Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

Kung Fu Panda @ TGV

rugi sapa yg x tgk cita ni, aku ngn mr shaifull over tau, gelak sampai x bunyi apa2. ambik couple seat, mmg selesa la, aku duduk sorang2 ja utk couple seat tu, sbb couple yg sebelah lg dah ngantok kot, sbb show 10pm, so couple seat yg sebelah tu kosong, so anak & laki, sila ke seat sebelah, mommy nk duduk sorang2 kt sini :) haloba

ni kira upah la utk anak & laki aku sbb temankan aku p office seawal 9 am pada hari sabtu. punya la bz hari sabtu tu, sampaikan terpaksa cont hari ahad plak keluaq shopping monthly groceries, selalunya monthly groceries aku beli ari sabtu, sbb ahad waktu utk buat keja umah, rehat2 ambik mood utk monday blues, tp dah mcm2 sgt ari sabtu tu, terpaksa la melajak sampai ke ahad.

lepas ja settle keja kat office sket (we are moving to the new building on 18th of june), zasss ke the mall lg, ada warehouse sale kt parkson the mall, konon2 nk shopping sket2 ja, hahh sket x sket, ada la jugak cara2 X MAMPU tu :) hahahaha bila dah dkt 4 jam dlm tu, barulah rasa insaf, ke jusco kepong kita, jom tgk kungfu panda.



tgh queue nk bergambaq ngn panda, rifqy gerun ngn panda yg besaq tu, so aku la kena temankan, berpeluk2an ngn panda tu. :) errr ke dia yg peluk aku???? over tau panda ni



panda yg happy!



:)

Sunday, April 17, 2011

RIO @ TGV

lepas dah settle shopping monthly groceries, layan RIO plak, sbb budak kecik tu sebokkk nk tgk.







hehehe tu saja, malas nak cerita lebih2 :)

Thursday, August 19, 2010

tiketnya dah ada...

tunggu masa je lah lagi, padahal puasa baru masuk hari ke 9, tp dah thn ni turn raya kat kuching, so kena prepare awal2 la. MAS x buat hal, tp travel agency plak yg byk songeh, merasalah aku balik kl ari ahad, isninnya dah keja, tu pun kalau ada kudrat, dahlah ngan condition badan aku la ni, bukannya boleh berlasak2 sgt.

aku boleh nak push diri aku, aku boleh tipu diri aku kata aku x sakit, tp satgi bila dah abih buat keja hang tgk, aku punya merana nak tahan sakit tu sampaikan kalau rifqy mintak susu pun aku boleh jawab malas kat dia hehehehe...nasib baik anak ngan bapak dah memahami, walaupun anak aku baru nak masuk 3 thn, tp dia punya understanding tu mengalahkan mr shaifull kadang2.

maklumlah, anak mommy.

bila tiket dah ada ni, barulah aku confident sket nak buat list barang2 yg nak bawak, ya lah, kalau utk aku sorang, bolehlah packing last minute tp mmg dah jadi aku punya rutin, kalau nak bergerak ke mana2 pun, walaupun masa bujang2an dulu pun, mesti aku nak buat list, make sure betoi2 aku x tinggai apa2 pun.

dan manusia yg paling senang dlm dunia fana ni, mr shaifull ngan rifqylah, bila dah sampai ke mana2 destinasi pun, yg depa tau semua benda dah ada, boleh guna ja, dr sekecik2 benda sampai sebesaq2 benda, azabnya aku yg tanggung lebih. manalah aku x tua sebelum usia, tp bila aku ngan mak ayah ja, mr shaifull ngan rifqy x dak di sebelah, merasalah org ingat aku dok study lg :) wargahkahkahka (ayat perasan nak mati tu)

alah sekali sekala nak happykan diri, apa salahnya, abang, sila jgn dengki :)

dah aku nak relax jap, bontot dah kebas fuhhh

Wednesday, August 18, 2010

aku rasa cam nak nyanyi lagu kru

ku di dalam dilemaaaaa huhuhuhuuu..

