Showing posts with label tagging games. Show all posts
Showing posts with label tagging games. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

tag dr ymn :)

aku kena tag dgn ymn. nasib baik gaklah, ada gak idea aku nak update blog pagi2 buta ni kan. first time aku confuse dgn jantina si ymn ni, tp sekarang aku dah yakin dan pasti, mcm mana aku tau, BIARLAH RAHSIA...hehehehee...siot kan?


1. Bekas kekasih saya adalah :

bykkkk, aku pun x tau yg mana 1 aku patut letak kat sini. :) wargahakhakah kang kalau aku letak semua pun, mesti org kata aku perasan diva plak, gila lah.

2. Saya sedang mendengar :

bos bercakap kat tepon dgn kuatnya. aku pun x tau, dia suka cakap kat telefon sekuat2hati, mcm org myanmar dlm train lrt. kalau dah kuat camtu sekali, aku rasa baik x yah guna tepon ja, baik tempik ja dr situ, kalau takat2 kat menara klcc tu, bila2 masa boleh dengaq aku rasa.

3. Mungkin saya patut:

tekup mulut dia ngan klorofom, biaq pengsan, aku boleh p sogo dengan senang hati. hehee tp nasib baik, pagi2 lg dia panggil aku masuk bilik, bgtau aku yg dia nak el hari ni, ada hal, x ke mendamaikan jiwa aku dengaq camtu.

4. Saya suka :

bila rifqy buat2 jalan mcm ayam sabung, tah x tau camna nak describe, aku rasa lawak sgt tgk dia buat camtu. bila lepas mandi, dia tgk aku tgh cari something, mesti dia tolong ambik sikat bg aku, isn't that sweet?

5.Sahabat-sahabat baik saya :

mr shaifull ngan rifqylah, tu lah sahabat, tu lah musuh, tu lah bantal peluk, tu lah bola, versatile bak kata omputih. :) hehehehe

6.Saya tak paham :

bila kak d bawak keluaq ayat2 sains dia, actually benda2 pasai keja dia, sbbnya sepatah pun aku x paham, kadang2 gelak bukan sbb dia buat lawak, tp gelak kat diri sendiri sbb x paham, tp nak gak baca blog dia, aku pun heran, dia bg dadah kot kat sapa2 yg p kat blog dia. dahlah sains pun dpt cukup2 mkn ja masa spm, x ke menyusahkan aku bila p kat blog dia?

7.Saya kehilangan:

kata2 bila berlawan ngan org yg bodoh sombong, bila org cakap x nak dengaq, nak pandai sendiri ja, byk betoi manusia jenis tu zaman ni, diaaaaa ja betoi, org lain semua x betoi. tu yg kadang2 aku hilang pertimbangan, rasa cam nak tampaq ja kepala sekoq2.

8.Ramai yang berkata :

tp ramai yg x mampu nak laksana. alah kalau setakat cakap ja, sapa pun boleh.

9.Makna nama saya :

si cantek manis :) wargahkahakhahak mesti ada yg dengki kan, aku tau ni. peduli apa aku, nak buat camna, mak ayah aku x dan nak selak buku nama2 islam, so x dan nak pilih nama yg baik cantek ada makna. alah kalau dah nama maksud yg mulia, tp merempit sana sini, x guna gak kan, sama gak ngan aku, kat akhirat nanti nama tu gak yg last kena panggei. lainlah nama tu maksud yg mulia, perangai pun mulia gak.

10.Cinta itu adalah :

permainan.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :

berak cirit, officer aku call tadi, dia mc hari ni, sbb cirit birit, food poisoning, ish selamatlah hang, kalau dak, hang mai office ja pagi2 dah kena hadap bos.

