Showing posts with label issue. Show all posts
Showing posts with label issue. Show all posts

Monday, May 17, 2010

mcm kena tangkap basah!

gila apa nak beli gula sampai nak kena tunjuk ic, surat nikah bagai? nasib baik aku aku x jadi pemastautin kat t'ganu, kalau x jenuhlah, tunggu mak aku mai 5 bulan sekali baru dpt bekalan gula. psiko!

nasib baik aku dah train mr shaifull x guna gula utk bancuh milo, ltk 4 sudu penuh milo, tuang air panas, dahhhh siap! (dia dah x blh minum minuman berkafein)

apa guna minum manis2, kalau bini sendiri dah manis mcm gula kan? :)



errr, tu muka ke talam haaa??? balaaaa

p/s kalau ada org t'ganu mai sini, betoi ka kritikal sgt nak dpt gula kat sana?

Friday, March 19, 2010

gajet

heheheh lawak bila tgk 999 semalam, bukan main lg org tu promote 'barangan' yg dia juai tu, mcm x dak kesalahan.

ada dua benda yg agak lawak gaklah semalam, yg first tu, aku x sangka kat salah satu negeri kat malaysia ni blh plak jual benda ni kat tepi kaki lima saja, padahal x bertepatan langsung ngan 'motto' negeri tu. tahlah, aku pun x tau nak salahkan sapa, tp yg pastinya majlis perbandaran yg salah kot, sbb x ambik berat dan maybe ambik ringan benda2 yg camni.

yg x bestnya jual 'barang' tu letak atas meja camtu ja, ish x rasa malu ke kalau org lalu lalang, tgk 'anu' tu terletak elokkkkk ja atas meja, kalau aku, dan2 tu imaginasi aku jd celaru, eh benda ni mmg kena letak atas meja ka??? tlglah alert sket, jgn lah bg budak2 kecik pun blh tgk senang2 camtu ja, kalau dah x dak kemaluan sampai camtu sgt, aku rasa baik bg depa tgk yg ori ja. :)

lg 1, ada jugakkkkk parents yg bawak anak masuk dlm kedai yg jual gajet merepek camni, ish pelik sungguh aku, ada gak parents yg mcm ni, tah2 kondom pun dia mintak anak dia tlg beli kot kat 7 e, rasa nak lempang ja org camni. kalau ya pun hang laki bini nak 'bershopping accessories' utk mlm pun, tlglah guna sensitivit sket, jgnlah bawak anak dlm tu.

errr anak dia x tanya ke benda tu utk apa, benda ni utk apa, ish ke dia buat demo kat umah sbg pendidikan seks utk anak dia ha????

Tuesday, December 22, 2009

FedEx

mesti ada yg penah guna service FedEx ni kan?

aku bukannya nak cerita pasal service dia tu, tp dek kerana nak express sgt kot hantaq barang2 org, so jln terbaik adalah potong q, aku rasa tok wan dia ajaq buat keja camtu. kalau time angin aku monsun tropika x pa, kalau time barat daya, ni lah jadinya.



aku snap gambaq dia, sekali dgn plat no aku x padam, lantakkk.

nampak x betapa kurang ajaq dan kuang asamnya potong q mcm tu ja, padahal lane sebelah tu pun touch n go gak, tp kalau dah nama kurang asam tu, main cantas ja, nasib baik mr shaifull yg drive, kalau kena aku yg kesabaran senipis kulit bawang ni, merasalah dia tgk 1 jari ja dr 5 jari aku.

dgn signal light tarak, hangpa x sakit hati kalau camtu? nah, aku up satu lg gambaq dia, nasib baik muka dia x dan aku nak snap, kalau x, glamer driver FedEx tu.



siap dgn no aduan LPKP lg, tp tetapppp gak perangai serupa babun, rasanya driver tu x penah sedaq pun kat belakang van yg dia drive tu ada no aduan LPKP tu.

p/s : kepada abang2 driver tu, tlglah berhemah sket cara pemanduan tu, kalau kena dgn road bully x ke naya je pecah kepala tu kena hentak ngan besi kalau main potong2 q camtu.

