Friday, June 15, 2012

kepelikan

pelik aku tengok perangai setengah setengah orang, setengah setengah orang bermaksud sebahagian, bukan org tu setengah, bila ingat mcm org tu setengah mcm kementot pulak rasanya orang itu, aduiiii apa aku merepek ni, seminggu x keluaq dr office mmg mcm ni kot, x hirup oksigen luaq, malas nk keluaq, dgn flu nk dkt 2 minggu, sampai telinga jadi pekak, badan susut, tah aku rasa susut badan, tp en sepol kata aku perasan. eleh dia mmg mcm tu, kalau aku nk perasan cantek sorang2 pun x blh, kalau aku nk perasan kurus sorang2 pun x blh, bukannya aku buat status kt fb pun kata aku cantek, kalau aku buat status kt fb kata aku cantek mcm setengah setengah orang tu lainlah :) wargahakhakahka buat status kata cantek, tp aku tgk, bila letak profile pic, tu diaaaa, muka saja penuh setengah wall, x masuk tang lain2 lagi, astaghfirullah... aduhhh panjang gila intro merepek, padahai nk cerita kepelikan ngn perangai setengah setengah orang yg boleh bermuka2, depan bukan main lg buat muka manis, mengalahkan gula prai. tp belakang, ya allah, mmg x sangka lah perangai mcm tu sekali. tu lah bukan nk cakap apa lah, kadang2 kita x blh judge org dr background dia/family dia lah. mmg x akan bertepatan. x semestinya anak bekas banduan, perangai dia buruk, yg banduan tu bapakkk dia, bukannya dia, dan x semestinya anak org baik2, alim2 kononnya lah, baikkkkkk sangatttt. kadang2 perangai mengalahkan botak chin. botak chin tu kira ok lah, dia jahat fizikal, tp yg aku x blh tahan, manusia yg jahat mulut. mmg aku x blh masuk, dulu kini selamanya. kalau jenis yg depan bermuka muka, belakang berbontot bontot, mmg rasa mcm siotnya dia ni. kadang2 rasa nk lempang pun ada, rasa meluat nk pandang muka pun ya gak, rasa mcm kalau boleh x nak jumpa pun ada jugak, tahlah, kadang2 dgn org mcm ni, terpaksa lah aku bermuka muka gak, konon mcm x dak apa2 lah, x pasai2 aku dgn org mcm ni sama2 keji. perangai mcm ni hipokrit kan, dpn A cakap lain, depan B cakap lain, tp depan C dia cakap A & B ni yg jahat mulut, yg si bangang C tu pun percaya bulat2, tu yg kadang2 rasa nk laga ja kepala semua, kot2 bila otak tu dah bergoncang, cerdik sket kot, x lah nk jadi 'blue hippo' hehehehe aku suka cakap org yg suka hipokrit ni blue hippo, tah rasa cam sesuai ja pun. dulu kakak aku suka kata aku yg hipokrit, depan org bukan main lemah lembut, salam sembang sopan2 dgn orang, tp dgn org yg aku dah biasa mcm adik beradik, BFF mmg all out, tu kira oklah, takkan depan org luaq, dpn kawan2 mak ayah aku nk tunggang terbalik mcm org gila kot, kenalah sopan, dgn yg dah biasa ni, x kisahlah aku nk kentut ka hapa ka, tu hipokrit berpada2 namanya. bukan hipokrit melaga2kan orang. x baik kot melaga2kan orang kan, sampai berpecah belah semuanya, daripada buat perangai memecah belahkan orang lain, apa kata hang yg belahhhh, aman tenang dunia ni kan, tahlah, sampai bila la agaknya species yg mcm ni akan ada kt muka bumi ni, awatlah x pupus sekali dgn dinosaur dulu2????

2 comments:

Has said...

mcm mcm ragam ada kan :)

mrs shaifull said...

thats what we called life kan?