Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Tuesday, February 9, 2010

Mari Kelih Store 2010 Contest

sat ja dah masuk bln 2 kan, pejam celik lepas gong xi fa cai, dah nak masuk bln 3, bila dah bulan 3, kejap tu plak dah sampai birthday aku, means dah bln 4. errr jgn buat2 x baca plak ayat ni pada pihak2 yg berkenaan ok. (alamak, hadiah "dia" aku x bg lg)

masa zaman sekarang ni kan cepat berlalu, nak2 plak bloggers yg bz, kadang2 ada yg terlepas pandang persiapan utk raya. hehehe...awalnya aku cakap pasal raya kan? x pa, persiapan awal tu lg baik dr last minute barulah nak buat tu buat ni mcm aku.



so, sapa2 yg rasa malas nak jalan2 utk cari kain nak buat baju raya, apa kata jenguk ke blog zaila utk cari kain2 yg cantek2, bila dah dpt kain, nak plak cari tudung yg matching kan? x susah, kat blogshop zaila, semua ada, dr kain, tudung, brooch, err mcm2 lg lah, baik p klik sendiri, lg puas hati kan??? :)

utk sapa2 yg tinggal berdekatan ngan subang parade, blhlah pegi bershopping secara live kat subang parade shopping complex (in front of celebrity fitness), pada 6, 7, 27 & 28 Februari & Mac 2010, dr jam 11 pg - 9 mlm. ha shopping sampai muntah, blh pilih dpn mata, lg clearkan.





haaa kalau x clear gak lg, blhlah terus ke blog zaila ok. kalau x clear gak lg, x taulah aku nak cakap apa lg, mungkin kalau kena penampaq sedas boleh clear kot??? hehehe lawak ja...

so apa tunggu lg, nnt org lain kebas...

Tuesday, December 22, 2009

weekend yg sgt meletihkan

mmg letih gila!

ari jumaat, dr pg dah merantau p midvalley, beli barang2 keperluan nak balik kg. mr shaifull kata, tiap kali balik kg dia, mesti nak belanja byk sbb aku nak beli brg baru, tp balik kg aku, boleh pulak ulang2 pakai baju yg sama.

ahhh kt kg aku, x kisah pakai seluaq pendek cabuk pun, kat kg dia mana boleh buat camtu, satgi x-gf dia nampak aku pakai yg bukan2, takut dia ingat mr shaifull kawen ngan siti anak ponti plak, ha aku gak yg dpt nama. mana bulehkan??? x kira, nak beli baju baru gak.

sudahnya separuh beg isi ngan baju aku ja.

lip lap lip lap ja lampu kat midvalley, meriah sungguh.





gambaq wajib kami! :)

tp aku x paham ngan gambaq ni, mr shaifull nak ambik gambaq aku ataupun dia ada motif lain???



dah siap beli semua2, nak balik mesti makan benda ni :)



rifqy pun pulun gak, punyalah takut aku makan sorang.

sabtu plak lepas dah siap dobi mendobi, p jusco plak, dah dpt beg rifqy beg lama dah koyak, p sogo plak, bukan main lg nak p sogo, mcm ari isnin plak, punyalah ramai umat di jalanan. ishh x balik kg ka???

aku ngan rifqy tunggu kat sogo, mr shaifull p sorang ke jalan tar, cari barang utk bawak balik lg, tu pun x abis2 lg ni. fuhh nampak gaya nak kena usung lg 1 beglah, menjadikan semua sekali 4 beg, haa??? 4 beg??? sapa nak heret tu???

balik umah dah dkt kul 9 mlm, gila betoi, 2 hari berturut2 keluaq dr matahari sampai ke bulan.

hasilnya lps maghrib kelmarin, kami p klinik, rifqy demam, mr shaifull pun bawak keluaq ayaq dia plak, "lepas ni x boleh dah nak jalan2 lama2 sgt, sian eqy".

rifqy, cepat2 sembuh tau, nnt nak teman mommy jalan2 lg.