Thursday, October 15, 2009

panduan menjawab soalan, bukan utk budak2 yg nak ambik exam je...

tp aku rasa lah kan, perlu utk semua, sbbnya, tgk situasi di bawah ni.

situasi 1

A : samdol x buat open house ke?

B : dia pun sama gak ngan kita.

A terpinga2, x paham jawapan yg diberikan oleh B, agak2lah beb kalau nak jawab soklan pun, jgnlah main hentam keromo je, bukan takat A, kalau mintak Lembaga Peperiksaan Malaysia tolong double check kan jawapan ni pun, still dpt zero lg, mmg x sampai hati nak bg markah langsung, sbb x menepati soalan lah. gila punya jauh tersasar.

jawapan yg sepatutnya, ye atau tidak, bukannya melencong ke sana dan ke sini. bila dah jawapan tu camtu, mesti si A ni akan tanya lg, sama mcm mana, sbb duit ke, sbb x reti masak ke, sbb malas ke, sbb x de org tolong jaga anak ke? yg mana 1, kan ke dah meleret2, kat situ akan menimbulkan kecurigaan kedua2 belah pihak, apa salahnya kau jawab je direct, x pun, dia x jemput x de lah tu. ha kan clean & clear bak pencuci muka, x de maksud yg tersurat dan tersirat langsung.

si penanya pun klimaks, si penjawab pun boleh klimaks gak. betul x kawan2? so next time, plslah pahamkan soalan, pastu sblm jawab tu kalau blh pk lah dulu guna otak ye, jgn main hentam je, mcm otak tanam kat lutut, x relevan langsung jawapan tu, pls lah. barulah terhasilnya komunikasi yg baik, kalau asyik sebelah pihak je yg nak bercommunicate dgn baik, yg 1 pihak lg nan ado, x akan tercapai gak good communication skills kat situ.

heee letih nak xplain lah...

Tuesday, August 11, 2009

pemanduan berhemah

boleh x hidup di dunia ni, jgn hanya nak senangggg ja? boleh x sekali sekala bersusah payah. selalunya kami (aku/mr shaifull) akan bersusah payah bila waktu drive, kalau nak cepat camna sekalipun, kalau dah jam tu, just follow je yg lain.

x pun kalau dah sampai kat tol, pasal apa nak kena potong2 q, org lain dah susah payah tunggu kat situ, hang plak mai dr dunia mana tah, senang2 ja potong 38 buah keta ke belakang tu, terusssss masuk depan.

tu yg ari tu, angin aku x betoi, aku langgaq ja side mirror wira putih jantan mana tah, kat pondok tol lah, sbb maybe dia tgk aku pakai tudung, mesti dia ingat aku lembab kong kali kong punyalah bawak keta, mesti best potong depan pompuan ni. aku plak, kadang kala ada angin puting beliung merasuk dlm badan, aku just jalan ja sampai kukkkk kena side mirror dia, sampailah dia x lepas masuk. biaq dia tau, aku nak bg pengajaran kat dia, next time jgn buat lg.

aku bukannya apa, kadang2 kita rasa kita nak cepat, tp org lain pun nak cepat gak, next time kalau dah tau lambat tu, keluaq umah awai2, kul 5 hang keluaq, mesti jalan x jam, dan hang pun x payah buat dosa nak potong q org. apa??? ingat x dosa ke potong q org kat jalanraya sekalipun.

pt tadi ada lg org nak potong q, dan kali ni tahap kesabaran aku tinggi sket, sbb bukan aku yg drive, tp mr shaifull, so dgn penuh sopan santunnya aku snap gambaq org yg potong q ni, tp sempat sebuah ja, sbb dah lambat baru aku ingat camera ada dlm henbeg aku.



so untuk encik ini, aku mintak maaf byk2lah sbb snap gambaq dia tgh cuba nak potong q kan, bukannya apa, kalau ada kawan dia tertengok blog ni, dan nampak gambaq keta dia, boleh x tolong bgtau dia, jgn potong q next time, ikutlah peraturan, org lain pun nak cepat gak. so timbang rasalah sket. lg 1, kalau x salah aku, kat keta dia pasang P lg tu, errr...

