Thursday, September 17, 2009

positive thinking

saja je aku nak melekakan diri dr tgk jam (tlglah pusing cepat sket jam oi, aku nak chow ni), sambil2 tu aku nak bg pandangan peribadi aku sket pasal 1 artikel kat ruangan forum utusan malaysia hari ni.

encik tu membebel, apa perlunya statistik ops sikap dihebohkan, kan lebih baik dibuat statistik utk org yg selamat sampai ke destinasi?

mmm bg aku plak, aku rasa tujuan PDRM menyediakan statistik kemalangan/kematian utk ops sikap tu baik, sbbnya secara x langsung, mcm aku yg nak balik kampung ku indah nun jauh di sana ayah serta bondaku jauh di utara sana, aku akan jadi lebih berhati2, sbbnya x nak family aku termasuk dlm statistik tu.

aku rasa org lain pun berfikiran sama, dan x dak sesiapa yg kalut pun dgn statistik tu. sbb bg encik yg menulis kat ruangan forum tu, statistik tu hanyalah rekaan pihak PDRM, sbb x ikut jumlah kenderaan yg mungkin bertambah dr thn ke thn, uish, x kanlah org kat pdrm tu buat keja sambil lewa syok2 sendiri camtu ja encik, mestilah depa ada sumber rujukan utk keluarkan statistik tu, kalau x sure dah kena bang ngan org atasan.

lgpun, x masuk akal org kat pdrm tu sengaja nak buat statistik maut tu sbb nak takutkan kita, rasanya kalau diaorang x payah buat carta tu, x payah buat ops sikap, x payah susah payah kawal lalulintas, diaorang lg syok kot, at least dpt gak cuti raya, dpt balik kg, sambut hari raya dgn keluarga depa gak.

tp tu lah, sbb tuntutan tugas memerlukan depa bertugas di hari raya tatkala encik dan keluarga tu sedang bersuka ria sarung baju baru, bermaaf2an dgn sanak saudara, tp pasukan PDRM lak, cuti DIBEKUKAN. beku sbb apa??? sbb nak jaga traffic, nak pantau pengguna2 jln raya, JBPM pun sama, terpaksa bertugas sbb takut jadi kemalangan di kawasan2 yg selalu meragut nyawa.

aku x rasa diaorang tu semua bergembira terpaksa bekerja di hari raya, bukan setakat kena standby kat rumah, tp terpaksa sarung uniform, pegi keja seperti biasa, x kanlah kita x ingat benda tu sket wahai encik? tahlah, bg aku, apa yg kerajaan buat tu, adalah utk kebaikan kita, kalau depa dah x ambik peduli, susah gak kita nak hidup aman damai, cam cita tamil yg selalu kita tgk (kalau hangpa tgklah), menteri depa lebih pentingkan diri sendiri drpd rakyat, dpt camtu baru kita semua nak bukak mata kot... heheheheh....

lain padang lain belalang, lain orang lain pandangannya, karam singh hey waley waley hey waley waley hey huhuuu..

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA!

aku nak ambik kesempatan yg ada hari ni (sbb esok aku takut aku nak kena buat lawatan sambil belajar ke sekitar ofis(maju junction, sogo, jln tar) sbb bos dah start cuti esok, yahooo), aku nak mintak ampun dan maaf kalau ada tersalah dan tersilap kata sepanjang perkenalan kita di dunia realiti dan juga di dunia blog ni.

semoga persahabatan ni akan kekal hendaknya, kalau jumpa tu tegurlah (sambil jeling kat budak erlyda, maklumlah bila umur dah masuk 30 ni, kadang2 x de perasaan nak toleh sekeliling nak tgk org2 yg lalu lalang, kalau dulu masa bujang, x dpt toleh ngan kepala, siap pusing bijik mata 360 darjah nak usha kot2 ada yg hensem lalu, rugi kalau x tgk :) wargahakhakhak...

kepada yg balik kg, x kira jauh atau dekat, aku doakan kita semua selamat balik kg dan selamat jugak balik ke rumah masing2...

