Tuesday, August 11, 2009

bila anak aku jadi artis...

sian dia, selama hari ni rupanya dia x tau benda yg tersimpan kat dlm rak tv tu adalah mic yg boleh digunakan utk nyanyi2 di masa keboringan melampau melanda mommy & ayah dulu2. tp bila dpt kat dia, terus retak menanti belah mic tu huhuhuuu....

dia hentak kat simen kot aku rasa masa tu.

bila dah dpt kat dia, sampaikan nak minum susu pun dia letak elok2 sebelah tempat dia baring tu, sbbnya abis je susu tu, terus sambung zikir nyanyi lg.


sungguh2 dia nyanyi sambil tgk tv, mcm betoi ja budak kecik tu


ececececeh siap duduk kat tangga lg..buatlah anak oi, janji happy. (hanya mic kosong yg dibagi, x pasang cable2 bagai, takut 1 taman blh dengaq suara kami anak beranak dlm umah tu) heheheh

hubungan suami isteri :)

penting ni, kena baca utk setiap org, x kira yg dah kawen atau belum kawen, sbb kalau belum kawen pun, satu hari nnt kawen gak kan, apatah lg yg dah kawen, kena amalkan ni, sbb ni dr fadzilah kamsah yg bg tips2 ni.

aku cilok dr blog buaya merah. thanks bro. kawan2, p lah lawat blog encik buaya merah ni, mmg byk info menarik kat situ. :)


1)Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum melakukan kerja lain.

- x semestinya kalau dah sentuh tu, dan2 tu hang nak buat "keja lain", sentuh dgn kasih sayang lah maksudnya.


2)Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

- tanyalah isteri tu, shopping apa hari ni, err duit yg abg bg 4k semalam dah abih ke, x pe, esok abg bg lg 14k, credit card tu abg dah settle semua hutang, gunalah sewenang2nya utk sayang shopping. abg x kisah, ada lg 16 guni duit kita kat bank tu. ha kan ke sejuk ja hati isteri tu :) wargahakahkahahka


3)Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

- ha ni 1 lg, bila isteri tu cita masalah je, dan2 tu dia naik melenting, cubalah dengaq elok2, pastu tunjukkan rasa simpati, pastu dgn otomatiknya isteri anda akan rasa lega, walaupun masalah tu x selesai2 sampai ke hari kiamat


4)Beri masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

- ni pun jenuh nak mintak, jenuh terpekik terlolong nak mintak perhatian, tu pun dia sibukkkkk gak ngan benda lain, ngan pokok2 dialah, ngan keta dialah, ngan maggi dialah, ngan astro dialah, sapa agaknya tu ha???


5)Tolong masak atau makan di luar sekali sekala.

- yg ni x payah mintak, mr shaifull sentiasa sedia berkhidmat, bab masak mmg aku x payah pening pala, susah2 kita makan kat luar kan abang kan??? hehehehehe....


6)Beri pujian mengenai penampilan isteri : rambut, wajah dan pakaian.

- ni lg 1, pakai baju baru pun kadang2 dia xperasan, tp bila time dia nak komplen, sesedap rasa je dia bercakap, cubalah hulur2 sket sang2 suami oi barang 30 keping not 50, sah2 lepas tu isteri anda akan jadi cantek menarik tertarik kau mmg da bomb lahhh


7)Apabila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon di rumah.

- ni penting, kalau dah lambat tu, stuck dlm jam ke, kena stay back kt ofis ke, kena operasi ke, apa ke, x kisahlah, tolongggglah maklumkan pada org yg tgh tunggu kat umah tu, ni x, buat derkkk je, cuba isteri yg buat camtu, harus balik tu tarik muka masam je, konon2 isteri tu derhakalah, balik lambat tp x bgtau, tp kalau time suami, halal je sepanjang zaman, mana aci????


so pada encik2 suami di luar sana, ataupun yg singgah ke blog aku ni, tolongggglah ambik perhatian dgn tips2 yg sgt berguna kat atas ni ok.

