Monday, January 25, 2010

fisio!



gambar dr sini

tadi dah p fisio kat HSB, ok tapi pasai pa aku rasa mcm lg teruk ja sakit ni? err tunggu next appt, pastu MRI.

nak turun p 3rd floor sat, nak beli wafel letak jem & butter, makan ngan milo panas, sedappp!

Saturday, January 23, 2010

anniversary

aku tgh confuse ni, anniversary tu count on the day kita akad nikah ke hari kita sanding??? sbb kalau hari akad nikah, masa aku akad nikah tu dah malam sgt, lepas tu balik umah masing2, sampaikan aku nak bergambaq ngan mr shaifull pun x sempat2, mak dia asyik jenguk dlm bilik ajak balik.

padahal masa tu bukannya kami duduk berdua2an pun dlm bilik, ada cameraman lg, ada mak aku, makcik2 aku. tp kalau berdua2an pun apa salahnya kan, alah, mcm x biasa plak, opss terlebih sudah.

esoknya tu, lepas sanding, mlm tu baru mr shaifull tdoq kat umah aku. barulah nak merasa aman sket, x dak org nak panggil2 dah, tp aku plak malu2 kucing nak masuk bilik bila sekali aku tgk kat dlm bilik aku, mr shaifull tgh nak salin baju nak mandi, aku x taulah mandi hadas apa, sbbnya aku mandi kul 7 pg, lepas tu p salun abg wan (tp sama mcm kak wan perwatakan dia), pastu sampailah ke malam dok layan org.

mlm baru ada masa nak mandi, nak bukak sanggul yg dah kejang serupa ketul ais, tp nasib baik sanggul tu cantek :) nnt bila aku rajin, aku letak gambaq kawen yg lawak tu kat sini, mr shaifull selalu gelak bila tgk gambaq kawen tu, dia kata pelamin tu fesyen lama, elehh gelak2, bukannya aku bersanding sorang, dia pun menumpang sekali atas pelamin tu, pangg mau???

kadang2 bila geram sgt dia dok gelak pelamin tu (bukannya nak kesian kat aku arrange benda tu sorang2 sana sini mcm nak mati dia plak dok goyang tuttt kat sarawak), aku jawab ja, alahh pelamin x cantek x pa, pengantin dah cantek, kalau pelamin cantek, pengantin serupa halimah jongang x guna gakkk. err (no offense ok)

Friday, January 22, 2010

hehe confirmed!

aku x dak kat umah next week, sila ambil maklum. aku nak keluaq dr kl, tp bukan utk selama2nya, kalau selama2nya, aku mesti tgh kalut ambik ayaq semayang, nak buat solat taubat la ni, tp utk 3 hari ataupun 2 hari x confirm lg, tp yg confirmnya aku dah booking utk 3 hari 2 mlm.

saja aku nak celebrate anniversary kali ni lain sket, santai tp meriah utk kami 3 org. lgpun saja nak release tension, dah lama sgt aku rasa kami 3 org x 'keluaq' dr kl, kali ni nak ber3, santai, x kelam kabut, relaxxxxx ja yg paling penting happy.

walaupun bukan ke bali, australia ataupun phuket, tp bg aku dah cukup happy dpt p pd asalkan cukup korum kami (mr & mrs shaifull & rifqy).



walaupun hanya kat sini :)

tp kalau nak ke pantai, kalau ada benda ni lg best, boleh layan rifqy sambil mr shaifull buat bbq utk kami, aku plak tunggu tadah perut ja lah :)

mesti rifqy happy kalau dpt benda ni, ari tu dah jumpa kat tesco rawang, tp x beli plak sbb x dak plan pun. err x pa, esok blh p beli hehehe...



durhh boringlah, apa nak buat lunch hour ni?

Thursday, January 21, 2010

hang ada mcm ni? aku ada!

cuaca kat luaq, elok ja, walaupun hujan, tp x dak plak aku tgk ada guruh petir kilat ke apa, tp kt dlm umah, mcm dah perang dunia.

aku x tau pasai pa, nak dukung x nak, nak bg susu x nak, nak temankan x nak, bg minum x nak, bg tu x nak bg ni x nak, kalau bukan kat umah org, dah lama aku bg tangan, yg tu kot dia nakkkkk.





sampaikan dah mcm ni pun, ada hati lg nak gaduh ngan aku, aku bg dia baring elok2 atas bantal, ohhhh x nak, bgn balik sambil pejam mata, ngantuk rupanya, tp x nak lena sbb nak main, aku biaq kat situ, last2 terlena mcm tu ja, herannn. ikut sapa lah mcm tu sgt??

