Showing posts with label rifqy. Show all posts
Showing posts with label rifqy. Show all posts

Monday, October 3, 2011

birthday rifqy :)

hari ni birthday rifqy, dah 4 thn dah dia.

permata berharga, hadiah dari Allah, didik wanita terdidik generasi (eh apahal boleh keluaq ayat ustazah pilihan pulak dah ni) hehehehe...

lawak la, actually shaifull pantang betoi bila keluaq iklan tu, sbb cara ustazah tu cakap bersungguh2 sgt, dah la pelat jawa tu pekat (no offense ye org jawa).

hadoi, baru teacher mintak details rifqy, gambaq2 dia start dr lahir till now, pastu decide nk buat kek tema apa, pastu nk tempah kek kt mana, pastu nk buat goodie bags, pening pala cari barang utk goodie bags ikut tema, dah bersilang kaki aku ngn mr shaifull, kalut gila.

padahai nk buat birthday walk kt school dia ja pun, bukan buat kt umah sendiri. aku x leh imagine kalau la celebrate birthday rifqy kt umah, mau seminggu direct kami 2 org cuti, tu baru nk celebrate birthday, kalau nk kawen rifqy esok2 ni, x tau la mcm mana kalutnya aku ngn mr shaifull. tah2 mengalahkan pengantin kot, rifqy cuti 2 minggu, aku ngn mr shaifull cuti sebulan hehehehehe (mintak2 panjang umuq)

dahlah, letih nk merepek kt sini, dah 3 kali aku menguap sepanjang menaip ni, aku letak gambaq ja lah pun.




pegang globe sambil keliling matahari, teacher dia cakap, simbolik peralihan umur dia dr setahun ke setahun.




yg tu aku x tau dia buat apa, camera pass kt teacher, parents x blh involved masa birthday walk ni.




muka happy dpt cake ben 10!

hadiah x beli lg ni, buat sementara ni ok la, member tgh happy lg dpt cake ben 10 tu, tgk la 2 3 ari lg, kalau ada anasir2 luaq yg soh mintak hadiah, habih la aku ngn mr shaifull, sila tadah telinga masing2, no?

Wednesday, September 14, 2011

moral

baru nk bg pengajaran kt anak, balik dr umah neighbour depan ni, ada buat makan2. masuk umah sambil buat keja umah, mr shaifull mandi nk perform maghrib, aku lak coti, sambil buat keja umah sambil kita bg pengajaran dan mengajar anak ye puan2.

mommy : rifqy, mommy batuk, rifqy pun batuk, so kita dua org x blh minum air ais kan?

rifqy : a'ah (sambil main game)

mommy : tgk td kt umah auntie ida, mommy x minum air pun, sbb mommy x minum air ais, mommy batuk. rifqy pun x blh minum ais kan, baru cepat baik

rifqy : dgn muka sungguh2, x dak dosa sket pun, bgn dr depan tv, jalan mai kitchen, tapi ari semalam kt tesco tu mommy minum air ais, milo tu kan, ha mommy tipu

what to say, aku yg tgh basuh botol susu dia kt sink, terus paling kt tingkap, senyum kt diri sendiri la jawabnya, susah betoi nk bg moral kt budak kecik ni hohhhh

Saturday, May 28, 2011

Kung Fu Panda @ TGV

rugi sapa yg x tgk cita ni, aku ngn mr shaifull over tau, gelak sampai x bunyi apa2. ambik couple seat, mmg selesa la, aku duduk sorang2 ja utk couple seat tu, sbb couple yg sebelah lg dah ngantok kot, sbb show 10pm, so couple seat yg sebelah tu kosong, so anak & laki, sila ke seat sebelah, mommy nk duduk sorang2 kt sini :) haloba

ni kira upah la utk anak & laki aku sbb temankan aku p office seawal 9 am pada hari sabtu. punya la bz hari sabtu tu, sampaikan terpaksa cont hari ahad plak keluaq shopping monthly groceries, selalunya monthly groceries aku beli ari sabtu, sbb ahad waktu utk buat keja umah, rehat2 ambik mood utk monday blues, tp dah mcm2 sgt ari sabtu tu, terpaksa la melajak sampai ke ahad.

lepas ja settle keja kat office sket (we are moving to the new building on 18th of june), zasss ke the mall lg, ada warehouse sale kt parkson the mall, konon2 nk shopping sket2 ja, hahh sket x sket, ada la jugak cara2 X MAMPU tu :) hahahaha bila dah dkt 4 jam dlm tu, barulah rasa insaf, ke jusco kepong kita, jom tgk kungfu panda.



tgh queue nk bergambaq ngn panda, rifqy gerun ngn panda yg besaq tu, so aku la kena temankan, berpeluk2an ngn panda tu. :) errr ke dia yg peluk aku???? over tau panda ni



panda yg happy!