Sunday, December 13, 2009

ELLE

aku berkenan ngan 1 kasut ni, agak2 yg mana suit me most?



yg mcm ni ke, yg ada tali lg cantek? :)

Friday, December 11, 2009

i'm addicted to dior addict!

bismillah..nak buat n3 ni kena bismillah dulu, bukannya apa, aku takut mr shaifull pengsan kat ofis plak. so, bila dia dah bismillah siap2 tu, dia boleh pengsan ngan senyum, pengsan dlm imannnn. :) hehehe

td temankan wani p sogo, p kat MAC, shopping sakan minah tu, aku yg hasut, sampaikan SA tu boleh kata aku 'hantu'. masa kat MAC tu bukan main beriman lg muka aku, dgn niat, sahaja aku temankan wani p shopping dan aku akan balik dgn makanan utk lunch.

pastu budak tu dah p bayaq, aku plak ajak dia p 'survey' lipstick, sbb lipstick benefit aku dah nak sampai ke hujung tanduk dah. so mmg nak kena beli pun kan, habih tu x kan aku nak p ofis ngan pucat lesi x sapu apa2 kot? tp masa tu nak 'survey' ja pun.



bila dah sampai kat kaunter tu, teringin plak aku nak try, aku mintak dia cari kaler pink2, aku nak 'survey' dulu. pastu dia ambik 2 3 kaler, dia suruh aku try. masa ni niat dah terpesong sket. sekali bila dah try, heheheh terpesong teruslah mr shaifull, apa nak buat, dah selamat berada dlm henbeg dah pun lipstick tu :)

tp aku bengang gila ngan sorang minah SA ni, maybe dia ingat aku saja2 duduk try2 lipstick yg ada kat situ kot, ceh aku x ingin nak duduk kat situ kalau aku x nak beli, bukannya aku bangang sgt, dgn muka poyonya, dia tanya kat SA2 lain, aku ni customer sapa.

pastu aku sound lah jugak budak SA yg p ambik lipstick utk aku tu,

"colleague u ingat i saja try2 lipstick kat sini ke?"

cepat2 dia jawab,

"x lah".

kalau dia buat poyo lg, mmg nak kena maki ngan aku lah tadi. lgpun dah lama aku simpan bakat terpendam tu. kalau aku bawak keluaq tadi, mmg menjejeh hingus budak pompuan tu kena ngan aku.

p/s utk-pompuan-sales-girl-kat-dior-sogo-yg-perasan-vogue : jgn pandang org x dak mata ok, nnt aku cungkil bijik mata tu, mmg betul2 x dak mata nnt!!!


p/s : utk klinda, dont worry, ct x lupa, nnt ct bgtau k! :) hehehe...


p/s : utk wani lak, thanks tlg ambik gambar akak tadi! nnt shopping sama2 lg ok.

shopping di jusco, mmg berbaloi!


kalau tanya aku, kat mana aku shopping stok barang umah, mmg jusco, sejak dr mula kawen, sampailah la ni, mmg x dak tempat lain aku nak tuju kalau utk stok barang umah, mmg kat situ, situ gaklah :)

bg aku mmg berbaloi gila, contohnya utk diapers rifqy, kalau kat tempat lain, kadang2RM40 (lebih kurang) utk mamy poko pants (L) 24 keping, tp kat situ aku blh dpt RM35.90 utk super savers, dan kadang2 diaorg bg diskaun lg utk jcard member, dptlah RM32/RM33 camtu. mmg worth it lah.

mcm dynamo, nappikleen pun sama gak. mcm hari tu, milo 1kg RM16 kot x salah kat ****, tp kat jusco RM26 utk 2kg. mmg haruslah ambik terus kan kalau time2 camtu. nak tunggu apa lg, bukannya blh buat sendiri pun milo tu.

wet tissue anakku, RM10/RM11 je utk pek kembar yg besaq tu.

apa lg kawan2, jomlah daftar utk jadi j card member, byk keuntungan, boleh redeem voucher, blh collect points, blh enjoy shopping masa j card day, dgn hanya RM12 yuran ahli, bg aku, menang membeli menang memakailah :)

kawan2 suka shopping stok barang umah kat mana?

muka sengsara/happy? time kena bayaq. err abang, yg dlm trolley tu jgn lupa hehehehe...

