Friday, December 25, 2009

bye2 KL, welcome to KCH!



tiket kami!!!

kami dah nak ke KLIA. flight pukul 2pm.

see u in 2010!

happy new year & merry xmas!

jgn lupa laksanakan azam anda, x kira lah tahun 2009 punya ke, kalau blm tercapai, kuatkan semangat, jom sama2 capai azam baru ok!!

adios!

Wednesday, December 23, 2009

kasut apa aku nak pakai ni???

durrhhh dah pusing siti situ sana sini, tp x jugakkk aku jumpa kasut yg aku berkenan, dpt design yg cantek, color pulak serupa sakai bila aku pakai. hishhh

aku nak cari kasut yg selesa, nak berjalan2, means aku bawak 1 ja kasut nnt, x payah nak bawak tu lg ni lg, kalau naik kereta senang, aku angkut ja rak kasut ngan almari sekali hehehee...

yg mcm ni ok gak, selesa mcm aku pakai la ni, blh main hambat2 rifqy dr belakang, x pun kalau mr shaifull jalan laju sgt, aku blh baling kat dia :) wargahakhaka



yg mcm ni aku suka gila, tp cari kat vincci tarak, kat charles & keith dah ada, tp gatai nak cari tempat lain lg, sekali balik ngan kasut cabuk aku ja, tensionnyaaaaa..



gambar dr en google & blog kawan baru :)

esok dah khamis, baru cadang nak bawak rifqy dtg ofis pastu terus p potong rambut dia, sekali bos plak kata nak dtg ofis gak, sbb ada keja sket nak mintak aku buat, ish, camna ni, rambut rifqy dh gulung2 sana sini, sian dia..

nasi ayam dara

bila di office, waktu free tu, blh dikatakan chef wan pun boleh kalah ngan aku kumpul resepi, konon2 balik keja nak masaklah, kononnnn.

bila dah agak2 nak sampai umah, bila imagine balik, ala nak kena bawak keluaq ayam/daging nak tunggu cair dulu, alah, bantut selera aku nak masak. nak2 plak on the way balik umah tu dah imagine mcm2 makanan masuk dlm mulut, hisshhh lg bantut selera masak aku.

so bila dah kejadian2 camtu berlaku, kita harus cari alternative. mula2 kita mesti pengaruhi mr shaifull, bila dia dah setuju, baru blh jadi kan? heheheh...jom kita try nasi ayam dara.



sambil membeli sambil beramah tamah, biasalah mr shaifull, ramah mengalahkan mak aku. sama naiklah dua2 org tu. blh dia tanya kat kakak yg jual nasi tu, "ayam dara ni ayam apa kak?" kakak indon tu sambil tersipu malu pun jawablah, "entahlah, org di pasar sana cakap, ayam belum kawen". ha ambik hang, aku dah nak gelak kat situ gak.

nasib baik dia x jawab, "bukan mcm isteri awaklah", mmg aku 'hantaq' meja ayam dara tu ke langit ke 7, tengoklah. sekali dgn mr shaifull aku lambung.



sambil tunggu dlm keta, sambil snap gambaq sendiri. :)



muka yg penuh kepuasan x payah balik masak :) wargahkahakhakah

Tuesday, December 22, 2009

weekend yg sgt meletihkan

mmg letih gila!

ari jumaat, dr pg dah merantau p midvalley, beli barang2 keperluan nak balik kg. mr shaifull kata, tiap kali balik kg dia, mesti nak belanja byk sbb aku nak beli brg baru, tp balik kg aku, boleh pulak ulang2 pakai baju yg sama.

ahhh kt kg aku, x kisah pakai seluaq pendek cabuk pun, kat kg dia mana boleh buat camtu, satgi x-gf dia nampak aku pakai yg bukan2, takut dia ingat mr shaifull kawen ngan siti anak ponti plak, ha aku gak yg dpt nama. mana bulehkan??? x kira, nak beli baju baru gak.

sudahnya separuh beg isi ngan baju aku ja.

lip lap lip lap ja lampu kat midvalley, meriah sungguh.





gambaq wajib kami! :)

tp aku x paham ngan gambaq ni, mr shaifull nak ambik gambaq aku ataupun dia ada motif lain???



dah siap beli semua2, nak balik mesti makan benda ni :)



rifqy pun pulun gak, punyalah takut aku makan sorang.

sabtu plak lepas dah siap dobi mendobi, p jusco plak, dah dpt beg rifqy beg lama dah koyak, p sogo plak, bukan main lg nak p sogo, mcm ari isnin plak, punyalah ramai umat di jalanan. ishh x balik kg ka???

