Monday, November 30, 2009

eee geramnya akuuuu

amboi, bukan main sedappp lg mulut dia semalam. selamba ja bawak keluaq ayat pedas kat aku, kalau ayah x dak kat situ, dah lama aku cekik dia sampai meleleh liur.

hp dah top up, bukan main sedap lg dia bersembang ngan family dia kat kch, x ingat dunia, sembang punyalah lama. pastu semalam, aku nak pinjam nak sms adik, nak tanya depa dah sampai mana, kan depa otw ke kl semalam, punyalah berkurun baru sampai, rupa2nya jam gila sepanjang jln dr penang, patutlah dekat 7 jam baru sampai umah.

sian ayah, dgn badan penuh bintat2 mcm kena chicken pox tu, drive jugak all the way to kl, sbb x blh nak masuk R&R langsung nak tukaq driver ngan adik, sudahnya smlm, kul 9.30 dah lena.

eh dah lari topic. bila aku check credit hp mr shaifull, masa tu dah tinggal 2.01 kot x salah aku. aku guna jalah utk sms adik, ada la kot dlm 8 sms aku guna. sekali semalam, dia nak call neighbour kat depan tu, sekali x blh. aku pun dgn baik hati bgtaulah credit dah habih, berbudi bahasa la kononnya.

sekali dgn muka x dak rasa bersalah, dgn senyum manis yg dia ingat aku nak tergoda lah kot, selamba ja dia sound aku dpn ayah, "uisshhh habis awak belasah?" eee aku nampak kecikkkk ja mr shaifull masa tu, walaupun dia besaq dr aku, nasib baik ayah ada, kalau dakkkk, dah lama..

Thursday, November 26, 2009

:(

durrhhh hati o hati, awatlah hang keras sgt, hati o hati pasai pa hang susah nak lupakan apa yg org buat, hati o hati..

tepon mak pagi tadi..


mak : x seronok la cik (panggilan mak kat aku kdg2) x balik

atiey : x pa la mak, bukan raya posa pun

mak : mak p masjid org dok tanya ja, cik x balik ka?

atiey : o ya ka :) (masa ni hati aku dah ujan)

mak : lenkali jgn buat dah mcm ni, kena balik lah, mak x seronok

atiey : x pa la, depa ada

mak : hmmmm lenkali kalau x dak duit nak balik, mak bg lah

mak, antaq lebih sket, Year End Sale dah sampai ni :) heheheh...tu la mak, ada ja solution dia nak bg kat aku bila ada ja alasan aku bg kat dia. duit blh dicari, tp mak ayah hanya 1 ja di dunia ni.

tp walau apa pun yg aku tulis kat sini, satu ja yg aku nak semua org tau, AKU SAYANG MAK & AYAH AKU X TERNILAI WALAU DGN APA PUN..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UTK SEMUA, peace no war!!!

Wednesday, November 25, 2009

we were warned!!!

hikkssss aku pun x nak kalah gak. ingat org lain ja boleh feeling2 2012, aku pun blh gak. where there's a will, there's a way. bluekkkk

tp aku x blh nak dating cam org lain, aku terpaksa ubah sket concept tu, jadi girls day out. :) fun gak.

berbekalkan semangat yg tinggi dan berkobar2 nak tgk gak ni, gigih la wani p beli tiket tu masa ari sabtu, sampaikan budak yg jual tiket tu ulang2 kali azan kat telinga dia, ****** morning, ****** morning, bukannya apa, budak tu pun takut salah jual tiket, maklumlah, jarang budak2 muda mcm dia (termasuklah aku hehehe) nak tgk wayang pagi2 hari camtu.

bila misi membeli tiket dah selesai, berkobar2 tunggu hari kejadian tu :) best siot, rasa mcm spy nak siasat kes juta2 ja lagaknya, jalan asing2, bukannya apa, utk keselamatan diri.

stesyen berikutnya, KLCC! yeaa dah sampai.