ish mmg betoi2 memeningkan, susah lah kalau ngan staff sendiri pun nak birokrasi. hmm i'm talking eh salah i'm typing bout my unpaid leave. ada ka kalau family members yg sakit, aku boleh dpt separuh gaji, tp kalau aku sendiri yg sakit, x layak dpt. ok no hal, aku pilih utk appy cuti yg x dak gaji plak.

sekali depa bgtau, just try, x sure lg boleh approve ke x? wtf, sorry mencarut pagi2 rabu di bulan puasa yg mulia. apakahhhh??? mmg aku x paham, sungguh2 x paham. mmg birokrasi betoilah, leceh sungguh.

dahlah aku mmg x dak mood langsung nak masuk office la ni, ikut sempat ja, tudung purple, ada 2 3 titik kaler purple kat baju, jalannnnn, ni lah perumpamaannya, pastu kalau setakat tudung senget sket2 tu, x kuasa dah aku nak hangin, kalau dulu tudung senget tu blh bawak pergaduhan yg besaq gaklah, antara aku ngan tudung tu, x melibatkan pihak ke3 pun, tp la ni, aku x kuasa hokey.

makan plak, setakat sket2 ja aku blh masuk, even mak aku yg masak sekalipun, tp still x ubah selera aku, x taulah sapa yg dah kunci nafsu makan aku ni, ataupun nafsu ni terkunci sendiri kot agak2 nak masuk bulan puasa ni. yg lg aku x paham, ari tu aku punya weight dah turun 3kg, tp pipi ngan perut still berlipat, siap ada package double chin lg tu, hang x emo?

gambaq terbaru plak, jgn haraplah, aku usungggg ja camera tu ke sana ke sini tp sekeping gambaq pun aku x snap. mcm2 benda gaklah yg jadi dkt2 nak masuk ramadhan ari tu, bukan la tragis sgt, cuma mak ayah aku berulang alik kangaq kl mcm kuala perlis p arau ja lah, ayah ngan adik pun aku tgk dah mcm driver bas transnasional, dah asyik dok ulang alik mai kat aku.

yg bestnya tu, siap buat surprise lg, adik aku call kata nak mai umah, tp dia call mr shaifull, yg hamba allah tu pun tanyalah, bila nak mai, sekali adik aku kata, bukaklah gate, kami dah ada kat depan, kui 12 mlm tu, mau x terkejut, si rifqy apa lg, happy sakan.

tu la ayah aku, walaupun aku dah kawen, dah ada anak, tp dia tetap layan aku mcm anak pompuan yg kecik lg, kadang2 rasa berdosa plak bila ayah layan aku camtu. dia x senang hati bila dia call aku tghari tu, aku x makan apa2 pun lg, mmg aku x larat gila, rasa mcm dah nak berlepas ke alam yg lg satu ja, padahal aku x dak niat apa2 pun, aku kan lurus (jeling kat mr shaifull).

sekali lepas balik semayang jumaat, dia bgtau kat mak, dia nak mai kl, kelam kabut la org tua tu, main sumbat ja lah baju yg ada.

selagi ayah ada, selagi tu lah aku rasa kuat, walaupun kadang2 ada kerapuhan gak, but if something happen, only god knows...

p/s n3 ni khas utk kawan2 yg tertanya2 apa cerita aku la ni, it has been 2 weeks since i wrote the last n3, so utk kawan2 tu, ni lah pot pet aku yg terbaru, kalau aku larat lg, aku type lg ok, kalau x, hangpa khatam ja lah n3 yg lama2 tu, best gak apa :)