12.Saya akan cuba :

keluaq awai hari ni nak p sogo, sbb aku dah janji ngan bekas kekasih aku hari ni, nak jumpa dia kat sogo, nak beli barang sket, sbb petang ni nak balik kampung. ha lah, sapa lagi, mr shaifull lah, dia pun salah sorang bekas kekasih aku gak, tp dia punya level aku up sket, bekas kekasih tp dah jadi laki. x kan selama2nya aku nak kata dia kekasih aku kan, haruslah ubah status tu jadi suami.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :

hang ingat aku apa, kamus bergerak, dahlah banyak soalan yg boleh ubah pankreas aku nak jawab satu2, ni tanya maksud perkataan selamanya, apa ke bangang sangat hang ni sampai maksud selamanya pun hang x tau. meh sini aku tikam belakang ngan gunting.

14.Telefon bimbit saya :

mcm nak suruh beli baru ja, suka2 hati dia ja nak off nak on, lepas ni aku dah pasang niat, sahaja aku beli hp baru sbb hp ni rosak. tp tu baru niat, laksananya x tau bila lg, berjanggutlah tunggu.

15.Bila saya terjaga dari tidur :

mesti aku tgk muka rifqy dekattttt sgt ngan muka aku, kalau dulu, muka mr shaifull lah yg paling dkt bila bangun tidoq, la ni x boleh dah, mesti ada sempadan antara kami, elok ja si kecik tu panjat katil tgh2 malam nak tidoq kat tengah. so kalau ada apa2 urusan, sila langsaikan awal2 :) wargahkahakhakahka

16.Saya paling meluat apabila :

org suka mengata kat belakang, apa kalau hang dah berani sangat, mailah kutuk aku depan2, gentle lah sket kan, kutuk belakang apa barang

17.Pesta/Parti adalah :

aku bukan kaki clubbing, takat birthday party tu adalah. kat umah mimi, malu sgt sbb depa dok padan2kan aku ngan dia masa darjah 6, sampai konflik ngan sorang budak ni nama diana, sbb mimi tu boyfriend diana. last2 aku jadi best friend diana tu. masa p birthday party kat umah dia, dia siap main piano lg, konon2 tuju lagu kat kami yg p umah dia lah, lawak bila aku ingat balik benda tu

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

aku x suka haiwan.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

terpulang pada cara aku aplikasikan setiap fasa umur aku tu, x kiralah masa kecik aku buli orang, masa sekolah menengah aku still buli orang lagi, sambil tu buat nakal serba sket, bila dah keja pun sama, alah biasalah manusia kan, so bg aku semua adalah seronok lah, tp bila dah keja ni, tension ooo sbb banyak utang, keliling pinggang, nasib baik aku x terjebak ngan along yg nak tolong tu, kalau x haru. mak aku selalu pesan, jgn pinjam along, lawaklah mak aku tu, ada ka dia p pesan benda camtu kat aku, nampak sgt x percaya kat anak sendiri.

20.Hari ini :

aku nak balik kg lepas keja nnt, balik ambik rifqy, terus balik. doakan perjalanan aku selamat p dan selamat balik kl ok, kengkawans.

21.Malam ini saya akan :

meredah hiway plus utk sampai ke kampung halaman. ish berapa kali mau bgtau ni, panggggg

22.Esok pula saya akan :

cutilah, dok kat kampung, tenangkan fikiran, sambil bergurau senda ngan mak ayah aku, :) hehehehehe...

23.Saya betul-betul inginkan :

duit yg byk, kalau aku dah ada duit byk, mcm2 aku boleh buat, boleh beli, x payahlah aku susah payah bangun pagi p keja, x perlu tinggai anak kat umah orang, best apa dok umah, kemas2 sket, boleh membongkang tengok tv ngan rifqy, dia tidoq aku pun lena sekali, heaven

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

baru aku perasan, come jugak aku ni :) wargahkahakhakha gila perasan

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan

pusat membeli membelah, mmg aku suka, mana x suka, aku boleh tgk tu tgk ni, beli tu beli ni, makan tu makan ni, tp bila masuk bab arked permainan, letih o, buatnya rifqy guling nak beli tu beli ni, mau pengsan 4 5 kali aku kat situ. aku dah beli mcm2 mainan utk dia, biaq lah ayah dia plak beli, aku nak simpan duit nak beli bmw :) wargahkahakhaka ish panjangnya soklan tag ni, rasa nak bukak tingkap ni ambik nafas, tp nnt angin tolak, x pasai2 aku jatuh bawah plak