jgn jadi cam ari tu dahlah, ada sorang brader ni, dia hadang jalan dgn keta dia sbb ada 1 honda jazz tu nak potong q dia, aku rasa dia dah baran sgt kot sbb asyik org potong q dia, sampai driver honda jazz tu dok mintak maaf berkali2, tau pun takut, kalau kena yg jenis baran camtu, camna, kan dah gaduh kat jalan tu, tu nasib baiklah, kalau brader tu bg penumbuk sedas, ha sapa nak jawab??? aku nak tolong gak, tp tolong gelak...

Monday, June 15, 2009

aku suka ngan artikel ni

aku suka sgt bila baca artikel ni, utk pengajaran dan jugak sebagai panduan utk semua kaum sejenis ngan aku, x kisahlah apa pun kedudukan hang, tp kita tetap sama, ttp seorang wanita, aku cilok dr sini. baca ok.

Salam semua,
Bro mendapat banyak reaksi berhubung tulisan minggu lepas mengenai gelagat bos wanita yang perasan, ada yang marah-marah dan ada pula yang menyokong.

Kepada yang marah-marah, bro tak peduli apa mereka hendak kata, itu hak mereka dan sebagai ‘balasan’ minggu ini bro nak paparkan lagi satu cerita mengenai perangai sesetengah kaum wanita yang jadi pegawai di satu-satu jabatan, tak kisahlah di syarikat swasta mahupun kerajaan.

Mereka ini bukanlah bertaraf ‘bos’ tetapi kalau dah nama perempuan, dapat sikit kuasa mulalah nak tunjuk berlagak seolah-olah orang lain semua tak betul.

Kisah ini bro dapat daripada seorang sahabat yang dah muak dengan perangai sesetengah pegawai wanita kat pejabat dia, bagi kawan bro ini, hari yang paling dia susah hati bila hendak masuk meeting dengan puak-puak berkenaan.

‘‘Paling aku rimas, mereka aje nak cakap dan kalau boleh mereka hendak paksa semua orang dalam mesyuarat itu ikut apa mereka kata.

‘‘Kalau ada pegawai lelaki membantah, alamatnya makin tinggilah suara pegawai-pegawai wanita ni,’’ kata sahabat bro itu.


Satu lagi katanya, sesetengah pegawai wanita ini suka sangat kepada benda remeh temeh, kononnya nak tunjuklah kata mereka itu teliti.

‘‘Tetapi hakikatnya yang aku tau, rumah mereka pun berselerak macam empangan pecah, datang pejabat pandai pula nak cakap soal teliti tak teliti, kemas tak kemas,’’ katanya.

Bro sokong seratus peratus kata-kata sahabat bro itu, bukan fasal dia lelaki tetapi memang bro dah dengar banyak cerita fasal kerenah pegawai wanita.

Bro akui mereka ini komited tetapi kadang kala kehidupan sebenar mereka tidaklah mencerminkan sikap mereka di pejabat, cuma di pejabat mereka ada kuasa maka nak tunjuk lagaklah.

Bro hendak ingatkan pegawai-pegawai wanita yang bersikap berlagak ini supaya belajar-belajarlah menginsafi diri, tak payahlah rasa hebat sangat. Belajarlah terima hakikat kehidupan bahawa kita semua ada kelemahan apatah lagi perempuan.

Belajarlah untuk tahu bertolak ansur dan menerima pandangan orang lain, jangan ikut perasaan dan merasa tercabar apabila ada pegawai bawahan kita terutamanya lelaki beri pandangan.

Bro sebenarnya tak hairan dengan pegawai-pegawai wanita yang berlagak ini, kalau hendak dikira dari segi keras, rasanya lelaki boleh keras bila-bila masa, oleh itu faham-faham ajelah. jumpa lagi minggu depan.



ambik pengajaran ok. :) hehehehe...most important thing, baca yg aku dah bold tu, buat malu kaum je.

sendri mau ingat la...