:)

Tuesday, March 1, 2011

hanya jauhari mengenal manikam hehehehe

finally, 26 feb ari tu, aku beli gak PSP made in china utk budak kecik tu. mmg nampak happy sgt2 muka dia. mula2 sampai jusco, teman mommy shopping dulu, sampai tertdoq2 dlm stroller, maklumlah aku qada balik 3 bln x shopping secara rakus, gaji x masuk kan, so bila dah gaji masuk tu gunalah secara 'berhemah'. :)

mmg puas hati la shopping pun, sbb org x ramai.

bila settle 'urusan' aku, eqy bgn, aku ngn mr shaifull nak beli stok groceries dulu, lepas dah beli barang baru nak bawak dia main2 game tu semua, sekali bila dah settle beli brg umah, mr shaifull p simpan semua kt dlm keta, malaih nak usung sana sini, aku ngn eqy masuk watsons dulu sementara tunggu mr shaifull. settle dlm watsons, duduk lepak2 kat kerusi, sekali nampak kedai games, bawak rifqy masuk situ, tingggg nampak la apa yg dihajatkan sgt2 tu.

sampaikan aku masuk berak pun dia blh dok zikir psp psp psp, aku blk dr market pun dia tanya mana psp, hang x letih dengaq benda yg sama tu ja.

RM700, oklah, drpd letih telinga aku, x kisahlah, lgpun anak sorang tu ja kan, x kan tu pun nak berkira kot, sapa lg nak menghabihkan harta benda aku kalau x dia (mcm la byk sgt harta hang kan????)

bila mr shaifull mai ja, dia tanya cina tu, 'ada x yg murah punya'? tu duit aku tu, kalau duit dia, x taulah mcm mana rupa.

sekali cina tu kata ada, made in china, RM150, haaaa alhamdulillah rasa cam nak buat sujud syukur kat situ gak, selamatttttt duit aku 550, bolehhh aku buat 'benda lain'. lega. bila dah dpt ja benda tu, mmg nampak sgt2 la kat muka rifqy, mmg happy gila. hehehe lega, lepaih ni x payah aku nak dengaq dah bisikan2 tu psp psp psp psp..tp yg bestnya, hanya jauhari mengenal manikam kan, dia bukannya tau pun benda tu ori ka x ori ka, asalkan ada ja.

oklah tu, sbbnya x dan sampai umah, dah jatuh kelepuk dlm keta, nasib baiklah jatuh tempat lembut, kalau ataih simen ka hapa, x ka lebuq duit aku camtu ja. x yah beli yg ori pun, yg tu pun utk belasahan dia ja, kiranya padanlah ngn umuq dia kan???? :)

Sunday, October 3, 2010

selamat hari lahir yg ke3 utk anak mommy & ayah yg tersayang...



happy birthday sayang, semoga membesar dgn sihat, menjadi anak yg baik dan mendengar kata, berjaya dunia dan akhirat..mommy & ayah akan sentiasa mendoakan yg terbaik utk eqy.

ya allah ya tuhanku, engkau makbulkanlah permintaanku ini, kau peliharalah kesihatan dan keselamatan anakku, semoga kami dpt sama2 membesarkan dia, semoga dia akan menjadi anak yg soleh, berjaya di dunia dan akhirat, dan dpt mendoakan kami bila kami telah tiada, ya allah, kau murahkanlah rezekinya, kau permudahkan segala2 untuknya...ya allah, hanya padamu kami meminta dan berserah..

walau apa pun yg terjadi, mommy nak eqy tau, yg mommy & ayah sayangkan eqy dunia dan akhirat...

MOMMY LOVES U SO MUCH..

Wednesday, March 24, 2010

ha??? biaq betoi..

ari tu aku layan rifqy sembang, mcm biasalah, bila sembang ngan dia, dan2 tu aku kena "bertukar" jd budak kecik gak.

rifqy : nape bah kau bebah

mommy : apa tu???

rifqy : nape bah kau bebah

aku x paham2 apa yg dia cuba nak bgtau aku.

sampailah 1 ari tu, tgk tv..

rifqy : nape bah kau bebah

rifqy : my, teci

dan2 tu aku rasa nak pitam, ha???? anak aku yg besaq tu dah kenai stacy, lor rupanya dia nyanyi lagu org tu, kenapa bah kau berubah kenapa bah...

semalam lak, dia nyanyi lg lagu tu. yg paling aku x blh blah bila dia cakap camni..

rifqy : nape bah kau bebah, my, wan nyi (wan nyanyi)

haa??? biaq betoi wan ruby nyanyi lagu tu???

