Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

kek lapis kukus

hehehe..x lah kongkang mana pun aku ni rupanya (sila baca dgn nada riak sambil senyum & kembangkan idung)

ari sabtu, ada perasmian surau sementara, dahlah nak p tolong org masak pun x blh, sbb mr shaifull pun bz sekali, dia dilantik jadi ajk sementara utk penubuhan surau sementara tu, hishhh byk plak perkataan sementara aku. so setelah berpk semasak2nya, tgklah betapa rajinnya aku, pk pun masak2 beb, aku decide nak buat something yg senang utk majlis malam tu.

kek lapis kukus! resepi aku cedok dr home sweet home. bg aku senang sbb bahan2 dia x remeh dan x temeh.



tepung 1 cawan
horlicks 1/3 cawan
susu pekat manis 1/3 cawan
gula halus 1/3 cawan
kismis 1/3 cawan
5 biji telur
marjerin 200g
vanilla esen 1 sudu teh
pewarna merah & hijau & kuning (aku letak kaler merah & hijau sahaja)

cara2

tepung & horlicks (diayak & ketepikan)
pukul marjerin & gula halus sampai kembang
gaulkan kismis & 1 sudu makan tepung gandum (ketepikan)
bila marjerin dan gula dah kembang, masukkan telur 1 demi 1, sambil dipukul lg.
kemudian masukkkan tepung & horlicks tadi, pukul lg, masukkan vanilla esen.

lepas tu bolehlah dimasukkan susu pekat manis, pukul hingga sebati. bahagikan adunan kepada 3 (letak pewarna bg setiap adunan). loyang disapu dgn marjerin & taburkan sedikit tepung. loyang dipanaskan. letakkan lapisan merah ke dlm loyang, taburkan kismis. tutup loyang dgn alumunium foil/plastik, kukus selama 7 minit.

selepas tu, masukkan lapisan kedua, kaler hijau, dikukus selama 15 minit, yg terakhir masukkan lapisan seterusnya, taburkan kismis, kukus selama 1 jam / hingga masak, jgn lupa check air dlm loyang, jgn sampai kering, kalau x, sampai ke sudah kek tu x masak, ada reti??



dah siap, sedap tau kek ni, baik try. senang pun senang. utk minum petang pun ok gak, sbb x remeh sgt.





dah siap utk dibawak ke surau. :) heheh...

Tuesday, August 4, 2009

nasi tomato & ayam masak merah

last saturday, aku telah "merajinkan" diri aku masak nasi tomato, simple ja pun, utk makan 2 org, bila mak call dia tanya lah aku dah bgn tidoq ka belum, isshhh soalan, nampak sgt lah aku ni cam x rajin bgn pagi, apa lah. mak! atiey bgn awal tau, kul 9 dah siap mandi bagai (awal la sgt, ayah bangun mandi, semayang subuh kul 5 lebih, x pa, nnt aku dah sama umuq ngan ayah, aku buat camtulah) tu pun kalau ada lg di muka bumi ni. shut up you!!!

mak aku terkejut bila aku bgtau aku tgh masak nasi tomato ni, ish sapa nak mai, x dak sapa nak mailah mak, saja ja nak masak makan 2 org. lama dah teringin, tp oleh kerana malas sibuk, maka ari ni baru ada kesempatan nak buat. :) resepi telah diambil dr sini.

so lunch kami ari tu.............tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

*
*
*
*
*
*
*
*
*



kualiti gambar adalah biasa2 saja, sila salahkan aku yg x reti ambik gambaq salahkan kamera tu ok.

sedappppp, matila puji diri sendiri. nasi tomato dan ayam masak merah semata, x dak bahan sampingan yg lain, sbb makan utk 2 orang, so silalah bersederhana.

Tuesday, June 30, 2009

spaghetti sardin

burppp alhamdulillah..kenyang beb, makan spaghetti sardin kat pantry tadi, kak jai yg masak, dia bawak dr umah. dah berapa kali kitaorang asyik hadap spaghetti sardin ni je, sedap, meleleh x hengat.

haaa aku tau, mesti ramai yg melopong kan, ha??? spaghetti sardin, ada ke? ha tu lah namanya 1 malaysia, x semestinya spaghetti hang kena guna minced beef/chicken sahaja, dah nama pun malaysia, so bolehlah dipelbagaikan resepi2 tu ye puan2. chewah, buat mcm resepi sendiri plak ni.

so pada sapa2 yg nak cuba buat sendiri spaghetti sardin ni, senang je. aku bg resepi, tp awal2 lg kena bg credit pada tuan punya resepi ni, iaitu kak jai. heheheh



tuan punya resepi adalah bertudung purple dan berkaca mata :) sat2 bila aku ambik camera nak snap gambar spaghetti yg dah tinggal ujung2 nyawa tu, kak esah ckp kat aku, ish mcm anak akak, masak apa ke makan apa ke, semua nak ambik gambar, nak letak dlm blog, eh samalah plak, biasalah kak, penting tu letak lam blog.