26.Makanan Barat atau Jepun :

alah sesekali tukaq selera apa salahnya kan, tp barat aku boleh layan lagi lah kot, jepun aku x penah try, sbb nampak mcm x merangsang selera aku pun

27.Bilik yang terang atau gelap :

bergantung pada keja yg aku nak buatlah, kalau dah nak menjahit seluaq koyak, x kanlah aku nak pilih bilik gelap kan, satgi x pasai2 aku tercucuk jarum kat p***k, ha sapa yg susah. kalau dah nak mmm, ha apa, ingat benda lucahlah tu, kalau dah nak lena, mestilah aku pilih bilik gelap, kalau sapa bukak lampu masa aku dah nak tidoq mmg aku pantang sungguh, aku sama ngan mak aku bab ni.

28.Makanan segera adalah :

makanan yg dibeli boleh teruih masuk mulut, kalau nak kena goreng bagai bukan makanan segeralah tu.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

bye kat mr shaifull pagi tadi

30.Siapa yang anda nak Tag?

sapa2 yg rasa dia ada idea kreatif nak jawab soklan ni, silakanlah. ish aku nak rehat japlah, letih jawab byk soklan ni, mcm apa ja tag ni, lenkali sapa2 nak tag aku pastikan soklan x lebih dr 10, aku mengah o jawab tag ni panjang sgt, rasa nak lena pun ada ni.

Monday, June 8, 2009

tag lg, tp tag ringan2 ahakkkssss

tq ainerza, saya dah ambik. :)





1) COPY gambar amal Islam diatas.

2) kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkanmereka melakukan perkara yang sama

3) itu sahaja..senang dan mudah

utk kawan2, silalah ambik tag ni, x perlu bersusah2 pun, just copy paste, x kisah, sapa2 pun boleh ambik ok, lg ramai lg bagussssss. :)


p/s - sorry kengkawans, aku x blh reply all the comments, x tau pasai pa ngan blog aku ni, gila kot, bila aku nak publish comment, dia terus aborted, sawan kot

Monday, May 25, 2009

aku telah XXX lagi, awwwww!!!

aippp aku telah ditag lg oleh erlyda. oklah, utk tidak menghampakan kawan2 alam maya pada ni, saya buat! :)

btw, thank you for tagging me. APA ADA DENGAN 5?

1) 5 nama timangan

a) atiey
b) kakak
c) ct
d) amy
e) sayang (wargahakahkaha :) sila jgn muntah darah, ini adalah panggilan mr shaifull dulu, kini selamanya, walaupun tgh marah dgn saya)


2) 5 sifat/tabiat buruk

a) suka melawan cakap mr shaifull
b) x percaya cakap mr shaifull
c) suka "mengacau" mr shaifull bila dia tgh khusyuk solat sunat eh salah, tgk tv

aippp mana boleh aku reveal semua kat sini, simpan sket sebagai bekalan masa hadapan :)


3) 5 makanan favourite

a) masakan mak, sedap o heaven, lg2 plak, x payah masak sendiri, lglah sedap
b) masakan mr shaifull, sedap x terkata, abang, masak laksa sarawak nnt!!!
c) nandos, asal jumpa mesti aku belasah, nak tau tahap kegigihan aku, sampai sanggup makan sorang walaupun x dak teman, hebatkan tahap pemakanan aku tu, haloba namanya
d) umai udang, ya allah leleh ayaq liuq aku sampai ke dagu, bilalah dpt makan lg ni, kalau dpt, mmg aku akan belasah x hengat dunia, eh lupa lak, umai ikan pun heaven o kalau layan. kuching tungguuuuu nnt aku datang
e) apa2 ja yg org lain masak, aku makan, mmg sedap x terhingga, sedap dr byk sudut tu :) wargahakhakahka


4) 5 subjek pelajaran paling suka

a) math
b) math
c) math
d) math
e) math - tu sbb aku dpt 7 utk math, sbb terlampau minat, dpt result pun mestilah kena byk kan, kalau dpt 1, mana best, err budak2 baru belajar jgn ikut fatwa sesat aku ni