Thursday, June 11, 2009

inilah yang harus ditempuh bila sekolah bermula

benda ni mmg dah sinonim dgn kl, bila sebut je kl, x dak benda lain yg boleh aku bayangkan, mesti benda ni je. dan bila bayang benda ni, mesti aku terbayangkan saat2 yg aku kena redah setiap hari bila sesi persekolahan bermula.

bila time cuti sekolah elok pulak lengang jalan tu, apa yg p sekolah tu semua drive keta sendiri ke ha??? pelik betoi aku. ni lah cara2 aku nak p ofis setiap hari, mmg nightmare.




tu cara2 aku keluaq umah kul 6.15, kalau keluaq kul 6.45 mau kul 10 aku sampai ofis, tp kalau ofis tu dah jadi ofis ayah aku, bolehlah kot aku buat camtu :) hehehehe gambar di ambil berhampiran restoran jejantas sg buloh, just imagine ok. naik kebas bontot aku.



gambaq aku kenalah ada, baru lengkap n3 ni. gambaq "driver" x dak, sbb tiap kali aku snap gambaq dia, dia buat muka babun, so aku delete, aku letak gambaq aku sorang, tamak kan aku? tu lah lenkali sapa suruh, kalau rasa nak glemer mcm aku :) warghakahak buat muka senonoh hoccay.



tu diaaa, mmg dahsyat lah, kalau camni hari2 mau mental sementara nak tunggu pencen. :)



hebatkan? adoi la, mmg betoilah aku rasa, budak2 sekolah yg meramaikan jalanraya ni, sbb kalau musim cuti, lengang ja jalan. utk klinda, sila get ready ya, mcm ni lah nnt bila klinda dah balik sini, tiap2 hari tempuh benda yg sama, dan sila bersedia dr segi mental, fizikal ok lg, sbb kita dok kat sebelah ja. :) hehehehe...nasib baik dah 1 thn aku pencen bab2 bawak keta p ofis ni, kalau dak, tiap2 hari aku hangin.

Monday, May 25, 2009

lg cerita ragut

hari ni bila baca ruangan forum kat utusan, aku rasa terpanggil nak berkongsi benda ni ngan pelawat2 di blog aku. apa pendapat hangpa semua, bila mangsa ragut ni mintak adik, kakak dan makcik jgn bawak beg tangan lg.

dia mintak kita semua tinggalkan sat dunia fesyen, x kiralah handbag tu harga RM20 ataupun RM2k sekalipun, utk keselamatan sendiri. apalah ada pada handbag kan, kalau kepala kita terhentak kat jalan, pastu koma, pastu meninggal, nauzubillah.

mmg betul kata mangsa ragut ni, peragut x kira masa dan keadaan dan tempat, sbbnya dia diragut di tgh2 orang ramai, dan dia berjalan ngan suami dia waktu tu, tp tetap diragut gak. aku setuju dgn cadangan dia tu. dan adakalanya, org perempuan ni kan, mmg sengaja memancing perhatian peragut.

sbbnya, ni dr pemerhatian aku, pegang purse waktu nak pegi lunch mcm pegang tikus, tolonglah wahai kaum sejenisku, peganglah purse tu kuat2 sket, pastu kalau boleh jgn exposekan sgt isi kandungan purse tu, menarik perhatian org kak oi. taulah credit card awak berderet, tp x perlulah nak tunjuk kat amoi sebelah tu, sbbnya amoi tu x perasan pun, tp ada mata lain yg dok perhatikan isi kandungan purse awak tu.

lg 1, kalau membonceng motorsikal, tolonglah jgn digalas beg tu ala2 tgh berjalan kat shopping complex, merbahaya tau, kalau diragut, melelong2 motorsikal tu, pastu jatuh kat jalanraya, mcm2 benda boleh jadi. so kenalah berhati2. mungkin hari ni kita selamat, mana tau esok hari, kita x tau apa akan jadi kan.

so sebelum jadi, eloklah berhati2 ye kawan2.