kalau dah misi tu dr tempat yg x sepatutnya, mmg masa tu limited sangatlah, kiranya sempat tgk movie tu, pastu terus balik ja lah. lunch pun telan popcorn dlm tu ja, mendidih perut haku.

next time nak buat 'keja gila' camtu lg lah. besttt.

p/s - abg, cita tu mmg best tahap dewa kalau tgk kat TGV/GSC, kalau setakat tgk kat LCD 32", apa baranggg beb :) wargahkahakhakaha

Saturday, November 21, 2009

play more learn more

letih mcm mana pun, penat mcm mana pun, anak tetap kena layan ya tuan2 & puan2.



mr shaifull bawak anak p garden, tu pun da puas budak tu berzikir kat telinga dia rasanya 'nak men bal' (nak main ball), p main best2, balik masam ja, tp masam tu gaklah yg aku cium, sedapppp, mana nak dpt masam tp sedap camtu :) heheheh





dah senja, jom balik!



balik umah, habis sekotak milo, rifqy rifqy

Friday, November 20, 2009

xtvt malamku, heheheh...



wahhh siap berstokin tu, manalah agaknya aku p semalam kan? blk dr office smlm, kak ida (my neighbour) bgtau aku mlm ni 'on'. so aku tanya dia, kalau aku nak start semalam boleh x? dah dia kata ok, lgpun semalam 'cikgu' tarak, so just buat sendiri2 ja lah. aku pun apa lg, bergegas buat semua keja2 yg sepatutnya, 8.30 sharp aku dah ada kat depan gate :)

nak keluaq berpoya poya berpoco2 kenalah semangat kan? aku jejak ja kaki dlm keta kak ida tu, aku boleh dengaq suara rifqy menjerit, alah, mcm aku nak keluaq umah setahun, padahal sejam ja pun, kat lorong sebelah tu ja pun, kak ida bawak keta sbb nak bawak speaker bagai. mmg excited lah, maklumlah jarang bersosial dgn jiran2 tetangga.

buat kat umah kosong, nasib baik tuan umah tu bermurah hati nak pinjamkan kawasan umah dia, kalau x, x merasalah berpoco2 :)



mlm ni ada lg, err abang, jgn lupa beli makanan sedap2 tau, i balik kita makan sama2. heheheeh...

p/s : nasib baik umah aku x disita, cukainya x dibayar, bila dah dpt surat dr MPS, boleh pulak ari ni dan2 nak p bayaq, heran heran (sambil garu pala yg x gatal, ish rambut basah plak :) wargahakhakahkahk)

Wednesday, November 18, 2009

C untuk mommy, C untuk rifqy




satu C untuk mommy relaxkan minda, satu C untuk rifqy comotkan muka :) rifqy baru nak berjinak2 ngan chocolate, kalau x, jgn harap dia nak mkn, mesti dia muntahkan balik, tp mommy x nak rifqy mkn byk2 sgt, nnt mommy kena share ngan rifqy kuikuikui..

tp betoi ni, mommy x nak rifqy mkn byk2 sgt, nnt gigi rongak, x hensem, ayah kata. :) bukan mommy kata

bowling tournament - sunway mega lanes

ari ahad, b4 mr shaifull pegi kursus kat melaka, dia ada join bowling tournament, organized by I*K. meriah gaklah, semua ahli kumpulan dia dpt cabutan bertuah, semua ok, KECUALI mr shaifull. aku tanya dia, apa tangkal dia pakai sampai camtu sekali??? herannn



gambaq tu ja yg berjaya disnap oleh adik, dgn keadaan kereta yg bergerak laju, aku pun x paham pasai pa mr shaifull nak laju2 sgt nak masuk parking, padahal parking kat depan tu ja.



