Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Friday, March 5, 2010

laksa kak su, kuala perlis

aku 'terpengaruh' ngan leed, bila dia letak n3 laksa kak su ni, dan2 tu aku tanam azam, aku nak p gak bila aku balik kangaq.

hehehe akhirnya tercapai gak cita2 aku, bukan senang o nak makan laksa kat luaq, sbb sebut ja aku teringin nak makan laksa, mak dan2 tu nak buat sendiri, aku cakap kat dia, aku x larat nak tolong (cubaan2 meracun fikiran mak x bg dia buat laksa sendiri), pastu dia kata x pa dia buat sendiri.

aku kata x maulah, aku nak makan kat kola perlis, last2 nak x nak, dia ikut ja cadangan aku tu. yessss

saja ja aku belanja depa minum petang. 11 org makan + minum, tambah 3, budak kecik punya 1, bungkus 3, telur rebus 5, RM58, murahkan?? tu yg bestnya kat perlis, makan still murah nak mati. :)



kakak aku ngan anak2 dia, yg lelaki 'terlindung' kat sebelah adik aku, gatai, malu x bertempat.



tatak! :)



abang (ipaq), yg sgt caring.



ni la manusia, dah makan separuh, baru teringat nak ambik gambaq, suspek utama x lain x bukan mr shaifull. sedapkan??? kalau aku di tempat klinda, sejuk mejuk, tgk plak gambaq laksa ni, ya allah, meleleh ayaq liuq ngan ayaq mata sekaligus :) wargahkahakhaka...



aku sibuk ngan anak, dia sibuk bergambaq sana sini.



dah kenyang, jom balik! :)

opsss gambaq tuan tanah, musti ada :)

Thursday, February 11, 2010

santai cafe, tesco rawang

ari ahad, mr shaifull ajak p tesco rawang, aku baru bercita2 nak bummmm sambil layan vcd jgn pandang belakang congkak yg aku beli dgn duit sendiri, ya aku x penah beli vcd sendiri, semua mr shaifull punya :) wargahakhakha (ya, sila gelakkan aku sbb tgk cita sekurun yg lepas, ada aku kesah???)

bila cita2 aku terpadam gitu ja, mestilah kena upahkan?? makan kat luaq, lg senang, bersih dapuq aku, jimat tenaga aku, semua untung bersih utk aku :) hehehe...

makan kat santai cafe, kedai yg bersih, budak2 waiter yg mesra, makanan yg sedap, bila dah siap order, tgh betulkan baby chair rifqy, tgk2 aik makanan dah sampai (ya aku tipu, tp service mmg laju gila).



hehehe nampak sgt penipu kan, dan plak tu ambik gambaq bagai, maklumlah org dah ada experience tunggu makanan sampai nak dkt 2 jam mmg camtu, kalau takat 20 minit tunggu tu apalah sgt kan?



dah 7 thn 7 hari kawen, for the first time kami order menu yg sama, takjub x?



nasi goreng seafood pedas, chef recommended, must try ye kawan2.



last sekali mestilah gambaq org yg telah bersusah payah menyenangkan bini dia utk hari ahad ari tu, x payah masak, tenkiu abang!! :)

Thursday, February 4, 2010

sari rhasa seafood, port dickson

mlm ahad kat pd, keluaq dr hotel betul2 lepas maghrib, so lbh kurang kul 7.45 camtu lah, pusing2 nak carik kedai makan, tepi laut, ketam bakaq, semua dah terbayang2 dlm kepala aku, sekali jumpa 1 tempat ni, memenuhi ciri2 lelaki idaman yg diidamkan.

sampai ja kat situ, apa lg, ambik gambaq dulu, kalau ikut aku, jgn harap aku nak bergambaq ni semua waktu2 genting camtu, maklumlah tengah imagine korek badan ketam, dpt plak isi penuh, fuhhhh sedapnya.



tp dah nama pun laki, ikut ja lah, satgi hangin plak.





tgk dr segala segi, mmg tepat sgt pilihan kami ni, sekali ketam pulak x dak, frust gila lah aku, tp blh layan lg, sbb ada seafood yg lain kan, oklah, order tu ni tu ni, tunggu lah, sambil mr shaifull layan rifqy tgk fish.