Saturday, March 13, 2010

bila weekend..

bila weekend ja, mesti ada hiburan kan? mana boleh bersenang2 gitu sahaja di rumah, x afdal kata orang :)













mmg semua gambaq2 ni nampak remeh di mata org lain, tp bg aku, benda ni lah akan jadi bahan tatapan utk rifqy bila mommy & ayah dah x dak nnt...

Friday, March 12, 2010

i'm not a good mommy!



dah lama rasanya aku x tgnkan rifqy, yapp selalunya aku yg akan tangankan rifqy, x kisahlah kat kaki, paling selalu kena tangan kiri dia, kat mana2 yg sempatlah. mr shaifull sgt jarang, dia punya jarang tu boleh dikategorikan sekali dlm 7 bulanlah.

semalam, dia x bgtau pun dia ork (poo2), dah 2 3 kali benda ni jadi, selalunya ayah dia lah yg jadi mangsa. tp semalam, aku baru letak bontot nak berehat lepas dah siap semua keja rutin aku, sekali dia mcm tergaru2 kat bontot, pastu dia tekan2 baju tdoq dia masuk kat dlm bontot, pastu dia main2 diapers dia.

aku bisinglah, dahlah penat, aku tgk rupa2nya dia poo2, tp dia x cakap, bila dah dia tolak2 baju tdoq tu kat dlm diapers, dah sah2lah aku ada keja xtra weekend ni, terkena kat baju dia sket. apa lg, aku hanginlah. berlepuk2 aku kejakan dia kat tgnlah, kakilah, aku jentik telinga dia lah, aku jentik jari dia lah, aku cubit bontot dia, mmg geram sgt rasa.

sbb sblm ni dia akan bgtau kalau dia poo2, tp la ni mcm 1 hobby plak dia nak naikkan darah aku camtu. sampai tersedu2lah dia pastu.

tp bila dia tdoq, dan2 tu aku rasa menyesal, sila salahkan aku sbb x reti nak kawal diri. sampai ke saat dan tika ni aku masih rasa menyesal lg, jahatkan aku???

i'm not a good mommy..

Saturday, March 6, 2010

nak men ling!

rifqy mmg minat sgt main bowling, maybe sbb selalu tgk mr shaifull main2, pastu ikut mr shaifull p tournament walaupun x menang.

dah dia minat sgt nak main bowling, sampaikan kalau ada kat sports channel dia boleh duduk melangut diam2 dpn tv, aku pun belilah set bowling RM10 kat jusco tu, dah nak main sgt kan. mmg dia main, tp yg letih menyusun bendalah tu, kalau x aku, mr shaifull, tu dulu lah masa baru beli, bila dah lama sket, x kuasa aku nak menyusun benda tu, habih tu benda lain x payah buat???

dia pun berdikari susun sendiri, jatuhkan pin x guna bola pun bila dah lama2 tu, dia main tendang ngan kaki ja, pastu bila dah lama sket lg, pin tu dah jadi mcm2, blh jadi mic utk nyanyi, boleh jadi tu blh jadi ni, blh jadi apa saja, nak x nak, tukaqlah RM1 dpt 1 token kat jusco, layan dia main benda yg lbh realistik.





nasib baik benda tu di khalayak ramai, kalau x berapa open sgt, aku x kisah takat nak challenge nama budak yg paling atas tu, alah takat score 200 lebih, apalah sgt, tunggulah nnt, aku nak break record kat situ, mmg aku x puas hati sgt2, budak kecik mana boleh leading, tu namanya x hormat org yg lbh berusia :)

rifqy punya score boleh tahan, 150 ke 160 tah, tp mmg ok kalau dia x main balinggggg ja. rifqy nnt kita p lg ok. :) mommy nak main sekali blh x?



my, ner ball? (lidah juluq keluaq sket bila sebut ball)

Thursday, February 25, 2010

Enfagrow A+

sblm CNY, aku ngan mr shaifull sket2 lg nak kena heart attack, mana x nya, bila susu rifqy dah nak abis, biasanya kalau dah keluaq ayat nak abis tu, mmg setakat boleh bancuh sebotol ja lg, so mr shaifull p tempat biasa kami beli susu rifqy, kat kawasan umah ja pun, kedai cina, murah pun murah, 1.6kg baru RM83.90, kalau nak banding kat hypermarket ngan jusco, lebih dr tu.

