Tuesday, July 28, 2009

"souvenir" dr kuching

as usual, bila abg nasir dtg kl, mesti sblm fly dia akan call mr shaifull tanya kami nak apa2 x dr sana? hehehehe.. pucuk dicita ulam mendatang, mestilah ada ja benda yg kami nak, tambah2 lg mr shaifull, mcm2 yg dia kirim, sampaikan kadang2 tiap kali kami jumpa abg nasir bila nak ambik barang, aku rasa org tua tu dah mcm santa claus plak. ho ho ho...

besaqqqq beg yg dia bawak, dlm tu mcm2 ada, ada cabik antu (willie, u might know this), sambal laksa hj manan slurpppp, terung asam, ari tu aku penah kirim manok panggang bawah jambatan, layan gakkkk, umai wallaaawei, oiii dah2 ayaq liuq aku dah meleleh sampai ke dagu ni. adoi la, sedap tu.

last 2 week dia call lg tanya mr shaifull nak x udang galah, apa barang tanya mr shaifull nak udang ke x, dah sah2 dia jawab x nak, dia kan allergic udang, kalau makan boleh jadi hulk o. meh sini tanya aku, dgn sopannya aku akan jawab, nakkkkkk. hehehehe...



dh mcm rupa alien plak aku tgk bendalah ni. adik belasah semua kaki2 dia, sedap isi kat dlm kaki dia tu, rasa cam isi kaki ketam gak, ish melelehhhhh wa cakap lu. nasib dia bawak 2 ekoq ja, kalau 3 4 ekoq, mesti 3 4 mlm aku mkn x abih2 lg, sedangkan kami makan sorang satu pun ngan adik, mkn hari gak nak abih (aku lah, adik belasah di kala itu gak), kalau ada lg 2 3 ekoq, tah2 sampai ke sahur nnt aku dok makannnn lg benda yg sama.

memandangkan kami dpt udang tu lepas balik dr ofis, campuq aduk ngan letih pot pet pot pet kat mr shaifull dlm keta, campuq ngan letih buat keja terkutuk kat office, letih kat jam lg, letih nak buat benda2 lain lg kat umah, aku decide nak goreng ja udang tu, kalau weekend nak jugak berbbq ngan si udang tu, tp ari keja, sian plak nak tunggu mr shaifull bakaq2 arang bagai, so kita pilih jalan yg paling simple dan selamat.

tu pun aku buat half way ja, lepas aku dah mandi2kan dia, adik aku offer diri nak tolong, alhamdulillah (ikut gaya zamarul) hehehe...sayang adik, ya lah, mesti dia pun rimaih tgk aku sat ke luaq sat ke dalam, dgn "bukak kedai dobi", dgn kalut iron baju, dgn nak masak, last2 dia dah nak tolong, aku bg jalan ja lah. heaven.

dia pun boh bedak kat udang tu, guna perencah yg mak aku selalu guna, import dr kangaq, sedap gila, dgn rasa rencah2 tu, dgn nasi panas lg, fuhhhh mak mertua lalu belakang sure aku x perasan. ya lah nak perasan apanya, mak mertua kat kuching, aku kat kl, dah tentu2 lah x perasan kan???



bila da siap goreng, yg agak 'garing' tu lg best dr yg kat sebelah tu, isi dia, hotak dia, fuhhhh meleleh wa cakap lu, mmg sedaplah, two thumbs up utk adik yg telah berjaya menggoreng udang ni. mmg sedap lah, tenkiu abg nasir!!!



gambar ni x dak kena mengena ngan udang tu tau, mr shaifull langgaq katak ni sampai mati, mmg mati kataklah hang katak. maybe masa tu dia tgh hangin ngan kami kot, makan udang depan dia dgn rakus, tu yg dia balas dendam kat katak, nak balas dendam ngan aku kang derhaka plak, errr derhaka ke camtu???

4 comments:

mama apih said...

Maveless...maveless...goreng pun sodap...

CT NORAMIZA said...

mama apih - hehehehe sedap kan? senyum ja kami makan 2 beradik :)

Willie said...

Dulu aku lama tak balik kuching masa study di KL. Bila balik sarawak jer, sure bawa balik mee kolok berbungkus bungkus.

CT NORAMIZA said...

willie - heheheh sarawakian n mee kolok x dpt dipisahkan, same goes to my hubby.