Friday, May 8, 2009

episod 5 : jalan2 di bandaraya melaka

bila dah check out dr hotel tadi, terus menuju ke pusat bandar. mr shaifull nak lepaskan hajat nak masuk muzium, sbb tiap kali datang melaka, mesti x termasuk2 muzium kapal tu. muzium samudera namanya abang.




dah sampai. terus q beli tiket, jom kita masukkkkk.










dah penat dlm tu, perut pun menyanyi lagu rindu dah, kami keluaq p makan dulu, kat depan tu ja pun. x payah jalan jauh2.




asam pedas pari ngan cencaluk, makan cepat2, sedap o. aku makan dulu, pastu baru mr shaifull.



lepas dah mamam, masuk muzium balik, tp bukan kat dlm kapal tu, kat sebelah tu plak, aku x ingat plak apa ke nama muzium sebelah tu, tp ada kaitan ngan kapal2 tu gak lah, maklumlah, aku mana minat muzium2 ni, dulu masa dgn klinda ngan abg zaiful, kami masuk muzium kecantikan, klinda, abg zaiful, ayiesh (anak klinda) n mr shaifull p berjalan tgk2 kat dlm tu, aku hentam lena kat kerusi, punyalah mengantuk gila.

kalau tempat shopping, barulah aku celik bijik mata, walaupun x dpt beli apa2, tp hati tu tenang ja :) wargahakhakahka









rifqy takut ngan patung2 tu. kalaulah boleh hangkut bawak balik umah, kan ke senang aku buat keja umah, letak ja patung tu kat situ :) heheheheee...




keluaq ja dr situ, mr shaifull dah ajak balik, aku pun dgn relanya mengiyakan ja lah, tu pun dan jugak ajak dia singgah jusco melaka tu, apa motif ntah aku nak p jusco tu, tp x singgah pun, sbbnya rifqy dah lena bila kami gerak dr pusat bandar tu lg. dia lena sampailah ke rawang, ha ambikkkk. menara taming sari pun x sempat naik, mr shaifull beria nak bawak kami naik benda tu, tp kesian pulak ngan rifqy, x cukup tidoq budak tu. terus balik ja lah.

sempat ambik gambaq ja pun, tu pun snap dr dlm keta.







bye melaka, nnt kami datang lagi...




budak yg kepenatan...


sekianlah cerita kami... bestkan melaka!!

episod 4 : hari terakhir di melaka (oi balik basuh bajulah)

lebih kurang kul 9 camtu, p bfast, dgn x mandinya, barulah feeling ala2 bfast kat umah kan? baru kul 9, makanan yg tinggai pun dah hujung2 senduk, geram aku, bila aku tanya, baru dia tambah koay teow goreng sebekas, ha ada pun, yg tadi hangpa dok sembunyi buat apa? panggggg laju2

mr shaifull punya bfast, dia snap dia punya saja, aku punya dia x sempat snap pun, sbb tgh kalut makan, pentingkan perut sendiri betoilah kan.



mee goreng yg tinggai seciput tu, nampak dak?



bersyukurlah apa yg ada, camtulah rupa muka org kat atas ni kan?



muka yg penuh kesucian bgn dari tidoq :) kihkihkih...

apa kena tah ngan mr shaifull, asyik ambik gambaq aku dr belakang ja, mengerikan...(bunyi ala2 kak mah af)






bila dah mandi2, siap2 packing utk balik, check out lebih kurang kul 11.30, kami ke pusat bandar lg. nak masuk muzium.

to be continued... sabaq sabaq, jgnlah marah, barulah update ala2 maraton kan, aku qada' utk 4 hari sekaligus... hehehehehe :)

episod 3 : malam di melaka

lepas ja maghrib, kami pun memulakan misi nak isi perut lg, sebelum tu mr shaifull dah ambik apatah nama bendalah tu, ala yg kad kecik2 ada tempat2 menarik kat melaka tu, tempat wajib kami bila p melaka adalah, jonker walk. kalau org lain rasa x best, tp bg kami tetap best, kan abang?

dan malam ni gaklah kawan mr shaifull yg balik bercuti kat melaka nak belanja kami makan kat asam pedas claypot, fuh sedapnya.





feeling2 dating, tp realitinya...



rifqy pengsan masa ni, dek kerana letih sgt2, dr siang tadi, tidoq seciput ja pun. tu lah, org dah suruh lena, x nak gak lena, bila org nak berjalan, dia lena.

jumpa member mr shaifull kat depan balai polis melaka tgh, tunggu dia kat situ. pastu jalan ke jonker walk. on the way, ambik gambaq dulu kan.




dgn iwan.






my heroes!



difollow oleh paparazzi



dah sampai kat jonker walk.



ramai gila orang masa ni.




dulu ada gambaq sorang2 ja kat sini, tp kali ni ada rifqy. :) rifqy tgh khusyuk tgk apek mana tah tgh karaoke masa ni.