Monday, May 31, 2010

shrek...happily ever after, besttt! :)

bila baca komen kawan2 kat n3 sblm ni, rasa terguris hati dan perasaan :( (lap ayaq mata ngan hujung lengan baju kurung, klasik gila kan) ada yg kata sblm kawen, ada yg kata tgk gambaq2 lama (lap lg ayaq mata), padahal, sob sob sobbbbbb (tarik panjang2) baru bln 12 ari tu, x lama sgt bg aku, baru 5 bln yg lepas (lap ayaq mata ngan hujung baju lak sbb makin byk)

hehehe..tipu ja, x daklah aku terguris, cuma terasa sedihhh, patutlah fisioterapis tu selalu teguq aku, badan makin naik, dia suruh turunkan, tp yg aku paham, dia suruh mkn byk2 (tampaq diri sendiri laju2), hishhh, dan2 tu aku nak salahkan ubat, sbb mkn ubat byk2 start bln 1 ari tu, berat pun bertambah 1 bijik pil = 1kg btambah berat badan, just imagine, dah berapa puluh biji pil aku telan, tu jadi camni (ok, tu exaggerate)

hmmm x pa lah, aku buatlah apa yg termampu nnt, tp yg pasti mmg kena turunkan, sbb smlm nurul (bf aku dr start keja) singgah bermalam kat umah, dia punya terkejut tgk badan aku mcmkan aku ni dah jadi besaq peti ais, so aku kena berpada2lah, takut nnt ukur baju di badan peti ais, oh tidakkkk!

ari jumaat, ujan, tdoq lena 3 beranak mcm x dak hutang sekupang pun, punyalah sorga, lepas asaq, teruih p layan mamak 3 beranak. esoknya baru bermula perjalanan, tp gambaq still x ambik. sedihhh

lepas jalan di MV tanpa arah tujuan, keluaq dr situ dah pukul 6, p jusco kepong, check tiket shrek ada lg x, lor, ambik syarat ja q kat situ, x dak org pun, eh salah, ada la budak yg juai tiket tu, dia pun org kan? dpt tiket 7.45, masa tu awal lg, dan pekena kenny rogers, dah settle semua, baru masuk panggung, layan shrek.



masuk awal gila, org ke2, dah si mamat kecik tu buat jakun plak, dgn gelapnya, skrin pun x bukak lg, last2 mr shaifull dukung, elok ja dia melekap ngan mr shaifull mcm koala bear sampaila lampu dah bukak, skrin dah on, barulah ok, pastu baru layan shrek happily ever (fiona) after (shrek) :) heheheh

oleh kerana percubaan pertama dah success, so akan ada la movie ke 2 ke 3 dan seterusnya lepas ni, x payah nak berpantang berpuasa lg la dr tgk wayang, dah lama gila x buat xtvt tgk wayang ni tau errr tipu ari tu kami cuti dua2 org p layan alice kat berjaya times square, rifqy tinggal kat umah wan :) maklumlah xdak maid, mak ayah pun jauh di mata dekat di hati, so nak x nak layan dvd kat umah ja lah..

so lepas ni rifqy, kita tgk toy story plak k, tunggu ayah balik dr kelantan...waaaaa abang balik cepat tau, jgn lupa beli hadiahhhhh (nurul ingat x, dny selalu suruh jan beli hadiah without any reason :) )

p/s abangggg, duit belanja tu leh guna utk beli kasut x? :) hehehe...pls pls pls kamu jgn nakal nnt kamu pulang bawa yg kami pesannnn...

Monday, May 17, 2010

i miss them so much..

ini..



ini..



dan ini jugakk..



ayaq mata bertakung, amik tisu lap mata, padahal tisu tu bekas lap tgn, ada minyak, makan samosa, dah, fullstop

waaaaa...

Friday, March 5, 2010

laksa kak su, kuala perlis

aku 'terpengaruh' ngan leed, bila dia letak n3 laksa kak su ni, dan2 tu aku tanam azam, aku nak p gak bila aku balik kangaq.

hehehe akhirnya tercapai gak cita2 aku, bukan senang o nak makan laksa kat luaq, sbb sebut ja aku teringin nak makan laksa, mak dan2 tu nak buat sendiri, aku cakap kat dia, aku x larat nak tolong (cubaan2 meracun fikiran mak x bg dia buat laksa sendiri), pastu dia kata x pa dia buat sendiri.

aku kata x maulah, aku nak makan kat kola perlis, last2 nak x nak, dia ikut ja cadangan aku tu. yessss

saja ja aku belanja depa minum petang. 11 org makan + minum, tambah 3, budak kecik punya 1, bungkus 3, telur rebus 5, RM58, murahkan?? tu yg bestnya kat perlis, makan still murah nak mati. :)



kakak aku ngan anak2 dia, yg lelaki 'terlindung' kat sebelah adik aku, gatai, malu x bertempat.



