Tuesday, June 30, 2009

spaghetti sardin

burppp alhamdulillah..kenyang beb, makan spaghetti sardin kat pantry tadi, kak jai yg masak, dia bawak dr umah. dah berapa kali kitaorang asyik hadap spaghetti sardin ni je, sedap, meleleh x hengat.

haaa aku tau, mesti ramai yg melopong kan, ha??? spaghetti sardin, ada ke? ha tu lah namanya 1 malaysia, x semestinya spaghetti hang kena guna minced beef/chicken sahaja, dah nama pun malaysia, so bolehlah dipelbagaikan resepi2 tu ye puan2. chewah, buat mcm resepi sendiri plak ni.

so pada sapa2 yg nak cuba buat sendiri spaghetti sardin ni, senang je. aku bg resepi, tp awal2 lg kena bg credit pada tuan punya resepi ni, iaitu kak jai. heheheh



tuan punya resepi adalah bertudung purple dan berkaca mata :) sat2 bila aku ambik camera nak snap gambar spaghetti yg dah tinggal ujung2 nyawa tu, kak esah ckp kat aku, ish mcm anak akak, masak apa ke makan apa ke, semua nak ambik gambar, nak letak dlm blog, eh samalah plak, biasalah kak, penting tu letak lam blog.

ok bahan2nya

sardin - sukati lah nak 2 tin ke 1 tin ke, ikut tahap kapasiti perut andalah (lenyek dengan garpu sampai hancur)
daun kesum - potong
bunga kantan - potong halus
1 biji tomato - potong dadu
mushroom - potong kecil
bawang besar - potong dadu
bawang putih - utk tumis
cili api - tumbuk

spaghetti / angel hair - masak ikut arahan di plastik ye puan2, x kan tu pun nak terang kot, ini boleh menimbulkan marah

cara2nya

tumis bawang putih, bila dah kuning2an, masuk bawang besar, bila dah naik bau dia, masuk daun kesum dan bunga kantan, naik bau kan, masuk cili api yg dah ditumbuk tadi tu, pastu masuk mushroom yg dah dipotong, bila mushroom dah agak2 masak, masukkan sardin, dan agak2 dah nak angkat tu, masukkan tomato, balik2kan sat, dah siap.

bolehlah dihidangkan ketika panas, chewahhhh.

apa??? gambar???



angel hair, guna spaghetti pun boleh



kan aku dah bgtau siang2 tadi, semuanya tinggal ujung2 nyawa je. ha lepas ni bolehlah try resepi ni, bila rasa2 malas tu, ok gak resepi ni, sekali sekala tukar selera kan, x kanlah asyik nak layan bolognaise je, sekali2 layan malaysian recipe ni apa salahnya kan? cuba, jgn x cuba ok!

7 comments:

Zura Hasan said...

wah..besh..besh..tp apekan daya tekakku ini tekak melayu jati..takleh nyer dia nak masuk spaghetti ape bagai tue....maunyer wat mkn sardin tue dgn nasik putih jer nnt....kehkehkeh

mrs shaifull said...

zura - ish budak ni, camtu lak dia, sukati lah :)

Nurhayati said...

bole try ni.. nampak menyelerakan.. nyum nyum

Anonymous said...

kak miza....i miss kak jai's spaghetti sardine....uhuks....

mrs shaifull said...

yati - ha cuba jgn x cuba tau, kalau suka pedas, tambah cili api sesedap rasa hoccay!!!

wani - siannya, kalau nak nnt mai umah kak miza, ai pun dah reti buat tau! hehehehhe...

inabu said...

mak aiii, 1st time dengaq spagheti sardin ni, betul2 berciri kemelayuan gitu :)

mrs shaifull said...

inabu - hehehehe...cubalah dikna, sedap gak layan sekali sekala, sbb blh letak cili api byk22222