Thursday, February 25, 2010

Enfagrow A+

sblm CNY, aku ngan mr shaifull sket2 lg nak kena heart attack, mana x nya, bila susu rifqy dah nak abis, biasanya kalau dah keluaq ayat nak abis tu, mmg setakat boleh bancuh sebotol ja lg, so mr shaifull p tempat biasa kami beli susu rifqy, kat kawasan umah ja pun, kedai cina, murah pun murah, 1.6kg baru RM83.90, kalau nak banding kat hypermarket ngan jusco, lebih dr tu.

sekali dia keluaq dr kedai cina tu melenggang kangkung, x bawak apa2 pun kat tangan, aikkk, awat plak. dan2 mai bgtau aku, gain plus dah x dak yg original flavour, yg ada vanilla, aku pun jawablah (biasalah kalau x jawab bukan aku), cari kat tempat lainlah.

pastu dia jawab balik, nak cari kat tempat lain apanya, cina tu kata dah x de original flavour, yg ada vanilla, carilah kat mana pun, kilang yg buat camtu. haaa???dahlah rifqy bukannya senang2 camtu ja nak susu yg ada flavour2 ni melainkan yg original.

nak x nak dgn2 aku sekali turun p kedai cina tu, kenalah cari susu lain, ish matila, susu bukannya murah2, semua mahai2, kalau takat nak test sekali bancuh pastu dia x nak dah, jenuhlah.

berpusing2 gaklah aku ngan mr shaifull kat dlm kedai cina tu bersempit2, tau je lah kan, kedai cina kan barang penuh, nasib baik bersih, rifqy plak mcm biasalah, tlg bangla tu susun barang, x larat nak bercakap ngan dia, aku diam ja lah cari susu ngan mr shaifull.

pk punya pk, last2 decide nak ambik enfagrow A+, dr segi pembacaan org yg x pandai bab2 sains mcm aku ni, mmg oklah susu tu. ni aku copy dr website dia.





*During your child’s growing years, he is exposed to various stimulations. These help his brain cells establish and strengthen communication with each other, which supports learning.

As he explores and learns, he may come in contact with harmful elements like germs that are ever present in the environment. This might have an impact on 3 key aspects of his body resistance:
Respiratory System
Digestive System
Resistance to other common illnesses.

Enfagrow A+ is formulated with More than 4 times DHA** and new Triple Protection GuardTM*.

Give him the right nutritional support for optimal mental and physical development. Because stronger children learn more.

DHA, Dietary Fibers (Inulin & FOS), Protein, Zinc, Iron, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamins B6 and Folic Acid
In comparison to previous formulation (Smart 10)

pastu kebetulan plak masa kat tesco rawang, jumpa plak ngan consultan dr mead johnson, bila dah dengaq dia punya explanation tu, mmg aku ngan mr shaifull puas hati sgt2lah sbb tukar ke susu ni mcmlah kami yg minum.

cumanya dlm hati masa first time ambik susu tu, hehehe..murah sket susu ni, sekali haaa ambik, 1.7kg RM93.50, tu pun kat the store kangaq, kalau kat tesco RM94.50 ke RM95 tah, aku pun dah x ingat. ish melebih2 plak dr biasa, x pa lah, asalkan rifqy sihat, suka susu tu, mahal ke murah ke, ayah ngan mommy x kisah.

semalam aku naik atas jap nak ambik barang dlm bilik, sambil naik tangga sambil aku cakap ngan rifqy kat bawah yg tgh tgk tv, "jgn ikut mommy, mommy naik kejap je, kejap lg mommy turun". yg aku tau bila abih ja aku sebut perkataan turun tu, dia dah ada kat belakang aku dlm bilik, ya allah budak ni, salah sapa tu, salah susu yg terlebih DHA ni kah???