tatak! :)



abang (ipaq), yg sgt caring.



ni la manusia, dah makan separuh, baru teringat nak ambik gambaq, suspek utama x lain x bukan mr shaifull. sedapkan??? kalau aku di tempat klinda, sejuk mejuk, tgk plak gambaq laksa ni, ya allah, meleleh ayaq liuq ngan ayaq mata sekaligus :) wargahkahakhaka...



aku sibuk ngan anak, dia sibuk bergambaq sana sini.



dah kenyang, jom balik! :)

opsss gambaq tuan tanah, musti ada :)

Friday, February 5, 2010

kayns resort, pd



malas nak tempek satu satu, baik letak sekaligus gitu, ari sabtu lepas dah siap keja umah, baru bertolak ke pd, jalan ok, x jam pun, bagusssss. kalau x berteloq nak sampai pd, boring ja.

dah sampai, jalan2 kt tepi laut, tp x sempat nak mandi laut pun, sbb air pasang, menakutkan, so berendam ngan rifqy kat dlm swimming saypool ja (dny & nurul, ingat x?)



masa tgh best main2 ngan rifqy (padahal aku yg lebih main, sbb waktu ni mr shaifull yg pegang rifqy), sekali aku tgk mr shaifull mcm bersusah payah ja tgn belah kiri dia angkat something, aku ingatkan apa benda, rupanya dia angkat anak sapa tah letak kat divider dlm pool tu, dah lemas.

aku dah kecoh masa tu, pastu mr shaifull panggil2 anak sapa lemas ni, punyalah rasa nak lempang sekoq2, semua buat derk ja, pastu ada 1 group ni, ibu2 bersembang sakan kat tepi pool, jenuh kami tanya anak sapa, sekali abg budak ni mai ambik adik dia, mak dia mcm x heran pun, mcm x dak apa2 yg jadi, padahal kalau mr shaifull x angkat anak dia tadi, dah lama mati kt situ.

hangin ja aku, lenkali kalau rasa nak sembang sesama sendiri, jgn bawak anak, tinggai kat umah, ni x, dah bawak tp sembang sakan ngan member2 dia, aku kata kat mr shaifull, org dah panggil anak sapa lemas anak sapa lemas, x nak ngaku plak, bodoh betul. kalau tau jgn diangkat tadi.

pastu mr shaifull kata, abih tu, dah angkat letak kat situ, tanya2 x de org nak ngaku anak sapa, angkat letak balik dlm air tu? aku kata, ya lah, letak balik dlm tu, baru ada yg mengaku nnt, panggg diri sendiri.

eee geram aku org mcm tu, dia boleh harap kat anak dia jaga adik, mmg budak tu dah 'kenyang' minum air dlm tu, mak dia boleh buat x tau, ishhh mmg x dak sivik betoi pompuan tu.



kt sinilah kami selalu habiskan masa sama2, tp rasa mcm nak tukaq port ja lepas ni.

happy ja 2 beranak tu mandi, mcmlah kat umah x dak bendalah tu. kalau aku kata jakun, marah plak satgi.



mm mcm tu lah short vacation kami utk anniversary yg ke 7 ni, kalau ada rezeki lbh, blh celebrate lg sekali kan abg end of this month, hehehe..

Thursday, February 4, 2010

sari rhasa seafood, port dickson

mlm ahad kat pd, keluaq dr hotel betul2 lepas maghrib, so lbh kurang kul 7.45 camtu lah, pusing2 nak carik kedai makan, tepi laut, ketam bakaq, semua dah terbayang2 dlm kepala aku, sekali jumpa 1 tempat ni, memenuhi ciri2 lelaki idaman yg diidamkan.

sampai ja kat situ, apa lg, ambik gambaq dulu, kalau ikut aku, jgn harap aku nak bergambaq ni semua waktu2 genting camtu, maklumlah tengah imagine korek badan ketam, dpt plak isi penuh, fuhhhh sedapnya.



tp dah nama pun laki, ikut ja lah, satgi hangin plak.





tgk dr segala segi, mmg tepat sgt pilihan kami ni, sekali ketam pulak x dak, frust gila lah aku, tp blh layan lg, sbb ada seafood yg lain kan, oklah, order tu ni tu ni, tunggu lah, sambil mr shaifull layan rifqy tgk fish.