errr boleh x nak samakan peragut tu ngan lembu, sbbnya lembu meragut rumput, peragut meragut beg tangan, err sama ke x ha? lembu, peragut, peragut, lembu errr samalah tu

Thursday, May 21, 2009

kemalangan, mmg malang




kepada semua pemandu, always be careful ok, sometimes, jalan mcm hiway tu pun bahaya tau, mmglah jalannya lurus je, tp segala kemungkinan perlu difikirkan. dan selalu "bersedia" ok, mmg dlm pemanduan, skill itu penting, bukan hanya tekan pedal minyak, jalannnnnnnn.

apa yg penting, skill tu perlu ada, sbbnya, aku sendiri pun dah byk kali teruji dgn benda2 camtu, aku bukannya nak kata aku ni ada skill dlm memandu, cuma sapa yg penah naik keta ngan aku, taulah mcm mana cara aku memandu. cara aku bawak keta, sama ngan aku bawak motor masa zaman bujang dulu, ya aku penah jadi minah rempit di kl ni, setakat cilok2 kiri kanan tu, dah biasa, tp tu duluuuuuuuu, sekarang bila dah ada anak, aku insaf.

tp kejadian malam xmas, thn 2007 mmg betul2 buat aku insaf gila, masa tu aku drive, mr shaifull pegang anak kat sebelah. anak buah aku 2 org kat belakang. belakang lg, ayah aku follow, mak, adik n yaman ada dlm keta ayah. masa tu x laju sgt pun, sbb dah tgh malam, dlm 140. lgpun rifqy kecik lg masa tu, baru nak masuk 3 bulan.

yg aku ingat, masa aku sampai kat bukit merah, aku overtake satria ni, masa tu aku sempat jeling dlm keta tu, ada dlm 4 org rasanya, aku x sure adakah semua lelaki kat dlm tu, tp yg aku betul2 sure, depan mmg 2 2 org lelaki. lepas je dr situ, dlm 10 minit, aku tgk ayah dah masuk lane tgh, rupanya satria tadi dtg mencanak.

aik, tadi bukan main slow lg, sekarang dah laju plak, boleh layan ni, dlm hati aku, masa tu x insaf lg. bila dia overtake, aku kejaq dr belakang, aku up sketlah, dan yg menyakitkan hati aku, bila dah hang overtake aku tu, pasai pa nak kena baling puntung rokok ke arah keta aku, cilanat betoi. masa tu dah bengang dah. mr shaifull kata, jgn layan. (amaran tu)

tp entah pasai pa, aku drop ke 130. instinct kot. tp still follow dia lg, dan tiba2 aku tgk keta dia mcm ulaq kena palu, mula2 dia terhimpit ke divider, pastu dia balas balik ke kiri, sekali ke kiri, dia dlm 2 inci nak cium kepala treler, lg sekali dia balas ke kanan, masa tu aku dah tawakal, sekali engkau, keta dia berpusing betul2 depan mata kami, terus melintang betul2 depan kepala treler tu, dan terus dummmm ke dlm semak samun, maybe dia langgaq divider sebelah kiri, senyapppp.

aku x tau apa nasib penumpang dlm tu. dan aku terus diammmmmm, sediam2nya, sampailah kami stop kat tapah. aku mmg betul2 x dak mood masa tu, yaman bgtau mr shaifull, masa kejadian tu, ayah terus cakap, "kakak, brek kakak, brekkkk!!!" aku tau dia risau gila, mana tau kalau satria tu terpusing terus menuju ke keta kami, aku x tau nak cakap apa yg jadi.

tp allah selamatkan kami malam tu. mmg aku cuak gila, dan aku sentiasa boleh imagine lg kejadian mlm tu, mmg menakutkan aku. tp nasib baik gak, driver lori tu, dia mmg x elak ke kiri atau kanan, aku tau dia pun tawakal, andai kata terpaksa, mungkin dia akan sauk satria tu ja, dia x nak sauk yg sebelah kanan dia, sbb masa tu dia di lorong tengah, aku plak betul2 di tgh2 badan lori, dan hangpa boleh imagine kan, berapa jarak aku ngan satria tu, mmg x jauh.