EUPHORIA By Ministry Of Sound, o kat sini rupanya bendalah tu. :) hehehehe...



aku ni dah ready baekk punye, sekali rifqy buat muka heran plak tgk mommy, apa yg dia heran sgt pun aku x tau, padahal tiap2 hari jumpa. pelikkkk

bendalah tournament tu start kul 2.30, adalah lewat 2 3 minit. aku lepak makan2 ngan adik kat dlm tempat bowling tu gak, senang sket, x payah nak jalan jauh2, satgi jalan jauh2, rugi lemak2 yg aku dah kumpul sekian lama ni. dr pemerhatian aku yg asyikkkkk la dok ulang alik p midvalley (mcmkan x dak tempat lain di kl ni), sunway pyramid ni lg besttttt, hanya aku yg x reti nak ubah angin, abangggg lepas ni kita pegi sunway pyramid pulak ok. :) sian anak dok umah ja hehehehe...ok x ayat tu?



adik pun, ambik gambaq sampai x dan org tu nak habih bercakap. hohhhh



ni cara2 nak sabotaj gambaq aku lah ni, ada ka blur camtu ja pun, x membina ummah langsung.



ha sket hari lg, aku blh ganti beruang panda, x payah p jauh2 nak tgk panda, p country homes pun blh tgk, ni sejak2 aku pakai contact lense lah ni, sekedebuk eyebag mai tenggek kat situ, TERIMA KASIH KANTA LEKAP! :(



ish ish ish gambaq hitam mcm ni pun nak letak, x kira aku nak letak gak, ada aku kesahhhh??? nnt2 aku gak yg nak tgk.



hahahahahah..akhirnya aku dpt gak balas dendam yg sebenaqnya x adjust mode ambikkk sama2 hitam melegammmm

patutla abang asyik merajukkkk ja...

setau aku, mr shaifull bukanlah org yg jealous. (abg, betul ker?) :)

tp sejak last week aku baru dpt access ke yahoo mail aku, sblm ni pc ni pening dan gelong, mmg x blh nak bukak langsung email yahoo tu, so sesapa yg email aku kat yahoo, tp aku diammmm ja, aku bukannya nak putus sahabat or putus sedara atau putus haid, tp aku x blh access dan x blh jenguk langsung inbox tu, sampailah dah beribu.

so bila dah boleh bukak ni, aku dlm usaha nak delete email2 lama yg bukan2, dr sapa2 tah. sekali aku tgk rupanya ada 3 4 email dr budak ofis lama aku. budak tu pun agak pening, aku dah x reti nak explain ngan bahasa apa lg, dia tetap ajak aku lunch sama2, ajak tu ajak ni, sampai letih. padahal dia bukannya x penah nampak mr shaifull ulang alik ambik aku kat ofis dulu masa aku tgh sarat tu, tp dia nakkkkk jugak.

amatlah x paham, padahal belum kawen lg tu.

barulah aku paham, email tu start dr bulan julai ari tu, berturut2 masuk kat inbox, patutlah sejak dr tu, mr shaifull mcm ikut2 sempat ja hangin dia nak datang, rupanya pasal email tu.

dahlah abang, bini abang ni masih waras lg, x penah terlintas nak menduakan abg. kalau betullah abg asyik hangin ja sbb email tu, i mintak maaf ok.

tp kalau jadi madu azrinaz mazhar hakim, 2 kali pk gak tu :) heheheheheh...(perasan nak mampus)

Tuesday, November 17, 2009

pelican hotel, batu pahat

aku gigih mengelik sana dan sini. ada 1 kali tu, aku search kat google, pelican hotel, tp aku x letak batu pahat, ha sekali keluaq, pelican hotel, miami, amboi x agak2 langsung. golok pun aku x p lg, suka hati dia ja letak miami. panggg encik google.

sat2 dlm suasana guruh dan kilat berdentam dentum (kat kangaq) aku call mak. dia tanya pasai pa aku x balik masa cousin aku kenduri kat sana nnt, aku jawab mmg aku x nak balik. 2 3 kali mak tanya soalan yg sama, ulang2 kali. mak cuba nak psiko aku, heheheh...sorry mak, ai x senang dipsiko.