Wednesday, January 20, 2010

kek lapis susu

hehehe...aku tau salah sorang org yg paling x percaya aku buat kek lapis sendiri ni, pastinya x lain dan x bukan, kak linda :)

tp percayalah klinda, ni bukan lakonan semata2, tp ni adalah kenyataan, jgn kata klinda, aku sendiri pun x berapa nak percaya aku buat kek ni ari tu, dlm sakit2 pinggang tu, aku nak buktikan kat mr shaifull, aku bukannya kongkang sgt kan, aku bukannya bodoh sgt dlm bab memasak ni, cuma kerajinan aku tu terserlah sket dr org lain.

kak nor (my in law) sibuk nak buat kek utk aku bawak balik kl, aku tanya dia, senang x, dia cakap senang, tp aku x percaya, mana boleh senang sgt kan, level senang dia ngan aku mana boleh compare kan, dia tahap sifu buat kek, aku plak, jgn kata sifu, buat kek x penah, makan kek selaluuuu :)

bila aku tgk resepi tu, ok, senang, mmg level aku, beginner. oklah, dah siap semua bahan2, cikgu aku (anak dia) mimi yg tolong supervised keja aku, mmg dia x tlg langsung tambah2 lg bab2 nak lapiskan kek, dia cuma bgtau, aku buat. mmg puas hati.



masa tgh proses, aku pun sama naik berpeluh ngan oven tu, redha ja lah.



tp yg sedihnya, lupa nak ambik gambaq bila bawak keluaq dr oven, sbb aku dah sibuk p mandi, berpeluh gila rupanya nak buat kek ni, ni baru buat yg 2 lapis ja, kalau buat yg guna botol sos tu, x pun yg sulam2 batik tu, mau 3 hari 3 mlm aku lena x bgn, biasalah aku kan over.

tp bestlah sbb dpt ilmu memasak balik kali ni, thank you kakak! :)



p/s : resepi x ingat, kena balik tgk resepi dlm buku smk demak, kuching, thanks utk wani gak sbb bg usu amy buku kosong tu :)

Tuesday, January 19, 2010

me & MRI

ya, aku x berapa sihat, sehari sblm balik kch, aku kena attack lg, selalunya dgn 2 3 papan pain killer, kapoofff, sakit tu akan nyah dr hidup aku, utk 2 3 bulan, atau paling lama 1 thn lebih, tp sekali2 ada jugak dia jengahkan muka, tp bila kena 'jampi' ngan pain killer aku, gone.

tp sehari sblm nak blk kch, aku x blh nak bend, x blh nak luruskan badan, x blh nak tu x blh nak ni, rasa nak nangis dah masa tu, aku x blh imagine mcm mana aku nak balik sana dgn bawak si sakit ni sekali, hampeh betoi. tp aku gagah jugak, sbb kesian kat mr shaifull, lgpun ari tu dah raya kat umah mak aku.

lgpun semangat tu lain sket sbb mr shaifull belikan kasut baru hehehe...

sampai ja kat sana, apa yg aku rasa, melepek gila, rasa mcm nak mati mlm tu gak, sampaikan mr shaifull nak keluaq beli makanan ngan abg dia pun, aku paksa suruh bawak si rifqy sekali, effect dr ubat tu aku rasa, mmg mengantuk gila, yg aku tau, aku nampak bintik2 putih & hitam.

mmg aku x tentu raba nak bukak mata masa tu, aku tdoq atas karpet kat sebelah katil, apa motif aku tdoq atas karpet tu pun aku x tau, padahal katil ada dok sebelah mata, tp aku nak panjat katil tu pun aku rasa x dak daya. yg aku ingat, mr shaifull bgtau dah nak keluaq, pastu aku terus pejam, sampailah dia balik ajak makan, pun aku x makan, mmg aku x selera langsung nak makan sbb layan 'kekasih gelapku' ini.

sampai ke hari ni, aku asyik mc keja mc keja mc keja, tp yg paling byk, mc lah dr keja, sampai aku x larat nak jawab dah soklan2 org ofis yg prihatin ngan kesihatan aku ni.

25/1 aku kena p fisio. pastu 11/2 MRI, well, just wait n see. aku hanya doa, x dak benda yg pelik2 dr tu bgtau aku, biaqlah benda yg biasa2 dan sedap telinga aku nak dengaq. insya-allah.

adakah MRI kat malaysia semuanya mcm ni?



MRI scan

kalau ada yg mcm ni, alangkah bestnya, x lah menakutkan sgt waaaaa



open sided MRI, agak2 Kementerian Kesihatan blh order yg mcm ni x utk aku? :(

Monday, January 18, 2010

happy belated birthday abang!! (13th Jan 2010)

happy birthday abang, sayang abg sangat2. terima kasih sbb jadi 'abang' & 'ayah aka abah' utk i & rifqy. walaupun x berapa sihat, i x lupa birthday abang tau, err hadiah pun akan menyusul kemudian la tu, tp i akan pastikan hadiah tu abg dpt sebelum 1st of april, la la la la...