dlm 2 saat aku rapat kat dia lg, maybe aku terlibat sama dlm kemalangan tu. tp tu duluuuuuuu. la aku dah x drive gila mcm tu, kalau x dulu, mmg mr shaifull dah lenguh rahang dia nak teguq cara aku drive. tahlah, tp kejadian malam tu betoi2 bg aku insaf. apa khabaq org yg dlm keta satria tu kan, kalau dia ataupun penumpang dlm keta tu ada baca blog aku ni, ataupun saudara mara dia, ataupun kawan dia, blhlah tinggal comment kat sini.

lg 1 sorry kami x benti utk tolong, sbbnya, anak aku terlalu kecik masa tu, bahaya utk kami benti dlm gelap tu, dan kami ada 2 org lagi penumpang kanak2, yg ada dlm keta aku gak. kalau apa2 terjadi mlm tu...nauzubillah...

kadang2 ada benda yg boleh menginsafkan kita.

Wednesday, May 13, 2009

diet, perlukah???

bila cakap pasal diet, kadang2 aku heran tgk org betul2 jaga diet pemakanan dia, kiranya pagi bfast ambik makanan berat, pastu tghari sekadar makan buah, pastu malam, ambik roti sekeping, dahhhhhh.

aku plak, pagi nasik lemak, tghari nasik lg dgn segala lauk pauk, nak2 plak ada ulam ngan sambal belacan, fuhhhhh tgk aku makan, mmg x nampak dah muka org lain, kecuali hang hensem, sempatlah aku kerling :) hehehehe jgn marah mr shaifull. malam plak, dpt lak laki cam laki aku tu, apa lg, bergandingan lah kami membesarkan perut.

mmg sedap makan kalau dpt pasangan yg jenis "pemakan" gak, nasib lah aku ditakdirkan dpt pasangan yg camtu, kalau aku dpt couple yg jenis kontrol diet, pastu jenis keding, haruslah aku pun terheret sama ngan isu diet ni. kalau x, naik tkt 2 baru nampak laki hang kat belakang, kalau berdiri sama level, mesti x nampak laki kat belakang, sbb kena cover ngan bini, ceh, kuang ajaq la tu.

tp bila dpt laki yg "besaq", advantage bagi aku, apa advantagenya? aku boleh makan banyakkkkkkkkkk tanpa mengcover laki aku di belakang, sbbnya dah tentu2 dia besaq dr aku kan. tp x tau lah lg 20 thn akan datang, buatnya aku pun jadi sama besaq ngan dia, masa tu kot baru aku pk pasal diet ni, bullehhhhh???




pasangan suami isteri yang gigih....MAKANNNNNNN!!! :) wargahakhakhakah

oh pemain badminton

aku bukannya apa, kesian sebenaqnya ngan pemain badminton negara kita ni, alah yg baru bercerai ari tu.

ya lah, kawen baru 12 hari, dah bercerai berai, x tau apa sebabnya, wallahua'lam. tp aku kesian ngan si pemain dan isterinya. ya lah, sorang kata dah tuttt, sorang lg kata x tutttt, x pahamlah.

boleh pulak camtu kan, x kanlah x ingat, atau masa tu tgh mamai ka? mcm mana sorang boleh kata ya, sorang lg plak boleh kata x? x logik kan. entahlah, kita hanya melihat, membaca dan mengomen, tuan punya badan yg tahu segala2nya, kan?

apa nak jadi dgn bangsa ini

actually, aku x "minat" utk berblog mengenai politik, sbbnya blog ni aku buat khas utk diri aku dan family terchenta. tp oleh kerana rasa gatal di bontot (errrggghhh apa kaitan tah), aku nak gak type pasal politik ni dan nak mintak pendapat ramai, apa nak jadi dgn bangsa ini, dan ini adalah merujuk kepada bangsa aku sendiri.

bangsa apa? yg pasti bukan jawa, banjar atau apa, tp MELAYU.