aku dah kata, aku dah start jadi penyabaq sejak2 aku masuk era 30an ni, tp hasilnya begitulah. aku x luah dgn perkataan, tp dr perbuatan. aku blh bermanis muka dgn org yg x suka aku, tp dlm hati allah ja yg tahu. yaaa aku adalah seorang yg sampai hati. sekali aku dah tawar hati dgn org, dah susah nak perbaiki. tp bukan sbb yg kecik aku nak berkecil hati ngan org, tp sbb yg sgttttt besarrrrrr. tp terlalu personal utk aku cerita kat blog ni.

biarlah hanya aku dan allah ja yg tahu. emo di petang selasa. :)

tadi aku dah book hotel kat batu pahat, sbb aku kesian kat mak, bila dia dok ulang2 soalan yg sama, pasai pa aku x nak balik. maybe mlm baru aku sampai batu pahat, so pelican tu pilihan yg terbaik utk aku rasanya, sbb aku tanya budak tu, dr hotel ke semerah tu, hanya 10 minit perjalanan, oklah tu, x sempat nak berpeluh ketiak.

sejak2 ada anak ni, baru siap 10 minit, kadang2 dah berpeluk ketiak aku, mana x nya, aku nak pakai bedak, dia plak sibuk dok susun barang sana sini. letih nak oi. so, utk hotel dah settle. tinggal kek saja lg, masih blm decide lg, samada fondant kek, ataupun cupcakes. mana yg lbh best ha utk hantaran, tolonggggggggggggg...

mana yg lebih ok dgn aku?

yg ni kah?





ataupun aku perlu setia pada yg satu ni???





ataupun aku blh guna yg bercorak camni? tlg bg pendapat ye kawan2, tudung mana yg lbh ok dgn aku. saja je tgh boring ni, nak jugak tanya pendapat kawan2 semua. selamat beramal, chewahhhh skema ayat serupa hapa lg.


n3 x bergambar

bosan gila, mr shaifull ada course kat melaka, khamis baru balik, yg aku heran, tiap kali dia kena g kursus, mesti sampai khamis ja, apa ni, ofis dia ada buat family planning ke utk setiap staff, asal khamis je balik asal khamis je balik, x pahamlah.

ari ahad ikut dia tournament bowling kat sunway pyramid, best. tp org2 **K ramai gak yg terer2. lepas abis ja tournament tu, mr shaifull terus ke melaka, aku lak balik rumah ber3 ngan adik. bab ni aku terer gila, selalunya aku ikut kiri ikut kanan, pastu ikut suka, tp kali ni, tah apa virus masuk dlm otak aku, blh plak aku follow exactly jalan yg aku dtg tu, sila bg tepukan yg gemuruh utk aku.

gambaq x blh nak update lg, sedangkan payung pun aku boleh tertinggal dlm keta hari ni, inikan plak USB cable tu, padahal payung tu dah letak kat tempat kaki tempat duduk belakang, tp takkkkkk jugak ambik, yg aku ambik handbag. nasib baiklah handbag tu semua org galas kan, barulah aku rasa nak capai handbag, kalau tak, sama gaklah nasib handbag tu ngan si payung tu.

tgklah kalau rajin, masa lunch hour nnt aku gagahi p ambik usb cable tu kat dlm keta, dahlah parking jauhnya 3 batu dr office, kalau murah oklah jugak, ni x, RM15 per entry, merasalah bayaq RM60 utk 4 hari mr shaifull x dak kat umah ni. nasib baik bukan duit aku, kalau duit aku, mau aku cuti direct isnin selasa rabu khamis, pastu nak balik kuching nnt, aku ambik mc, boleh gitu???

Friday, November 13, 2009

huarggghhhhhh...

aku tgh boring. boring yg sgt gila. ari ahad mr shaifull ada course kat melaka. sampai khamis, tinggallah aku ngan rifqy, nasib baik adik ada nak temankan kami, kalau x, berdua2an ja lah aku ngan rifqy.

jadual aku sampai dec rasa mcm dah full gila, rasa mcm yb pun ada. heheheh...