sekali dia keluaq dr kedai cina tu melenggang kangkung, x bawak apa2 pun kat tangan, aikkk, awat plak. dan2 mai bgtau aku, gain plus dah x dak yg original flavour, yg ada vanilla, aku pun jawablah (biasalah kalau x jawab bukan aku), cari kat tempat lainlah.

pastu dia jawab balik, nak cari kat tempat lain apanya, cina tu kata dah x de original flavour, yg ada vanilla, carilah kat mana pun, kilang yg buat camtu. haaa???dahlah rifqy bukannya senang2 camtu ja nak susu yg ada flavour2 ni melainkan yg original.

nak x nak dgn2 aku sekali turun p kedai cina tu, kenalah cari susu lain, ish matila, susu bukannya murah2, semua mahai2, kalau takat nak test sekali bancuh pastu dia x nak dah, jenuhlah.

berpusing2 gaklah aku ngan mr shaifull kat dlm kedai cina tu bersempit2, tau je lah kan, kedai cina kan barang penuh, nasib baik bersih, rifqy plak mcm biasalah, tlg bangla tu susun barang, x larat nak bercakap ngan dia, aku diam ja lah cari susu ngan mr shaifull.

pk punya pk, last2 decide nak ambik enfagrow A+, dr segi pembacaan org yg x pandai bab2 sains mcm aku ni, mmg oklah susu tu. ni aku copy dr website dia.





*During your child’s growing years, he is exposed to various stimulations. These help his brain cells establish and strengthen communication with each other, which supports learning.

As he explores and learns, he may come in contact with harmful elements like germs that are ever present in the environment. This might have an impact on 3 key aspects of his body resistance:
Respiratory System
Digestive System
Resistance to other common illnesses.

Enfagrow A+ is formulated with More than 4 times DHA** and new Triple Protection GuardTM*.

Give him the right nutritional support for optimal mental and physical development. Because stronger children learn more.

DHA, Dietary Fibers (Inulin & FOS), Protein, Zinc, Iron, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamins B6 and Folic Acid
In comparison to previous formulation (Smart 10)

pastu kebetulan plak masa kat tesco rawang, jumpa plak ngan consultan dr mead johnson, bila dah dengaq dia punya explanation tu, mmg aku ngan mr shaifull puas hati sgt2lah sbb tukar ke susu ni mcmlah kami yg minum.

cumanya dlm hati masa first time ambik susu tu, hehehe..murah sket susu ni, sekali haaa ambik, 1.7kg RM93.50, tu pun kat the store kangaq, kalau kat tesco RM94.50 ke RM95 tah, aku pun dah x ingat. ish melebih2 plak dr biasa, x pa lah, asalkan rifqy sihat, suka susu tu, mahal ke murah ke, ayah ngan mommy x kisah.

semalam aku naik atas jap nak ambik barang dlm bilik, sambil naik tangga sambil aku cakap ngan rifqy kat bawah yg tgh tgk tv, "jgn ikut mommy, mommy naik kejap je, kejap lg mommy turun". yg aku tau bila abih ja aku sebut perkataan turun tu, dia dah ada kat belakang aku dlm bilik, ya allah budak ni, salah sapa tu, salah susu yg terlebih DHA ni kah???

Monday, February 22, 2010

one tu tee

rifqy dah pandai count 1 to 10. tiap kali nak melompat x kiralah dr mana2 situasi sekali pun, dr rak display kat supermarket, kat tangga umah, kat longkang kedai mamak, nak keluaq dr keta, nak keluaq dr bilik mandi, even dr katil sekalipun, dia tetap akan count.

dr rasa nak marah, kadang2 aku nak tergelak pun ada.

wan, tu, tee, por, paih, aven, nai, ten. tang ten ja yg betoi, yg lain2 tu aku redha ja lah, asalkan ada bunyi. x pa, six ngan eight nnt2 aku train pelan2 kayuh, yg penting dia happy on counting. :)



ni lak masa kat tesco rawang ari tu, sanggup turun dr stroller bila dia nampak mr shaifull tarik bendalah ni. bg pandangan dia, mcm hebat sgtlah benda tu tarik sana sini, sedangkan aku sket pun x terkesima. gasaklah 2 beranak.



padahal kalau nak kira, sama ja tinggi bendalah tu ngan dia, ohhh x, nak jugak heret, ha ambik anak, heretlah puas2. kalau agak2 x puas, suruh abah beli ok?

