Showing posts with label new house. Show all posts
Showing posts with label new house. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

storage box

aku dah buntu mcm mana nak kemaskan almari sampai betul2 kemas. dah x tau kat mana nak letak brg2 kecik, barang yg besaq sket, pastu tudung, anak tudung lg, semua dah berserabut aku rasa, kalau nak kemas sungguh2 hati, mau penuh 2 plastik hitam yg besaq tu aku buang. eh tp kalau buang, aku nak pakai apa lak?

aku nak carik storage box yg camni, baru blh betoi2 organize bhg dlm almari tu.



yg ni leather, mesti nampak kemas ja dlm drawer tu kan, x pun yg ni ke..




yg ni pun best gak, walaupun x dak penutup, tp nampak klasik kan? ke klasik kat mata aku ja???



tp kalau dah susah2 sgt, beli lg 1 almari gabaklah, senang aku sumbat semua sekali, sapa yg cakap byk pun, blh sumbat sekali lam tu, kannnn?


pic dr google

Tuesday, February 23, 2010

to do list!

bila kat ofis ni mcm2 yg aku pk pasal benda kat umah tu, semalam bila tgk rifqy ngan mr shaifull makan roti, pastu jatuhkan kat atas meja ngan lantai, dan2 tu aku rasa down sgt tgk keadaan umah tu kebelakangan ni. (sila abaikan ayat down tu, aku mmg mcm tu, kalau rumah x berkemas/bersapu, dan2 tu aku rasa down tanpa sebab, gila kuasa betoi)

bila dah rasa down camtu, dan2 tu aku bising bila mr shaifull x simpan kicap dlm peti ais, makan tumpah2 atas meja ngan lantai, bila dah mcm tu, dan2 tu dia punnnnn nak gak berletiaq kat aku, kata aku x simpan biskut cap ping pong dia tu properly. aku jawablah balik (jgn tiru), aku dah ikat ngan getah, dia jawab plak, ikat apanya, terbukak sana sini, nnt lemau, ahhh malas aku nak dengaq.

aku bgn simpan kicap dlm peti ais, pastu tgk meja sepah2, lantai sepah2, eee tensionnya. last2 aku decide, baik aku p mandi, fresh sket badan, sekali naik atas, kat bilik plak aku rasa bersepah2, tah apa yg bersepahnya aku pun x tau, tah2 anak mata aku kot yg bersepah, boleh gitu???

nak x nak, kemas bilik, sapu sampah, turun bawah lak kemaskan kat bawah, tukar air dlm pasu setiap minggu (ikut iklan), sapu sampah, kemas dapur, taraaa dan2 tu mood aku mai balik. pelik kan aku?

bila duduk2 kat ofis ni, aku teringat plak nak buat benda2 lain weekend ni.

a) nak susun tudung elok2 dlm almari (nampak gayanya nak kena p ikea, err x pun beli hanger kat zaila pun ok gak, lg senang & jimat! :) (mesti dan2 tu zaila naikkan harga hanger dia, tidakkkkk)

b) nak kemas bakul mainan rifqy atas & bawah

c) nak kemas almari aku ngan mr shaifull

d) nak kemas kotak dlm stor & dlm bilik (jgn heran, aku masih ada 1 lg kotak baju dlm bilik lepas pindah 1 thn 8 bulan yg lepas)

e) nak cari dressing table yg besaq sket dr la ni yg kecik cenonet gila menyusahkan aku nak letak barang

f) nak cari placemat baru/alas meja yg besaq terus tutup meja tu, senangggggg

g) nak kemaskan kabinet dapuq & cari pelapik yg cantek utk kabinet (ada idea x)

tu ja kot setakat ni, kita tgk setakat mana kemajuannya :) heheheh..

Wednesday, October 7, 2009

raya di kangaq (sbb nnt ada version raya di kch plak, kalau mata masih terbukaklah heheheh...)