15 nov - ikut mr shaifull p tournament bowling, tu pun kalau rajin, tp kesian rifqy lak kalau melangut kat umah (aku rasa mcm baru ari tu ja office dia buat tournament bowling gak, biaq betoi)

21 nov - adik balik kangaq

22 nov - wedding kalaivani kat dewan tun dr siti hasmah

23 nov - ambik baju kat tailor

27 nov - raya haji

29 nov - mak ayah aku mai kl

4 dec - p batu pahat

5 dec - wedding cousin aku

5 dec - tdoq kat melaka, mak aku teringin nak jalan2 kat sana :)

6 dec - balik kl

8 dec - maybe mak ayah balik

25 dec - balik kuching

rasa cam penuh plak date2 tu, maybe aku rasa penuh sbb berturut2 kan? huargghhhh boringlah, byk xtvt byk duit keluaq (bak kata willie. heheheh...

mommy cakap ini, rifqy faham itu

situasi 1

mommy : rifqy, basuh kaki

rifqy : sibuk basuh tangan, hentak2 kaki, main pili



situasi 2

mommy : rifqy, simpan balik tupperware mommy tu

rifqy : bawak keluar semua tupperware yg ada dlm kabinet


situasi 3

mommy : rifqy, jgn jerit (ulang 3 kali)

rifqy : jerit gak lepas ayat terakhir mommy cakap jgn jerit


kesudahannya kita tdoq kul 9 semalam, kan mommy dah cakap jgn jerit.

tp walaupun camtu, byk gak arahan aku yg dia buat, contohnya.


situasi 1

mommy : rifqy, ambik towel, ambik pampers, ambik bedak

rifqy : terus ambik tiap2 1, kadang2 kalau boleh dia nak ambik 3 barang tu sekaligus


situasi 2

mommy : rifqy, bak botol susu, mommy nak basuh

rifqy : terus carik botol, bg mommy


mmg ada waktu gerammmm sgt, tambah2 bila dia menjerit2, tp bila dia tdoq, dialah insan yg paling baik di dunia fana ni, rifqy rifqy...

Wednesday, November 11, 2009

help me pls!

virus buntu menyerang kepala otak aku. dgn mcm2 benda yg aku pk masih x settle2 lg, kek, bilik, baju dah tempah tp blm siap lg, nak pegi johor ari sabtu atau jumaat malam, bilik di melaka, hishhh berasap lubang telinga aku nak pk semua tu.

boleh x kalau aku nak gajikan org tlg pk kan utk aku benda2 remeh camtu? patutlah semua bos ada pa kan, kalau pa lupa nak pk semua tu utk bos, so bos boleh salahkan pa sewenang2nya, walaupun pa (akulah tu) ni pun mcm2 benda nak d pk dlm kepala. huuhuuuhuu...

oleh kerana aku buntu, dan mcm2 benda nak d pk dlm kepala = sarat, apa kata hangpa plak tolong pk kan utk aku, apa benda aku nak update dlm blog ni, ala, lebih kurang cam CPM buat gaklah, tp dia buat n3 utk readers dia bg soalan2 utk dia jawab. aku lak, pusingkan sket cara tu, aku mintak bantuan kawan2 plak, bg idea apa benda yg kawan2 rasa boleh aku nak mencarut merapu kat sini, boleh x????

tolong kami bantu kami...heheheh...

Monday, November 9, 2009

perut di raja malaysia

ha tu lah level perut aku, mmg tahap2 raja lah layanan yg dia nak, sampai tadi aku rasa nak bukak letak tepi, pastu pijak2 sampai lunyai, pastu antar dia kat klinik, pastu pasang balik kat badan aku.

kalau aku tau dia nak 'mengada' sampai camtu sekali ari ni, dr mlm tadi aku dah makan gula-gula kegemaran ponstan aku. senang sket aku nak buat keja.

tadi aku dah makan sebijik, punyalah x tahan, x sempat lunch aku dah telan dia dulu, punyalah nak layan perut aku ni, sampai aku sanggup mkn ponstan tu dulu dr telan nasi. waaaa tolonggggggggggggg nak balik peluk gulinggggg (bantal peluk).



pic from google

ku di dalam dilemaaaaa :( sempat lg nak nyanyi lagu kru tu

Saturday, November 7, 2009

tarik nafasss, senang diriiiiiii, jom baca ni






kawan2 buat apa lak masa weekend ni??