Friday, August 7, 2009

pasal apa hang suka carik pasal ngan aku haa???

aku rasa x sampai half an hour aku baru cakap aku x larat nak blogging, x de mood, x de cita x de apa nak dicarutkan kat sini. tp baru 4 minit 37 saat yg lepas, ada org carik pasal ngan aku pagi2 buta ari jumaat. x rasa nak ngamuk ke kalau org kacau hangpa pagi2 camtu?

aku tgh relax layan kepala sendiri sambil kira duit anak nak p simpan ptg ni (kalau rajin). sekali ada org masuk nak tumpang fax kat tempat aku, masih makcik yg suka carik pasal ngan aku hari tu, aku x tau apa masalah dia ni, kalau jumpa ngan aku, senyum pun senyum perli, kalau cakap apatah lg, memanjang cam x puas hati ja ngan aku.

aku x paham dan aku x nak paham pun, lantak dialah, tp kalau asyik2 dok jolok ja, ni yg aku rasa nak nak sengat org ni. err nak sengat ngan apa ha???

sambil masuk bilik aku, bukak pintu luas2, ambik kerusi kat depan aku ni, halang pintu, sblm tu dia sibuk2 carik door stopper, tp kat bilik aku tarak semua tu, sbb pintu aku mmg sentiasa tutup.

aku : naper kak?

makcik : saja je, akak x suka bersendirian, u mmg suka bersendirian kan?

i was like, wtf la makcik ni.

aku : dah tempat saya kat sini nak buat cam mana. (bodo, dah tempat aku mmg dlm bilik, satgi kalau aku duduk kat partition luaq tu, mesti hangpa sibuk selak sana selak sini surat/dokumen bos aku, sedangkan dok dlm bilik ni pun kadang2 hangpa berani tgk sana sini, bodo)

makcik : kalau akak, x reti akak nak duduk dlm bilik

bodonya engkau ni, bukan aku mintak bilik la bongok, tp tempat aku mmg kena letak kat dlm bilik, byk benda yg x semua org boleh tgk dan boleh access. kalau aku duduk kat luaq pun, mesti bil tepon aku 10k sebulan, mesti hangpa bergilir2 guna tepon aku yg boleh call ke mana saja di dunia fana ni, eee bongoknya.

aku buat muka bodoh ja masa ni, malas nak layan, dah berkali2 dia dok ungkit pasal aku duduk dlm bilik. ari tu dia carik pasal ngan aku pasal fax gak kat dlm surau, aku ni baru ja lepas mengadap illahi, baru nak pakai tudung, hati pun tenang, sekali dia masuk surau tu, terus nak pok pek pok pek kat aku pasal fax.

aku cakap ngan dia, kalau akak x puas hati, cakaplah kat bos akak, suruh dia bawak ke meeting pengurusan. dia x nak plak. last2 balik bilik, aku hambuq kat bos aku, aku kata kat dia, suruh depa ambik letak luaq mesin fax yg menyusahkan hidup aku ni, dah 1 keja plak aku nak kena check paper tiap2 hari, tukaq toner bila dah abis, drpd aku buat semua benda tu, baik aku main pinball, boleh pecah rekod sendiri, 4 juta yg aku buat ari tu.

aku dah ikhlas hati tolong jaga fax tu, bila ada fax masuk, siap distribute kat dept lain, padahal aku jaga 1 dept saja, ni x, 1 keja aku lak kena antaq kat setiap dept tu fax2 depa yg masuk, kalau yg official tu boleh dimaafkan lg, kadang2 yg personal pun masuk sekali, aku antaq jugak. x bersyukur gak tu. mcm manalah aku x sakit dada selalu, aku rasa, aku akan mati sbb heart attack, tgk ja lah. dah mcm2 benda aku pendam dlm hati aku, kadang2 rasa sayu, pilu ja, sbbnya aku suka pendam.

aku x luahkan masalah aku hentam kromo saja. byk benda yg aku pendam sendiri. tu sbbnya aku rasa kadang2 emosi aku x stabil bukan gila tau, sbb aku lebih suka pendam dr luah, actually apa benda yg aku luah kat sini x sampai 20% pun dr apa yg ada dlm kepala aku.

aku mmg hangin betoilah ngan pompuan makcik ni. rasa nak lempang ja, kalau sebaya aku dah lama aku lempang.