kalau rajin tu, bukaklah website PLUS (kalau hang guna hiway PLUS lah, kalau takat balik jeram tu x payahlah bukak) utk tgk jadual yg depa dah buat utk kurangkan kesesakan. tp aku x boleh nak follow jadual tu sbbnya kalau aku follow jadual PLUS tu, aku terpaksa meng'escape'kan diri aku dr ofis. ha sapa nak jawab tu nnt, x kan PLUS nak jawab kat bos bg pihak aku kot, panggggg.

oklah, selamat hari raya kawan2. semoga ceria di hari lebaran, walau di hati tiada siapa yg tahu...allah maha mengetahui segala2nya.

adios!

Monday, September 14, 2009

ni lah hasilnya bersyahdu2 di atas, berketung ketang di dapur

mee sup 1!



siapppp!


az, ni lah hasilnya bila anak beranak bersyahdu di atas, ayahnya plak bersilat di dapuq :)

Sunday, September 13, 2009

ninja pegi pasar ramadan!



hehehehe...mesti dipakai di saat genting mcm sekarang ni. nak x nak, mesti kena pakai gak, rifqy plak nak ada peneman, kalau mommy pakai, barulah dia pun boleh taat dan ikuti perintah tu, kalau aku x pakai, alamatnya mmg dia nak bukaklah mask ni. tu pun kadang2 terbabas gak, aku pakai, tp dia tetappppp nak bukak. apa2 jalah anak oi.



kawan2 camna plak, pakai x bendalah ni, jgn ambik mudah tau! pesanan khidmat masyarakat dr mommyrifqy utk semuaaa..

Saturday, September 12, 2009

sedap bang!!! (ikut gaya nabill masa final raja lawak) :)

ingat lg x aku mengidam teringin nak makan donut 2 3 ari lepas? :) hehehe...

bila dah dpt apa yg diinginkan oleh perut 2 lipatan, mmg rasa lega sesangat. tambah2 lg dpt mkn alien, makan alien kau, x agak2, agak2nya kalau alien betoi yg sampai, rasanya dah lama dia ngap aku x sempat nak eja donut pun kan?



rifqy tgh menyibuk bukak plastik tu, padahal aku pun tgh sibuk nak snap gambar, maklumlah anak beranak jenis kaki sibuk :) heheheh...tp menyibuk hal2 sendiri ja tau, x penah menyibuk hal2 duniawi yg lain.

kiranya apa yg aku nak tu semua dptlah, nasib baik, kalau x, mesti aku x dpt nak raya dgn sempurna kali ni. hehehe..



tgk kotak ni aku dah senyum sampai ke belakang telinga, kiranya kalau ditengok betul2, mmg boleh bertemulah bibir aku sebelah sini ngan sebelah sana kat belakang kepala ni, :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





sedappppppp alien tu, apa mcm, terliur x??? eleh jgn tipulah, mesti masing2 tgh telan liur tu :) wargahkahakhakhakah

Friday, September 11, 2009

anak bujang mommy!



ginilah gayanya kalau aku nak bg dia minum milo/ribena/air masak. kalau air masak tu boleh tahan lglah, kalau basah tu setakat nak tukaq baju je, kalau kena air ribena, tertonggeng menonggeng aku dlm toilet mencuci dgn tgn segala kotoran ribena/milo tu. letih o.




muka yg x dak efek kalau kena marah sbb tumpahkan ribena/milo. balik2 aku gak yg hangin sbb kemarahan tu x diikuti dgn kesedihan rasa bersalah sbb tumpahkan ribena/milo atas lantai. :( huhuuu...

tp rasanya budak kecik ni dah boleh buat peneman di kala sunyi suka dan duka. nak pegi shopping kat kl ltk dia kat sebelah pun dah ok, sbb dia dah boleh terima arahan dr aku, kalau mr shaifull punya arahan, x tentu lglah, wallahua'lam.