Thursday, January 21, 2010

hang ada mcm ni? aku ada!

cuaca kat luaq, elok ja, walaupun hujan, tp x dak plak aku tgk ada guruh petir kilat ke apa, tp kt dlm umah, mcm dah perang dunia.

aku x tau pasai pa, nak dukung x nak, nak bg susu x nak, nak temankan x nak, bg minum x nak, bg tu x nak bg ni x nak, kalau bukan kat umah org, dah lama aku bg tangan, yg tu kot dia nakkkkk.





sampaikan dah mcm ni pun, ada hati lg nak gaduh ngan aku, aku bg dia baring elok2 atas bantal, ohhhh x nak, bgn balik sambil pejam mata, ngantuk rupanya, tp x nak lena sbb nak main, aku biaq kat situ, last2 terlena mcm tu ja, herannn. ikut sapa lah mcm tu sgt??

Monday, January 11, 2010

cheeky monkey, great eastern mall

fuhhh lega!!!

sehari sblm x-mas, bawak rifqy p potong rambut, mcm dah jadi acara tahunan plak, asal nak x-mas ja mesti potong rambut. kalau yg sblm ni, asal balik dr potong rambut dia ja, mesti aku ngan mr shaifull hilang upaya, nasib baik bukan hilang upaya kekal, hilang upaya buat sementara, dlm 2 3 jam sblm semangat tu nak masuk balik dlm badan.

lepas 2 3 jam kena terapi makan, barulah pulih balik semangat kami 2 org, mana x nya, potong rambut mcm org nak kenduri 10 ekoq lembu, punyalah seksa mental & fizikal. kalau boleh nak ja aku suruh aunty tu potong sampai botak, sbb dia punya trauma tu mmg x blh blah.

tp kali ni alhamdulillah, mmg ok, cuma separuh jalan lepas tu, dia suruh mr shaifull dokong, oklah tu drpd dulu, rasa mcm nak kena paru2 berair layan dia potong rambut.



sblm p potong, mcm ni lah keadaan rambut rifqy, jgn kata org lain, dia sendiri pun x sanggup nak tgk, sampai tutup mata. hehehehe...tp bg aku, rambut kembang ka kempis ka, tu lah busuk masam aku sorang, mana ada yg lain :)





senang relax camtu ja org tu potong rambut rifqy, apa tah nama cina tu, lupa plak aku, tiap kali p tanya, tiap kali p tanya, tp tiap kali tu jugaklah aku lupa, sapa lah dok bg aku makan semut ni, sampai pelupa mcm tu sgt, tp yg peliknya, bab duit aku ingat plak :) wargahkahkaha



barulah senonoh sket rupa anak aku.

thanks to cpm yg suggestkan tempat ni, actually aku tgk anak dia potong rambut kat situ, mcm comfortable ja, tu yg try kat situ, pastu mcm puas hati ja plak, teruslah jd pelanggan tetap :) thanks cpm. utk sapa2 yg nak try, bolehlah p, kat great eastern mall, jln ampang, cari kat dlm tu, mesti jumpa.

hopefully, lepas ni, x payah nak dokong2 lg kan rifqy, blh terus duduk atas keta mainan tu, sambil aunty tu potongkan rambut rifqy, insya-allah. :)

Wednesday, December 23, 2009

kasut apa aku nak pakai ni???

durrhhh dah pusing siti situ sana sini, tp x jugakkk aku jumpa kasut yg aku berkenan, dpt design yg cantek, color pulak serupa sakai bila aku pakai. hishhh

aku nak cari kasut yg selesa, nak berjalan2, means aku bawak 1 ja kasut nnt, x payah nak bawak tu lg ni lg, kalau naik kereta senang, aku angkut ja rak kasut ngan almari sekali hehehee...

yg mcm ni ok gak, selesa mcm aku pakai la ni, blh main hambat2 rifqy dr belakang, x pun kalau mr shaifull jalan laju sgt, aku blh baling kat dia :) wargahakhaka



yg mcm ni aku suka gila, tp cari kat vincci tarak, kat charles & keith dah ada, tp gatai nak cari tempat lain lg, sekali balik ngan kasut cabuk aku ja, tensionnyaaaaa..



gambar dr en google & blog kawan baru :)

esok dah khamis, baru cadang nak bawak rifqy dtg ofis pastu terus p potong rambut dia, sekali bos plak kata nak dtg ofis gak, sbb ada keja sket nak mintak aku buat, ish, camna ni, rambut rifqy dh gulung2 sana sini, sian dia..