p/s - rasanya org yg ada blog title "welcome to my life" mmg ada masalah emosi lah hari ni, x caya cuba tgk blog zaila, sama kan??? huhuhuuuuu...

sgtlah x de mood

duhhhh aku betul2 x de mood nak buat apa2 n3, lgpun, aku bukanlah seorang blogger tegar, so sila abaikan kalau x de n3 terbaru pun kat sini. betul2 tgh "lelah" ni. mmg x de mood sesangat.

jgn kata mood nak blogging tarak, mood nak raya pun x de, x taulah apa yg x kena, nak mati kot aku ni, sampaikan mood raya pun x de walaupun puasa dah nak sampai....

:(

Tuesday, August 4, 2009

teman setia lepas penat bekerja...

semua org mesti ada teman setiakan, x kisahlah apa benda pun, kiranya benda tu setia menemani kita lepas dah penat lelah bekerja siang hari, so mesti malam nak rehat kow2 punya kan.

ni lah teman setia aku, penghibur hati yg x payah nak dipilih2 channel nya :) ...




ni plak teman setia waktu nak tdoq dan sebagainya...barulah boleh lelapkan mata ngan aman...



kalau rasa dah boring2 lepas buat keja umah, layan benda ni plak, teman setia gak ni, walaupun jadi penghakis duit aku tiap bulan.



aku suka baca benda ni semua, walaupun aku x aplikasikan semua fesyen dan make-up kat situ, at least ada gak a few articles dlm tu yg berguna kan, lg 1 aku suka sbb magazines ni semua very colourful, boleh camtu???

err apa teman setia hangpa plak???

nasi tomato & ayam masak merah

last saturday, aku telah "merajinkan" diri aku masak nasi tomato, simple ja pun, utk makan 2 org, bila mak call dia tanya lah aku dah bgn tidoq ka belum, isshhh soalan, nampak sgt lah aku ni cam x rajin bgn pagi, apa lah. mak! atiey bgn awal tau, kul 9 dah siap mandi bagai (awal la sgt, ayah bangun mandi, semayang subuh kul 5 lebih, x pa, nnt aku dah sama umuq ngan ayah, aku buat camtulah) tu pun kalau ada lg di muka bumi ni. shut up you!!!

mak aku terkejut bila aku bgtau aku tgh masak nasi tomato ni, ish sapa nak mai, x dak sapa nak mailah mak, saja ja nak masak makan 2 org. lama dah teringin, tp oleh kerana malas sibuk, maka ari ni baru ada kesempatan nak buat. :) resepi telah diambil dr sini.

so lunch kami ari tu.............tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

*
*
*
*
*
*
*
*
*



kualiti gambar adalah biasa2 saja, sila salahkan aku yg x reti ambik gambaq salahkan kamera tu ok.

sedappppp, matila puji diri sendiri. nasi tomato dan ayam masak merah semata, x dak bahan sampingan yg lain, sbb makan utk 2 orang, so silalah bersederhana.

bawak SB ke HSB

semalam bawak mr shaifull ke HSB sbb dia demam, flu dan simptom2 seangkatan dengannya. aku dah risau. dr tu just check his throat, kata x dak apa2, demam biasa. aku risau bagai nak rak, dia boleh simple camtu ja.

semalam kul 9 baru aku dpt mandi, sampai umah pengasuh kul 7.30, ambik rifqy bawak balik umah, buat keja umah, masak porridge utk 2 beranak tu, sorang nak bawak bekal hari ni, sorang lg nak makan semalam dgn ikan bilis goreng. bila dah siap masak, makannya x sampai semangkuk pun. demam punya pasal. sian mr shaifull.

ari ni dia MC, masa aku nak antar anak kat umah pengasuh tadi, aku pakaikan seat belt, kasi dia dok diam2 kat situ, ok plak mamat kecik tu. elok ja dia duduk pegang lok (bantal peluk). bila dah sampai hulur tangan kat aku soh dukung, sian dia, berapa kali dia salam ngan mr shaifull tadi, pastu moncong2 mulut dia nak kiss ayah. lepas dah kiss, berkali2 lak bye2 ayah.

tahlah, kalau free petang ni, bos tarak kalu, aku nak blah awal, sian plak yg kat umah tu, mkn apa lah gamaknya. sat2 dia sms tanya aku, ikan bilis yg aku goreng semalam dah abis ke, err ampun bang, i dah abiskan semalam, lapar sgt, maklumlah lama tunggu kat HSB tu. :) err masuk kategori derhaka x tu???