aku ngan rifqy tunggu kat sogo, mr shaifull p sorang ke jalan tar, cari barang utk bawak balik lg, tu pun x abis2 lg ni. fuhh nampak gaya nak kena usung lg 1 beglah, menjadikan semua sekali 4 beg, haa??? 4 beg??? sapa nak heret tu???

balik umah dah dkt kul 9 mlm, gila betoi, 2 hari berturut2 keluaq dr matahari sampai ke bulan.

hasilnya lps maghrib kelmarin, kami p klinik, rifqy demam, mr shaifull pun bawak keluaq ayaq dia plak, "lepas ni x boleh dah nak jalan2 lama2 sgt, sian eqy".

rifqy, cepat2 sembuh tau, nnt nak teman mommy jalan2 lg.

FedEx

mesti ada yg penah guna service FedEx ni kan?

aku bukannya nak cerita pasal service dia tu, tp dek kerana nak express sgt kot hantaq barang2 org, so jln terbaik adalah potong q, aku rasa tok wan dia ajaq buat keja camtu. kalau time angin aku monsun tropika x pa, kalau time barat daya, ni lah jadinya.



aku snap gambaq dia, sekali dgn plat no aku x padam, lantakkk.

nampak x betapa kurang ajaq dan kuang asamnya potong q mcm tu ja, padahal lane sebelah tu pun touch n go gak, tp kalau dah nama kurang asam tu, main cantas ja, nasib baik mr shaifull yg drive, kalau kena aku yg kesabaran senipis kulit bawang ni, merasalah dia tgk 1 jari ja dr 5 jari aku.

dgn signal light tarak, hangpa x sakit hati kalau camtu? nah, aku up satu lg gambaq dia, nasib baik muka dia x dan aku nak snap, kalau x, glamer driver FedEx tu.



siap dgn no aduan LPKP lg, tp tetapppp gak perangai serupa babun, rasanya driver tu x penah sedaq pun kat belakang van yg dia drive tu ada no aduan LPKP tu.

p/s : kepada abang2 driver tu, tlglah berhemah sket cara pemanduan tu, kalau kena dgn road bully x ke naya je pecah kepala tu kena hentak ngan besi kalau main potong2 q camtu.

Thursday, December 17, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest





buat julung2 kalinya aku teringin nak join contest yg dianjurkan oleh cik ezzan. sbb aku nak join, x payah karang apa2, just letak gambaq, n elaborate sket2, aku soka :)

so ezzan, ni gambaq saya, bukan cilok punya! x caya tanya followers saya.. hehehehe...

Wednesday, December 16, 2009

"flymas.mobi - as Easy as 1,2,3!"

(This Is A Sticky Post, Scroll Down For New Entry!!)




ingin bercuti bersama keluarga? nak cara yg lebih mudah, hanya di hujung jari anda, sambil duduk2 minum kopi bersama keluarga, pun boleh booking ticket. kata hp semua dah canggih kan, mestilah boleh access internet, x gitu? :)

so apa tunggu lg, terus ke flymas.mobi.

bukan setakat nak booking ticket ye kawan2, semua boleh dibuat kat sini. antara kemudahan hujung jari yg disediakan :

* book flight

* view itinerary

* view special offers

* boarding pass

* seat selection

* check in

ada lg lah benda2 yg mmg memudahkan kita x perlu nak susahkan diri bercakap di telefon utk call travel agent, x perlu nak q panjang2 utk check in, kata nak feeling diva kan hehehehe...

u all akan sentiasa diupdate dgn offer yg best2, ye lah, hp kan selalu kat tgn je, x penah nak berenggang, kat dlm toilet pun boleh lg nak check, mmg betul2 'as easy as 1,2,3!' lah. kalau kat laptop, x kan nak heret sekali kalau nak masuk toilet, busukkkk...belengas keyboard nnt, kan?

kalau dah rasa2 diri tu pelupa, blh gak nak view itinerary, jgn nnt org dah terbang pukul 2, kita plak baru nak mandi, x ke menyusahkan diri, org dah bg kemudahan tu, apa lg, gunalah.

kawan2, "Fly with MAS, fly the easy way, flymas.mobi.

bausch & lomb - ReNu MultiPlus Lubricating and Rewetting Drops



teman setia aku la ni, mmg comfortkan bijik mata la, bila agak2 dah setengah hari pakai contact lense, dropkan kat bijik mata sket, blink2, dah selesa :)

kawan2 guna eye drop apa (yg pakai contact lense)?

dah confirm!

yeehoooo stress, sedih, tension, sila dok di bawah, aku nak terbang di ketinggian 30,000 kaki.



gambaq last year!

td mr shaifull call aku bgtau tiket dah confirm, oklah tu, walaupun mula2 ada prob, tp dah settle kot. asyik org lain ja p bercuti, aku pun nak gak 'bercuti' dr semua kecelaruan dlm kepala ni. kuching, wait 4 us!

ok, kak, umai 1!!! slurrrpppp!!!!