bukan aku nak downkan bangsa sendiri, tp tolonglah jadi matang sket. bukan nak bias ok, tp jgnlah perangai mcm budak2 darjah 5 yg tgh pilih presiden kelab bahasa melayu kat sekolah. tp aku rasa budak2 kat sekolah tu lg tertib, x daklah sampai mcm tu sekali, bila pemilihan utk presiden baru, depa buat2 pekak ja duduk gak kat kerusi yg dikhaskan utk presiden tu, budak2 pun cerdik, terima ja presiden baru yg diundi utk penggal persekolahan yg baru.

x dak pun nak berebut2, sampai nak jumpa cikgu, suruh tuka presiden baru.

lg satu, jgnlah kita tunjuk sgt perangai ego kita yg mmg ada dlm diri setiap org, kadang2 perangai ego kita tu, boleh menyebabkan org lain pandang kita seolah2 kita ni bodoh, dan bukannya org akan pandang kita dgn mulia. tahlah, kadang2 x paham gak pasai pa lah nak tunjuk sgt kebodohan kita kat orang.

kalau kita betul beragama islam, tlglh terima dgn redha apa yg ditakdirkan oleh Allah utk kita. bukan maksud aku kalau dah takdir kita miskin, kita jgn usaha, bukan camtu, tp kalau ditakdirkan kita di bawah, kita kena terima, kerana kadang2 kita jugak di atas.

masa kita di atas, pandanglah ke bawah, dan sesekali insaflah diri, sbb x selamanya kita akan di atas, kerana putaran roda x penah menipu, ia akan sentiasa berputar laju selagi terdaya, kalau dah mati, terhentilah putaran roda tu, so pikir2kanlah wahai melayu...

Monday, May 11, 2009

kepada peragut tegar!!!



gambar dr sini

entry ini adalah 18sx, x sesuai utk yg di bawah umur.

peragut, rasa nak siat2 kulit depa ngan pisau, pastu perah limau, pastu curah garam kat situ, agak2 dia meraung, aku siat lg, ulang lg benda yg sama, sampailah mati dlm seksaan camtu ja. kejam x aku?

aku rasa tu lah cara terbaik nak ajaq dan bagi pengajaran kat golongan peragut ni, dahlah curi duit orang, hp orang, pemalas, x nak keja sendiri, naik motor pun kadang2 motor curi, letak plat no palsu, kadang2 bila x dpt beg orang, boleh pulak hang tendang motor org tu sampai eksiden, ni manusia ke syaitonnirrajim. kalau agak2 x puas hati lg, sanggup plak tarik beg tu sekuat hati, walaupun x dpt duit, tp at least boleh menyakitkan orang tu.

bangang punya orang, pasai pa lah hang nak kena buat org lain sampai camtu sekali. x blh kah hang curi beg org tu ja, yg hang nak kena buat mcm2 sampai org tu terkorban pasai pa? peragut ni mmg betul2 hilang akal, ataupun selayaknya aku rasa perkataan yg sesuai, mmg x dak akal. kalau ada akal, mesti hang dah ada kerja kan.

ni mesti golongan2 yg x pandai masa belajaq, pastu bila dah besaq, x dak keja yg bersesuaian ngan depa, sbbnya jgn kata spm, pmr pun tah2 x lepas, tu sbbnya golongan ni wajib dihina, kalau x hina golongan peragut ni, adalah berdosa :) jgn tiru, tu fatwa aku sendiri hehehehehe...

ini adalah blog aku, ruangan lepas geram aku, so suka hati aku lah nak type apa pun kat sini, aku rasa nak terrrrr aaaaa jjjjaaaaaa nnnnnggggg ja motor peragut tu, biaq depa plak makan divider, ok x? ari tu, kat depan dbkl ni, ada sorang peragut tu kena belasah ngan penguatkuasa dbkl, pastu dtg polis belasah lg, aku rasa cam nak turun ja dr ofis ni, join depa sekali, aku nak pijak dgn high heels aku, terus benam dlm tanah, bolehhhhh????