Thursday, August 19, 2010

tiketnya dah ada...

tunggu masa je lah lagi, padahal puasa baru masuk hari ke 9, tp dah thn ni turn raya kat kuching, so kena prepare awal2 la. MAS x buat hal, tp travel agency plak yg byk songeh, merasalah aku balik kl ari ahad, isninnya dah keja, tu pun kalau ada kudrat, dahlah ngan condition badan aku la ni, bukannya boleh berlasak2 sgt.

aku boleh nak push diri aku, aku boleh tipu diri aku kata aku x sakit, tp satgi bila dah abih buat keja hang tgk, aku punya merana nak tahan sakit tu sampaikan kalau rifqy mintak susu pun aku boleh jawab malas kat dia hehehehe...nasib baik anak ngan bapak dah memahami, walaupun anak aku baru nak masuk 3 thn, tp dia punya understanding tu mengalahkan mr shaifull kadang2.

maklumlah, anak mommy.

bila tiket dah ada ni, barulah aku confident sket nak buat list barang2 yg nak bawak, ya lah, kalau utk aku sorang, bolehlah packing last minute tp mmg dah jadi aku punya rutin, kalau nak bergerak ke mana2 pun, walaupun masa bujang2an dulu pun, mesti aku nak buat list, make sure betoi2 aku x tinggai apa2 pun.

dan manusia yg paling senang dlm dunia fana ni, mr shaifull ngan rifqylah, bila dah sampai ke mana2 destinasi pun, yg depa tau semua benda dah ada, boleh guna ja, dr sekecik2 benda sampai sebesaq2 benda, azabnya aku yg tanggung lebih. manalah aku x tua sebelum usia, tp bila aku ngan mak ayah ja, mr shaifull ngan rifqy x dak di sebelah, merasalah org ingat aku dok study lg :) wargahkahkahka (ayat perasan nak mati tu)

alah sekali sekala nak happykan diri, apa salahnya, abang, sila jgn dengki :)

dah aku nak relax jap, bontot dah kebas fuhhh

Wednesday, August 18, 2010

ada aku kesahhh???

ish, aku pelik betoilah manusia2 yg pandai nak soal orang lain sampai org tu sakit hati, aku rasa aku x penah nak tanya orang sampaikan org tu kecik hati x pun serba salah nak jawab.

contoh soalan, husband u x kisah ke u sakit je ni, u selalu mc & cuti ye, sakit lg ke? oi orang, hang rasa aku mintak ke sakit2 semua ni, kalau husband aku kisah pun, ada aku kesahh??? x kanlah sbb aku sakit, pastu husband aku kisah, aku kena lari terjun lombong, biaq mati terusss menerus, apa halll.

alah, kalau masa sihat ja suami sayang, kalau x berapa sihat, suami nak lari, aku rasa benda tu x dak kaitan pun ngan hang kan?? yg lari suami aku, bukan laki/bini hang. kalau aku cuti/mc pun, duit aku yg habih, bukannya duit hangkan???

aku letih la ngan org yg terlbh concern pasai org lain sampai mcm ni sekali. kalau gitu next time bila aku rasa duit aku dah susut sket dlm purse, tiba2 plak time tu aku teringin nak layan nando's kat sogo (lor sedapnya), aku p mintak duit kat org ni lah, mesti dia prihatin kan??

ya lah selama ni blh pulak hang prihatin, kalau tiba bab duit x kan x leh huluq seratus dua kot? kata prihatin kan???

mmg aku bengang lah ngan org mcm ni, lg satu bila tanya aku sihat ke x, disusuli ngan ayat, mcm x sakit ja, ya lah, aku sakit nak merengek apa bala bukan ngan org luaq, habih2 pun aku mengadu kat mak ayah aku, kalau ngan org luaq ni, aku steady ja lah, x kanlah aku nak kerut muka, kerut dahi, bgtau semua orang, aduhhhh sakitnyaaa, adoiii adoiii adoiiiiiiii, tu namanya org x beriman, tau dak?

kata dah p mekah, tp sama gak ngan org yg x sampai2 lg ke mekah, tah2 lg teruk kot? duhhh tlglah, jgn suka sgt nak sakitkan hati org ngan mulut kita, if u dont have something nice to say, then shut ur mouth.