walaupun 2 3 kali gaklah dia dok sibuk kat sebelah tu, "my, kak kak" (mommy, bukak bukak), sibuk dia nak bukak seat belt tu. (ya, sila marah aku x de baby car seat). tp bila aku cakap kat dia, "kejap, nnt dah sampai baru bukak, ok? kan kita nak pegi kl, jauh lg ni, nnt dah sampai kat kl, baru kita bukak, tgk mommy pun pakai gak, ok". "tey" (ok).



yg x tahan tu, cara2 sandaq tu amboi, kemain lg, cam kita ni driver lah plak. tp nasib baik, ok je sepanjang perjalanan tu, dia diam je kat sebelah tu, sampailah ke maju junction. maybe dia mabuk sket kot masa nak naik parking kat MJ tu, sbb berpusing2 360 darjah. :) hehehehe...

p/s : mommy x penah tinggalkan rifqy sejak 3 okt 2007. agak2 kalau mommy x de kat umah selama 4 hari ok x sayang?

Wednesday, September 9, 2009

aku x sangka, rifqy pun ada perasaan...

hehehe...mesti semua orang marah aku kan, mestilah semua manusia tu ada perasaan, tp bg aku, ada jugak manusia yg x dak perasaan, buat org lain sesuka hati sesedap rasa ja.

tp semalam mmg aku terkedu tgk dia punya concern kat mommy dia ni.

selepas seminggu "bercuti sakit", aku pun tunaikanlah kewajipan aku lepas bukak puasa semalam. masa tengah tunai kewajipan tu ok lg, pastu bila tiba time angkat tgn, doa, ha tu dia, kali pertama lps aku lahirkan rifqy, aku nangis sesungguh hati, aku x tau dr mana aura sedih tu mai.

maybe dr doa aku sendiri kot, mmg x dpt nak tolong dah, x penah aku nangis camtu sekali, aku nangis jenis teresak sampai sebak x blh nak control pernafasan. mmg sedih sungguh2 hati, actually aku x suka nak sedih2, sbb hidup hanya sekali, dan x tau bila nak mati (nasib baik ingat mati), so kenalah enjoy kan.

tp yg aku jd lg sebak tu, bila aku nangis mula2 tu, rifqy tepuk2 belakang aku, siap bunyi syyy syyyy lg, punyalah sayang dia kat aku :) pastu dia tgk aku nangis x stop lg, sekali member letak kayu yg dia tgh main (ayah dia standby dlm bilik utk tujuan kecemasan :), terus dia mengadap aku, dia pun tumpang sekaki tgk aku sedih.

mr shaifull masuk bilik time tu, cun2 dia tgh nangis, x dak motif tgk anak dia nangis, terus bukak tv, tp dia x stop2 gak nangis. aku x tau pasai pa dia nangis, maybe dia x penah tgk aku nangis, bila camtu, dia terus sedihlah kot tgk aku berduka lara. mr shaifull x tau pun aku nangis semalam, cuma anak dia ja yg ambik berat :)

tahlah, sian rifqy, dia x suka tgk mommy dia nangis kot, tu sbb dia pun pulun nangis gak, oklah sayang, mommy janji, mommy x nangis lg ok. :)



p/s : mommy love u so much, if one day mommy have to leave u, one thing that mommy want u to know, that u r always n forever in my heart...

Tuesday, September 8, 2009

big apple donut

8 sept 09 13:00 (tit tit, sms masuk lg)

kt dah p ni

la, aku x sangka betoi2 plak mr shaifull nak p belikan utk aku di tghari buta, tgh2 puasa nak kena kluaq office jln kat panas, sedangkan ni time dia tdoq, dahlah sahur pun bgn sendiri. :)

ish susahnya nak balas jasa org yg sedang berpuasa yg sanggup memuaskan nafsu aku yg x berpuasa ni. adoi la, kenaklah kitak tok bang, kenak sik nunggu ari sabtu tok? (tiru ayat pak tam) ish sian plak kat dia, aku rasa bersalahlah... :(