5 minit 10 minit 15 minit 30 minit, aikkk pasai pa fresh orange ngan milo ais kami x sampai2 ni, bukannya aku order setempayan pun, 2 gelas ja. aku dah hangin sorang2 dah masa ni, tp aku tgk mr shaifull cool lg, oklah. panggil budak tu, dia tanya balik, order apa tadi, ishh budak ni. pastu masuk minit yg ke 40 baru minuman sampai.

so dah blh imagine kan kalau minuman pun ambik masa 40 minit, makanan apatah lg, dkt nak 2 jam lah kami bertapa kat situ, sekali mr shaifull dah bgn, aku pun dah ambik beg, tgk2 laju ja budak tu mai bawak ikan siakap bakaq ngan sotong, mesti hangpa heran kan, asyik2 siang malam siakap ngan sotong, dah benda tu ja yg ada, udang mr shaifull x blh makan, allergic.

ketam plak x dak, so nak x nak terpaksalah order yg tu.

aku mmg dah hangin dah masa tu, bawak lauk pauk, nasi ngan sayur x sampai2, aku panggei budak tu, tanya dia dah dkt 2 jam tunggu kat sini, nasi x sampai2, laju ja dia p ambik nasik plak, tgk muka budak tu mmg x sampai hati nak marah, tp bila tgk kat perut aku, dan2 tu aura marah keluaq. geram betoilah.

tp apa2 pun, mmg x puas la makan kat situ, x dak rasa, kat zaina ikan bakar kat kuala perlis lg best, service pun cepat. sedap pun sedap, mmm terliuqnya. yg ni plak, dr 5 bintang aku x blh nak bg bintang, jgn kata bintang, taik bintang pun blm tentu lg aku nak cubit sket bg kat depa ni, betoi2 bikin aku hot!

Wednesday, February 3, 2010

squirrel o squirrel aka tupai tupai

ari ahad, otw balik dr pd, dah sampai kat jln istana, sekali mr shaifull lencong ke jalan yg aku x penah guna, laju ja aku tanya dia, "nape guna jalan ni"? selamba ja dia jawab kat aku, saja je. dlm hati aku, eee dahlah janji balik dr pd terus nak p jusco sbb nak beli brg umah, pastu x jd sbb tiba2 teringat kami p pd x bawak stroller, so x dak sapa nak kendong budak kecik tu kalau stroller x dak. pastu aku ajak dia makan kat seremban, cari restoran nelayan, pun dia x nak. mmm merasalah balik satgi kembung angin 2 2 org, nasib baik pg tadi bfast kat hotel tu dah mkn berat.

tgk2 elok plak dia melencong ikut jln lain, ishh.

sekali dia bg signal, belok masuk kanan, ya lah, kalau masuk kiri haruslah kena hon ngan bas lori motor keta, tu pun kalau sempat kena hon, kalau x, x taulah apa jadi kan.

eh tupai2. senyum mestilah sampai ke telinga sbb balik x payah susah payah pk nak masak apa. :) horraayyyy

sampai ja, terus pilih nak duduk kat tempat yg bersila tu, saja nak merasa ala2 kg di tgh2 bandaraya. baru ja pungkoq aku sampai kat lantai, kacang salut tepung rasa pedas2 manis sket sampai, apa lg, sambil belek menu, sambil makan kacang, dah dkt kul 3, mau x kebuluran.



menu pun sampai.



kami order siakap stim,



squid dried chilli



&

broccoli with black mushroom, sumpah aku x lalu black mushroom tu, mmg bukan favorite aku, dah org tu sibuk sgt nak makan black mushroom, pandai2 ja dia kata aku nak makan broccoli, so nak x nak hadaplah vege yg kejung tu. aku masak lg sedappp!