Wednesday, February 24, 2010

esok aku cuti sampailah ari ahad!

utk esok, aku terpaksa apply cuti sendiri, sbbnya ada appointment kat HSB. hospital gomen = aku keja gomen. aku malaih nak mintak time slip ngan hospital gomen tu, sbbnya bila aku bawak ke office, bos aku x percaya tu time slip dr hospital gomen.

jgn kata time slip dr hospital gomen tu dia x caya, sampaikan slip aku buat MRI pun dia x caya gak, time slip utk fisioterapi aku pun dia x caya, hebatnya aku, boleh tiru time slip hospital, siap ngan sign dr, siap ngan cop dr, siap ngan letter head hospital, pastu siap boleh tiru sign fisioterapis, siap boleh curi cop dia lg, hebat gila kan aku???

mc pun dia x caya gak, fuhhh mesti aku dah curi satu buku mc dr hospital, pastu curi cop dr, pastu tiru sign dr, pastu sign sendiri kat mc, ish dah nak sampai level mona fendi dah ketereran aku ni. sket ja lg aku x bunuh org cincang 18, kalau aku dah buat sampai ke tahap tu, samalah aku ngan mona fandey tu, tp sbb aku 'beriman' sket dr dia, so aku buat setakat ni ja lah.

gila terer kan aku? sapa2 yg rasa x nak p sekolah, x nak p office, x nak p mana2, mai sini aku bg mc hospital gomen lg, terernya aku.

ish ish ish, heran no, di kl ni, ada lg org x percaya ngan mc hospital, kalau mc klinik swasta tu, x pa lah jugak aku nak tipu, tp sekali p klinik swasta, x pasai2 ja RM50 mesti melayang, byknya duit aku kan??? saja2 nak p klinik ambik mc.

yg x tahan tu, mc hospital gomen pun ada org x caya gak, padahal hospital gomen tu kadang2 kita dah rasa tinggai 1 bar ja lg nyawa, tu pun x dpt gak mc, punyalah payah depa nak bg mc gitu2 ja. tp adaaaaa org x caya, ish ish ish. bila aku nak bg no suruh call HSB tu sendiri, x nak plak, lorrr kalau dah x caya, call ja lah.

pastu siap tanya semua org ni, semua org ok, betoi ke aku ni sakit, ish heran jugaklah hidup di dunia ni, ada gak org mcm ni. padahal masa aku mula2 sakit dulu, dia gak yg kata kena redha lah kepala hotak apa lah, tgk2 dia boleh plak buat heran, betoi ka aku sakit, logik x???

daklah, saja ja aku buat2 sakit, sbb x payah masak, x payah basuh baju, x payah kemas umah, x payah urus anak, x payah buat apa2, lentang ja tgk tv. hangpa ingat, berapa minggu mr shaifull boleh tahan kalau saja buat2 sakit x buat keja umah???

aku rasa paling lama 2 kali jumaat, masuk 3 kali jumaat, mmg minum ayaq sabun lah aku kalau x reti2 nak buat keja umah nak basuh baju segala. mmg aku byk sabaq sejak 2 minggu yg lepas, ayaq mata toksah kira lah, start dr balik kg raya cina aku yg lebih plak dr cina, sampai ke hari ahad 2 3 hari lepas, dok asyikkkk la minum ayaq mata sendiri.

aku rasa kalau lama2 sket lg aku dok stress mcm ni, boleh padam gitu ja. tp x pa lah, aku percaya, ada hikmah di sebalik kejadian. x kan lah selama2nya aku ja dok kena kot, x fairlah camtukan, sekali sekala nnt, ada gak 'depa' yg lain plak merasa apa yg aku rasa, aku x mintak, tp tu hukum dunia. tp kalau 'depa' x dpt kat dunia, kita tunggu kat akhirat, tu pun kalau jumpalah kat akhirat nnt, kalau x, tolong tanggung dosa aku sorang sket no, ringan sket bahu kiri aku ni!!!

Tuesday, February 23, 2010

to do list!

bila kat ofis ni mcm2 yg aku pk pasal benda kat umah tu, semalam bila tgk rifqy ngan mr shaifull makan roti, pastu jatuhkan kat atas meja ngan lantai, dan2 tu aku rasa down sgt tgk keadaan umah tu kebelakangan ni. (sila abaikan ayat down tu, aku mmg mcm tu, kalau rumah x berkemas/bersapu, dan2 tu aku rasa down tanpa sebab, gila kuasa betoi)

bila dah rasa down camtu, dan2 tu aku bising bila mr shaifull x simpan kicap dlm peti ais, makan tumpah2 atas meja ngan lantai, bila dah mcm tu, dan2 tu dia punnnnn nak gak berletiaq kat aku, kata aku x simpan biskut cap ping pong dia tu properly. aku jawablah balik (jgn tiru), aku dah ikat ngan getah, dia jawab plak, ikat apanya, terbukak sana sini, nnt lemau, ahhh malas aku nak dengaq.