cantek2 baju kat sini, murah2 plak tu, tp x beli pun, segan ngan iwan, kalau x dah boleh transform :) hehehheee




awat tah camera tu blh jadi blur sampai camni.



gambaq kat asam pedas tu x plak kami snap, heranlah, lg pun masa tu aku x makan pun, penat punya pasal, ya lah, just imagine, makan nasi ngan asam pedas jam 12 mlm, fuhh x tercapai dek akalku. bukannya apa, badan dah penat, tu yg nampak bantai ja tu, cuba jam 8 mlm tadi aku p kat asam pedas ni, mau 2 claypot aku order. nasi tambah 1!!!

pastu on the way balik hotel lepas antaq iwan, blh pulak tersesat barat, biasalah, kami 2 org kalau p melaka, kalau x sesat x sah, so kira dah sah lah perjalanan kami ke melaka tu sbb sesat barat. err tp melaka tu ke selatan kan?


to be continued...

episod 2 :)

bila dah sampai je, punyalah lega ya rabbi. tp dlm hati masing2 mmg dah cuak gila, ya lah, x kan nak patah balik kl lg, pastu ada lg ke bilik dah petang2 camni, pulak tu, public holiday kan. mmm mmg mengharap pada sesuatu yg x pastilah kiranya.

tp atas kegigihan kami, actually x daklah gigih sgt pun, bila dah exit kat tol ayer keroh tu, lepas ja pintu gerbang tadi, kami terus belok ke kiri. cuba tanya kat sini.




klinda, azni, julia, ingat lg x tempat ni? ala, tempat kita bermalam dulu2, masa p kenduri kat umah yarn, dah genap 4 thn berlalu, dulu p situ 1 mei 2005, la ni dah 1 mei 2009 lah, dah 4 thn yarn kawen, dah wish anniversary kat dia? :)

dan allah memakbulkan doa kami, ngehngehngeh, ada pun bilik kosong, legaaaaa, mmg x sangkalah, ada plak kat situ, kira oklah drpd x dak langsung kan. terus check in.





budak kecik ni pun happy gak bila dpt bilik. tp yg bestnya bilik ni, terletak kat sudut bangunan tu, so dia ada 2 bhg, satu bhg utk hall, satu bhg lg utk katil, dan di tiap2 bhg tu, ada 1 aircond, kiranya bilik ni ada 2 aircondlah, punyalah sejuk gila. sedangkan 1 pun kat umah tu, aku blh lg off sambil tutup mata, ni kan pulak 2, awal2 lg surrender.





buat keja sendiri sambil tunggu mommy ngan ayah semayang. lepas je semayang, bwk rifqy pegi swimming sepool :) (read : sepul).





muka takut2 ja masa mula2 masuk, lepas tu xcited gilerrr.





swimming trunk tu dah lama tok belikan utk dia, tp x sempat guna masa kat lundu, sarawak ari tu, sbb keadaan x mengizinkan, laut bergelora, 8 org mati lemas kat situ.

dpt gaklah ambik gambaq ber3.








dah puas mandi. mestilah lapaq pulak kan. dgn baju basah tu gak aku p duduk kat cafe, terus order makanan, laporrrr o.. sambil tunggu order sampai, ambik gambaq lah dulu kan.




tunggu order lg, cepat oi, kebuluran dah ni.



punyalah lapaq anak aku, sampaikan kunci tu pun dia nak makan.



dah sampai, apa lg, ngaplah.



nasi goreng d'village, sedappppp

ngap kopok ja lah budak rifqy ni, yg lain semua masuk perut aku, barulah maintain balik lipatan perut tu, kalau dak, nipis o sbb tghari tadi x makan.




to be continued... mana boleh panjang2 sgt, satgi jemu hangpa nak baca kan.

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

klinik swasta pun dah, klinik kerajaan pun dah, kita tgk sejauh mana batuk ni nak bertahan dgn ubat2 yg akan aku telan satgi. kalau sampai monday pun masih mcm ni gak, monday terpaksalah "cuti" lg utk dix-ray, bak kata dr gobi ram tadi. :) hehehe boleh pulak aku ingat nama dr tu walaupun dlm keadaan kol kol kol.

oklah, dah berjanji nak update pasal melaka kan, tp dah 4 hari berlalu, masih x dak apa2 lg, sampaikan iklan nuffnang pun x timbul2, petanda bahaya tu, so haruslah aku mengupdate cepat2kan. gila kuasa betoi.

oklah, setelah mengasak mr shaifull dgn soalan dan hasutan apa yg kami nak buat masa labour day, ya lah, cuti 3 hari kan, x kan 3 hari tu straight aku nak basuh baju, kemas umah, so mr shaifull pun bersetuju utk p ke melaka hari jumaat tu. dlm perancangan dia, pegi pagi2 tu, pastu malam balik umahlah.