Wednesday, December 9, 2009

aloi aloi heheheh...

rifqy x blh nak sebut ngan fasih lg berbaloi2, so dia just ambik yg belakang ja, aloi2, kira oklah tu dr x leh sebut apa2 langsungkan? :)

bukan nak cerita pasal celcom blue tu, tp nak cerita pasal jusco voucher, kami decide x nak redeem barang, just ambik voucher jusco, so blh tambah duit barang dapuq, brg yg dpt pun aloi aloi lah kan.

mula2 aku nak redeem half2, voucher jusco sket, padini voucher sket, tp kalau nak padini voucher tu kena tunggu 3 bln, cehhh baik x payah, buatnya umuq pendek, harus x merasa aku nak shopping ngan voucher tu :)



nilah hasil 'titik peluh' kami, yg kami belanjakan kat jusco selama ni, tp aku x redeem semua, simpan utk hari tua sket :)

Thursday, November 5, 2009

xtvt bersama keluarga

heheh...bz dgn keja ofis (mcmlahhhh), bz dgn keja umah, tp xtvt dgn keluarga mesti diutamakan tau, tambah2 lg, 31 okt ari tu, HARI KANAK-KANAK. so nak gembirakan hati kanak2, kenalah berjalan2 ye. ;p



mana yg lebih happy, kanak2 itukah, mommy itukah?

keluar jalan2, mana boleh masak kat umah kan, membazir masa, so lunch saja di sini, duit pun lbh berkat sbb belanja ahli keluarga :) heheheh..



teruskan misi, sian aku, org lain dah ada 30 handbag dlm 1 masa, tp aku plak, 1 hbag pakai sampai reput, boleh camtu??? adik aku kata, mak lg byk handbag dr aku, waaa...mrs shaifull, sila ukur baju di badan sendiri (ha lah ha lah, bila masa plak aku ukur baju aku kat badan syani?) oppss ampunkan saya, syani yg comel. err kat blog aku hangpa x akan jumpa segala LV, PRADA, GUCCI, BALLY ye puan2 :) aku punya level takat2 yg bawah2 sajork. so sila berpuas hati dgn apa yg ada.





teman setia aku, yg kat atas ni x berapa nak setia, kalau ada kt kl, setia, kalau kat perlis, nk setia mcm mana kan?



sila abaikan keghairahan nafsu aku mengedit gambar ye.



mr & mrs shaifull sibuk cari cd utk exercise kononnnn. kat umah tu, paula abdul asyikkkk la dok menari sorang2, punya tamak, nak p cari lg yg lain, tp x jadi beli pun, sbb aku rasa aku lbh berminat ngan cd yg ada kat semua house ari tu, senang sket step dia, "step by step ohhh baby gonna get to u girl" ewahhhh.

bila dah penat tawaf sana sini, baliklahhh, tu pun adik asyik dok komplen kaki dia sakit, mcmlah dia pakai high heel kan?

part yg last ni kenalah letak muka org yg paling penyabar kan? tabah ja tunggu mommy & ayah. :)

Monday, August 3, 2009

selamat hari raya!

:) ekekekek suspen x suspen x???

org lain kan aku rasa, 3 bulan lepas dah sibuk ngan baju raya, x kiralah, baju raya sendiri ke, baru raya laki ke, baju raya anak2 ke, semua dah sibuk prepare, sbb x nak terkejaq2 kan, kira cam hari raya tu adalah dateline la, so better siapkan awal, kalau x, HA CAM AKU NI LAH JADINYA...

CPM dah siap ada pre raya punya shopping utk anak dia, aku lak masih terhegeh2, percaya x aku baru beli sepasang je kain utk buat baju raya, dan kain tu still kat umah lg, x antar tailor pun, aku rasa cam dah hilang mood nak raya, x tau pasal apa. maybe sbb aku x buat early preparation kot?

eee camna ni, baju anak x beli lg, baju bapak x pe, kalau x sempat beli, pakailah yg dulu punya, baju mommy, waaaa nak jugakkkk...