aku bgn simpan kicap dlm peti ais, pastu tgk meja sepah2, lantai sepah2, eee tensionnya. last2 aku decide, baik aku p mandi, fresh sket badan, sekali naik atas, kat bilik plak aku rasa bersepah2, tah apa yg bersepahnya aku pun x tau, tah2 anak mata aku kot yg bersepah, boleh gitu???

nak x nak, kemas bilik, sapu sampah, turun bawah lak kemaskan kat bawah, tukar air dlm pasu setiap minggu (ikut iklan), sapu sampah, kemas dapur, taraaa dan2 tu mood aku mai balik. pelik kan aku?

bila duduk2 kat ofis ni, aku teringat plak nak buat benda2 lain weekend ni.

a) nak susun tudung elok2 dlm almari (nampak gayanya nak kena p ikea, err x pun beli hanger kat zaila pun ok gak, lg senang & jimat! :) (mesti dan2 tu zaila naikkan harga hanger dia, tidakkkkk)

b) nak kemas bakul mainan rifqy atas & bawah

c) nak kemas almari aku ngan mr shaifull

d) nak kemas kotak dlm stor & dlm bilik (jgn heran, aku masih ada 1 lg kotak baju dlm bilik lepas pindah 1 thn 8 bulan yg lepas)

e) nak cari dressing table yg besaq sket dr la ni yg kecik cenonet gila menyusahkan aku nak letak barang

f) nak cari placemat baru/alas meja yg besaq terus tutup meja tu, senangggggg

g) nak kemaskan kabinet dapuq & cari pelapik yg cantek utk kabinet (ada idea x)

tu ja kot setakat ni, kita tgk setakat mana kemajuannya :) heheheh..

Monday, February 22, 2010

kwik cut, tesco rawang

mudah, cepat & selesa!



mmg sekarang ni, dah ada kemudahan mcm ni kat mana2 pun kan, tp kat sini lg special la, sbbnya utk wanita muslim ada tempat khas disediakan, bg yg x nak terbogel di khalayak ramailah, ni info utk yg memerlukan service mcm ni lah, kalau aku..err no komen :)

one tu tee

rifqy dah pandai count 1 to 10. tiap kali nak melompat x kiralah dr mana2 situasi sekali pun, dr rak display kat supermarket, kat tangga umah, kat longkang kedai mamak, nak keluaq dr keta, nak keluaq dr bilik mandi, even dr katil sekalipun, dia tetap akan count.

dr rasa nak marah, kadang2 aku nak tergelak pun ada.

wan, tu, tee, por, paih, aven, nai, ten. tang ten ja yg betoi, yg lain2 tu aku redha ja lah, asalkan ada bunyi. x pa, six ngan eight nnt2 aku train pelan2 kayuh, yg penting dia happy on counting. :)



ni lak masa kat tesco rawang ari tu, sanggup turun dr stroller bila dia nampak mr shaifull tarik bendalah ni. bg pandangan dia, mcm hebat sgtlah benda tu tarik sana sini, sedangkan aku sket pun x terkesima. gasaklah 2 beranak.



padahal kalau nak kira, sama ja tinggi bendalah tu ngan dia, ohhh x, nak jugak heret, ha ambik anak, heretlah puas2. kalau agak2 x puas, suruh abah beli ok?

Thursday, February 11, 2010

already gone

dah settle MRI, result nnt masa appt, 25/2, hey, wat do u expect, govt hosp right? x tunggu x sah dan bukan hospital gomen lah namanya..aku x tau lah org lain, tp aku, lepas ja buat bendalah tu tadi + fisio semalam, ya allah rasa mcm baru lepas kena henyak.

dgn sakitnya kat belakang, kat bontot toksah cerita, terima kasih byk2 kepada sakit ni, sat2 waktu nak jln p beli lunch, kaki kebas, tp x kan nak mengada2 suruh kakak ofis ni dukung aku plak, golek ngan kaki bleh??? (teringat nizam bila buat ayat ni, dia selalu kata kat mr shaifull dulu. nizammmm hang kat mana, awat x contact kami kat kl ni)

tiba2 lak bila sakit2 ni aku teringat kawan2 kat ofis lama dulu, linda, ana, vani, lis, nizam, hangpa sihat??? bila kita nak gathering ke pd lg, nnt aku nak tempek betapa happynya kami dulu, siap ada geng lg hehehe...siap laki masuk campuq lg tu, tu yg menjadi sgt ke'happening'an tu.