mmm bg aku, bolehlah, kalau tgk harga dia, mmg first impression aku, sedap gila ni, sekali, ya allah, siakap stim tu, kalau mr shaifull yg buat kat umah, 5 kali ganda kesedapan dia. dgn pedas, dgn masam dgn manis semua cukup, ni aku rasa dia tuang sos ikan ngan sos tiram, letak atas api, dah, mmg x sedap langsung. dr 5 bintang aku bg suku bintang.

sotong tu plak, tah apa2 rasa dia, sama jugak ngan broccoli tu, mmg aku x larat nak makan benda yg x sedap, mr shaifull la yg gagah nak bg habis gak, sudah2 bulat ja perut, gasak.

sekali p kat cashier, ingat kot aku blh lah pow org di kala anniversary, ha ambikkk, cash sahaja, no card, hemmm punahhhh keamanan sejagat, geram aku. dahlah makanan x sedap, aku kena pow plak, ni saja nak mintak aku masuk neraka la ni, derhaka kat laki sbb belanja x ikhlas, hohhh kalau sedap aku redhalah jugak walaupun payah, ni x sedappppp. eee



sampai terlentok2 kawan tu perabih ikan stim ngan vege, lenkali jgn bawak aku p tempat x sedap, camtulah jadinya. org lain elok ja dlm gambaq, dia plak mcm kena tiup ngan angin ribut, heran aku ngan rifqy ni, x reti nak duduk diam2.

diam x diam, dah 7 thn 3 hari aku kawen ngan mr shaifull, mcm2 dah yg kami lalui sama2, apa yg aku harap, biarlah sampai ke akhir hayat kami bersama, dpt sama2 tgk rifqy membesar, berjaya insya-allah, dan teman aku nak gaduh siang dan malam :) hehehe..

p/s : abang, nak hadiah anniversary & birthday, jgn lupa tau! :)

Friday, December 25, 2009

bye2 KL, welcome to KCH!



tiket kami!!!

kami dah nak ke KLIA. flight pukul 2pm.

see u in 2010!

happy new year & merry xmas!

jgn lupa laksanakan azam anda, x kira lah tahun 2009 punya ke, kalau blm tercapai, kuatkan semangat, jom sama2 capai azam baru ok!!

adios!

Wednesday, December 23, 2009

nasi ayam dara

bila di office, waktu free tu, blh dikatakan chef wan pun boleh kalah ngan aku kumpul resepi, konon2 balik keja nak masaklah, kononnnn.

bila dah agak2 nak sampai umah, bila imagine balik, ala nak kena bawak keluaq ayam/daging nak tunggu cair dulu, alah, bantut selera aku nak masak. nak2 plak on the way balik umah tu dah imagine mcm2 makanan masuk dlm mulut, hisshhh lg bantut selera masak aku.

so bila dah kejadian2 camtu berlaku, kita harus cari alternative. mula2 kita mesti pengaruhi mr shaifull, bila dia dah setuju, baru blh jadi kan? heheheh...jom kita try nasi ayam dara.



sambil membeli sambil beramah tamah, biasalah mr shaifull, ramah mengalahkan mak aku. sama naiklah dua2 org tu. blh dia tanya kat kakak yg jual nasi tu, "ayam dara ni ayam apa kak?" kakak indon tu sambil tersipu malu pun jawablah, "entahlah, org di pasar sana cakap, ayam belum kawen". ha ambik hang, aku dah nak gelak kat situ gak.

nasib baik dia x jawab, "bukan mcm isteri awaklah", mmg aku 'hantaq' meja ayam dara tu ke langit ke 7, tengoklah. sekali dgn mr shaifull aku lambung.



sambil tunggu dlm keta, sambil snap gambaq sendiri. :)



muka yg penuh kepuasan x payah balik masak :) wargahkahakhakah

Thursday, December 10, 2009

selamat pengantin baru!