Friday, July 31, 2009

kamdar, memang berbaloi...

dah selamat balik pun, x dak apa yg menarik sgtlah. aku cuma beli 2 pasang kain utk buat baju belasahan ke ofis.







murah sajo, 1 cotton, lg 1 tu x sempat plak aku nak tgk apa ntah jenis kain dia. alah janji boleh belasah p ofis kan, dah 4 5 purnama dah aku x buat baju. aku rasa dah boleh kot aku buat kan, asyik2 beli barang rifqy ja (jeles), nak jugak beli barang utk aku sendiri. hehehe...

Thursday, July 30, 2009

blog jualan saya :) UPDATED

kawan2, aku dah update blog itu, sila ke blog aku ni untuk tengok kalau2 ada yg berkenan di hati, mostly size S/M.

actually ada byk lg, tp x sempat nak snap semalam, ngantok+letih+malas. so tunggu next week, mesti lg byk. tunggu tau.




next week insya-allah, kalau x dilanda sindrom malas, aku akan bukak lg 1 blog utk jualan barang2 yg aku dah x blh pakai lg. actually blog dah ada, tp belum berupdate, ya lah aku x sempat nak buat clearance dr almari aku lg pun. err ada yg dah pakai, ada yg belum, tp yg pastinya, x muat dgn aku, tu sbb aku nak let go, simpan pun buat penuh almari, penuh kotak ja dlm umah tu.

so kalau ada sapa2 berminat, tunggu tau. ala barang2 yg x branded pun, kalau hang nak carik branded items, bukan kat blog ni ok, aku ni takat2 cikai sajorkk, yg branded2 tu lum mampu lg, errr bukan lum mampu, x mampu, senang cita kan :) heheheh...

tp kebanyakan barang yg aku nak let go tu rasanya size S, maklumlah dulu2 size XS/S, la ni ja yg dah maju melangkah setapak lg, kena size M. adoiyaiii x pa, aku nak turunkan sket dr 52kg ni ke 48, berat asal sblm gave birth to rifqy, kalau nak kira berat masa kawen, baru 46kg saja, ish ish ish, apa yg aku telan sampai boleh jadi 52kg ni ha????

oklah, tunggu next week ye kawan2, aku jual murah ja pun, asalkan aku dpt clearkan aku punya almari dan stor. lepas ni boleh susun barang elok2 dan senonoh sket.

Thursday, July 9, 2009

eee hanginnya aku...

ya aku tengah hangin, atas dan bawah, ya lah, what do u think, manusia mesti kentut kan, kalau x kentut, bukan manusia namanya tu :) hehehhee...

hari ni, dgn rasa berhemah dan bersopan santun, aku menghayun langkah ala2 moonwalk catwalk aku ke sogo, ya lah, dan janji ngan mr shaifull, nak beli barang utk anak buah aku, sambil berjalan aku dah niat, sahaja aku p sogo nak beli barang utk along, bukan utk aku.

dan sebelum aku p tu pun, aku dah setkan diri aku, bwk duit mmg cun2 utk beli barang tu dan jugak utk makan, selebihnya aku simpan ja kat dlm purse, purse plak aku tinggai ja kat locker aku, locker plak aku dah kunci, kunci dia plak aku dah buang jauh2 dr ingatan aku. ya lah, org tengah berhemah kan, nak savekan duit. sampai ja kat sogo, terus p tempat tujuan, beli dan terus belah.

mr shaifull tanya nak makan kat mana, mcm2 tempat dia suggest kat aku, last2 dia sendiri buat keputusan, kalau nak jalan ke sana sini, dah pukul 1, kul 2 dia ada keja plak, argghhh susah2 sgt, makan kat dlm ni ja lah. aku pun apa lg, sesi mengepow suami, kan aku dah pesan ari tu, dlm sehari, sekali kita kena pow suami, kalau dak, x sah. :)

aku ajak dia pekena nando's, senang. lepas ja makan, dia dah nak balik, aku plak, kebetulan bos cuti kan, gatailah p***k aku nak jalan2 dulu tgk barang. aku pun pusing2lah kat atas tu, tempat baju, mr shaifull dah balik dulu. tgh aku syok2 punggah barang kat centre atrium sogo tu, hp aku bunyi. ish sapa plak dah ni, mak, ayah, atau laki aku???

oh mr shaifull rupanya.

