoi2 mmg x boleh bertahan, masa tu aku cari ayah, aku menangis menangis menangis, dan apa yg aku tau, bila aku menangis, aku suka cara ayah menangani kesedihan aku.

bg aku, ayah tenang, dan ketenangan ayah tu lah yg membuatkan aku selalu nak cari ayah bila2 masa yg aku rasakan aku bukan dlm ketenangan. dan aku senang bercakap dgn ayah, sbb bila ayah bg nasihat, ayah x emosional. ayah lelaki yg paling aku hormati, sayang, ayah segala2nya bg aku. selain dr mak, ayahlah insan yg paling aku sayang selain dr family aku sendiri.

semoga allah panjangkan umur ayah dan mak, sihat selalu, diampunkan segala dosa, selamat di dunia dan akhirat...




kalau mak plak, tempat aku mengadu, tp tu dulu, la ni bila aku dah jadi ibu, bila aku pun dah matang, bila aku pun dah tua (sedaq diri seketika), aku cuba jadi pendengar utk mak aku, kalau dulu dia byk mendengar, now it's my turn to be her shoulder to cry on. segala2nya mak bgtau aku. dr sekecik2 benda sampai sebesaq2 benda.

walaupun kadang2 aku rasa seolah2 x dak sapa nak dengaq luahan hati aku, tp aku x kisah, biaqlah aku jadi lilin, membakar diri sendiri utk menerangi org lain, biaq org lain bahagia, walaupun aku sendiri terumbang ambing dengan masalah aku sendiri. selagi aku blh bertahan, akan aku pertahakan benteng kekuatan diri aku tu, aku kena kuat, walaupun sebenarnya aku x lah sekuat mana pun.

dan yg paling penting aku kena sabaq, sbbnya lately ni byk betoi benda yg mencabar kesabaran aku yg hanyalah senipis bulu ketiak mr shaifull. x pa, aku cuba bertahan, utk mak, sama gak, atiey sayang mak dunia dan akhirat, semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah. ayah & mak, i love u so much...

4 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Ibu dan Bapa juga buat Pakcik dan makcik. semoga sentiasa sihat dan berada dalam lindungan ALLAH selalu. memang mak ngan ayah hang best siti sepanjang aku mengenali family hang terpancar keikhlasan di air muka diaorg. aku tak pernah ada mak angkat sebelum ni tapi bila dah kenal hang, dpatlah mak angkat yang sporting dan sekepala best tau mak hang ct....mmmm rindu suasana bujang dulu kan dok ikut hang balik perlis, naik keteapi smpai dah ada kancil hang dok ikutlah hang kan.....selmat hari ibu gak kat hang dan hari bapa kat mr shaifull....Rifqy dok mandi swimmng saifull dak?

nanadanny said...

very touching this entry...sob2

yap, mak dan ayah la segala2nya walaupun kite dh berkeluarga, coz aku rasa pendapat diorang mmg baik untuk kite, bukan untuk menyulitkan lagi keadaan tp bagi petunjuk yang kite sendiri x boleh jangka....

CT NORAMIZA said...

nurul - mmm best kan? tp masa2 tu dah berlalu nurul, x blh ulang lg kan? rindu sgt masa2 naik motor, merempit di kl, serius aku x blh imagine, aku minah rempit dulu2, gila. nnt bila aku balik, mailah umah aku tau, rindu kat hang...hang ok x la ni?

nanadanny - julia, bila dah jadi mak/ayah, baru kita pahamkan? mmg kita perlukan depa utk bg tunjuk ajar, tunjuk ajarku sifu :) saja buat lawak, taknak julia sedih2

yong said...

igt lagi kat pakcik n makcik....
hehehe