mak ngan ayah dah sibuk2 nak prepare utk raya haji, maklumlah, kalau ada rezeki lebih nak buat korban, mak aku plak dah raya utk puasa 6 semalam (mak aku kurang sihat sepanjang raya, sbb tu lewat buat puasa 6, dan tu gak salah satu sbb aku balik lewat sket ke kl), tp aku baru nak letak n3 pasal raya ni hari ni. kira oklah kot kan, dr aku x letak langsung, pastu aku peram ja gambar2 raya tu kat dlm camera, lg bernanah blog ni kan. gilaa

actually, lepas seminggu bercuti raya kat kangaq ari tu, masih ramai kawan2 & sanak saudara yg aku x sempat nak jenguk, aku mintak maaf sesangat, sampaikan reunion utk high school (bagi aku feeling ala2 salji sket) pun aku x p, padahal dah lama aku mendamba-ayat mabuk lemang nak jumpa kawan2 lama tu, yg mmg betul2 dah lama x jumpa, agak2 dah 13 thn, lepas spm terus terpisah. tu dan2 kira ngan jari tgn, berapa umur aku la ni, x payah susah payah kira, i'm 30 years old, tp hati 15 years old :) wargahakhakahka sila jeles

last day barulah merasa nak bukak puasa ngan family, kakak aku saja ambik kesempatan buat doa selamat sempena dia masuk rumah, tp x jemput org lain pun, adik beradik dan jugak bapak sedara belah mak. buat kat umah pusaka arwah tok aku, malas nak berangkut pinggan mangkuk bagai p umah baru, sbb dia x fully move ke umah baru lg, utk hall, bilik tdoq dah ok, cuma dapuq blm siap lg. tu sbb buat kat umah pusaka tu, mmg kakak aku dok kat umah tu pun, kami membesar sama2lah kat umah tu dulu. kira mcm mengimbas kenangan waktu arwah ada dulu2lah. :(



bukak puasa pastu maghrib berjemaah, pastu baca yaasin baru makan betul2, tu sbb makanan mcm ala kad ja :) hehhehehe...

lepas dah kemas2 kat situ, balik konon nak tidokan anak aku, sekali dgn aku2 hanyut, melepas nak makan laksa yg mak aku buat ngan kakak aku semua. esoknya semua berkumpul balik kat umah pusaka tu lepas semayang raya, makan2, sembang2, pastu gerak ke umah abg aku plak, lepak kat situ mcmkan mak aku x dak umah sendiri, sampai siap baring2, ada yg tertdoq, last2 aku kejut ajak balik, sbbnya nnt org ingat kami dah pindah umah, sbb umah tertutup ja pun.



kalau dah nama lepas puasa tu, masing2 x nak kalah, semua pakat dok sumbatttttlah apa yg ada depan mata, pastu pakat marathon p melawat cik tan, nasib baik cik tan umah mak aku dah ada 2, kalau x merasalah p melepas hajat kat pokok pisang.



aku ngan anak2 buah aku, yg jubah hitam tu mak aku. masa semua tgh sibuk dok serbu biskut raya, tgk ayah aku relax ja kat belakang tengah layan bihun goreng ngan cili potong ngan abg ipaq aku. :)



org lain tgh sibuk makan, ha yg sorang ni, makanlah telefon tu no, x payah sibuk nak makan, nnt org lain semua tgh sibuk layan org, dia plak kalut nak makan, ni anak kakak aku yg sulung, kat u***. aku dulu x penah sibuk ngan telefon camni pun, aku mesti sibuk makannnn ja, tu pun semua x nak ambik pengajaran, kalau x, barulah hangpa dpt perut berlipat mcm makcik ni.





cuba bandingkan anak perempuan ngan anak lelaki, cuba tgk anak aku, baru nak injak ke tengahari, dah belengas camtu, x sampai petang lg tu, mmg x sampai petang pun, elok ja balik umah, tangkap mandikan dia, tukaq baju, terus bummmm. legaaaa, sapa yg ada anak lelaki pahamlah kot apa yg aku cuba nak sampaikan di sini. mana x belengas, cuba tgk ni.

*

*

*

*

*

*

*


org lain rehat2, duduk2, dia plak sibuk panjat sana lari sini lompat sana, manalah aku x jadi sepupu tarzan. patut pun aku tgk sampin dah x serupa org dah, org lain elok ja paras lutut, dia plak pakai sampin dah sama paras ngan tanah.



pastu ngada2 ngan ayah aku plak, kalau dgn kami x merasalah camtu, mmg aku lepuk ja lah.