mmg penat gila travel ke batu pahat ari tu, dahlah check in hotel kul 11 mlm, sila ambik pengajaran, simpan cuti utk hari depan. (peringatan utk diri sendiri).

sampai kat hotel, terus ambik kunci bilik, terus p makan kat seafood mana tah, bakal pengantin bawak, sedappp. makan x hengat dunia, maklumlah kena drive dr ayer keroh sampai pelican hotel, batu pahat. (cakap mcm kena banting padi seguni) gambaq hotel x snap, tima kasih kat diri sendiri gak, sbb battery baru sebeban dlm travel bag tu, aku ambik, letak kat bawah katil dgn alasan x nak beratkan beg, dah 1 hal on the way nak ke masjid singgah merata kedai cari battery. x pasai2 kena zikir ngan mr shaifull.

hotel adalah ok bg aku, kami bahagi2kan, 1 bilik utk ladies, 1 bilik lg utk ayah n the geng. anak buah aku sibuk nak tukaq bilik, bukan setakat anak buah, ngan mak aku sekali kalut nak pindah bilik, nak bilik ayah sbb bilik tu ada bath tub n luas, x mcm bilik kami, dgn 2 katil single, tp yg penting aku suka hotel ni sbb toilet adalah bersih. sudah2nya aku guna kuasa veto, dahlah letih p ofis, x sempat rehat, teruih drive sampai ke batu pahat, pastu dah sampai terus p soru, dah balik bilik nak mandi n tunaikan kewajipan, depa plak kalut nak tukaq bilik, mana boleh jadi, 'tdoq sini ja lah'.

meriah sgt perkahwinan org johor ni rupanya, byk adat walaupun masjid tempat akad nikah tu adalah menyedihkan, kami terkejut gak mula2, aik mcm x penah guna ja masjid ni, tp redha ja lah, dah tempat org kan.



ambik berkat, kita mulakan ngan gambaq en abdul aziz & pn musalmah :) heheheh...



sila abaikan tudung aku tu, sementara nak sampai ke masjid tu, rifqy pusing sana pusing sini, tu lah ni lah, dah x 'seindah biasa' :) wargahkahkahaka waktu bergambaq sila jaga diri sendiri, mommy nak posing ala2 single :)





gunakan tech yg ada, so x payah bersusah payah nak tepek satu persatu :) thanks to zaila.

benda yg paling bodoh aku penah buat kat kenduri cousin aku, aku x bergambaq langsung ngan pengantin, terima kasih byk2 gaklah atas 'kebodohan' yg aku cipta sendiri ari sabtu ari tu :( siap ada majlis serah anak, nasib baik perlis x buat camtu, kalau x jenuh nak tunggu aku baca satu perenggan tu sehari semalam, ya lah, mana nak control cantek lg (cantek ker), mana nak baca lg, mana nak lap ayaq mata lg.



dah alang2 depa duduk kat tangga tu, aku snap ja lah, blh letak dlm majalah mangga edisi raya :) kihkihkih... mmg klasik sungguhlah tangga tu. ashrar (cousin aku), fathen (my niece), yg lg sorang tu x payah diperkenalkan lg lah kot, pelakon tambahan kat blog aku ni, x lain x bukan, adik :) clap clap clap



x nak kalah, kawan2 adik aku, dr jb & segamat kalau x salah, dr kami kat masjid, sampailah kami dah nak balik kl, barulah budak2 ni sampai, aku x tau depa ikut jalan mana, p u-turn kat tol sg besi dulu kot :) tu ja lah kot sekitar majlis yg aku p ari sabtu lepas, sabtu ni aku x balik. mintak2 majlis kat kangaq nnt meriah cam kat batu pahat gaklah.

pada org batu pahat, terima kasih sgt2 di atas layanan anda, mmg selesa. utk semua cousins aku, next time kalau ada 'gathering' camni lg, harap2 dpt semua menghadirkan dirilah, jgn menguzurkan diri plak, x happeninglah :)

p/s : selamat pengantin baru utk adik shakir & adik elly. adik elly, welcome to our family!