5 minit 10 minit 15 minit 30 minit, aikkk pasai pa fresh orange ngan milo ais kami x sampai2 ni, bukannya aku order setempayan pun, 2 gelas ja. aku dah hangin sorang2 dah masa ni, tp aku tgk mr shaifull cool lg, oklah. panggil budak tu, dia tanya balik, order apa tadi, ishh budak ni. pastu masuk minit yg ke 40 baru minuman sampai.

so dah blh imagine kan kalau minuman pun ambik masa 40 minit, makanan apatah lg, dkt nak 2 jam lah kami bertapa kat situ, sekali mr shaifull dah bgn, aku pun dah ambik beg, tgk2 laju ja budak tu mai bawak ikan siakap bakaq ngan sotong, mesti hangpa heran kan, asyik2 siang malam siakap ngan sotong, dah benda tu ja yg ada, udang mr shaifull x blh makan, allergic.

ketam plak x dak, so nak x nak terpaksalah order yg tu.

aku mmg dah hangin dah masa tu, bawak lauk pauk, nasi ngan sayur x sampai2, aku panggei budak tu, tanya dia dah dkt 2 jam tunggu kat sini, nasi x sampai2, laju ja dia p ambik nasik plak, tgk muka budak tu mmg x sampai hati nak marah, tp bila tgk kat perut aku, dan2 tu aura marah keluaq. geram betoilah.

tp apa2 pun, mmg x puas la makan kat situ, x dak rasa, kat zaina ikan bakar kat kuala perlis lg best, service pun cepat. sedap pun sedap, mmm terliuqnya. yg ni plak, dr 5 bintang aku x blh nak bg bintang, jgn kata bintang, taik bintang pun blm tentu lg aku nak cubit sket bg kat depa ni, betoi2 bikin aku hot!

Wednesday, February 3, 2010

squirrel o squirrel aka tupai tupai

ari ahad, otw balik dr pd, dah sampai kat jln istana, sekali mr shaifull lencong ke jalan yg aku x penah guna, laju ja aku tanya dia, "nape guna jalan ni"? selamba ja dia jawab kat aku, saja je. dlm hati aku, eee dahlah janji balik dr pd terus nak p jusco sbb nak beli brg umah, pastu x jd sbb tiba2 teringat kami p pd x bawak stroller, so x dak sapa nak kendong budak kecik tu kalau stroller x dak. pastu aku ajak dia makan kat seremban, cari restoran nelayan, pun dia x nak. mmm merasalah balik satgi kembung angin 2 2 org, nasib baik pg tadi bfast kat hotel tu dah mkn berat.

tgk2 elok plak dia melencong ikut jln lain, ishh.

sekali dia bg signal, belok masuk kanan, ya lah, kalau masuk kiri haruslah kena hon ngan bas lori motor keta, tu pun kalau sempat kena hon, kalau x, x taulah apa jadi kan.

eh tupai2. senyum mestilah sampai ke telinga sbb balik x payah susah payah pk nak masak apa. :) horraayyyy

sampai ja, terus pilih nak duduk kat tempat yg bersila tu, saja nak merasa ala2 kg di tgh2 bandaraya. baru ja pungkoq aku sampai kat lantai, kacang salut tepung rasa pedas2 manis sket sampai, apa lg, sambil belek menu, sambil makan kacang, dah dkt kul 3, mau x kebuluran.



menu pun sampai.



kami order siakap stim,



squid dried chilli



&

broccoli with black mushroom, sumpah aku x lalu black mushroom tu, mmg bukan favorite aku, dah org tu sibuk sgt nak makan black mushroom, pandai2 ja dia kata aku nak makan broccoli, so nak x nak hadaplah vege yg kejung tu. aku masak lg sedappp!