Tuesday, December 15, 2009

aku kepanasan

panas gila kat sini, mengalahkan berjemuq kat jln tar waktu shopping di bulan puasa, mmg gila sengsara. semua sibuk on kan kipas masing2, terima kasih utk depa sbb x provide kipas utk aku di waktu2 kritikal mcm ni.

tp nasib ada tempias2 iman tu, blhlah rasa sejuk sket (psiko). hishh jgn marah kalau aku x rajin nak buat keja hari ni, aku malas nak berjalan, sbb panas gila, sapa lah x bayaq bil ni, sampaikan x rasa secubit aircond pun kat tempat aku niiiii.

apalah dosa aku tah, ooiiiiii baiki aircond cepattttttttttt, aku panassssss.

abang, bawak aircond kat umah p ofis blh x? panaslah

Monday, December 14, 2009

senjata aku yang paling berharga

vacuum cleaner!!! yes, mmg tu senjata paling berharga, mana x berharga, selain menyedut habuk, kotoran, rambut aku yg luruh 10 helai setiap 2 minit, rambut mr shaifull 20 helai setiap seminit, sawang dan yang paling penting, nak bg rifqy duduk diam2 statik di satu tempat.

kalau aku buat keja lain, contohnya masak setahun 3 kali, sorry lah dia nak duduk diam2, kalau dah dia duduk x diam, tu sbb aku x blh masak, logik kan alasan tu? :) heheheh...

tp kalau time aku vacuum, hang bglah periuk belanga sudip segala apa pun, dia x akan nak, yg dia tau dia hanya nak duduk diam2 atas sofa, tgn sebelah letak atas tempat sofa tu, lg 1 pegang lutut dia, mmg aman. sbbnya??? dia x suka ngan vacuum tu, err dlm erti kata lain, dia takut kot sbb benda tu blh sedut semua benda.

maybe dia ingat vacuum tu blh sedut dia sekali kot, ah x kisahlah yg penting keja aku jalannnn.

dah nak dekat 7 thn aku guna vacuum tu, elokkkk ja aku sedut dr umah sewa kat damansara damai, sampailah ke rumah sendiri kat BCH tu, tp dek kerana tgn org yg x reti diam, punahhhhhh vacuum aku.

terima kasihlah utk mr shaifull sbb dah merosakkan vacuum aku semalam. selama aku guna, x penah aku nak pusing sampai full blast, nak vacuum habuk dlm keta ja pun, bukannya nak sedut gajah. dahlah rosakkan barang aku walaupun dia yg beli, buat muka x bersalah plak tu. lepas ni kalau rumah berhabuk, jgn salahkan i, letih tau nak sapu ngan penyapu padahal zaman dulu2 ok je.

tp x pe bang, td i dah survey kat sogo, sambil temankan wani beli hadiah kawen utk officemate dia, apa ada hal kan, 7 thn sekali je beli brg yg sama, kira jimat tu :) nasib baik rosak, kalau x dah lama kilang brg elektrik tu tutup :) kihkihkih...

kihkihkih...agak2 mr shaifull tgh buat apa la skrg ni, hujan lebat gila, tah2 lebat lg ayaq mata dia tgk harga vacuum yg aku survey tu. ha kita beli yg ni bang, kuat sedut ni, bukan takat habuk, abg pun i blh sedut sekali heheheh...

Sunday, December 13, 2009

ELLE

aku berkenan ngan 1 kasut ni, agak2 yg mana suit me most?



yg mcm ni ke, yg ada tali lg cantek? :)

Saturday, December 12, 2009

my, nak nom!

tajuk tu x dak kaitan pun ngan n3 ni, tp dah nak sgt title kan, letak ja lah, satgi x letak derhaka plak.

dah lama x update pasal rifqy, byk benda baru yg dia dah paham, dan makin memahami. aku harap kami dpt didik dia dan sentiasa ada di samping dia, sampailah dia dah blh berdikari, dan dah blh buat keputusan sendiri, tu doa aku.

ni port favorite rifqy, kalau rasa bosan main bol (ball), dah bosan drive keta tolak ngan kaki, dah x larat selongkaq kitchen kabinet, ni lah tempat dia relaxkan diri. muat2 ja ngan badan dia. :)







jgn tanya aku, apa motif ambik gambaq camni, aku pun x tau, ni keja dia 2 beranaklah ni, pastu siap masuk ngan lubang hidung adik lg, apa kes???