5) 5 benda wajib dlm purse

a) first of all, mestilah ic, kalau dak kena hantaq ke indon, merasalah aku dok depoh tahanan di indon, x pasai2 ja nnt, x pun kalau x dak ic, kena bayaq mahal utk masuk aquaria, kan along?
b) duit haruslah ado, kalau x dak, baik dok umah ja diam2, makan maggi
c) mykid rifqy, kalau x dak, nnt x pasai2 kena tangkap khalwat ngan mr shaifull plak, sbb bersekedudukan sehingga mendapat zuriat, mana boleh camtu, malu kaum keluarga wei
d) gambaq mr shaifull, bila aku bukak purse, bila org sebelah tgk, dia nampak muka laki aku, dan2 tu x jadi ngorat, kalau x, susah gak aku nak menepis godaan2 sekeliling :) wargahkahakhakah gila
e) driving license, sbb kalau nak letak diving license aku x dak, kalau ada dah lamaaaaa aku letak tau


6) 5 topik yg dibual bersama pasangan

a) topik terbaru, bila nak tukar tayar, huaaaaaaaaaa awatlah tayar tu nak botak masa2 dan di kala aku nak beli baju raya ni, dengki betoilah
b) baru semalam sembang ngan mr shaifull, apa hadiah nak bg kat rifqy utk birthday dia thn ni, sian plak anak aku tu
c) bab yg paling best, bila borak pasal duit, kadang2 imaginasi kami 2 org boleh melangkau dr mat jenin, bab2 set berangan ni, serah kat aku ngan mr shaifull, tp kadang2 bila mr shaifull yg mulakan cerita dulu, dia mesti nak jadi hero, sbb dia kata tu cerita dia, eleh, x leh tumpang langsung, dengki
d) hal kawan2 ofis dia, tp yg paling best bila dia balik umah bgtau dia dah mintak syamil (budak t'ganu) tu belikan keropok lekor, masa tu aku rasa, dialah suami yg paling mithali di duniawi ni
e) nak pegi jalan2 kat mana bila weekend, ni topik yg harus, kalau dak, mati kering aku anak beranak di umah, kan rifqy?


alhamdulillah, burrppp sudah gak aku jawab soklan2 ni, adoi la, letih bila kena tag, jgnlah buat selalu2 dik oi, boleh sesak nafas akak ni.

p/s : blog dia ada copyscapelah, x leh nak tepek gambaq org yg tag aku tu kat sini :) hehehehe

Wednesday, May 20, 2009

aku telah ditag oleh tipah. oklah, sbb tag ni x perlukan n3 bergambaq, so aku dgn "paksarelanya" akan jawab tag ni, ok tipah, baca ni dgn tekun tau :) hikhikhik...




tipah, sorry cilok gambaq awak :)


1) Apakah hubungan anda dengan insan yang mengetag anda?

kawan kat blog. x penah jumpa lg pun. :)

2) 5 impression aku terhadap dia?

a) suka pegi jalan2
b) suka guna air asia
c) comel :) bak upah
d) org yg mudah didekati (kat alam blog ni lah)
e) sayangkan haiwan :)

3) Perkara paling memorable yang dia pernah lakukan kat anda?

tinggalkan komen kat blog aku & follow blog aku

4) Perkara paling memorable yang dia cakap kat anda?

dia tinggal komen kata ada tag utk aku, p ambik kat blog dia, uwaaaa abihlah aku kena tag

5) Kalo dia kekasih anda, anda akan....?

aku akan jatuh pengsan, bangun pengsan lagi bangun pengsan lagi, gila hapa nak berkasih2an ngan kaum sejenis, apa punya soalan ni ha

6) Kalo dia jadi musuh anda, anda akan...?

ish x kuasa aku nak gaduh2 ngan orang, jahatlah soalan ni, benciiiii

7) Kalo dia jadi kekasih anda, dia perlu improve dalam...?