me : hello

mr s : sayang, awak kat mana?

me : kat tempat tadilah, saja tgk2 barang

mr s : awak nak beli baju ke?

me : mm saja je tgk

mr s : kalau awak nak beli, belilah, guna duit awak dulu, balik nnt claim ngan abg

i was like, what ruginya aku???? waaa sedihnya

me : x pe lah, i x bawak duit pun, semua i tinggal kat purse

mr s : hehehhe..nasiblah, oklah bye

me : bye

tgk, bila aku nak berhemah dan bersopan santun dlm bab2 shopping ni, ada plak org "suruh" beli, bila aku x nak disuruh, bila aku nak, x dak sapa nak sponsor, ish lebai malang betoilah nasib ni. x pa, mega sale kan lama lagi, err offer tadi bukak sampai bila bang??? i'm ready, anytime, anywhere, anyhow.. :) heheheheh...

Friday, July 3, 2009

aku pening kepala kan, so ni ubatnya...



hehehehe...aku dah buang luang masa kat sini tadi, sambil menghilangkan penat lelah seharian bekerja, dan menghilangkan pening kepala naik lif ke tingkat 22 dr tingkat 5 berulang2 kali, sampai lif tu pun naik lebam aku kerjakan button dia.

niat di hati hanyalah mencari ketenangan (tenanglah sgt), p dgn hanya membawa beg kecik utk mengisi hp, duit sket, dan jugak sekeping kad kredit kad atm. jadi bila aku buat camtu, dgn rasa bangganya, aku dah set dlm palaotak aku sendiri, aku x akan beli apa2 dlm masa kegawatan ekonomi aku sendiri.

aku pun jalanlah, dgn relax dan coolnya sbb perut dah terisi dgn nasi. sampai ja kat jakel, masya-allah, punyalah ramai umat, aku boring kat bwh, terus tuju ke tingkat atas dan telah difollow oleh sa jakel. hallamak, habihlah aku, tp dlm hati aku, alah hang x boleh "apa2kan" aku sbb aku x bawak duit.

bila dah sampai kat atas, saja belek2 sana belek2 sini, bila dia suruh aku amik 1 kain tu, motif rama2, cantek siot, tp bila pk, setakat pakai sebulan 2, nak buat apa, nnt dah x in corak tu, x bestlah, tp rasa cam nak p beli gak nnt2. sbb suka sgt ngan butterfly yg megah itu :) aku kata ngan dia, x pe lah kak, saya x bwk duit ni, bawak atm kad je (sila jentik mulut yg gatal).

boleh guna kat sini, ambiklah 1, friday special. haaa??? boleh guna lah plak bendalah tu, adoi la, habihlah aku satgi, last2 dgn x rasa berdosa dan bersalahnya, aku ambik chiffon, nasib menyebelahi aku sbb free lining. hehehehee....syok syok (mr shaifull, sila jgn pitam)

bila dah beli kain kat jakel, kenalah merantau memantau ke ariani pulak kan, barulah lengkap hidup aku ni. bila dah masuk ja dlm ariani tu, hadoihhh 50%, 15%, 20%. kalau hangpa nak buat apa, mestilah ambik jugak kan. mmm mmg aku ambik pun, tp bukan utk padankan dgn baju ke ofis baju raya yg aku beli tadi tu, tp utk baju lain. legaaaa

dah2, aku nak solat sunat taubuat taubat ni sambil istighfar byk2, bukannya apa, satgi x pasal2 kena zikir kat telinga plak ngan mr shaifull. camera x bawak, dia sedang berehat2 di umah, jadi x dak gambaq. i'm sorry.