Friday, December 11, 2009

i'm addicted to dior addict!

bismillah..nak buat n3 ni kena bismillah dulu, bukannya apa, aku takut mr shaifull pengsan kat ofis plak. so, bila dia dah bismillah siap2 tu, dia boleh pengsan ngan senyum, pengsan dlm imannnn. :) hehehe

td temankan wani p sogo, p kat MAC, shopping sakan minah tu, aku yg hasut, sampaikan SA tu boleh kata aku 'hantu'. masa kat MAC tu bukan main beriman lg muka aku, dgn niat, sahaja aku temankan wani p shopping dan aku akan balik dgn makanan utk lunch.

pastu budak tu dah p bayaq, aku plak ajak dia p 'survey' lipstick, sbb lipstick benefit aku dah nak sampai ke hujung tanduk dah. so mmg nak kena beli pun kan, habih tu x kan aku nak p ofis ngan pucat lesi x sapu apa2 kot? tp masa tu nak 'survey' ja pun.



bila dah sampai kat kaunter tu, teringin plak aku nak try, aku mintak dia cari kaler pink2, aku nak 'survey' dulu. pastu dia ambik 2 3 kaler, dia suruh aku try. masa ni niat dah terpesong sket. sekali bila dah try, heheheh terpesong teruslah mr shaifull, apa nak buat, dah selamat berada dlm henbeg dah pun lipstick tu :)

tp aku bengang gila ngan sorang minah SA ni, maybe dia ingat aku saja2 duduk try2 lipstick yg ada kat situ kot, ceh aku x ingin nak duduk kat situ kalau aku x nak beli, bukannya aku bangang sgt, dgn muka poyonya, dia tanya kat SA2 lain, aku ni customer sapa.

pastu aku sound lah jugak budak SA yg p ambik lipstick utk aku tu,

"colleague u ingat i saja try2 lipstick kat sini ke?"

cepat2 dia jawab,

"x lah".

kalau dia buat poyo lg, mmg nak kena maki ngan aku lah tadi. lgpun dah lama aku simpan bakat terpendam tu. kalau aku bawak keluaq tadi, mmg menjejeh hingus budak pompuan tu kena ngan aku.

p/s utk-pompuan-sales-girl-kat-dior-sogo-yg-perasan-vogue : jgn pandang org x dak mata ok, nnt aku cungkil bijik mata tu, mmg betul2 x dak mata nnt!!!


p/s : utk klinda, dont worry, ct x lupa, nnt ct bgtau k! :) hehehe...


p/s : utk wani lak, thanks tlg ambik gambar akak tadi! nnt shopping sama2 lg ok.

shopping di jusco, mmg berbaloi!


kalau tanya aku, kat mana aku shopping stok barang umah, mmg jusco, sejak dr mula kawen, sampailah la ni, mmg x dak tempat lain aku nak tuju kalau utk stok barang umah, mmg kat situ, situ gaklah :)

bg aku mmg berbaloi gila, contohnya utk diapers rifqy, kalau kat tempat lain, kadang2RM40 (lebih kurang) utk mamy poko pants (L) 24 keping, tp kat situ aku blh dpt RM35.90 utk super savers, dan kadang2 diaorg bg diskaun lg utk jcard member, dptlah RM32/RM33 camtu. mmg worth it lah.

mcm dynamo, nappikleen pun sama gak. mcm hari tu, milo 1kg RM16 kot x salah kat ****, tp kat jusco RM26 utk 2kg. mmg haruslah ambik terus kan kalau time2 camtu. nak tunggu apa lg, bukannya blh buat sendiri pun milo tu.

wet tissue anakku, RM10/RM11 je utk pek kembar yg besaq tu.

apa lg kawan2, jomlah daftar utk jadi j card member, byk keuntungan, boleh redeem voucher, blh collect points, blh enjoy shopping masa j card day, dgn hanya RM12 yuran ahli, bg aku, menang membeli menang memakailah :)

kawan2 suka shopping stok barang umah kat mana?

muka sengsara/happy? time kena bayaq. err abang, yg dlm trolley tu jgn lupa hehehehe...