Monday, August 3, 2009

selamat hari raya!

:) ekekekek suspen x suspen x???

org lain kan aku rasa, 3 bulan lepas dah sibuk ngan baju raya, x kiralah, baju raya sendiri ke, baru raya laki ke, baju raya anak2 ke, semua dah sibuk prepare, sbb x nak terkejaq2 kan, kira cam hari raya tu adalah dateline la, so better siapkan awal, kalau x, HA CAM AKU NI LAH JADINYA...

CPM dah siap ada pre raya punya shopping utk anak dia, aku lak masih terhegeh2, percaya x aku baru beli sepasang je kain utk buat baju raya, dan kain tu still kat umah lg, x antar tailor pun, aku rasa cam dah hilang mood nak raya, x tau pasal apa. maybe sbb aku x buat early preparation kot?

eee camna ni, baju anak x beli lg, baju bapak x pe, kalau x sempat beli, pakailah yg dulu punya, baju mommy, waaaa nak jugakkkk...

sakit kepala...

tiba2 ja aku dilanda sakit kepala, x bersebab2, sakit kepala yg memungkinkan aku p tdoq kat surau satgi. bawak telekung sekali, terus selimut, jgn selimut selama2nya dah lah.

ni baru level2 camni ja dah sakit kepala camni, kalau aku jadi pm camna lah gamaknya tahap sakit kepala aku kan? mesti sampai migrainlah pk perangai sekoq2 cam cimpanzi. apahal lah hang suka sgt nk menyusahkan orang, buat perangai babun sana sini, dok umah elok2 try resepi baru x leh ke?

errr aku buat nasi tomato ari sabtu lepas, tp gambaq tarak plak, sbb usb cable aku merajuk, x tau dia sembunyi kat mana tah, rasa2 cam dah masuk henbeg last friday, tp ari ni check balik dah tarak, errr agak2 dia tgh landing kat mana ha???

Saturday, August 1, 2009

misteri lori merah

ini adalah auto publish entry.

misteri lori merah??? haaa??? mcm volkswagen kuning tu gak ke?

ha ni lah lori tu, parking kat country homes selama sebulan.



lega gaklah, merasa gak makan kfc panas2, kalau x tu berjanggut nak dpt makan, ya lah, selalu kalau rasa nak makan kfc, singgah kat restoran jejantas sg buloh, tapau. sampai umah dah kejung ayam aku. kalau nak p rawang plak, kalau takat nak makan kfc ja baik x payahlah, simpanlah niat suci murni tu.

elok hang sampai umah kul 5.20, hang p rawang beli kfc (pssttt pekan rawang ada secret recipe beb), sampai umah bukan kata dah sejuk ayam tu, rasa2nya dah basi kot. x sanggup aku nak meredah jam di alam mayapada ni semata2 nak beli kfc, kalau rasa nak mkn ayam goreng tu, gorenglah sendiri kat umah, xpun p ja restoran al-bidayah, beli sorang seketoi ayam goreng dia, kenyang sampai esok :) wargahkahakhaka

rasanya ari ni last day lori tu kat situ kot, aku rasa depa nak survey kot, agak2 ramai dak yg berminat kalau bukak kfc kat country homes tu, actually aku dah lamaaa nak merasa ada kfc sendiri kat situ cam kat d'sara damai dulu, siap ada mcd lg, walaupun x lah luas mana pun damansara damai tu compared to country homes.



bolehlah drpd x dak kan, tp eloklah hang bukak 1 kat situ wahai colonel sanders oi, org2 kat country homes pun dah jemu asyik2 makanan yg sama ja kat situ, sekali sekala nak gak merasa yg lain, x kan nak hadap nasik ja ari2 kot.

cucu colonel sanders dah abih beli, jom balik!