eh lupa plak, semoga abang sihat sentiasa (boleh jaga kami 2 org siang & malam)

semoga abang byk duit (blh kami pau)

semoga abang bertambah kesabaran (blh layan kami dgn muka manis walaupun dlm hati dah serupa cuka)

semoga abang tabah (dgn perangai kami 2 org)

semoga abang sentiasa happy (blh gembirakan kami)

semoga abang sentiasa baik (baru padan ngan kami yg nakal) :) wargahkahakahka




i love u (baca dgn nada yg i selalu guna) :) muahhhhhh

Tuesday, January 12, 2010

KLIA & MAS

sampai kat klia nak dkt kul 1, punah harapan aku nak tgk lama2 tudung tierack, tp gagah gak singgah, walaupun terpaksa patah balik ke hujung sana huhuhuuu..

tp yg ada kaler merah, corak x cantek, sedih, baru berangan nak try 1, sekali punah harapan aku.



dua2 beranak tgh check in. aku tunggu kat sebelah sambil pegang handbag hehehehe...



tension betoi, dahlah balik bawak penyakit, aku bawak sekali 2 ketul jerawat kat muka, hampeh. elok ja depa nak served makanan, rifqy pun mintak bekal dia, dpt ja bekalan dia, terus lena, alhamdulillah, senang aku ngan mr shaifull nak makan, dahlah ruang sempit, luas lg jamban rumah aku.



yg bestnya dia lena sampailah ke kch, x ka rahmat namanya tu. untung tau guna MAS masa school holiday ni, dptlah merasa makanan kanak2 :)



yati, nasib baik i dpt gak :) kalau x mesti meroyan (mcmlah x leh beli sendiri, biasalah benda free lg sedap, x gitu?) ha ambekkk aku letak large lg gambaq ni, biaq semua terliuq pagi2 ni. nampak x kaki rifqy terjuluq sampai ke hujung tu? siap ada nasi beriani 2 3 bijik terjatuh atas socks dia tu, punyalah sedap makan beriani sate di ketinggian 30,000 kaki :)

to be contd...

Monday, January 11, 2010

cheeky monkey, great eastern mall

fuhhh lega!!!

sehari sblm x-mas, bawak rifqy p potong rambut, mcm dah jadi acara tahunan plak, asal nak x-mas ja mesti potong rambut. kalau yg sblm ni, asal balik dr potong rambut dia ja, mesti aku ngan mr shaifull hilang upaya, nasib baik bukan hilang upaya kekal, hilang upaya buat sementara, dlm 2 3 jam sblm semangat tu nak masuk balik dlm badan.

lepas 2 3 jam kena terapi makan, barulah pulih balik semangat kami 2 org, mana x nya, potong rambut mcm org nak kenduri 10 ekoq lembu, punyalah seksa mental & fizikal. kalau boleh nak ja aku suruh aunty tu potong sampai botak, sbb dia punya trauma tu mmg x blh blah.

tp kali ni alhamdulillah, mmg ok, cuma separuh jalan lepas tu, dia suruh mr shaifull dokong, oklah tu drpd dulu, rasa mcm nak kena paru2 berair layan dia potong rambut.



sblm p potong, mcm ni lah keadaan rambut rifqy, jgn kata org lain, dia sendiri pun x sanggup nak tgk, sampai tutup mata. hehehehe...tp bg aku, rambut kembang ka kempis ka, tu lah busuk masam aku sorang, mana ada yg lain :)





senang relax camtu ja org tu potong rambut rifqy, apa tah nama cina tu, lupa plak aku, tiap kali p tanya, tiap kali p tanya, tp tiap kali tu jugaklah aku lupa, sapa lah dok bg aku makan semut ni, sampai pelupa mcm tu sgt, tp yg peliknya, bab duit aku ingat plak :) wargahkahkaha



barulah senonoh sket rupa anak aku.

thanks to cpm yg suggestkan tempat ni, actually aku tgk anak dia potong rambut kat situ, mcm comfortable ja, tu yg try kat situ, pastu mcm puas hati ja plak, teruslah jd pelanggan tetap :) thanks cpm. utk sapa2 yg nak try, bolehlah p, kat great eastern mall, jln ampang, cari kat dlm tu, mesti jumpa.

hopefully, lepas ni, x payah nak dokong2 lg kan rifqy, blh terus duduk atas keta mainan tu, sambil aunty tu potongkan rambut rifqy, insya-allah. :)

hai kawan2 :)

aku baru masuk office, nasib baik x lupa password blog ni.

1 minggu cuti, 1 minggu mc, nnt aku update lg, nak clearkan keja office dulu. mcm2 benda nak buat, bfast pun x lg ni, err ada sapa2 nak buat free delivery kfc punya bfast utk aku x? anyone???

ha?? abang nak antar kfc kat i? :) hehehehe...mesti dia punya ayat mcm ni, abg pun makan kat mamak, eleh aku dah tau ayat2 yg akan keluaq, menyampahhh..

oklah nak buat keja dulu.