masa sakit2 & rasa x selesa ni, ditambah plak esok nak travel dr kl-perlis (doakan aku ye kawan2), tiba2 rasa nak nyanyi lagu ni plak, boleh??? ada kaitankah?? xdak apa, cuma suka sgt. touching lagu ni..



Remember all the things we wanted
Now all our memories, they’re haunted
We were always meant to say goodbye
Even without fists held high, yeah
Never would have worked out right, yeah
We were never meant for do or die

I didn’t want us to burn out
I didn’t come here to hurt you now
I can’t stop

I want you to know
That it doesn’t matter
Where we take this road
Someone’s gotta go
And I want you to know
You couldn’t have loved me better
But I want you to move on
So I’m already gone

Looking at you makes it harder
But I know that you’ll find another
That doesn’t always make you wanna cry
Started with a perfect kiss
Then we could feel the poison set in
Perfect couldn’t keep this love alive

You know that I love you so
I love you enough to let you go

I want you to know
That it doesn’t matter
Where we take this road
Someone’s gotta go
And I want you to know
You couldn’t have loved me better
But I want you to move on
So I’m already gone

I’m already gone
I’m already gone
You can’t make it feel right
When you know that it’s wrong
I’m already gone
Already gone
There’s no moving on
So I’m already gone

Already gone
Already gone
Already gone, Oooo, oh
Already gone
Already gone
Already gone, yeah

Remember all the things we wanted
Now all our memories, they’re haunted
We were always meant to say goodbye

I want you to know
That it doesn’t matter
Where we take this road
Someone’s gotta go
And I want you to know
You couldn’t have loved me better
But I want you to move on
So I’m already gone

I’m already gone
I’m already gone
You can’t make it feel right
When you know that it’s wrong
I’m already gone
Already gone
There’s no moving on
So I’m already gone…


p/s : pls pray 4 me...

santai cafe, tesco rawang

ari ahad, mr shaifull ajak p tesco rawang, aku baru bercita2 nak bummmm sambil layan vcd jgn pandang belakang congkak yg aku beli dgn duit sendiri, ya aku x penah beli vcd sendiri, semua mr shaifull punya :) wargahakhakha (ya, sila gelakkan aku sbb tgk cita sekurun yg lepas, ada aku kesah???)

bila cita2 aku terpadam gitu ja, mestilah kena upahkan?? makan kat luaq, lg senang, bersih dapuq aku, jimat tenaga aku, semua untung bersih utk aku :) hehehe...

makan kat santai cafe, kedai yg bersih, budak2 waiter yg mesra, makanan yg sedap, bila dah siap order, tgh betulkan baby chair rifqy, tgk2 aik makanan dah sampai (ya aku tipu, tp service mmg laju gila).



hehehe nampak sgt penipu kan, dan plak tu ambik gambaq bagai, maklumlah org dah ada experience tunggu makanan sampai nak dkt 2 jam mmg camtu, kalau takat 20 minit tunggu tu apalah sgt kan?



dah 7 thn 7 hari kawen, for the first time kami order menu yg sama, takjub x?



nasi goreng seafood pedas, chef recommended, must try ye kawan2.



last sekali mestilah gambaq org yg telah bersusah payah menyenangkan bini dia utk hari ahad ari tu, x payah masak, tenkiu abang!! :)

Wednesday, February 10, 2010

kek lapis kukus

hehehe..x lah kongkang mana pun aku ni rupanya (sila baca dgn nada riak sambil senyum & kembangkan idung)

ari sabtu, ada perasmian surau sementara, dahlah nak p tolong org masak pun x blh, sbb mr shaifull pun bz sekali, dia dilantik jadi ajk sementara utk penubuhan surau sementara tu, hishhh byk plak perkataan sementara aku. so setelah berpk semasak2nya, tgklah betapa rajinnya aku, pk pun masak2 beb, aku decide nak buat something yg senang utk majlis malam tu.