ok bahan2nya

sardin - sukati lah nak 2 tin ke 1 tin ke, ikut tahap kapasiti perut andalah (lenyek dengan garpu sampai hancur)
daun kesum - potong
bunga kantan - potong halus
1 biji tomato - potong dadu
mushroom - potong kecil
bawang besar - potong dadu
bawang putih - utk tumis
cili api - tumbuk

spaghetti / angel hair - masak ikut arahan di plastik ye puan2, x kan tu pun nak terang kot, ini boleh menimbulkan marah

cara2nya

tumis bawang putih, bila dah kuning2an, masuk bawang besar, bila dah naik bau dia, masuk daun kesum dan bunga kantan, naik bau kan, masuk cili api yg dah ditumbuk tadi tu, pastu masuk mushroom yg dah dipotong, bila mushroom dah agak2 masak, masukkan sardin, dan agak2 dah nak angkat tu, masukkan tomato, balik2kan sat, dah siap.

bolehlah dihidangkan ketika panas, chewahhhh.

apa??? gambar???



angel hair, guna spaghetti pun boleh



kan aku dah bgtau siang2 tadi, semuanya tinggal ujung2 nyawa je. ha lepas ni bolehlah try resepi ni, bila rasa2 malas tu, ok gak resepi ni, sekali sekala tukar selera kan, x kanlah asyik nak layan bolognaise je, sekali2 layan malaysian recipe ni apa salahnya kan? cuba, jgn x cuba ok!

Wednesday, June 17, 2009

agar-agar lumut :)

bismillahhirrahmanirrahim...




imej adalah dr sini, tq

ish menakutkan ja nak bg resepi ni, atas permintaan yarn, walaupun yarn sorang ja yg mintak, aku nak tepek kat sini gak, alang2 boleh meramaikan lagi n3 aku dlm sehari kan, bila lg nak jadi blogger tegar, selang seminit masuk n3 baru? heheheh...

ok yarn, kalau dah aku bg resepi ni, terus buat tau, senang ja, aku yg kayu dlm bab masak ni pun boleh ja buat, cuma aku masih musykil lg, pasai pa dia x mau berlumut ataih bawah, mesti dia terpisah bawah dan atas tu, nnt aku buat experimen lg no, pasai pa dia jadi camtu?

bahan2

agar2
2 cawan gula

masak agar2 ikut sukatan air kat plastik dia ok, pastu bila dah cair semua agar2 tu, masuk gula, tunggu sampai didih. api sederhana ja.

2 biji telur (pukul)
10 helai daun pandan (ambil jusnya, jgn tanya aku camna nak ambik jus daun pandan, satgi aku naik hantu)
2 cawan santan

bila telur dah dipukul, auuuuwww mesti ada yg menjerit kan? :) wargahkahakahka oppss iklan sat.

bila telur dah dipukul, masuk santan, kacau sebati, pastu masuk jus pandan, kacau lg, bila agar2 n gula tadi dah didih, masuk la campuran ni plak, gaul2 dlm api yg kuat, bila dia berketul2 dan dah mendidih, tutup api, biar sejuk, pastu tuang dlm loyang. bila dah sejuk betul, masuk dlm fridge. ok yarn? buat jgn x buat, letih aku menaip ni.

oklah puan2, itulah sahaja resepi agar2 lumut saya :)

Friday, April 17, 2009

nasi ayam





entry dr sorang kaki bangku dlm hal masak memasak, tp nak jugak gigih bg resepi kat orang, bila dah dpt resepi ni, tlg buat ya kmira. :) ahakkksss

utk klinda lak, resepi ni dah diubah ikut "kepandaian" ct tau, x sesedap mcm klinda punya nasi ayam. :)



ayam


direbus
halia, bawang merah, diblend
perapkan ayam dgn bahan yg diblend tadi, garam & kunyit jgn lupa lak kmira
letak sos cili, sos tiram, kicap cair, pastu perap
jgn perap 4 5 hari lak, kalau dah nak makan tu, goreng je lah



nasi


basuh beras dan toskan
goreng bersama dgn planta, biaq lebih sket baru rasa lemak2
pastu masak nasi menggunakan air rebusan ayam
letak sket garam
potong halia nipis2, campak dlm periuk, tekan on, tu pun nak bgtau ka, panggggg



sup


tumiskan bawang putih & merah, dah kuning sket, masukkan bunga cengkih dan bunga lawang (ni cara saya tau), tumis sampai naik bau, masuk air, bila didih masuk ayam yg part tulang2 tu, masuk garam, tunggu sampai didih lg.



cili


cili masak 3 biji, bwg putih 3 ulas, sos tomato, sos cili, cuka, gula
cili diblend dgn bwg putih, campur sket air, masuk dlm periuk, masak dgn api perlahan, kemudian masuk sos cili/tomato, gula & cuka sesedap rasa. kacau hingga sos jadi pekat.





hiasan


tomato - potong bulat
timun - potong ikut suka
salad


dah siap, kmira jgn lupa buat tau. :) opppss lupa, tuan2 dan puan2, kicap nya saya hanya gunakan kicap biasa cap tamin ok, sila abaikan tahap "kerajinan" saya tu.