Friday, November 6, 2009

Love Is In D'Hair!

i fall in love with this!



apa ni???



shampoo la, kan aku dah cakap ari tu, rambut aku di bahagian depan mengalahkan rambut dlm iklan 'masih terpacaklah'! aku pun x tau apa masalah dia sebenaqnya, tp dah mcm2 cara yg aku buat, guna, masih x berkesan, so ari tu masa jalan2 kat MV, aku terpandang 1 booth ni, d'hair shop, dia jual semua benda utk rambut.

being me yg dah try mcm2 cara tp still mcm tu gak, aku malas nak beli mask, serum dia one set, so aku kata nak try shampoo saja, manalah tau, 'masih terpacak' lg, so x lah rasa marah sgt nnt kan. sekali bila guna ja shampoo ni, rambut aku jadi lembut, senang diurus, bestttt, nak2 lg aku yg pakai tudung tiap2 hari (p ofis) ni.

harganya oklah, worth it dgn dia punya effect tu, lps ni aku nak try serum n mask dia plaklah, utk sapa2 yg ada prob seangkatan dgn aku, apa tunggu lg, kawan2 x nak try ke???

Thursday, November 5, 2009

xtvt bersama keluarga

heheh...bz dgn keja ofis (mcmlahhhh), bz dgn keja umah, tp xtvt dgn keluarga mesti diutamakan tau, tambah2 lg, 31 okt ari tu, HARI KANAK-KANAK. so nak gembirakan hati kanak2, kenalah berjalan2 ye. ;p



mana yg lebih happy, kanak2 itukah, mommy itukah?

keluar jalan2, mana boleh masak kat umah kan, membazir masa, so lunch saja di sini, duit pun lbh berkat sbb belanja ahli keluarga :) heheheh..



teruskan misi, sian aku, org lain dah ada 30 handbag dlm 1 masa, tp aku plak, 1 hbag pakai sampai reput, boleh camtu??? adik aku kata, mak lg byk handbag dr aku, waaa...mrs shaifull, sila ukur baju di badan sendiri (ha lah ha lah, bila masa plak aku ukur baju aku kat badan syani?) oppss ampunkan saya, syani yg comel. err kat blog aku hangpa x akan jumpa segala LV, PRADA, GUCCI, BALLY ye puan2 :) aku punya level takat2 yg bawah2 sajork. so sila berpuas hati dgn apa yg ada.





teman setia aku, yg kat atas ni x berapa nak setia, kalau ada kt kl, setia, kalau kat perlis, nk setia mcm mana kan?



sila abaikan keghairahan nafsu aku mengedit gambar ye.



mr & mrs shaifull sibuk cari cd utk exercise kononnnn. kat umah tu, paula abdul asyikkkk la dok menari sorang2, punya tamak, nak p cari lg yg lain, tp x jadi beli pun, sbb aku rasa aku lbh berminat ngan cd yg ada kat semua house ari tu, senang sket step dia, "step by step ohhh baby gonna get to u girl" ewahhhh.

bila dah penat tawaf sana sini, baliklahhh, tu pun adik asyik dok komplen kaki dia sakit, mcmlah dia pakai high heel kan?

part yg last ni kenalah letak muka org yg paling penyabar kan? tabah ja tunggu mommy & ayah. :)

tanah runtuh di jln rawang-selayang

no no no, aku bukan nak letak gambaq sekitar kawasan tanah yg runtuh tu. apa yg aku nak bgtau kat sini kesan dr tanah runtuh tu, PLUS punya statistik pengguna lebuhraya dia utk 2 3 hari ni, naik mendadak gaklah aku rasa.

apa x nya, aku yg balik 4.30 ni pun, boleh rasa 'bahang' dek kerana tanah runtuh tu. pagi pun sama, petang pun sama, jam. huhhh ingatkan ikut jalan berbayaq, senanglah hati, rupanya x, bila ada kejadian mcm ni, berpusu2 lah org nak guna highway. huhuhuu....



utk kepuasan kty, aku letak gambaq seketoi2ye kak :)



PLUS bersyukur, aku rasa nak tersungkur kalau hari2 mcm ni..