hang ni x paham bahasa ka, aku kata mana boleh aku bercinta ngan kaum sejenis, soalan ni aku rasa lebih elok jwb dengan pelempang namblas das, baru dia paham kot

8) Kalau dia jadi musuh anda, mungkin kerana...?

dia ni x dak modal nak buat soalan dah rasanya

9) Overall impression tentang dia?

malas la aku nak layan soalan ulang2 ni, next question pls

10) Da' most desirable things to do to her/him?

nak jumpa dan lepak2 ngan dia, mana tau dpt ramaikan kawan

11) Apakah anda rasa pandangan orang terhadap anda?

mana aku tau, lain org lain pandangannya, kau jawablah sendrik

12) The character of you for yourself?

tah, x tau, kang aku puji diri kang, ada yg muntah darah plak

13) On contrary, the character you hate bout' you?

selalu kena buli :)

14) The ideal person you want to be with....

dgn anak dan laki aku lah, kalau x ideal pun bukannya blh buat apa pun :) wargahkahak

15) For people who likes you, feel something bout' them!

tq

16) sapa2 yg rajin nak buat ni, buatlah, aku x nak suruh sapa2, kang meroyan plak kat blog aku ni. :) hikkksss aku x kejam kan, cuma kadang2 ja aku boleh jadi kejam wahhh

p/s utk nurhayati, nnt saya buat tag awak plak ok, yg tu lambat sket, sbb nak kena ambik gambaq, tp akan diusahakan secepat mungkin (ok x alasan tu)

Thursday, April 16, 2009

ditag lagi

saya telah ditag lagi oleh erlyda. oklah, saya buat ye erlyda. btw, tima kasihlah sbb telah me'ngetag' saya.


Nama-nama timangan anda :

atiey - nama panggilan dlm keluarga
kakak - ayah panggil camni
adik - cousin sebelah mak
kakchik - cousin sebelah ayah
ct - bestfriend, friends, online friends, colleagues
miza - colleagues
adik miza - second cousin



Anda seorang yang :

entah, x reti nak describe diri sendiri, UTK KAWAN2, PART NI SAYA MINTAK ANDA SEMUA YG MENDESCRIBE SAYA OK, TQ.



Insan teristimewa? Describekan dia terlalu istimewa di mata anda :

family of course. selain dr itu, suami dan anak saya, mmg terlalu istimewa, sbb saya hanya ada satu ayah, mak, adik beradik, satu suami dan satu anak sahaja, only god knows y...



Lagu kesukaan anda :

saya suka lagu bukan satelit - elyana
seandainya masih ada cinta - dayang nurfaizah
if tomorrow never comes - ronan keating
only you - flying pickets



Makanan kesukaan anda :

saya suka makanan pedas, bukan tahap biasa, tp luar biasa. saya suka makanan biasa2 yg dimasak oleh emak saya, saya suka makanan yg dimasak oleh suami saya, sedapppp. saya suka 1/2 chicken with 2 sidelines, flavour extra hot, sidelines both rice, ya saya sedang mengimagine saya berada di nandos sekarang.



Warna kesukaan anda :

warna apa ya, mmm saya akan memilih warna mengikut mood, so x menentu.



Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda :

purse
hp
kunci rumah



Kali terakhir masa anda menangis, kenapa? :

ari jumaat last week, husband saya x paham saya. dny lebih memahami saya...



Tag rakan anda :

xiana

kmira

klinda

nanadanny

along

nurhayati

mrs bubu

aida

miss zaza


sila buat ok. jgn purak2 x baca blog ni plak. :) hehehehe...

