Tuesday, October 13, 2009

kursus di holiday villa, alor star

best!!!

walaupun hati aku tertinggal kat kl sat 2 3 hari sebelum p tu, maklumlah masih mood raya, dgn tinggalkan anak lg, sedih o, first time tu tinggal anak sejak dia ada, dulu2 dia x dak x kisahlah. ni lah first time aku pegi jauhhhhh dr rifqy. mmg sedih jugaklah pagi2 masa antaq dia kat umah pengasuh tu, meleleh gak ayaq mata aku, tp bila dah sampai alor star (as), malam tu boleh pulak aku p layan bowling, hehehe...



first day kursus tu, ada ceramah dr org IIM, mmg best, pompuan, tp best cara penyampaian, so successlah aku pg tu, x mengantuk. after lunch, terus ke penjara pokok sena lawat kawan2 wani (budak ofis aku) :) heheheh...



sblm nak pegi melawat penjara ke hapa ke, baiklah kenyangkan perut dulu, kalau x kruk krak plak perut aku sepanjang jalan, dahlah tanker 1 lapis kuasa 3 :) dah sampai kat penjara tu, dah dengar apa2 yg patut org penjara tu carutkan, siap tgk 'video lucah' penjara lg, dpt makan lg. heee mmg makan je lah keja aku sepanjang kursus, kiranya x rugilah kursus masa raya pun. ala2 p open house gaklah, tp yg ni best sket, siap ada penginapan lg.



lawatan je ok, aku blm ada cita2 nak jadi penghuni lg

second day, pagi mcm biasa, ceramah dr org IIM gak, kalau x berintegriti gak x taulah nak ckp, tp yg x bestnya sbb LDK, so kenalah bercakap, bila dah usia tu agak muda dr makcik2 yg dah agak tua, kenalah bercakap, dgn alasan oleh makcik2 tu, dah tua2 x de benda nak cakap, ewahhh, dlm blk, masa lunch elok ja hangpa bersembang, ada plak benda nak cakap.

ptg plak, oleh kerana sifat 'ramah tamah' yg muncul setahun sekali dlm hidup aku, aku borak2 ngan penceramah dr SPRM utk sesi petang tu, bohong lebih kurang, dia lepaskan kami kul 4.30, dgn alasan budak2 ni x sempat p pekan rabu lg, hehehe..keji gila kan aku, padahai bukannya jauh mana pun dgn umah mak aku, kira blh ulang alik tiap2 harilah kalau balik kg, tp nak gak p. holiday villa ngan pekan rabu ni, amatlah dekat, lbh kurang dr ofis aku kt depan dbkl ni jln ke sogo, oleh kerana budak2 ni dah praktis selalu jln dr ofis ke sogo, so no hal lah jln ke pekan rabu. balik dr pekan rabu, masing2 muntah angin, dahaga.



lepak minum dululah. sila abaikan kaki2 di belakang tu, member ofis gak, dah letih berjalan balik dr pekan rabu, naiklah ke bilik terus ke apa ke, get ready utk kelas malam nnt, ni x, nak jugak menyinggah. lantak kat situlah, nak belanja, sorry :) sila belanja diri sendiri.

mlm ada kelas lg, alang2 berkelas malam, kenalah snap gambar di sana dan di sini, sila2 buat mcm kat umah sendiri, tp apalah punya bengong, gambaq kat dlm bilik x snap plak, dahlah bilik indah bangat, rasanya urusetia tersalah letak kami dlm bilik tu, yg patutnya bilik tu dpt kat urusetia, apa2pun tima kasih byklah letak kami kat bilik indah nan permai tu. selalu2lah buat silap camtu lg ye.



punyalah gedik nak p makan, aku lupa nak bawak blazer, x pa, kerusi dlm bilik boleh pakai blazer aku tu, aku plak, gunakanlah lemak2 yg ada utk cover sejuk dlm bilik tu, mongokksss!!!



last day. abis je kursus lebih kurang kul 11, semua kelam kabut ambik barang, nak p padang besaq plak, ha gasaklah, asalkan sampai sebelum 3rd of oct, tu janji aku kat diri sendiri, macamlah aku yg bawak bas tu, tp tahniahlah kat driver tu, dia mmg bawak bas secara berhemah, kira sedang2 saja, sampai kat hentian sebelah sg buloh lbh kurang kul 10. mr shaifull ambik aku kat situ.



mari bergedik dlm lif lg



mari bergedik depan hotel lak sebelum naik bas.



oklah gedik last kat hentian sg perak, benti utk solat n mkn, tp aku x mkn pun, sbb x suka kat situ byk lalat. favourite hentian aku kat hentian sebelah bukit gantang, hentian tapah (tempat solat indah nan permai), pastu hentian gurun arah utara dan selatan, mesti benti, dah jadi cam hentian wajib plak.

tu je lah kisah kursus aku, best sbb org2 yg pegi tu semua best2, walaupun makcik2, tp best gak. heheh...alhamdulillah, dah jadi pekasam dah gambaq2 kursus ngan raya yg aku peram ni.

17 comments:

Diana (Mama Adam Mukhriz) said...

lama giler tak pegi pekan rabu .. last pegi time sekolah dulu kot

CT NORAMIZA said...

diana - hehehe...beli brg pegi umrah/haji ok lah kan, kuih2 tradisional, pekasam, tp kalau tudung kat kl lg murah :)

rose said...

besnya p kursus..
teringat masa kat ofis lama..berjalan je korje..(kursus merata tempat)

1st time pegi pekan rabu masa kawen my sis..on 2004!

Willie said...

I miss Kedah. Dah 8 tahun tak ke sana.

erlyda said...

amboiii suker posing ala2 melekat kat dinding yer..feeling nak jadi cicakwoman kah?? hahahhaha ;p

CT NORAMIZA said...

rose - uish dah lama tu, apa kata buat lawatan lak sblm habis 2009 ni :)

CT NORAMIZA said...

willie - best, jomlah pegi lg, i wonder, u study kat sana ke dulu?

CT NORAMIZA said...

erlyda - nak jugak, tp kat bawah je, x dpt naik atas pun :)

zailamohamad said...

akak ni macam anak dara;)
kalo tengok macam tu sohih orang tak tahu dah beranak satu;)

honeylanz said...

x pernah sampai alor setar lagi! tp mesti rifqy tertanya mn mommy pg nih!

Nurhayati said...

wah wah wahhh siap layan bowling lagi tu hihihi
bestnye tgk gambar korang semua ni..macam2 gaya.. best2x

@Z said...

bila la dpt pegi kursus jauh2 huhu.. apsal tak kidnep wawa & lala bawak balik sini.. hehe.. next week turn aku balik AS plak.. yahuuuu!

CT NORAMIZA said...

zaila - (sambil carik2 balance duit raya dlm henbeg) heheheh...

CT NORAMIZA said...

has - mmg pun, dia tanya ngan ayah & paksu dia, "mi ner?" (mommy mana?)

CT NORAMIZA said...

yati - dah dgn budak2, layan je lah perangai budak2 tu, yg lg 3 tu anak dara, sorang je mak dara :)

CT NORAMIZA said...

az - x sempat nak p kidnap lah az, sibuk ngan kursus :) chewah, yahoo ada makna tu :)

Anonymous said...

Wowo... muka ku nmpk sggh x comel... huhu... seday.. - Ms. Wanniey