Wednesday, November 4, 2009

A+

bukan a plus, tp a positive, darah aku. baca benda ni kat blog yati. yati, nak copy paste yg paragraph utk golongan berdarah sejuk A+ ya. thanks.


ANDA BERDARAH “A”
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik. Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna. Kadangkala, ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi. Baik kamu ubah sikap sebegini.


ada yg betul kat sini (ni aku bercakap pasal diri aku sendiri, x dak kena mengena ngan org lain ok tuan2 & puan2 sekalian).

ayat yg first tu, aku bukan ibu & isteri yg terbaik, tp aku tgh cuba nak jadi mcm tu, tp dgn support dr org2 sekeliling. kalau setakat aku berusaha, tp org keliling x support, sampai ke sudahlah aku mencuba, tp x success. bgn pagi, siap ke ofis, kat ofis buat keja sket rehat byk pastu balik umah.

sampai ja kat umah, buat tu buat ni, dah malam, nak spend masa ngan rifqy pun muntah angin aku rasa, letihhh. pastu dia tgh sibuk nak main, aku plak dah sibuk nak tdoq. bila dah semua nak kena buat, kadang2 aku rasa letih sgt2, rasa tertekan, ya lah aku kan manusia, bukannya robot, kalau robot oklah kunci2 dia buat tu buat ni non stop.

tp oleh sbb aku manusia, aku rasa letih, penat, kalau semua nak buat sendiri, boleh gila rasanya kot, kadang2 terpaksa mintak bantuan, tp kadang2 aku pk gak, nak kena 'mintak bantuan'??? blh x kalau tolong ja tanpa perlu dimintak2. ataupun kalau dah dimintak tolong tu, boleh x terus je buat, dgn erti kata lain, tolong pk perasaan org yg mintak tolong tu gak.

kalau dia boleh buat semuanya SENDIRI, aku x rasa aku akan mintak tolong org lain. tlglah kesiankan isteri2 gak, dahlah periuk belanga, anak, baju2 kotor, hanger, peti ais, lantai, vacuum cleaner, berus jamban, harpic, list brg umah, period pain, masalah sampingan, semuaaaaaaaaaaaa tu TEMAN SETIA seorang isteri.

TEMAN SETIA yg boleh melonggaqkan semua sendi, membuatkan otak berpusing 360 darjah, perut bergelodak, hati membengkak, tlglah cuba fahami

NALURI SEORANG ISTERI..

tapi aku akan cuba ubah sikap ni..walaupun letih...

transfomasi almari, rak kasut, diri sendiri, akaun simpanan dan jugak cuti rehat

fuhhh berderet2 aku punya azam, bukan thn baru, tp azam yg aku buat utk diri sendiri. x semestinya nak tunggu new year ja baru blh create azam kan.

utk rak kasut tu, smlm aku dah buang beberapa kasut dr rak kasut kat umah tu yg bg aku dah menyemakkan mata aku, x taulah pg ni dah sampai ke tong sampah ke belum plastik tu, kalau x sampai gak ke tong sampah, means petang ni aku kena buat 'delivery service' sendiri lah.

