Thursday, July 9, 2009

sian anak mommy

gambaq x sempat diambik, nnt aku tempek ok.

sian dia, semalam sampai ja, mcm biasa aku bg salam, senyum ja dia bila nampak aku, dan2 tu nak mintak beg kat wan dia, nak balik. sekali kak ruby bgtau aku, hari ni x happy la t (ct), naper kak aku tanya. nabill jatuh. masa tu jantung aku dah sampai kat tapak kaki, mr shaifull plak walaupun aku x toleh tgk muka dia, aku tau dia marah.

tp biasalah dia, marah pun ttp boleh senyum gak. aku pun control gak lah, sbb depa jaga anak aku mcm cucu sendiri. semalam rifqy jatuh terkena sofa jati, mmg "bertelur" lah kepala anak aku. dua tiga kali mr shaifull dok ulang2 kat situ, next time kalau jatuh lg, letak ais, letak ais. mmg kesian sgt tgk muka dia.

pastu bila org cita2 mcm tu, dan2 tu dia muncung mulut nak cium aku, sian sgt kat dia. tp aku rasa mmg kuat gaklah kena, sbb bertelur, pastu mcm pecah darah kat dahi dia tu. nasib baik kena kepala, kalau kena mata. ish nauzubillah. jgnlah jadi camtu anak aku. x pa lah, nak buat camna, lelaki mmg lasak kan. apa pun, kalau boleh jgnlah ada ke 2 kali. :(

10 comments:

Anonymous said...

kalau x jatuh, mmg x sahlah budak2 nie...semua tu pelajaran bagi dia..esok lusa dia dah x nak panjat lagi..nanti jatuh!..jgn jatuh, patah riuk, cedera parah..haa tak naklah mcm tu..takpa, anggaplah semua tu perjalanan hidup dia..byeeee

KLYNDA

Dj Epoi said...

Budak2 macam nih lah....hehehehehe

yanz said...

sian rifqy, tp insyaAllah, sehari dua ok la benjol tu....ammar dulu pon penah terhantuk kt buju antara dinding dan pintu nk masuk bilik, dia berlari2 sgt, pastu tersembam, dumm, jatuh langgar bucu...aku jerit nmpk dia jatuh...angkat2 tgk mcm nk terbelah dahi dia, dan2 tu jadi biru, benjol ape sume laah, trus amik minyak gamat, sapu, pastu trus kami p klinik....smpai klinik, nurse tgk benjol, bengkak, cepat2 bg masok jumpa doktor...alhamdulillah, doktor kata tak terbelah smpai dlm,kalu tak, kena jahit...huhuh..ngeri oii, dia menangis masa tu, aku pon sama laa...huhuuhu...smpai skrg, tinggal kesan kt tgh dahi dia tu..
kesian.... budak2 ni, mmg lasak, tu pasai kdg2 mulut kita ni bising, tak bleh itu, tak bleh ini, psl kita fobia tringat benda2 camni..

Diana@Mama Adam Mukhriz said...

alahai rifqy ... sama lah dgn adam smlm terantuk .. kita mmg stanby ada satu ubt nie utk lebam2 luka .. dpt dr klinik .. terus taruk ..esok luka & benjol terus kering ..

AkuPunyaCerita said...

laaa....siannya rifqy, takpa... blajaq dari pengalaman. budak2 cepat ingat, tambah bila dah kena sakit. kita pun bukannya buleh tau bila benda camni nak jadi, kdg depan mata kita pun jadi jugak. anak aku pun penah tercucuk bucu hanger kat mata dia, kat umah pengasuh la. teruih mata putih tu melembung n berair. memula mmg mcm marah gak ngan pengasuh tu, tp cpt2 pikiaq balik, budak mana buleh dok diam pun, pengasuh pun mcm kita jugak, tak buleh nak sentiasa perati budak tu. takpa ct..benda camni mmg biasa, cuma mcm kak linda kata la, jgn smp yg teruk2 dah la, itu buleh menimbulkan kemusykilan...hehehe

zailamohamad said...

sian rifqy ya..haziq pon slalu jatuh kat nursery..hari tu sampai naik benjol..Zaila at first tu sakit hati gak..pastu baru ni jatuh lagi, sampai pecah bibir bawah..diorang cakap haziq buat sendiri..herm..xtaulah nak cakap apa..nak buat macamana kan..dah kita kerja, terpaksalah tawakkal jer..hhuhuhuhu..

Nurhayati said...

aduhai sian Rifqy... dapat 'telur' sebijik yer.. anak kalau sakit kita mmg susah hatikan.. sabar ye.

tipahvogue said...

bahyer la bila bab2 yg melibatkan kepala nih!!! kena ati2 lenkali taw!!! takut bergegar otak beliau!!! huhuhu...

ct, jom men bowling jom!!! tipah dah set date dah tu!! jom jengah ke blog tipah jom!

::It's Me:: said...

salam perkenalan dari saya...

Dapatkan baby tight dan legging yg comey n cute....murah2 jer...grab it now!!!

CT NORAMIZA said...

thanks utk semua, cuma tu lah, ralat gak sbb budak tu dikeluarkan dr walker, kalau x, x jatuh, ct mmg dah bgtau kurung je anak ct dlm walker/babycot, ct x nak dia jatuh sana sini, takut jatuh kat bucu tangga lah apa lah, takut dia naik tingkat atas umah pengasuh tu.

lgpun, umah pengasuh tu ada mcm2, kristal lah, pasu yg cantek2, nnt pecah susah plak, tp x palah, cuma kalau boleh xnaklah jatuh selalu2 sgt.