hish dah nama pun p bercuti, mana aci p pagi balik malam, kalau gitu baik p midvalley ja kan :). masa tgh packing, aku dah set dlm kepala, kalau ada bilik kosong, mmg aku nak check in ja, x kira apa pun. best ke x best ke hotel tu, x kira, nak gak. aku pun packing la ala2 nak p bermalam kan. dah siap semua, kami bertolak dr umah kul 11.30 pagi, kami singgah lunch yg mcm hampeh kat restoran jejantas ayer keroh.

ingatkan nak makan fastfood lah, mak oiii, punyalah ramai umat manusia kat dlm tu tgh q, terus batal niat suci murni aku nak melantak kfc tghari tu. ya lah, kalau dah kat jalan pun mcm semut, tempat makan mestilah full kan. lps dah makan, jalan2 jap kat situ, sempat lg, tgk ni... x sesuwei langsung





mr shaifull sebuleh2nya nak gak rifqy ambik gambaq kat situ, sbb masa dulu2, kami 2 org ja yg ada gambaq kat situ, kira mcm gambaq tradisi keluargalah ni :) wargahkahaka gigih sungguh aku tgk dia sumbat kepala rifqy kat situ, sian budak tu diperkotak katikkan.





ni pulak muka org yg bersyukur dpt makan nasi goreng ayam yg sejuk bedi, geram sungguh aku, mentang2 la fastfood yg ada kat situ semua dah full, org ni pun ambik kesempatanlah jual nasi goreng ayam dia yg ala2 kejung tu kat orang. aku beli satu pinggan sahaja, sbb confirm aku x akan habis pun makan, tp bila tgk mr shaifull makan beria2, aku suruh dia suap aku 2 3 sudu, jadilah, drpd x makan langsung kan.

perjalanan harus diteruskan. motif ambik gambaq belakang???





nampak x aku dah jadi kurus masa ni, sbb x makan tghari, :) kihkihkih...





mamat ni plak x reti2 nak lena lama2, dahlah sepanjang perjalanan tu punyalah panas, dgn traffic jamnya lagi, dgn panasnya lagi.





muka belengas maklumlah panas gila (agak2 boleh pakai x alasan tu).





kelucahan melampau di tghari buta.

dan akhirnya berkat kesabaran kami, sampai gak kat melaka jam 3.40 petang lebih kurang setelah menempuh traffic jam yg gila2 tadi. 3.40 ptg? sampai pun dah dkt kul 4, x kanlah nak blk kl lg kan, gilos.





to be continued...

Monday, May 4, 2009

sabar, apa petuanya?

sabar, ada x sapa2 yg ada petua utk sabar? rasanya bukit kesabaran saya makin hari makin terhakis dan terhapus lah ngan kerenah rifqy. ya allah, setiap hari ada ja benda2 yg dia buat semata2 nak uji kesabaran aku.

kadang2 bila dah rasa hilang sabar tu sat, pelepek kat tgn, pelepek kat kaki, kalau lg geram, aku cubit ja kat tgn dia, dan bila geram lg, aku jentik tepi lips dia. antara cara2 dan kaedah dia nak suruh aku hilang sabaq adalah :

a) apa2 ja barang yg dia pegang, kalau kita mintak, dan2 tu dia baling jauh2, kalau benda yg x mudah pecah, oklah, kalau benda yg mudah pecah, camna? huhuhuuuu..

b) buang barang kat dapuq/mainan dia kat longkang belakang umah, pastu kelam kabut nak suruh mommy/ayah ambikkan

c) org tgh tgk tv, dia ambik remote tv, puppp offkan tv

d) koyakkan magazine mommy, benda yg x penah berlaku dlm hidup aku, mags aku koyak, selama hari ni, elok ja terjaga semua mags tu mcm x penah dibaca :(

e) main ludah ludah, aku x tau pasai pa, think positive, step pembelajaran dia bak kata mr shaifull

f) suka kutip benda2 kat lantai, x kira mana2 lantai sekalipun, gerammmmm

g) bila kita nak tukar diapers, ya allah, siksanya, saja ja dia kangkangkan kaki luas2, tgk kita boleh pakaikan dia diapers tu x, pastu senyum simpul, adoi la

tp bila dia tdoq, pejamkan mata, dan2 tu rasa kesian sgt kat rifqy. kawan2, ada x petua nak tambah kesabaran saya lg? tolonggggg....



LABOUR DAY!!!





kami sekeluarga telah meraikan hari buruh yg bersamaan ngan birthday ayah ari tu kat melaka. tp oleh kerana aku letih dan batuk kol kol (mr shaifull yg kata camtu), dan rasa badan yg x selesa, esok je lah aku update pasal melaka tu ok.

best sgt dpt outing sekali sekala, bawak anak jalan2 (read: mommy yg berlebih2an). esok aku update ok, tgh loya, mual semua ada ni, dgn batuk yg x henti2, rimaihhhhh.