kek lapis kukus! resepi aku cedok dr home sweet home. bg aku senang sbb bahan2 dia x remeh dan x temeh.



tepung 1 cawan
horlicks 1/3 cawan
susu pekat manis 1/3 cawan
gula halus 1/3 cawan
kismis 1/3 cawan
5 biji telur
marjerin 200g
vanilla esen 1 sudu teh
pewarna merah & hijau & kuning (aku letak kaler merah & hijau sahaja)

cara2

tepung & horlicks (diayak & ketepikan)
pukul marjerin & gula halus sampai kembang
gaulkan kismis & 1 sudu makan tepung gandum (ketepikan)
bila marjerin dan gula dah kembang, masukkan telur 1 demi 1, sambil dipukul lg.
kemudian masukkkan tepung & horlicks tadi, pukul lg, masukkan vanilla esen.

lepas tu bolehlah dimasukkan susu pekat manis, pukul hingga sebati. bahagikan adunan kepada 3 (letak pewarna bg setiap adunan). loyang disapu dgn marjerin & taburkan sedikit tepung. loyang dipanaskan. letakkan lapisan merah ke dlm loyang, taburkan kismis. tutup loyang dgn alumunium foil/plastik, kukus selama 7 minit.

selepas tu, masukkan lapisan kedua, kaler hijau, dikukus selama 15 minit, yg terakhir masukkan lapisan seterusnya, taburkan kismis, kukus selama 1 jam / hingga masak, jgn lupa check air dlm loyang, jgn sampai kering, kalau x, sampai ke sudah kek tu x masak, ada reti??



dah siap, sedap tau kek ni, baik try. senang pun senang. utk minum petang pun ok gak, sbb x remeh sgt.





dah siap utk dibawak ke surau. :) heheh...

Tuesday, February 9, 2010

Mari Kelih Store 2010 Contest

sat ja dah masuk bln 2 kan, pejam celik lepas gong xi fa cai, dah nak masuk bln 3, bila dah bulan 3, kejap tu plak dah sampai birthday aku, means dah bln 4. errr jgn buat2 x baca plak ayat ni pada pihak2 yg berkenaan ok. (alamak, hadiah "dia" aku x bg lg)

masa zaman sekarang ni kan cepat berlalu, nak2 plak bloggers yg bz, kadang2 ada yg terlepas pandang persiapan utk raya. hehehe...awalnya aku cakap pasal raya kan? x pa, persiapan awal tu lg baik dr last minute barulah nak buat tu buat ni mcm aku.



so, sapa2 yg rasa malas nak jalan2 utk cari kain nak buat baju raya, apa kata jenguk ke blog zaila utk cari kain2 yg cantek2, bila dah dpt kain, nak plak cari tudung yg matching kan? x susah, kat blogshop zaila, semua ada, dr kain, tudung, brooch, err mcm2 lg lah, baik p klik sendiri, lg puas hati kan??? :)

utk sapa2 yg tinggal berdekatan ngan subang parade, blhlah pegi bershopping secara live kat subang parade shopping complex (in front of celebrity fitness), pada 6, 7, 27 & 28 Februari & Mac 2010, dr jam 11 pg - 9 mlm. ha shopping sampai muntah, blh pilih dpn mata, lg clearkan.





haaa kalau x clear gak lg, blhlah terus ke blog zaila ok. kalau x clear gak lg, x taulah aku nak cakap apa lg, mungkin kalau kena penampaq sedas boleh clear kot??? hehehe lawak ja...

so apa tunggu lg, nnt org lain kebas...

Friday, February 5, 2010

kayns resort, pd



malas nak tempek satu satu, baik letak sekaligus gitu, ari sabtu lepas dah siap keja umah, baru bertolak ke pd, jalan ok, x jam pun, bagusssss. kalau x berteloq nak sampai pd, boring ja.

dah sampai, jalan2 kt tepi laut, tp x sempat nak mandi laut pun, sbb air pasang, menakutkan, so berendam ngan rifqy kat dlm swimming saypool ja (dny & nurul, ingat x?)



masa tgh best main2 ngan rifqy (padahal aku yg lebih main, sbb waktu ni mr shaifull yg pegang rifqy), sekali aku tgk mr shaifull mcm bersusah payah ja tgn belah kiri dia angkat something, aku ingatkan apa benda, rupanya dia angkat anak sapa tah letak kat divider dlm pool tu, dah lemas.