itu blm aku kelebek almari aku lg, bukan setakat kalau org tgk, aku sendiri tgk pun dah x lalu. dgn tudung2, dgn baju2 yg x muat, dgn seluar2 yg dah bertukar saiz dlm erti kata lain 'mengecik' (bukan aku membesar tau), semua tu menyemak dlm almari aku. ari tu aku ada buat blog utk let go barang2 yg terpakai dan x pakai lg, tp aku gatal p beli mcmkan badan masih seperti dulu :(

ok, oleh sbb bukak blog lg 1 bukan tindakan bijak utk aku nak lelong baju2 tu semua, aku rasa aku nak tempek kat sini ja lah. tp kali ni mmg betul2 harga lelong. harga yg mmg aku nak buat wardrobe clearance, asalkan aku dpt bg kat org benda tu, aku dah rasa lega, sbb nak kosongkan almari aku, biaq sampai aku sendiri dah x dak baju nak pakai :)



aku nak jual dgn harga RM10 termasuk pos.



ni pun harga sama, walaupun x penah pakai sekalipun. RM10 termasuk pos.



ni pun sama gak. aku betul2 desperate nak clearkan gobok aku.

Tuesday, November 3, 2009

photoscape

bila x reti, kenalah sedaq diri, letaklah seketoi2 gambar kat blog. tp bila dah RETI, silalah bermegah2 dgn kelebihan diri yg x seberapa itu. hehehe..jgn tiru cara aku ni tau, salah di sisi agama, mana boleh bermegah2kan, lg plak nak menunjuk2 kat orang, lagilahhhh x boleh.

heheheh...kalau rasa x reti mcm aku, dan rasa2 nak buat apa yg aku buat ni, silalah ke sini. thanks zaila. akak dah pandai sket :)



kita up lg



ok enough, nnt org kata nak menunjuk riak plak kan, yg penting hangpa dah tau aku reti buat benda ni kan? :) heheheh errrr tu bukan riak gak ke?

tahniah untuk dny & jarn

alhamdulillah, my bff dah selamat delivered baby boy, 2.8kg, 1.30 am. lama gila tunggu, akhirnya dah nak masuk thn ke 6 kawen, dpt gak sorang baby, tahniah aku ucapkan utk dny & jarn. semoga dgn kehadiran baby ni, hangpa 2 org akan lbh dan bertambah happy.

gambaq baby aku x dpt lg, nnt kalau dpt, aku tempek kat sini, bg aku special sgt, sbb ni kawan baik aku sgt2. aku doakan baby n dny sihat walafiat walaupun caesar. dan dny cepat2 recover tau! :)

Monday, November 2, 2009

byk benda yg perlu disettlekan

november dah menjengah semalam, december pun x lama lg, byk benda dlm nov & dec ni, tp satu hapa pun aku x buat lg, mmg keji gila cara aku ni. dahlah semuanya nak kena settle sendiri, x dak bantuan, x dak talian hayat. sian aku.

** 22 nov my ex-colleague kawen kat dewan tun dr siti hasmah. mmg aku nak hadir, sbb best friend aku kt ministry lama duluuu. x tau lg nak pakai baju apa, sbb indian wedding, ada cadangan x? jgn nak suruh aku pakai sari plak, aku lempang sorang2 satgi. :)

** pastu cousin aku kawen 5 dec kat batu pahat, baju aku x antaq tailor lg, sedangkan mak aku dah siap tempah tudung, dah ambik pun. hotel x book lg, sedangkan masa tu cuti sekolah, dan yg aku tau setakat ni, pelican hotel kat batu pahat, sbb kg org tu kat semerah, sapa2 boleh tolong aku, kalau stay kat pelican hotel ni, dekat x ngan semerah, ke kalau stay kat sini, elok sampai je kat kenduri tu nnt, aku dah sama belengas ngan rifqy? tolong ye kengkawans...

** pastu aku dah janji ngan maksu aku, nak hadiahkan kek sbg salah satu hantaran, tp until now aku x tempah kek tu kat mana2 lg, ada sapa2 nak rekomen kat aku kek utk hantaran x, aku nak yg simple & 1 tingkat saja, anyone??? fondant cake ok. kalau ada tlg bg link kat aku secepat mungkin, sblm aku terpaksa buat fondant cake sendiri (yg aku pasti semua pitam kalau tgk nnt, blm makan lg tu)