Tuesday, December 22, 2009

weekend yg sgt meletihkan

mmg letih gila!

ari jumaat, dr pg dah merantau p midvalley, beli barang2 keperluan nak balik kg. mr shaifull kata, tiap kali balik kg dia, mesti nak belanja byk sbb aku nak beli brg baru, tp balik kg aku, boleh pulak ulang2 pakai baju yg sama.

ahhh kt kg aku, x kisah pakai seluaq pendek cabuk pun, kat kg dia mana boleh buat camtu, satgi x-gf dia nampak aku pakai yg bukan2, takut dia ingat mr shaifull kawen ngan siti anak ponti plak, ha aku gak yg dpt nama. mana bulehkan??? x kira, nak beli baju baru gak.

sudahnya separuh beg isi ngan baju aku ja.

lip lap lip lap ja lampu kat midvalley, meriah sungguh.





gambaq wajib kami! :)

tp aku x paham ngan gambaq ni, mr shaifull nak ambik gambaq aku ataupun dia ada motif lain???



dah siap beli semua2, nak balik mesti makan benda ni :)



rifqy pun pulun gak, punyalah takut aku makan sorang.

sabtu plak lepas dah siap dobi mendobi, p jusco plak, dah dpt beg rifqy beg lama dah koyak, p sogo plak, bukan main lg nak p sogo, mcm ari isnin plak, punyalah ramai umat di jalanan. ishh x balik kg ka???

aku ngan rifqy tunggu kat sogo, mr shaifull p sorang ke jalan tar, cari barang utk bawak balik lg, tu pun x abis2 lg ni. fuhh nampak gaya nak kena usung lg 1 beglah, menjadikan semua sekali 4 beg, haa??? 4 beg??? sapa nak heret tu???

balik umah dah dkt kul 9 mlm, gila betoi, 2 hari berturut2 keluaq dr matahari sampai ke bulan.

hasilnya lps maghrib kelmarin, kami p klinik, rifqy demam, mr shaifull pun bawak keluaq ayaq dia plak, "lepas ni x boleh dah nak jalan2 lama2 sgt, sian eqy".

rifqy, cepat2 sembuh tau, nnt nak teman mommy jalan2 lg.

Saturday, December 12, 2009

my, nak nom!

tajuk tu x dak kaitan pun ngan n3 ni, tp dah nak sgt title kan, letak ja lah, satgi x letak derhaka plak.

dah lama x update pasal rifqy, byk benda baru yg dia dah paham, dan makin memahami. aku harap kami dpt didik dia dan sentiasa ada di samping dia, sampailah dia dah blh berdikari, dan dah blh buat keputusan sendiri, tu doa aku.

ni port favorite rifqy, kalau rasa bosan main bol (ball), dah bosan drive keta tolak ngan kaki, dah x larat selongkaq kitchen kabinet, ni lah tempat dia relaxkan diri. muat2 ja ngan badan dia. :)







jgn tanya aku, apa motif ambik gambaq camni, aku pun x tau, ni keja dia 2 beranaklah ni, pastu siap masuk ngan lubang hidung adik lg, apa kes???

Saturday, November 21, 2009

play more learn more

letih mcm mana pun, penat mcm mana pun, anak tetap kena layan ya tuan2 & puan2.



mr shaifull bawak anak p garden, tu pun da puas budak tu berzikir kat telinga dia rasanya 'nak men bal' (nak main ball), p main best2, balik masam ja, tp masam tu gaklah yg aku cium, sedapppp, mana nak dpt masam tp sedap camtu :) heheheh





dah senja, jom balik!



balik umah, habis sekotak milo, rifqy rifqy

Friday, November 13, 2009

mommy cakap ini, rifqy faham itu

situasi 1

mommy : rifqy, basuh kaki

rifqy : sibuk basuh tangan, hentak2 kaki, main pili



situasi 2

mommy : rifqy, simpan balik tupperware mommy tu

rifqy : bawak keluar semua tupperware yg ada dlm kabinet


situasi 3

mommy : rifqy, jgn jerit (ulang 3 kali)

rifqy : jerit gak lepas ayat terakhir mommy cakap jgn jerit


kesudahannya kita tdoq kul 9 semalam, kan mommy dah cakap jgn jerit.

tp walaupun camtu, byk gak arahan aku yg dia buat, contohnya.


situasi 1

mommy : rifqy, ambik towel, ambik pampers, ambik bedak

rifqy : terus ambik tiap2 1, kadang2 kalau boleh dia nak ambik 3 barang tu sekaligus


situasi 2

mommy : rifqy, bak botol susu, mommy nak basuh

rifqy : terus carik botol, bg mommy


mmg ada waktu gerammmm sgt, tambah2 bila dia menjerit2, tp bila dia tdoq, dialah insan yg paling baik di dunia fana ni, rifqy rifqy...

