Tuesday, June 23, 2009

mak oh mak...

mak call aku pagi2 lg tadi. mak mmg selalu camtu, kalau dia x call aku, aku nnt call dia awai2 pg, kadang2 org tua tu tgh sibuk nak buat bfast kat ayah, masa tu lah aku nak sembang, gosip bagai. tp kadang2 kalau dah ayah tgh tunggu nak bfast, dia x layan aku sgt2, dia nnt kata, call baliklah nnt. mak nak buat bfast kat ayah ni.

tp pagi tadi, elokkkk ja aku kata helo, a'kum, x dan habih lg kum aku tu, aku dgq dia dok nangeh kat sana, hahhh apa hal plak ni. rupanya kaki dia luka, darah byk, cpu yg dah otai tu jatuh ataih kaki dia. yg adik aku pun satu, dah tau x guna lg benda tu, simpanlah elok2, ni dak, harap kat mak gak mengemas bilik dia.

elok2 aku good mood pagi ni, dan2 tu aku jadi bad mood, bila aku bad mood dan2 tu aku tukaq kaler hijau, nasib baik seluaq hulk aku dah lamaaaa x muat ngan kaki aku ni, kalau still muatlah, mmg aku pakai gak. nnt bila free aku boh gambaq seluaq hulk aku kat sini :)

dia kata dah call kakak, tp kakak x jawab, mesti kakak aku bz dgn urusan umah dia tu, ya lah, nama pun pagi kan, lepas antaq anak2 p sekolah, mesti dia sibuk ngan keja umah dia lak, pastu aku tanya dia, ayah mana? ayah p dusun, oklah aku kata, mak dok kat situ diam2, jgn bangun, dia tanya aku nak buat apa, heheheh betoi gak kan, mcmkan aku dok kat depan dia lak bila aku cakap camtu kat mak.

lps tu aku terus call kakak, kakak kata dia dah on the way p umah mak, along (my nephew) dah bgtau dia, rupanya dlm sakit2 tu dan gak dia call along suruh p tgk dia. ok lah kalau camtu, aku teruih call ayah, ayah kata ok dia balik. pastu aku call kakak balik, tanya mcm mana luka tu, kakak kata dah ok sket, dah letak minyak gamat sbb darah byk sgt, pastu dia tgh lap lantai bilik adik, darah byk.

bila kakak dah kata ok, pastu sat2 aku call ayah, ayah pun kata mak dah ok, cuma betul2 cpu tu kena kat urat, sbb tu darah byk, alhamdulillah, x dak apa2 kot, aku risau sbb mak ada diabetic. tu yg aku risau sgt2 tu, masa aku tgh cakap ngan ayah sat2, ujung2 tu aku dengaq suara dia menyampuk, kalau nak makan durian, baliklah. heheheh...tu ayat mengumpan namanya, aku jawab kat ayah, insya-allah, kalau ada rezeki, baliklah. so meaningful ayat aku tu.

13 comments:

Nurhayati said...

aduhai cian ur mom.. yang baca ni pun terasa sakit.. ur mom lagi la kan.. hope she will get well soon. ;)

Diana@Mama Adam Mukhriz said...

moga mak ct akan cpt sembuh ya

Willie said...

tumpang simpati

CT NORAMIZA said...

yati - thanks :)

diana - insya-allah!

willie - toche!

AiNeRzA said...

rindu sebenarnya mak kat anak2 dan cucu tu...itu yg sayup2 dengar "kalau nak makan durian, balik la..." hihihiihihi

CT NORAMIZA said...

ainerza - ayat awak sungguh membuatkan saya sedih di petang hari ni :( ...

AkuPunyaCerita said...

ct, lebih kurang plak cerita hg ngan aku, cuma aku malaih nak buat entry, aku tak kuat.
mak aku warded ahad lps, kaki luka (diabetic gak), dia tak sedaq pun cemana luka tu terjadi dan tak terasa apapun. dah dekat seminggu baru rasa. so weekend ni aku balik. tp mmg tak senang ati sejak dpt tau tu, smp bos aku sendiri pun teguq muka aku bermasalah, gelak tak serupa selalu. ishhhh...dahlah...

FdausAmad said...

Gua rasa gua macam dah tersesat ke dalam blog emak emak...gua rasa nyamaannnn..

CT NORAMIZA said...

along - lor, hang pun sama ngan aku ka? mmg kan along, selagi kita x dekat ngan depa, selagi tu lah hati x tenang, x pa along, hang dah nak balik kan this week, kim salam family ok, take care.

FdausAmad - hehehehe, saya mmg seorang ibu, by right, u shud know :)

yanz said...

adoii, siannya mak ct...harap2 cepat sembuh luka tu...
along - aku pun harap mak hang cepat sembuh, lama sungguh tak jumpa mak along...ingat dulu, p umah along kt penang, best, p ronda2 dlm kg naik moto....heheheh..

apa pun, kita doakan semua mak/ibu/mommy/mama kita termasuk ayah/pak/abah semua sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah...aminnnn....

CT NORAMIZA said...

yarn - insya-allah, aku pun sama gak, doakan semua mak ayah kita di dunia ni sihat walafiat, walaupun kita jauh di mata...

nanadanny said...

kite doakan yg terbaik untuk mereka...

mak aku lak, asai aku tepon waktu pagi, sora mcm serak2 sket, aku tanya, mak sihat x, tp mak aku jawab sihat....suara baru nak bercakap...

sedihnya aku rasa, pasai mak aku dok sorang2 je kt umah tu, bila ajak dok ngan aku x nak, ye la rindukan rumah sendiri....huhu

CT NORAMIZA said...

nanadanny - tu aku x salahkan mak hang, kalau aku di tempat dia pun 1 hari nnt, mesti aku pun camtu gak, byk sentimental value julia dok umah sendiri...