aku rasa x penah lg aku nak pertikai kalau org lain mc/cuti, kalau dah cuti tu bg aku mesti ada hal, lgpun cuti masing2, x dak kaitan ngan aku pun, bukannya tolak annual leave aku pun kan? kalau mc tu dah tentu sakit, x penah terlintas di pikiran aku pun benda yg bukan2. org yg suka berprasangka ngan org lain ni, sbb dia penah buat kan? tu sbb dia tau. x pa lah, allah yg maha mengetahui segala2nya..

mintak2 satu hari nnt allah akan bg dia rasa apa yg aku rasa la ni, waktu tu baru dia akan tau apa ertinya cuti & mc, manusia, biasalah kan, selagi x merasa sendiri, mana nak paham, bila dah terkena kat diri sendiri, masa tu nnt, aku plak tolong p tanya hang, sakit ke sampai selalu sgt cuti2 ni?

aku rasa cam nak nyanyi lagu kru

ku di dalam dilemaaaaa huhuhuhuuu..

ish mmg betoi2 memeningkan, susah lah kalau ngan staff sendiri pun nak birokrasi. hmm i'm talking eh salah i'm typing bout my unpaid leave. ada ka kalau family members yg sakit, aku boleh dpt separuh gaji, tp kalau aku sendiri yg sakit, x layak dpt. ok no hal, aku pilih utk appy cuti yg x dak gaji plak.

sekali depa bgtau, just try, x sure lg boleh approve ke x? wtf, sorry mencarut pagi2 rabu di bulan puasa yg mulia. apakahhhh??? mmg aku x paham, sungguh2 x paham. mmg birokrasi betoilah, leceh sungguh.

dahlah aku mmg x dak mood langsung nak masuk office la ni, ikut sempat ja, tudung purple, ada 2 3 titik kaler purple kat baju, jalannnnn, ni lah perumpamaannya, pastu kalau setakat tudung senget sket2 tu, x kuasa dah aku nak hangin, kalau dulu tudung senget tu blh bawak pergaduhan yg besaq gaklah, antara aku ngan tudung tu, x melibatkan pihak ke3 pun, tp la ni, aku x kuasa hokey.

makan plak, setakat sket2 ja aku blh masuk, even mak aku yg masak sekalipun, tp still x ubah selera aku, x taulah sapa yg dah kunci nafsu makan aku ni, ataupun nafsu ni terkunci sendiri kot agak2 nak masuk bulan puasa ni. yg lg aku x paham, ari tu aku punya weight dah turun 3kg, tp pipi ngan perut still berlipat, siap ada package double chin lg tu, hang x emo?

gambaq terbaru plak, jgn haraplah, aku usungggg ja camera tu ke sana ke sini tp sekeping gambaq pun aku x snap. mcm2 benda gaklah yg jadi dkt2 nak masuk ramadhan ari tu, bukan la tragis sgt, cuma mak ayah aku berulang alik kangaq kl mcm kuala perlis p arau ja lah, ayah ngan adik pun aku tgk dah mcm driver bas transnasional, dah asyik dok ulang alik mai kat aku.

yg bestnya tu, siap buat surprise lg, adik aku call kata nak mai umah, tp dia call mr shaifull, yg hamba allah tu pun tanyalah, bila nak mai, sekali adik aku kata, bukaklah gate, kami dah ada kat depan, kui 12 mlm tu, mau x terkejut, si rifqy apa lg, happy sakan.

tu la ayah aku, walaupun aku dah kawen, dah ada anak, tp dia tetap layan aku mcm anak pompuan yg kecik lg, kadang2 rasa berdosa plak bila ayah layan aku camtu. dia x senang hati bila dia call aku tghari tu, aku x makan apa2 pun lg, mmg aku x larat gila, rasa mcm dah nak berlepas ke alam yg lg satu ja, padahal aku x dak niat apa2 pun, aku kan lurus (jeling kat mr shaifull).

sekali lepas balik semayang jumaat, dia bgtau kat mak, dia nak mai kl, kelam kabut la org tua tu, main sumbat ja lah baju yg ada.