Monday, October 26, 2009

thank you nestle!!!

ads yg nuffnang letak kat sini berguna utk aku ari ni.

dlm umur rifqy, mmg dia dah patut walking, running & jumping. mmg benda tu pun yg dia buat every day, sampaikan aku yg x larat nak tgk. boring2 berjalan, dia lari, padahal dr hall ke kitchen ja pun, dahlah umah sekangkang beruk ja. kalau aku ngan mr shaifull sama2 kangkang, dah dpt cover dr porch sampailah ke belakang, tempat mr shaifull tanam serai.

bila dia lompat, boleh plak tgk muka aku, "my, andai" (mommy, pandai). kadang2 kalau penat tu, bengkek ja, tp bila dia tgh tdoq, kesian plak. bila aku click kat child development tracker kat bawah ni (aku click bukan nak naikkan nuffnang aku ye, click sampai mati pun x leh lawan kak red tp nak gain knowledge utk diri aku sendiri, sbb aku rasa perlu), dan2 tu rasa kesal plak, sbbnya utk skills (enjoy playground activities) aku penah bawak dia sekali ja pun, tu pun x sampai half an hour.

lps shopping barang umah kat jusco, aku bawak dia masuk kat playground kat jusco tu, apa tah nama tempat tu, dah tua, lupa lah.





dan bila aku ingat2 balik, aku x penah nak bawak dia main2 kat luar, asyiklah dlm umah memanjang, ok2 jgn nak membebel kat aku, sbb ahad adalah hari bz sedunia utk aku, ari sabtu lak, aku bz melawat shopping malls, walaupun x shopping. hiisshhh rasanya aku kena bykkan xtvt luar ngan rifqy, sian plak dia, walau mcm mana bz sekalipun, aku kena 'adakan' masa tu utk dia.

huhuuhuuuu...aku insaf (sambil pegang tasbih)

Wednesday, October 7, 2009

raya di kangaq (sbb nnt ada version raya di kch plak, kalau mata masih terbukaklah heheheh...)

mak ngan ayah dah sibuk2 nak prepare utk raya haji, maklumlah, kalau ada rezeki lebih nak buat korban, mak aku plak dah raya utk puasa 6 semalam (mak aku kurang sihat sepanjang raya, sbb tu lewat buat puasa 6, dan tu gak salah satu sbb aku balik lewat sket ke kl), tp aku baru nak letak n3 pasal raya ni hari ni. kira oklah kot kan, dr aku x letak langsung, pastu aku peram ja gambar2 raya tu kat dlm camera, lg bernanah blog ni kan. gilaa

actually, lepas seminggu bercuti raya kat kangaq ari tu, masih ramai kawan2 & sanak saudara yg aku x sempat nak jenguk, aku mintak maaf sesangat, sampaikan reunion utk high school (bagi aku feeling ala2 salji sket) pun aku x p, padahal dah lama aku mendamba-ayat mabuk lemang nak jumpa kawan2 lama tu, yg mmg betul2 dah lama x jumpa, agak2 dah 13 thn, lepas spm terus terpisah. tu dan2 kira ngan jari tgn, berapa umur aku la ni, x payah susah payah kira, i'm 30 years old, tp hati 15 years old :) wargahakhakahka sila jeles

last day barulah merasa nak bukak puasa ngan family, kakak aku saja ambik kesempatan buat doa selamat sempena dia masuk rumah, tp x jemput org lain pun, adik beradik dan jugak bapak sedara belah mak. buat kat umah pusaka arwah tok aku, malas nak berangkut pinggan mangkuk bagai p umah baru, sbb dia x fully move ke umah baru lg, utk hall, bilik tdoq dah ok, cuma dapuq blm siap lg. tu sbb buat kat umah pusaka tu, mmg kakak aku dok kat umah tu pun, kami membesar sama2lah kat umah tu dulu. kira mcm mengimbas kenangan waktu arwah ada dulu2lah. :(



bukak puasa pastu maghrib berjemaah, pastu baca yaasin baru makan betul2, tu sbb makanan mcm ala kad ja :) hehhehehe...

lepas dah kemas2 kat situ, balik konon nak tidokan anak aku, sekali dgn aku2 hanyut, melepas nak makan laksa yg mak aku buat ngan kakak aku semua. esoknya semua berkumpul balik kat umah pusaka tu lepas semayang raya, makan2, sembang2, pastu gerak ke umah abg aku plak, lepak kat situ mcmkan mak aku x dak umah sendiri, sampai siap baring2, ada yg tertdoq, last2 aku kejut ajak balik, sbbnya nnt org ingat kami dah pindah umah, sbb umah tertutup ja pun.



kalau dah nama lepas puasa tu, masing2 x nak kalah, semua pakat dok sumbatttttlah apa yg ada depan mata, pastu pakat marathon p melawat cik tan, nasib baik cik tan umah mak aku dah ada 2, kalau x merasalah p melepas hajat kat pokok pisang.