3rd day raya tu barulah nak beransur p umah pakngah aku, wife dia baru meninggal last 3 months, mmg nampak ketara dia x ceria, alah yg aku cerita kat blog ni dulu, yg sgtlah loving couple tu, anak dia plak nak ajak kami mkn kat situ, dahlah dia nak masak sorang2, x sampai hatilah plak, semua pakat turun padanglah buat tu sket buat ni sket, dkt2 kul 3 gaklah baru dpt mkn, kami sampai pun dah lambat, kiranya aku sampai terusss ja sinsing lengan baju, mmg aku x sampai hati tgk dia sorang kat dapuq, org lain sibuk ngan balang kuih, pang sorang2 baru berakai. pastu siap komen plak tu, biskut tu sedap biskut ni sedap, mailah suap kat mulut aku sebijik ka apa ka, barulah, ni x, masing2 dok sumbat perut masing2 ja.



kalau dulu masa arwah ngah pompuan ada lg, kami sampai ja, semua dah siap terhidang, terus basuh tgn, duduk makannnn ja, tp raya kali ni dah lain, masa nak balik, barulah keluaq ayaq mata sorang2. mmg sedih bila tiang seri umah dah x dak..



tah apa yg kami gelak pun x taulah, yg baju pink tu lah anak sulung ngah aku, dia plak tu satu2nya anak pompuan. tu kiranya bukan lakonan tau, sampai2 ja yg aku ingat, aku terus potong bawang sbb nak buat kobis goreng, balik kali ni mmg aku jadi chef ja sepanjang masa, sbbnya mak aku kurang sihat, merasalah makan masakan versi ikut suka aku :) wargahkahakhakah dahlah kongkang bab masak, nasib baik masak yg simple2 ja, buatnya dia bawak keluaq kambing sekoq, suruh buat rendang tok, ha tu baru.

nasib baik mr shaifull bersimpati ngan aku, dpt gak dia ambik gambaq aku kat sini, dahlah gambaq raya sekeluarga tarak, dpt ambik gambar sendiri sekeping pun dah syukur rahmat.



aku sibuk kat dapuq yg ni plak sibuk panas, last2 ayah aku bawak dia minum susu lam keta, konon2 nak bg rasa a/cond kot2 dia nak tdoq, hmmpphhh sampai ke sudah, bullat ja bijik mata dia. mlm tu kami bbq plak kat umah kakak aku, korban ayam belaan dia sekoq, yg lg sekoq beli kat pasar ja pun, dah x kuasa nak berlari tgh2 mlm nak tangkat yg lain2 tu, dpt sekoq pun dah besar rahmat. mr shaifull tangkap ayam dr kul 11 mlm sampai ke pukul 4 pg, tangkap ayam setengah jam, yg lg berjam2 tu sembang ngan jarn. gasaklah sekali sekala jumpa kan.



happy camni nak tdoq? sorrylah.. :)

Tuesday, July 28, 2009

hadiah pre raya :)

ekekekek...dpt bendalah ni dr mr shaifull, tp dia kata lg 8 thn x blh mintak apa2, ceh, bukan aku yg mintak, dia yg nak beli, so abang, yg ni x termasuk dlm senarai mintak ok, ni masuk dlm senarai nafkah :) wargahkahakahka jap nak touch up, asyik hadap pc je dr tadi, x belek cermin lg.

ok dah.

masa kat jusco, mr shaifull bermurah hati nak belanja aku benda ni, dia suruh aku pilih, so aku pilih yg paling murah, SBB??? sbbnya, kalau aku x guna benda ni selalu2, aku x akan kena perli dan kena ungkit, nak beli benda mahal tp x nak guna buat apa, jd jalan selamat utk tidak menderhaka kat suami adalah pilih barang paling murah dan boleh guna, cukup.

kalau aku ni dah tahap pro bab2 masak ni, oklah jugak, dan jugak perajin, oleh sbb aku adalah lawan kepada perkataan perajin itu, jadi sendiri mau ingatlah kawan.



oven utk pn ct noramiza, dr en shaifull..

nama pun baru kan, kalau baru kawen pun sama gak, baru bercinta pun sama gak, dah alang2 nama baru tu, dan2 esok tu jugak aku guna. hehehe... dah lama teringin sebenaqnya benda ni, tp x dak kekuatan nak beli sendiri atau nak mintak dr mr shaifull. aku rasa mr shaifull kesian ngan aku kot, sbbnya aku asyik cuba buat kuih yg berkukus ja, nak cuba yg bakaq x boleh sbb x dak oven, so atas dasar prihatin dan kesian kat aku, dia beli lah kat aku benda ni. bertambah lg 1 harta aku :)



puding roti versi aku, hehehehe...

last2 mesti ada gambaq aku kan, mana boleh asyik gambaq benda lain ja, gambaq tuan tanah kedaung mesti disertakan sekali. mari bergedik

Friday, May 15, 2009

sekuntum bunga ros...



hehehee... cantek x bunga ros ittew???

cantek kan, mr shaifull dgn gigih men"snap" gambaq ni tgh2 malam buta, errr pasai pa kena ada buta ha? tahlah.