mmm bg aku, bolehlah, kalau tgk harga dia, mmg first impression aku, sedap gila ni, sekali, ya allah, siakap stim tu, kalau mr shaifull yg buat kat umah, 5 kali ganda kesedapan dia. dgn pedas, dgn masam dgn manis semua cukup, ni aku rasa dia tuang sos ikan ngan sos tiram, letak atas api, dah, mmg x sedap langsung. dr 5 bintang aku bg suku bintang.

sotong tu plak, tah apa2 rasa dia, sama jugak ngan broccoli tu, mmg aku x larat nak makan benda yg x sedap, mr shaifull la yg gagah nak bg habis gak, sudah2 bulat ja perut, gasak.

sekali p kat cashier, ingat kot aku blh lah pow org di kala anniversary, ha ambikkk, cash sahaja, no card, hemmm punahhhh keamanan sejagat, geram aku. dahlah makanan x sedap, aku kena pow plak, ni saja nak mintak aku masuk neraka la ni, derhaka kat laki sbb belanja x ikhlas, hohhh kalau sedap aku redhalah jugak walaupun payah, ni x sedappppp. eee



sampai terlentok2 kawan tu perabih ikan stim ngan vege, lenkali jgn bawak aku p tempat x sedap, camtulah jadinya. org lain elok ja dlm gambaq, dia plak mcm kena tiup ngan angin ribut, heran aku ngan rifqy ni, x reti nak duduk diam2.

diam x diam, dah 7 thn 3 hari aku kawen ngan mr shaifull, mcm2 dah yg kami lalui sama2, apa yg aku harap, biarlah sampai ke akhir hayat kami bersama, dpt sama2 tgk rifqy membesar, berjaya insya-allah, dan teman aku nak gaduh siang dan malam :) hehehe..

p/s : abang, nak hadiah anniversary & birthday, jgn lupa tau! :)

Monday, September 14, 2009

ni lah hasilnya bersyahdu2 di atas, berketung ketang di dapur

mee sup 1!



siapppp!


az, ni lah hasilnya bila anak beranak bersyahdu di atas, ayahnya plak bersilat di dapuq :)

Saturday, September 12, 2009

sedap bang!!! (ikut gaya nabill masa final raja lawak) :)

ingat lg x aku mengidam teringin nak makan donut 2 3 ari lepas? :) hehehe...

bila dah dpt apa yg diinginkan oleh perut 2 lipatan, mmg rasa lega sesangat. tambah2 lg dpt mkn alien, makan alien kau, x agak2, agak2nya kalau alien betoi yg sampai, rasanya dah lama dia ngap aku x sempat nak eja donut pun kan?



rifqy tgh menyibuk bukak plastik tu, padahal aku pun tgh sibuk nak snap gambar, maklumlah anak beranak jenis kaki sibuk :) heheheh...tp menyibuk hal2 sendiri ja tau, x penah menyibuk hal2 duniawi yg lain.

kiranya apa yg aku nak tu semua dptlah, nasib baik, kalau x, mesti aku x dpt nak raya dgn sempurna kali ni. hehehe..



tgk kotak ni aku dah senyum sampai ke belakang telinga, kiranya kalau ditengok betul2, mmg boleh bertemulah bibir aku sebelah sini ngan sebelah sana kat belakang kepala ni, :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





sedappppppp alien tu, apa mcm, terliur x??? eleh jgn tipulah, mesti masing2 tgh telan liur tu :) wargahkahakhakhakah

Wednesday, August 19, 2009

kebab jln tar

keluaq ja dr surau tadi, kak esah bgtau aku, dia x sempat beli kebab yg aku pesan tu, sbbnya org tu baru bukak gerai dia, yang org juai kebab tu pun 1 hal gak, yg hang tengahari buta baru nak bukak gerai pasai pa, org dah tunggu dr subuh tadi, blh plak dia senang lenang dah rembang baru nak bukak gerai.