aku dah kecoh masa tu, pastu mr shaifull panggil2 anak sapa lemas ni, punyalah rasa nak lempang sekoq2, semua buat derk ja, pastu ada 1 group ni, ibu2 bersembang sakan kat tepi pool, jenuh kami tanya anak sapa, sekali abg budak ni mai ambik adik dia, mak dia mcm x heran pun, mcm x dak apa2 yg jadi, padahal kalau mr shaifull x angkat anak dia tadi, dah lama mati kt situ.

hangin ja aku, lenkali kalau rasa nak sembang sesama sendiri, jgn bawak anak, tinggai kat umah, ni x, dah bawak tp sembang sakan ngan member2 dia, aku kata kat mr shaifull, org dah panggil anak sapa lemas anak sapa lemas, x nak ngaku plak, bodoh betul. kalau tau jgn diangkat tadi.

pastu mr shaifull kata, abih tu, dah angkat letak kat situ, tanya2 x de org nak ngaku anak sapa, angkat letak balik dlm air tu? aku kata, ya lah, letak balik dlm tu, baru ada yg mengaku nnt, panggg diri sendiri.

eee geram aku org mcm tu, dia boleh harap kat anak dia jaga adik, mmg budak tu dah 'kenyang' minum air dlm tu, mak dia boleh buat x tau, ishhh mmg x dak sivik betoi pompuan tu.



kt sinilah kami selalu habiskan masa sama2, tp rasa mcm nak tukaq port ja lepas ni.

happy ja 2 beranak tu mandi, mcmlah kat umah x dak bendalah tu. kalau aku kata jakun, marah plak satgi.



mm mcm tu lah short vacation kami utk anniversary yg ke 7 ni, kalau ada rezeki lbh, blh celebrate lg sekali kan abg end of this month, hehehe..

cc

kena attack ngan sakit lg hari ni, sudahnya el lg. apa nak jadi ngan aku pun x tau lah. now, kat cc. temankan mr shaifull service keta. major service.

x larat nak duduk umah, aku ikut mr shaifull. tahlah, mintak2 cepatlah sembuh. aku pun dah naik malu ngan bos asyik bgtau el mc el mc, tp mmg x tahan sgt2, aku rasa ni mesti sbb byk keja 2 3 hari ni, maklumlah audit nak mai buat 'lawatan amal', dan2 tu semua jadi kelam kabut. biasalah.

rifqy kat umah wan ruby. sat lg balik terus ambik dia la kot. mmm umah x kemas lg, tolongggggggggggggg...

Thursday, February 4, 2010

sari rhasa seafood, port dickson

mlm ahad kat pd, keluaq dr hotel betul2 lepas maghrib, so lbh kurang kul 7.45 camtu lah, pusing2 nak carik kedai makan, tepi laut, ketam bakaq, semua dah terbayang2 dlm kepala aku, sekali jumpa 1 tempat ni, memenuhi ciri2 lelaki idaman yg diidamkan.

sampai ja kat situ, apa lg, ambik gambaq dulu, kalau ikut aku, jgn harap aku nak bergambaq ni semua waktu2 genting camtu, maklumlah tengah imagine korek badan ketam, dpt plak isi penuh, fuhhhh sedapnya.



tp dah nama pun laki, ikut ja lah, satgi hangin plak.





tgk dr segala segi, mmg tepat sgt pilihan kami ni, sekali ketam pulak x dak, frust gila lah aku, tp blh layan lg, sbb ada seafood yg lain kan, oklah, order tu ni tu ni, tunggu lah, sambil mr shaifull layan rifqy tgk fish.