****************************

maybe aku dh dpt balasan tuhan kot sat2. aku melawat colonel sanders lg di tghari yg terang lg bersuluh ni. beli burger je pun, dgn semangat lepak kat surau, bukaklah bekalan duniawi tu, sekali hang, mcm nak terkeluaq bijik mata aku tgk isi kandungan tu, aikkkk, aku mintak burger apahal dpt cheezy wedges plak ni. aduiii letihnya aku walaupun x puasa.

bayangkan, aku jalan balik ke kfc jln tar tu semata2 nak marah budak tu, dlm hati dah &^()*(&^%$S#@( mcm2 dah. sekali bla aku renung batu2 tar sambil berjalan tu, plinkkk mentol terkeluaq kat atas kepala aku, durrhhh aku ni pekak ke ngok ke, td budak tu dah pesan kat aku, kalau nak burger tunggu 10 minit, pastu yg dia p bg wedges kat aku tu apahal pulak (x nak ngaku salah gak tuh)

sudahnya cheezy wedges tu aku tongsampahkan, sbb benda tu aku x bayaq, aku cuma bayaq burger saja, tu pun bila balik ofis aku tgk resit tu hanyalah utk burger saja, kalau dia charge utk cheezy wedges tu sekali oklah, tp x. apa lg, buang je lah, x kan nak tunjuk baik, patah balik ke kfc tu lg sekali, kalau aku patah balik ke kfc tu lg sekali dr ofis aku, alamatnya aku terus bawak beg, mmg aku terus balik je lah jawabnya.

sorry lah nak balik ofis lg, gila tgh2 panas ni, letih o.

*******************************

ish sianlah mr shaifull, apa khabaqlah baby besaq aku tu??? mesti dia tgh pening baca balik sms yg aku antaq kat dia tadi, pesanan2 penaja :) tenkiu abang

nnt kita makan sama2 sekeluarga ok :) - ayat mesti power

apa mesti kena letak tajuk ke baru boleh cerita???

08 Sept 09 11.33 (tit tit bunyi sms masuk, bukanlah exactly sama, sipi2 ja pun)

cik(mr shaifull tiru nama panggilan manja mak kat aku), awak bukak blog ni ada byk resepi yg kt suka, dayangjack.

x mau derhaka cakap laki (padahal yg lain2 sama gak aku lawan cakap dia), aku pun kelebeklah blog tu, sblm ni rasanya dah penah gak aku p blog ni, ya lah bloghoppers tegar kan, mestilah aku lawat sana sini, walaupun blog aku bersawang, x kisah.

layan punya layan, eh hello, ni bukan "resepi yg KT suka", tp rasanya resepi yg ABG suka? tul x? ada gaklah yg aku suka (ish x ngaku gak tu), tp x suka masak tp suka makan, leh x camtu? kali yg ke 173 aku derhaka kat laki, malas masak :) ish susah gak kan zaman2 it ni, laki bini boleh surf internet cari resepi, bila dah camtu, x dak alasan lglah nak kata x reti.

ish menyusahkan gak kadang2 bendalah it ni. huuhhhh.

tp bila dah tgk2 kat situ, dan2 tu ayaq liuq aku meleleh sampai ke dagu, shit (x baik mencarut bulan posa), sedapnya terubuk masin, perah limau, cabik antu, waaaa sedap oi. x sabaq tunggu xmas ni.

pastu tiba2 plak bila sebut dan tgk benda2 makan ni, dan2 tu teringin tahap mengidam nak makan big apple, ya, mari kita meminta pertolongan seorang suami. (sesungguhnya x dak kaitan)

abg, i tingin gila nak makan big apple donut

tgklah, mintak tolong wahid kalau sempat (kalau sempat, tima kasih en wahid) :) heheh...

ish walaupun mr shaifull hanya bg harapan, tp dlm harapan tu, aku mmg berharap sgt jadi impian, sbb dah berapa ari dah aku terasa2 nak makan bendalah tu. sesungguhnya aku adalah org2 yg berpuasa (walaupun aku x puasa ari ni, peduli apa aku).