aku ngan anak2 buah aku, yg jubah hitam tu mak aku. masa semua tgh sibuk dok serbu biskut raya, tgk ayah aku relax ja kat belakang tengah layan bihun goreng ngan cili potong ngan abg ipaq aku. :)



org lain tgh sibuk makan, ha yg sorang ni, makanlah telefon tu no, x payah sibuk nak makan, nnt org lain semua tgh sibuk layan org, dia plak kalut nak makan, ni anak kakak aku yg sulung, kat u***. aku dulu x penah sibuk ngan telefon camni pun, aku mesti sibuk makannnn ja, tu pun semua x nak ambik pengajaran, kalau x, barulah hangpa dpt perut berlipat mcm makcik ni.





cuba bandingkan anak perempuan ngan anak lelaki, cuba tgk anak aku, baru nak injak ke tengahari, dah belengas camtu, x sampai petang lg tu, mmg x sampai petang pun, elok ja balik umah, tangkap mandikan dia, tukaq baju, terus bummmm. legaaaa, sapa yg ada anak lelaki pahamlah kot apa yg aku cuba nak sampaikan di sini. mana x belengas, cuba tgk ni.

*

*

*

*

*

*

*


org lain rehat2, duduk2, dia plak sibuk panjat sana lari sini lompat sana, manalah aku x jadi sepupu tarzan. patut pun aku tgk sampin dah x serupa org dah, org lain elok ja paras lutut, dia plak pakai sampin dah sama paras ngan tanah.



pastu ngada2 ngan ayah aku plak, kalau dgn kami x merasalah camtu, mmg aku lepuk ja lah.



3rd day raya tu barulah nak beransur p umah pakngah aku, wife dia baru meninggal last 3 months, mmg nampak ketara dia x ceria, alah yg aku cerita kat blog ni dulu, yg sgtlah loving couple tu, anak dia plak nak ajak kami mkn kat situ, dahlah dia nak masak sorang2, x sampai hatilah plak, semua pakat turun padanglah buat tu sket buat ni sket, dkt2 kul 3 gaklah baru dpt mkn, kami sampai pun dah lambat, kiranya aku sampai terusss ja sinsing lengan baju, mmg aku x sampai hati tgk dia sorang kat dapuq, org lain sibuk ngan balang kuih, pang sorang2 baru berakai. pastu siap komen plak tu, biskut tu sedap biskut ni sedap, mailah suap kat mulut aku sebijik ka apa ka, barulah, ni x, masing2 dok sumbat perut masing2 ja.



kalau dulu masa arwah ngah pompuan ada lg, kami sampai ja, semua dah siap terhidang, terus basuh tgn, duduk makannnn ja, tp raya kali ni dah lain, masa nak balik, barulah keluaq ayaq mata sorang2. mmg sedih bila tiang seri umah dah x dak..



tah apa yg kami gelak pun x taulah, yg baju pink tu lah anak sulung ngah aku, dia plak tu satu2nya anak pompuan. tu kiranya bukan lakonan tau, sampai2 ja yg aku ingat, aku terus potong bawang sbb nak buat kobis goreng, balik kali ni mmg aku jadi chef ja sepanjang masa, sbbnya mak aku kurang sihat, merasalah makan masakan versi ikut suka aku :) wargahkahakhakah dahlah kongkang bab masak, nasib baik masak yg simple2 ja, buatnya dia bawak keluaq kambing sekoq, suruh buat rendang tok, ha tu baru.

nasib baik mr shaifull bersimpati ngan aku, dpt gak dia ambik gambaq aku kat sini, dahlah gambaq raya sekeluarga tarak, dpt ambik gambar sendiri sekeping pun dah syukur rahmat.



aku sibuk kat dapuq yg ni plak sibuk panas, last2 ayah aku bawak dia minum susu lam keta, konon2 nak bg rasa a/cond kot2 dia nak tdoq, hmmpphhh sampai ke sudah, bullat ja bijik mata dia. mlm tu kami bbq plak kat umah kakak aku, korban ayam belaan dia sekoq, yg lg sekoq beli kat pasar ja pun, dah x kuasa nak berlari tgh2 mlm nak tangkat yg lain2 tu, dpt sekoq pun dah besar rahmat. mr shaifull tangkap ayam dr kul 11 mlm sampai ke pukul 4 pg, tangkap ayam setengah jam, yg lg berjam2 tu sembang ngan jarn. gasaklah sekali sekala jumpa kan.



happy camni nak tdoq? sorrylah.. :)