Thursday, December 10, 2009

selamat pengantin baru!

mmg penat gila travel ke batu pahat ari tu, dahlah check in hotel kul 11 mlm, sila ambik pengajaran, simpan cuti utk hari depan. (peringatan utk diri sendiri).

sampai kat hotel, terus ambik kunci bilik, terus p makan kat seafood mana tah, bakal pengantin bawak, sedappp. makan x hengat dunia, maklumlah kena drive dr ayer keroh sampai pelican hotel, batu pahat. (cakap mcm kena banting padi seguni) gambaq hotel x snap, tima kasih kat diri sendiri gak, sbb battery baru sebeban dlm travel bag tu, aku ambik, letak kat bawah katil dgn alasan x nak beratkan beg, dah 1 hal on the way nak ke masjid singgah merata kedai cari battery. x pasai2 kena zikir ngan mr shaifull.

hotel adalah ok bg aku, kami bahagi2kan, 1 bilik utk ladies, 1 bilik lg utk ayah n the geng. anak buah aku sibuk nak tukaq bilik, bukan setakat anak buah, ngan mak aku sekali kalut nak pindah bilik, nak bilik ayah sbb bilik tu ada bath tub n luas, x mcm bilik kami, dgn 2 katil single, tp yg penting aku suka hotel ni sbb toilet adalah bersih. sudah2nya aku guna kuasa veto, dahlah letih p ofis, x sempat rehat, teruih drive sampai ke batu pahat, pastu dah sampai terus p soru, dah balik bilik nak mandi n tunaikan kewajipan, depa plak kalut nak tukaq bilik, mana boleh jadi, 'tdoq sini ja lah'.

meriah sgt perkahwinan org johor ni rupanya, byk adat walaupun masjid tempat akad nikah tu adalah menyedihkan, kami terkejut gak mula2, aik mcm x penah guna ja masjid ni, tp redha ja lah, dah tempat org kan.



ambik berkat, kita mulakan ngan gambaq en abdul aziz & pn musalmah :) heheheh...



sila abaikan tudung aku tu, sementara nak sampai ke masjid tu, rifqy pusing sana pusing sini, tu lah ni lah, dah x 'seindah biasa' :) wargahkahkahaka waktu bergambaq sila jaga diri sendiri, mommy nak posing ala2 single :)





gunakan tech yg ada, so x payah bersusah payah nak tepek satu persatu :) thanks to zaila.

benda yg paling bodoh aku penah buat kat kenduri cousin aku, aku x bergambaq langsung ngan pengantin, terima kasih byk2 gaklah atas 'kebodohan' yg aku cipta sendiri ari sabtu ari tu :( siap ada majlis serah anak, nasib baik perlis x buat camtu, kalau x jenuh nak tunggu aku baca satu perenggan tu sehari semalam, ya lah, mana nak control cantek lg (cantek ker), mana nak baca lg, mana nak lap ayaq mata lg.



dah alang2 depa duduk kat tangga tu, aku snap ja lah, blh letak dlm majalah mangga edisi raya :) kihkihkih... mmg klasik sungguhlah tangga tu. ashrar (cousin aku), fathen (my niece), yg lg sorang tu x payah diperkenalkan lg lah kot, pelakon tambahan kat blog aku ni, x lain x bukan, adik :) clap clap clap



x nak kalah, kawan2 adik aku, dr jb & segamat kalau x salah, dr kami kat masjid, sampailah kami dah nak balik kl, barulah budak2 ni sampai, aku x tau depa ikut jalan mana, p u-turn kat tol sg besi dulu kot :) tu ja lah kot sekitar majlis yg aku p ari sabtu lepas, sabtu ni aku x balik. mintak2 majlis kat kangaq nnt meriah cam kat batu pahat gaklah.

pada org batu pahat, terima kasih sgt2 di atas layanan anda, mmg selesa. utk semua cousins aku, next time kalau ada 'gathering' camni lg, harap2 dpt semua menghadirkan dirilah, jgn menguzurkan diri plak, x happeninglah :)

p/s : selamat pengantin baru utk adik shakir & adik elly. adik elly, welcome to our family!

doa

ya allah ya tuhanku, bglah kekuatan kat aku nak update blog hari ni! :) heheheheh...

jgn marah arrr...