Wednesday, July 1, 2009

i need a new handbag!!!

pada sapa2 yg rasa dia dah basahkan henbeg guess aku pagi2 buta tadi, sila cabut bulu hidung sekarang gak.

dahlah bgn pagi tadi agak lewat sket, nak iron baju lg, nak siapkan diri sendiri lg, nak buat tu buat ni dahhhhh 6 lebih. pastu sempat minum nescafe 3 in 1 pun sket ja, sbb mr shaifull baru buat, panassss, x leh minum byk2, satgi melecuq lidah aku, x leh pot pet pot pet.

ari ni mr shaifull ambik henbeg aku, letak dlm keta, tenkiu tenkiu. sbbnya x payah aku susah payah bawak henbeg, dukung anak, pegang botol susu, kadang2 bantal busuk sekali kena pegang, byk tu.

bila mr shaifull drop aku kat depan kedai karpet tu tadi (nasib baik mamat yg jual karpet tu x mai lg, kalau x dah lama aku suruh mr shaifull tumbuk muka dia, asyik2 tiap2 petang bila aku tunggu mr shaifull kat situ, dia lambai aku 23 kali suruh p beli karpet kat dia, apa hang ingat aku x dak keja lain ka tiap2 hari nak beli karpet ja, kalau boleh makan tu lainlah cerita), aku pun pusing la nak ambik henbeg kat belakang, sambil tu mintak duit nak bfast kat mr shaifull. (x kira pagi atau petang dlm sehari kita wajib mengepau suami)

lepas dah salam2, cium2 :) wargahakhakhakahk sekali kau, aku tgk henbeg aku dah bertukar kaler, dr krim cerah ke krim gelap, ada 2 kaler lak tu, sket cerah sket gelap, haaa???? x kan henbeg aku kena sopak plak. aku pegang ja basahhhhhh, waaaa dah la aku ni pompuan berhemah yg dah insaf x beli 2 3 henbeg dlm 1 masa. tension wooooo

dan x pasal2 aku kena turut serta dgn penyopping2 tegar tengahari ni, nak survey henbeg baru yg harganya murah tp menarik, aku nak intai ELLE sbb ari tu aku tgk kat sogo mcm best ja. lunch nnt aku nak p lah.

SILA BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS PERBUATAN ANDA!!!

Tuesday, June 2, 2009

sogo

sogo ada sales lg lah, sat2 aku tlh menggagahkan diri p sana, dan dlm masa x sampai half an hour aku dah jalan p dan jalan balik, siap tapau nasi lg.

tension beb, mana x tension, aku dah pasang niat awai2 lg, sahaja aku p sogo nak cari t-shirt, kalau ada t-shirt polo lg afdal. sekali hang, aku dah sampai sana, tgk2pucuk dicita, ulam yg dtg, mmg polo punya t-shirt menguasai carta kat g level tu, aku bagai nak gila, selak 1 persatu, dan semua color adalah cantek di mata seorang yg tgh angau ngan t-shirt polo ni.




gambar adalah hiasan dan dicilok dr sini

sapa x gila kalau benda yg diangan sekali terhidang kat depan mata kan, dengan rakusnya aku pun jalan ke atm, chewah, terus tuju ke cimb, dr jauh aku nampak mcm ada 2 machine, tu dr jauhlah, sekali bila dah sampai dekat, hampeh, yg 1 tu kosong je, yg lg 1, out of service. sila ambil maklum, aku x bawak purse dan sogo card, aku hanya bawak hp punya pouch kecik, ngan duit poket sahaja, dan jugak atm card aku sumbat sekali dlm tu. kalau x mmg nahaslah duit sapa yg "menumpang" dlm purse aku tu.

x pa, aku x kisah, aku jalan dengan laju p ke maybank punya atm plak, walaupun q punyalah panjang, aku tabah, eleh, hang mmglah tabah ct dlm bab2 tu, cuba bab2 lain, dan2 tu letih. bila sampai turn aku, dah terbayang2 aku melenggang bawak balik plastik sogo satgi, petang ni boleh menunjuk kat mr shaifull, aku dah dpt t-shirt polo tu.

tu lah kan, niat tu dah terpesong, bila allah x izin, mmg x dpt, kuang asam punya atm, dia x boleh pulak cimb card, dia nak sakit otak pun masa2 ni gaklah, mmg masa tu aku sumpah seranah segala dlm hati ni, kalau aku keluaqkan, dah tentu2 semua yg ada kat sogo tu terus insaf, lari balik umah. mana x sakit hati, dah aku p dgn pasang niat segala, sekali hang buat leceh pulak kat aku.

x pa, esok aku p lg sekali, sampai dpt akan aku usahakan, biaqlah org nak kata apa pun, janji aku suka ngan t-shirt polo itu, murah o, ha dah dah, jgn nak gelak kat aku lak, tampaq laju2 baru tau. esok aku p lg sekali, sampai dpt.

p/s - ingatan utk diri sendiri: beb esok jgn lupa bawak sogo card!!!