selagi ayah ada, selagi tu lah aku rasa kuat, walaupun kadang2 ada kerapuhan gak, but if something happen, only god knows...

p/s n3 ni khas utk kawan2 yg tertanya2 apa cerita aku la ni, it has been 2 weeks since i wrote the last n3, so utk kawan2 tu, ni lah pot pet aku yg terbaru, kalau aku larat lg, aku type lg ok, kalau x, hangpa khatam ja lah n3 yg lama2 tu, best gak apa :)

Monday, August 2, 2010

salam rindu di angin lalu...

chewahhh sepi angin ke kota london plak pagi2 ni...huhuhuuu

hmm happy sgt rasa di hati, bila tgk kawan2 still lg ingat kat aku, means aku masih di hati kawan2, means aku x dilupakan walaupun 3 minggu sekali baru aku update, maafkanlah kekhilafan aku ni :) adoiii dlm hati ada taman so kenalah buat ayat jiwang mcm yusnita di pg hari ni.

mmm condition aku??? still sama, hang inject lah steroid ke hapa ke, yg aku tau, sakit tu still x mengizinkan aku berlasak2, setakat baring atas tilam rifqy pun aku dah rasa azab time nk bgn, ni kan plak kalau aku buat xtvt yg lain, setakat shopping utk groceries pun mcm2 yg aku rasa, ni kan plak nak shopping utk raya, serius aku x buat apa2 preparation pun lg utk raya ni.

tahlah, abg ipaq aku dah berpuluh kali dok zikir suruh balik berubat secara tradisional, dan kali ke 53 dia zikir kot, tu pun sbb ayah ngan mak mai ambik aku nak bawak balik kangaq, barulah aku nak balik. saja lah, why not give it a try kan? tp appt ngan pakar still on, cuma ni ikhtiar lah sblm aku p sua badan aku utk depa hiris oh tidakkkkk..

mmm walaupun sakit, tp aku rasa x perlulah aku nak buat ayat formal sedih syahdu syahdan kat sini kan? dan x perlulah aku nak buat muka welfare ada org penah cakap camni dulu, masa aku tgh tahan sakit, alhamdulillah menandakan aku tgh tahan sakit, apa salahnya aku senyum, dan apa salahnya aku pakai mcm biasa, mcm sblm2 ni aku pakai, x kanlah dek sbb sakit ni, aku kena pakai kain batik, selipar jepun utk nak bgtau kat semua org yg aku sakit.

dan sbb aku pakai mcm biasa, mcm sblm2 ni, dan sbb aku senyum dan teguq org sana sini, satu ayat sempoi punya keluaq dr mulut sorang hamba allah ni, "mcm x sakitttt je". ish ish ish, mcm mana agaknya nak tunjuk yg aku sakit, blh bg tips x? adakah aku kena merangkak nak masuk lif, ataupun aku kena buat muka sebek sepanjang hari, kerut dahi sampai bertemu kening sebelah kiri dan kanan??? perlu ke aku buat semua tu??

sungguh x positive org2 mcm ni, kalau sakit kena tarik muka panjang, kena tunjuk muka ketat, x blh senyum. kata org islam, pakai tudung, jaga pemakanan, tp bab2 mcm ni x reti plak, patutnya dah org tu sakit, tolonglah senangkan hati org tu, ni x, hg p tambah lg sakit dia, elok2 org tu sakit belakang, hang tolong tambah plak sakit hati, ish betoilah kadang2 org mcm ni, x seiring ngan penampilan. kesiannn...

dahlah, utk pengetahuan kawan2, aku akan bercuti mulai khamis ni, maybe sampai isnin, tgk keadaan dulu lah. tp insya-allah, aku akan try update blog ni, walaupun x selalu, dan sorry sgt2, aku x dpt tinggai jejak kat blog kawan2 semua, sbbnya aku dh bgtau kan, ofis ni block lg bendalah tu, nasib baik blog ni dia x block, kalau x harus mati kering aku kat sini sementara nak tunggu kui 5.

tp, insya-allah, semuanya akan kembali seperti biasa nnt.

till then, f utk maaf (hanya utk yg menonton roda impian episod bersama hamid gurkha ja yg paham, nurul, i really enjoyed our last time together..my shoulder to cry on..)