Wednesday, December 9, 2009

aloi aloi heheheh...

rifqy x blh nak sebut ngan fasih lg berbaloi2, so dia just ambik yg belakang ja, aloi2, kira oklah tu dr x leh sebut apa2 langsungkan? :)

bukan nak cerita pasal celcom blue tu, tp nak cerita pasal jusco voucher, kami decide x nak redeem barang, just ambik voucher jusco, so blh tambah duit barang dapuq, brg yg dpt pun aloi aloi lah kan.

mula2 aku nak redeem half2, voucher jusco sket, padini voucher sket, tp kalau nak padini voucher tu kena tunggu 3 bln, cehhh baik x payah, buatnya umuq pendek, harus x merasa aku nak shopping ngan voucher tu :)



nilah hasil 'titik peluh' kami, yg kami belanjakan kat jusco selama ni, tp aku x redeem semua, simpan utk hari tua sket :)

Monday, December 7, 2009

fondant kek - ida bakery

sblm cerita panjang pasal wedding cousin aku tu, aku tepek gambaq kek yg aku tempah dr ida bakery. kalau sesapa nak tempah lepas ni bolehlah klik kat link tu ok.





mmg penat x terkiralah, kiranya melepek lah semua mcm kain buruk kat dapuq, sbbnya keluaq ja ofis 4.30 ptg ari jumaat, dgn jamnya, tunggu mr shaifull, pastu x lama pastu, ayah aku plak sampai, terus bertolak ke johor. kalau x jam, dah lama sampai aku rasa, ni sbb jam, terpaksa lah tadah pungkoq kat kusyen keta tu 3 jam lebih, terima kasih jam.

org check in hotel kul 2.00, kami lak check in kul 11 mlm. esoknya tu, 6.30 bgn semayang subuh, terus siap2 mandi, sbb kul 8 dah nak ke masjid utk akad nikah, lebih kurang cam aku p ofislah :( huhuhuuuu...

tp mmg happy sgtlah, sbb dpt jumpa semua cousins, yg dr kangar, melaka, johor, mmg enjoy gila walaupun sat ja jumpa, tp at least taulah kewujudan antara satu sama lain.

Tuesday, December 1, 2009

facebook o facebook

sebelum aku kena lempang ngan kaki oleh xiana, klinda n ksherry (yg aku tau akan hangin), baik aku buat n3 ni awal2.

errr actually, aku sesaja gedik create acc fb, konon2 nak feeling2 fbians (word aku sendiri) lah, sekali office aku terlupa nak pasang 'cawat besi' rupanya hari tu, patutlah elokkkkk ja aku boleh bertandang ke website tu, sekali rupanya sehari tu ja dia terlupa pasang, hari2 yg seterusnya dia dah pasang balik 'cawat besi' dia tu.

apa lg, meloponglah aku, bila aku check yahoo mail aku hari ni, aku senyumlah sorang2 kat monitor ni (mesti org lalu lalang ingat aku dah gila senyum kat pc), ramai kawan2 dok add aku, accept aku lah, dan mcm2 lglah. termasuklah 3 nama di atas tu, sbb masa hari yg ofis aku terlupa pasang cawat besi tu, aku dah siap invite kawan2.

hehehe nak say sorry sgt2, x dptlah nak 'borak' ngan member2 kat fb, dahlah 'cafe tempat lepak' aku pun kena block, apa kena tah ofis ni, semua nak block, mcm mana aku nak ber'fb' ngan pm kalau camni, heheheh alasannn

errr sorry tau kawan2, sorry sgt2, nnt kalau ada rezeki aku, blhlah kita ber'fb' sesama lg heheheh...

special n3 for dny n nurul!!!

happy birthday to u, happy birthday to u, happy birthday to dny n nurul, happy birthday to u!

heheheh aku bukan lupa, tp bz dgn keja2 umah (ayat org pelupa).

utk dny (29/11) - happy birthday, hang tau kan aku sayang hang, jaga diri, jaga anak elok2, tu hadiah yg paling bernilai utk hang thn ni, jgn lupa jarn bila dah ada baby ni, baby besaq pun nak kena jaga gak tau :) aku doakan hang sihat dan dlm peliharaan allah selalu..

utk nurul (25/11) - happy birthday, hang pun tau aku sayang hang, jaga diri, jgn lupa semua kenangan kita dulu, same goes to dny, lupa nak mention tadi, best kan dulu2, tahniah utk hang n asri, dah nak masuk 3 anak hangpa kan? aku doakan hang dimurahkan rezeki dan jgn lupa aku yg jauh di mata hangpa 2 org tau :) hehehe..

take care to both of u!!