Monday, April 13, 2009

tag lagi lah

seawal pagi lagi saya telah ditag oleh mrs bubu. oklah, saya buat ye mrs bubu.


tp saya guna gambar anak yg dah besar blh x? kira halal lah ye





Nama penuh : MUHAMMAD NABILL RIFQY


Nama Panggilan : RIFQY / NABILL / EQY


Jantina : MESTILAH LELAKI KAN, KALAU X, X KANLAH NAK LETAK MUHAMMAD KAT SITU :)


Tarikh Lahir : 3 OKTOBER 2007, 7 ELEVEN AM


Tempat Lahir : HOSPITAL SG BULOH


Berat Lahir : 3KG


Cara Kelahiran : NORMAL SAHAJA


3) Apakah harapan korang pada anak ini.. dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..? :

MAK OI, PANJANGNYA SOALAN, RASA CAM KAUNTER PERTANYAAN LAH PLAK. :)

SAYA SELALU MENDOAKAN ANAK SAYA NAN SEORANG INI AKAN JADI ANAK YG SOLEH DAN BERJAYA DLM HIDUPNYA, INSYA-ALLAH, AKAN JADI ANAK YG DPT MENDOAKAN MOMMY DAN AYAH, WALAUPUN MOMMY DAN AYAH TIADA LAGI SATU HARI NANTI. AKAN MEMBESAR MENJADI ANAK YG MENGHORMATI, MENYAYANGI DAN MENGASIHI KEDUA ORANG TUANYA DAN JUGAK DIRINYA SENDIRI, TIDAK MENSIA2KAN MASA DEPAN. TAHU MENGHARGAI SETIAP BENDA DLM HIDUPNYA. SAYA CUMA NAK DIA BERJAYA DALAM HIDUPNYA BILA DIA BESAR NANTI KERANA ITU ADALAH UTK MASA DEPANNYA SENDIRI. MOMMY DAN AYAH HANYA MAMPU MENUNJUKKAN ARAH DAN JALAN, DAN RIFQY MESTILAH PANDAI MEMANDU DIRI KE ARAH DAN JALAN YG BETUL!!!


updated - kmira, along, nanadanny, klinda, nurhayati, aida, anda ditag oleh saya, sila buat, jgn ngelat

Tuesday, March 31, 2009

How Well U Really Know Your Husband?

Here's a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are. Tag friends to complete it as well!








1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?

Bola bola bola bola, history channel (sakit hati betoi), discovery channel (buhsan), badminton bluekkkkkkk


2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?

mayo kot


3. What's one food he doesn't like?

susu, tu kira kategori makanan gak kan


4. You go out to eat and have a drink. What does he order?

pagi - teh tarik, tghari - teh ais kow, malam - air masak sbb dinner kat umah hehehehe


5. Where did he go to high school?

St Thomas, Kuching


6. What size shoe does he wear?

kasut rasanya size 7


7. If he was to collect anything, what would it be?

dulu2 masa bujang cd kot


8. What is his favorite type of sandwich?

sandwich telur homemade by puan musalmah


9. What would this person eat every day if he could?

roti telur cili bawang


10. What is his favorite cereal?

ni tekak melayulah, mana layan cereal2 ni


11. What would he never wear?

Kain pelikat la la la la, pakai baju melayu utk solat, sila jgn pelik kalau hangpa mai umah dia tengah pakai baju melayu, nak solatlah tu namanya


12. What is his favorite sports team?

chelsea chelsea


13. Who did he vote for?

hafiz AF7 kihkihkih, me as well


14. Who is his best friend?

aku & rifqy


15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?

bawak keta laju2, pot pet pot pet bila aku x suka satu2 benda


16. What is his heritage?

sarawakian


17. What is his favourite colour?

hitam, men in blacklah konon, dulu2 masa baru kawen, siap letak syarat beb, tiap2 isnin kena pakai baju hitam, sbbnya nak rasa confident dan semangat utk mula minggu baru, awal2 aku ikut gaklah, tp bila dah lama2, ish x kuasa aku, aku iron je lah baju color apa pun yg sempat, x mati pun kalau x pakai baju color hitam tiap2 isnin abang oiiii


18. What is his habit?

kopek kuku kaki dgn jari, kopek kuku jari dgn gigi, paham x? buruk betoi perangai


19. What is he proud of?

mestilah anak dia, lambang gagah perkasa tu :) wargahkahakhaka


20. Lastly, do you think he will read this?

mestilah dia baca, dia kan penyokong setia aku, die hard fan gitu, kan abang?


ha dah siap, kmira, ct dah buat pun, sila tag yg lain2 plak. jgn nak malas ok.