Monday, December 7, 2009

fondant kek - ida bakery

sblm cerita panjang pasal wedding cousin aku tu, aku tepek gambaq kek yg aku tempah dr ida bakery. kalau sesapa nak tempah lepas ni bolehlah klik kat link tu ok.





mmg penat x terkiralah, kiranya melepek lah semua mcm kain buruk kat dapuq, sbbnya keluaq ja ofis 4.30 ptg ari jumaat, dgn jamnya, tunggu mr shaifull, pastu x lama pastu, ayah aku plak sampai, terus bertolak ke johor. kalau x jam, dah lama sampai aku rasa, ni sbb jam, terpaksa lah tadah pungkoq kat kusyen keta tu 3 jam lebih, terima kasih jam.

org check in hotel kul 2.00, kami lak check in kul 11 mlm. esoknya tu, 6.30 bgn semayang subuh, terus siap2 mandi, sbb kul 8 dah nak ke masjid utk akad nikah, lebih kurang cam aku p ofislah :( huhuhuuuu...

tp mmg happy sgtlah, sbb dpt jumpa semua cousins, yg dr kangar, melaka, johor, mmg enjoy gila walaupun sat ja jumpa, tp at least taulah kewujudan antara satu sama lain.

Wednesday, November 18, 2009

C untuk mommy, C untuk rifqy




satu C untuk mommy relaxkan minda, satu C untuk rifqy comotkan muka :) rifqy baru nak berjinak2 ngan chocolate, kalau x, jgn harap dia nak mkn, mesti dia muntahkan balik, tp mommy x nak rifqy mkn byk2 sgt, nnt mommy kena share ngan rifqy kuikuikui..

tp betoi ni, mommy x nak rifqy mkn byk2 sgt, nnt gigi rongak, x hensem, ayah kata. :) bukan mommy kata

bowling tournament - sunway mega lanes

ari ahad, b4 mr shaifull pegi kursus kat melaka, dia ada join bowling tournament, organized by I*K. meriah gaklah, semua ahli kumpulan dia dpt cabutan bertuah, semua ok, KECUALI mr shaifull. aku tanya dia, apa tangkal dia pakai sampai camtu sekali??? herannn



gambaq tu ja yg berjaya disnap oleh adik, dgn keadaan kereta yg bergerak laju, aku pun x paham pasai pa mr shaifull nak laju2 sgt nak masuk parking, padahal parking kat depan tu ja.



EUPHORIA By Ministry Of Sound, o kat sini rupanya bendalah tu. :) hehehehe...



aku ni dah ready baekk punye, sekali rifqy buat muka heran plak tgk mommy, apa yg dia heran sgt pun aku x tau, padahal tiap2 hari jumpa. pelikkkk

bendalah tournament tu start kul 2.30, adalah lewat 2 3 minit. aku lepak makan2 ngan adik kat dlm tempat bowling tu gak, senang sket, x payah nak jalan jauh2, satgi jalan jauh2, rugi lemak2 yg aku dah kumpul sekian lama ni. dr pemerhatian aku yg asyikkkkk la dok ulang alik p midvalley (mcmkan x dak tempat lain di kl ni), sunway pyramid ni lg besttttt, hanya aku yg x reti nak ubah angin, abangggg lepas ni kita pegi sunway pyramid pulak ok. :) sian anak dok umah ja hehehehe...ok x ayat tu?



adik pun, ambik gambaq sampai x dan org tu nak habih bercakap. hohhhh



ni cara2 nak sabotaj gambaq aku lah ni, ada ka blur camtu ja pun, x membina ummah langsung.



ha sket hari lg, aku blh ganti beruang panda, x payah p jauh2 nak tgk panda, p country homes pun blh tgk, ni sejak2 aku pakai contact lense lah ni, sekedebuk eyebag mai tenggek kat situ, TERIMA KASIH KANTA LEKAP! :(



ish ish ish gambaq hitam mcm ni pun nak letak, x kira aku nak letak gak, ada aku kesahhhh??? nnt2 aku gak yg nak tgk.



hahahahahah..akhirnya aku dpt gak balas dendam yg sebenaqnya x adjust mode ambikkk sama2 hitam melegammmm