Tuesday, May 19, 2009

to diana (jelitezz), saya dah dpt barang saya

setelah bersusah payah, ecececeh, dpt gak barang yg aku beli secara online dr diana. benda ni sebenarnya x payah pun, tp oleh sbb diana tersalah type my home address, so posmen pun x dpt cari rumahnya, diaorang simpan brg tu kat pej pos rawang.

dan last saturday, mr shaifull ajak aku pegi ambik kat sana, rupa2nya diaorang dah pass benda tu kat pej pos rawang batu 20, terpaksalah pegi ke sana pulak, ish mcm2 rintangan betullah. :)

dan akhirnya benda tu dah selamat sampai di tangan aku.

inilah barangnya...




pic credit to mr shaifull :) hehehehee...

Thursday, April 23, 2009

next station, KLCC!!!





hehehehe... aku nak p klcc, nnt balik aku update lg blog ni, kita tgk apa jadi kat klcc nnt ok?

baiiiiiiiiiiiiii!!!!!


berita terkini


aku dah balik dr klcc. apa yg aku dpt/beli????

pakej = penat, lelah, letih, dahaga, brg2 kat stila yg tinggal hanyalah yg biasa2 saja, ya lah, dah minggu ke 3 rupanya lepas dia buat stock clearance tu, sedih o. awatlah aku tau di minggu ke3 dan hari2 terakhir, bencilah. pastu lip gloss dan lipstick yg tinggal hanyalah kaler2 yg MENAKUTKAN dan sama sekali tidak sesuai dipakai oleh org yg bersopan santun cam aku ni.

beli = aku hanya beli 1/4 chicken ngan rice dr nandos...





pic fr here


dan nasi tu sekarang ada di sebelah ni ha, x tau nak makan bila, tp rasa lapar gila ni. hadoi la... ponekkk den!!! haruskah aku makan nasi ni sekarang??? haruskah???

Monday, March 23, 2009

jalan2 kat ikea

weekend adalah hari utk bawak anak bini berjalan2. hehehehehe fatwa tu bukanlah dikeluarkan oleh mana2 majlis agama, ulama, hatta mr shaifull sekalipun. tp rules tu aku yg create sendiri, dgn alasan "kesian rifqy abang, dahlah seminggu asyikkkkk kat rumah orang je, ari sabtu kita kena bawak dia jalan2 (read : ari sabtu kenalah pegi jalan2, bosanlah asyik kat rumah jer, x kanlah asyik nak hadap keja rumah jer, apa salahnya pegi jalan2, release tension, ari ahad nnt i buatlah keja umah), barulah anak kita x rasa boring".

panjang x niat aku sebenarnya. dan sebagai suami mithali, selalunya mr shaifull ikut jer lah, lgpun best gak bawak anak jalan2 sana sini kan, tgk gelagat dia.

dan hari tu, kami ke ikea, saja nak jalan2, dan dgn niat saja nak jalan2 tu, merelaih gak duit kami sorang sket.

sampai ja kat ikea, perut mendidih gila, apa lg, soru dulu lah. kat sri penang cafe. dinosaur ice milo dia best, tp x dan nak ambik gambaq pun, maklumlah, bz sgt, bz makan lah apa lg. rifqy pulak makan fish n chips, kids menu, anak makan sket ja, yg selebihnya aku ngan mr shaifull lah kena bertanggungjawab.

aku order assam laksa, shaifull lak mee suah. sambil tunggu makanan, aku sempat snap 2 3 keping gambaq my 2 heroes tu.





aku x paham pasai pa nak kena senget camtu bila ambik gambaq









bila dgn mommy barulah nak behave sket





tgh sibuk mengelap, mengemas, mengalih, menolak meja!!!






burrrppppp!!! dah kenyang, jom jalan.





mirror!!!


dan inilah hasil dr lawatan ke ikea.





dan ini







sekian!