org kebab tu bgtau, dlm 15 minit baru dia start jual, kakak tu pun x larat la nak tunggu situ. dia pun balik, dlm perjalanan balik tu, dia x tau betapa aku yg tengah dok sujud mengadap illahi ni dah dok terbayang kebab pita yg dia bawak balik utk aku nnt, 3 4 kali aku telan ayaq liuq masa tgh baca tahiyat awal tadi, tu hang x kira berapa kali aku telan masa tahiyat akhir plak.

sah2 bila dia kata, "sorry la miza, akak x dpt nak beli, dia baru nak bukak". hang boleh imaginekan, kalau benda yg kita dah terliuq2 tu, sekali org x dpt nak tlg beli, mesti lah rasa leleh ja kan, dgn cargas aku tanya dia, "akak nak x, kalau nak saya belikan, tp jap, saya tgk bos dulu, line clear ke x". sekali bos plak tgh layan oldies dlm bilik dia, gila punya kuat pasang mcmkan nak suruh aku dengaq sekali.

ha apa lg, dgn kasut 3 inci setengah tu, aku redah ke gerai brader tu, dgn 1 niat, sahaja aku nak p beli kebab. dr menara tun razak, gerai brader tu dekat dgn ssf jln tar, so x lah jauh mana pun, 6 minit perjalanan ja dgn guna kuasa turbo. menunggu punya lama, balik pun 6 minit gak, campuq tolak bahagi darab (sapa yg buta math jgn masuk campuq ok), 8 minit tunggu turn kat situ, ya hang kena q, jgn suka2 hati terus nak order ja, byk cantek muka, aku selamat sampai kat ofis.

kebab tu pun dah selamat dlm perut. alhamdulillah, kalau x kempunan aku nak makan kebab bulan posa nnt. tp kebab brader tu adalah terbaekkkk!!!

gambaq??? sorry, aku raba dlm henbeg guess cabuk aku sat2, kamera adalah berada di tgn mr shaifull. so x dpt nak snap gambaq pun, alah imagine ja lah, x kan x tau, benda lain hang boleh imagine, pangggggg.

x reti gak, ok meh sini aku nak elaborate, aku pandai bab2 elaborate ni :) ekekekeek...tomato segar dr ladang, campuq dgn bawang besar dipotong dadu, daun ketumbar dihiris halus, disimbah dgn sos lada hitam, daging panggang, digaulkan pastu disumbat ke dlm roti pita, wallaweeiiii...fuhhhh (bulan posa mai baca balik n3 ni, sahih menjejeh ayaq liuq sorang2)!

Saturday, August 1, 2009

misteri lori merah

ini adalah auto publish entry.

misteri lori merah??? haaa??? mcm volkswagen kuning tu gak ke?

ha ni lah lori tu, parking kat country homes selama sebulan.



lega gaklah, merasa gak makan kfc panas2, kalau x tu berjanggut nak dpt makan, ya lah, selalu kalau rasa nak makan kfc, singgah kat restoran jejantas sg buloh, tapau. sampai umah dah kejung ayam aku. kalau nak p rawang plak, kalau takat nak makan kfc ja baik x payahlah, simpanlah niat suci murni tu.

elok hang sampai umah kul 5.20, hang p rawang beli kfc (pssttt pekan rawang ada secret recipe beb), sampai umah bukan kata dah sejuk ayam tu, rasa2nya dah basi kot. x sanggup aku nak meredah jam di alam mayapada ni semata2 nak beli kfc, kalau rasa nak mkn ayam goreng tu, gorenglah sendiri kat umah, xpun p ja restoran al-bidayah, beli sorang seketoi ayam goreng dia, kenyang sampai esok :) wargahkahakhaka

rasanya ari ni last day lori tu kat situ kot, aku rasa depa nak survey kot, agak2 ramai dak yg berminat kalau bukak kfc kat country homes tu, actually aku dah lamaaa nak merasa ada kfc sendiri kat situ cam kat d'sara damai dulu, siap ada mcd lg, walaupun x lah luas mana pun damansara damai tu compared to country homes.



bolehlah drpd x dak kan, tp eloklah hang bukak 1 kat situ wahai colonel sanders oi, org2 kat country homes pun dah jemu asyik2 makanan yg sama ja kat situ, sekali sekala nak gak merasa yg lain, x kan nak hadap nasik ja ari2 kot.

cucu colonel sanders dah abih beli, jom balik!