mari kita tunggu dan lihat, adakah apa2 surprise utk aku dlm keta petang ni, abg, kalau ada inform awal, nak beli 100 plus standby utk ptg ni. :)

Monday, September 7, 2009

belengas rongga peluh aku hoccay!

tima kasih pada my new lingerie sbb tlh menolong membelengaskan ketiak aku terutamanya. gila letih o berjalan dr ofis, naik lrt ke the mall (sambil jln sambil tanya org mana satu platform yg nak kena naik), sian aku, dah 7 thn lebih aku x berkecimpung dlm dunia lrt, mcm tu punya bangang sekali aku jadinya. sian aku.

new lingerie? pesanan utk diri sendiri, lenkali kalau nak beli pastikan ingat size betoi2, org lain yg posa, aku yg lebih2 nyanyuk plak (read: x puasa), jgn nak main sebut ja size 3 thn dulu, sudahnya aku yg letih. nak x nak, terpaksalah menapak sorang2 tadi. dah guna cubaan pujukan manja kat mr shaifull utk temankan aku, tp x jalan, eleh org lain pun posa gak, tp x daklah letih sampai camtu sgt.

ok x pa, dia x mau teman, aku p sorang2, kalau ada org ngorat aku, nasiblah (ader ker???)

on the way back ke office, haruslah menyinggahkan, bukan nama aku lah kalau straight balik. dah alang2 turun kat bandaraya tu, tersinggah kat sogo jap, alang2 dah tersinggah, tertengok plak kasut, ish bila dicuba2, cam serasi ja kalau pakai utk balik kch xmas ni, sapa yg baca ni otomatik kena belikan utk aku (ayat utk mr shaifull).

oklah letih ni nak rehat jap, nasib baik dah kena "sepam dua", mr shaifull bekalkan aku ngan milo rifqy yg kotak kecik tu, utk rifqy oklah abang oi, mmglah kenyang dr pg sampai ke tghari, utk aku lak, sekali srooottt ja dah abih sekotak, adoila, menyesal plak p sampai dua mall x beli apa2 utk disumbat dlm tekak. adoiiiii...

ish bos cuti ni, rasa cam nak turun bawah jap melawat jln tar, tgk tudung, tp duit tarak plak, errr abang, tudung termasuk dlm pakej baju raya kan? kalau abg x belikan tudung, i consider x payah pakai tudung raya ni, ok x? heheheheh...

p/s : ugutan kadang2 berbaloi utk mendapatkan sesuatu, benarkah???

Tuesday, September 1, 2009

lega walaupun x sepenuhnya

lega, sbb apa??? sbb dah beli baju raya utk rifqy, cukup utk cover sampai raya ke 7 :) heheheheh... oppss tp jgn bersuka ria dulu, sbbnya, kasut dia blm beli lg, yg tu betoi2 nak tunggu last minute, sbb x rugi beli kasut lewat2, mana tau ada rezeki a***** ada bg diskaun, en sogo, sila ambil perhatian.

baju aku??? masih seperti itu, x dak perubahan. sampailah ke puasa ke 11 ari ni, still tarak baju raya, sedih??? mestilah sedih, mana penah aku jd sampai camni sekali, betoi2 x dak mood raya. x tau apa yg x kena, maybe kalau balik raya kat umah mr shaifull, baru aku beria kot, ni sbb umah mak ayah aku sendiri, so pakai apa pun x kisah.

baju mr shaifull??? x kisah, sbbnya kalau raya kat kg aku, pakai baju biasa p bertandang masa raya pun amatlah x kisahnya, tp its a big no kalau raya kat kuching hang sukati nak pakai kemeja ngan jeans, sbbnya nnt org akan tanya, ni raya aidilfitri ke xmas? so silalah pakai baju melayu kalau berada di kuching sampailah raya ke 7 :) heheheheh...

camna ni ha? kat mana aku nak cekau baju raya ni? waaaa