pokok ni mak yg bagi, tu pun sbb mr shaifull mintak nak tanam kat umah. kalau harapkan aku, pokok? bunga? ahhh malas, bukan bidang aku nak menanam bunga, pokok bagai ni. bidang aku yg lain, kalau tidoq tu adalah satu bidang, dah lama aku bergiat xtiv dlm bidang itu sahaja.

best apa lena, maksud lena adalah, tidoq tanpa gangguan, damai, tenang, sejuk, pastu bila dah rasa letih nak lena, barulah bangun, waktu tu mesti rasa fresh ja badan kan? tp itu hanyalah mimpi semata. x akan jadi realiti pun.

ya lah, baru nak lena sat, waaaaa anak nangeh tgh malam, akuuuuuuuuu gak nak kena kejutkan mr shaifull kat sebelah, mintak tolong dia buat susu :) hehehehe tq abang. baru nak lena balik, waaaaaa anak nangeh lg, x dak sebab, saja2 syok, baru nak lena lagi, kadang2 org sebelah pulak kacau, habih tu, bila lena aku nak aman???

eh apa cita pasai tdoq plak ni. org nak cita pasai bunga, ok, nak tunjuk gambaq bunga lagi, tgk puaih2, gambaq bunga tau, kalau gambaq lucah bukan kat sini, gambaq lucah kat sini.




kalau aku ada kat sebelah bunga ni lagi cantek kan?




oi oi oi p buat keja, amboiiiii bukan main lg pakat klik semua kat link tu kan? aku saja acah2 ja, nampak sgt la hangpa ni, x baik tau, hilang pahala semayang jumaat tgk benda camtu. dah2 p istighfar balik. panggg laju2 kang.

Monday, April 13, 2009

pokok jambu




pokok jambu mr shaifull dah mengeluarkan buah. kecik je pun, aku rasa rifqy lg tinggi dr pokok jambu tu, tp apa2 pun bg jugaklah sokongan moral utk mr shaifull kan bila dia tanam pokok tu kat depan umah.

tau x bentuk sokongan moral aku tu camna? camni ha, "abang, buah jambu kat depan tu dah boleh makan ke belum?"

senyap ja x dak respon pun, dua tiga kali gaklah aku ulang dan ulang dan ulang soalan yg sama, sampai aku rasa telinga dia dah x mampu nak menampung jumlah soalan aku yg menerjah masuk tu.

ari tu, masa mak ayah adik aku ada kat umah, dia pun kutiplah 3 bijik buah jambu tu, bawak masuk umah, potong kecik2, bg aku, mak ayah adik ngan dia sekali rasa, boleh tahan gaklah rasanya, ada mcm kelat2 dan lemak2, maklumlah, baru lg kan. kiranya pokok jambu tu x sempat nak akil baligh lg lah.

akhirnya berjaya jugak aku makan buah jambu tu hehehehehehee....


Thursday, March 19, 2009

welcome

sila jgn berniat di dlm hati "sahaja aku" nak marah pompuan ni sbb dia bukan setakat tukar "baju" blog dia jer, dia dah pindah terus dr blog tu. sangat menyusahkan ok itu blog, rasa mcm nak buang jer dlm tong sampah, kalaulah blog itu adalah sekeping kertas yg boleh direnyuk2, nahhhhh campak dlm tong sampah, sadakallahulazim.

geram sgt dgn blog tu, bila nak buat tu x blh buat ni x blh, geram sgt2. bila kita nak upload gambar, mesti ada je halangan dia, bukan premium bloglah apa lah, kalau nak upload gambar, sekadar gambar utk profile ok, kena bayar $29, apa kejadahnya semua tu, x kuasa aku nak layan semua benda tu.

drpd aku bayar utk upload gambar profile aku yg cantek manis tu, baik aku beli benda lain, x pun pegi makan ikan bakar kat mydin belakang ni, kenyang perut suka hati. merepek jer. so aku dah buat keputusan nak berpindah lg sekali ke blogspot, kalau masih x jadi gak, aku rasa lepas ni eloklah aku insaf dan pencen je dr xtvt blog memblog ni kan.

apa pendapat u ols? best x cadangan tu? oklah, nak mekap cantek2, then baru blh war2kan kat semua orang, dan masa tu gak kena bersedia ngan perisailah, sbb sblm ni dah jemput org dtg sana sini, sekali dah pindah rumah daaaa, mesti kena maki namblas bakul kan, jgn marah arrrr!!!