Tuesday, July 28, 2009

"souvenir" dr kuching

as usual, bila abg nasir dtg kl, mesti sblm fly dia akan call mr shaifull tanya kami nak apa2 x dr sana? hehehehe.. pucuk dicita ulam mendatang, mestilah ada ja benda yg kami nak, tambah2 lg mr shaifull, mcm2 yg dia kirim, sampaikan kadang2 tiap kali kami jumpa abg nasir bila nak ambik barang, aku rasa org tua tu dah mcm santa claus plak. ho ho ho...

besaqqqq beg yg dia bawak, dlm tu mcm2 ada, ada cabik antu (willie, u might know this), sambal laksa hj manan slurpppp, terung asam, ari tu aku penah kirim manok panggang bawah jambatan, layan gakkkk, umai wallaaawei, oiii dah2 ayaq liuq aku dah meleleh sampai ke dagu ni. adoi la, sedap tu.

last 2 week dia call lg tanya mr shaifull nak x udang galah, apa barang tanya mr shaifull nak udang ke x, dah sah2 dia jawab x nak, dia kan allergic udang, kalau makan boleh jadi hulk o. meh sini tanya aku, dgn sopannya aku akan jawab, nakkkkkk. hehehehe...



dh mcm rupa alien plak aku tgk bendalah ni. adik belasah semua kaki2 dia, sedap isi kat dlm kaki dia tu, rasa cam isi kaki ketam gak, ish melelehhhhh wa cakap lu. nasib dia bawak 2 ekoq ja, kalau 3 4 ekoq, mesti 3 4 mlm aku mkn x abih2 lg, sedangkan kami makan sorang satu pun ngan adik, mkn hari gak nak abih (aku lah, adik belasah di kala itu gak), kalau ada lg 2 3 ekoq, tah2 sampai ke sahur nnt aku dok makannnn lg benda yg sama.

memandangkan kami dpt udang tu lepas balik dr ofis, campuq aduk ngan letih pot pet pot pet kat mr shaifull dlm keta, campuq ngan letih buat keja terkutuk kat office, letih kat jam lg, letih nak buat benda2 lain lg kat umah, aku decide nak goreng ja udang tu, kalau weekend nak jugak berbbq ngan si udang tu, tp ari keja, sian plak nak tunggu mr shaifull bakaq2 arang bagai, so kita pilih jalan yg paling simple dan selamat.

tu pun aku buat half way ja, lepas aku dah mandi2kan dia, adik aku offer diri nak tolong, alhamdulillah (ikut gaya zamarul) hehehe...sayang adik, ya lah, mesti dia pun rimaih tgk aku sat ke luaq sat ke dalam, dgn "bukak kedai dobi", dgn kalut iron baju, dgn nak masak, last2 dia dah nak tolong, aku bg jalan ja lah. heaven.

dia pun boh bedak kat udang tu, guna perencah yg mak aku selalu guna, import dr kangaq, sedap gila, dgn rasa rencah2 tu, dgn nasi panas lg, fuhhhh mak mertua lalu belakang sure aku x perasan. ya lah nak perasan apanya, mak mertua kat kuching, aku kat kl, dah tentu2 lah x perasan kan???



bila da siap goreng, yg agak 'garing' tu lg best dr yg kat sebelah tu, isi dia, hotak dia, fuhhhh meleleh wa cakap lu, mmg sedaplah, two thumbs up utk adik yg telah berjaya menggoreng udang ni. mmg sedap lah, tenkiu abg nasir!!!



gambar ni x dak kena mengena ngan udang tu tau, mr shaifull langgaq katak ni sampai mati, mmg mati kataklah hang katak. maybe masa tu dia tgh hangin ngan kami kot, makan udang depan dia dgn rakus, tu yg dia balas dendam kat katak, nak balas dendam ngan aku kang derhaka plak, errr derhaka ke camtu???