5 minit 10 minit 15 minit 30 minit, aikkk pasai pa fresh orange ngan milo ais kami x sampai2 ni, bukannya aku order setempayan pun, 2 gelas ja. aku dah hangin sorang2 dah masa ni, tp aku tgk mr shaifull cool lg, oklah. panggil budak tu, dia tanya balik, order apa tadi, ishh budak ni. pastu masuk minit yg ke 40 baru minuman sampai.

so dah blh imagine kan kalau minuman pun ambik masa 40 minit, makanan apatah lg, dkt nak 2 jam lah kami bertapa kat situ, sekali mr shaifull dah bgn, aku pun dah ambik beg, tgk2 laju ja budak tu mai bawak ikan siakap bakaq ngan sotong, mesti hangpa heran kan, asyik2 siang malam siakap ngan sotong, dah benda tu ja yg ada, udang mr shaifull x blh makan, allergic.

ketam plak x dak, so nak x nak terpaksalah order yg tu.

aku mmg dah hangin dah masa tu, bawak lauk pauk, nasi ngan sayur x sampai2, aku panggei budak tu, tanya dia dah dkt 2 jam tunggu kat sini, nasi x sampai2, laju ja dia p ambik nasik plak, tgk muka budak tu mmg x sampai hati nak marah, tp bila tgk kat perut aku, dan2 tu aura marah keluaq. geram betoilah.

tp apa2 pun, mmg x puas la makan kat situ, x dak rasa, kat zaina ikan bakar kat kuala perlis lg best, service pun cepat. sedap pun sedap, mmm terliuqnya. yg ni plak, dr 5 bintang aku x blh nak bg bintang, jgn kata bintang, taik bintang pun blm tentu lg aku nak cubit sket bg kat depa ni, betoi2 bikin aku hot!

Wednesday, February 3, 2010

squirrel o squirrel aka tupai tupai

ari ahad, otw balik dr pd, dah sampai kat jln istana, sekali mr shaifull lencong ke jalan yg aku x penah guna, laju ja aku tanya dia, "nape guna jalan ni"? selamba ja dia jawab kat aku, saja je. dlm hati aku, eee dahlah janji balik dr pd terus nak p jusco sbb nak beli brg umah, pastu x jd sbb tiba2 teringat kami p pd x bawak stroller, so x dak sapa nak kendong budak kecik tu kalau stroller x dak. pastu aku ajak dia makan kat seremban, cari restoran nelayan, pun dia x nak. mmm merasalah balik satgi kembung angin 2 2 org, nasib baik pg tadi bfast kat hotel tu dah mkn berat.

tgk2 elok plak dia melencong ikut jln lain, ishh.

sekali dia bg signal, belok masuk kanan, ya lah, kalau masuk kiri haruslah kena hon ngan bas lori motor keta, tu pun kalau sempat kena hon, kalau x, x taulah apa jadi kan.

eh tupai2. senyum mestilah sampai ke telinga sbb balik x payah susah payah pk nak masak apa. :) horraayyyy

sampai ja, terus pilih nak duduk kat tempat yg bersila tu, saja nak merasa ala2 kg di tgh2 bandaraya. baru ja pungkoq aku sampai kat lantai, kacang salut tepung rasa pedas2 manis sket sampai, apa lg, sambil belek menu, sambil makan kacang, dah dkt kul 3, mau x kebuluran.



menu pun sampai.



kami order siakap stim,



squid dried chilli



&

broccoli with black mushroom, sumpah aku x lalu black mushroom tu, mmg bukan favorite aku, dah org tu sibuk sgt nak makan black mushroom, pandai2 ja dia kata aku nak makan broccoli, so nak x nak hadaplah vege yg kejung tu. aku masak lg sedappp!



mmm bg aku, bolehlah, kalau tgk harga dia, mmg first impression aku, sedap gila ni, sekali, ya allah, siakap stim tu, kalau mr shaifull yg buat kat umah, 5 kali ganda kesedapan dia. dgn pedas, dgn masam dgn manis semua cukup, ni aku rasa dia tuang sos ikan ngan sos tiram, letak atas api, dah, mmg x sedap langsung. dr 5 bintang aku bg suku bintang.

sotong tu plak, tah apa2 rasa dia, sama jugak ngan broccoli tu, mmg aku x larat nak makan benda yg x sedap, mr shaifull la yg gagah nak bg habis gak, sudah2 bulat ja perut, gasak.

sekali p kat cashier, ingat kot aku blh lah pow org di kala anniversary, ha ambikkk, cash sahaja, no card, hemmm punahhhh keamanan sejagat, geram aku. dahlah makanan x sedap, aku kena pow plak, ni saja nak mintak aku masuk neraka la ni, derhaka kat laki sbb belanja x ikhlas, hohhh kalau sedap aku redhalah jugak walaupun payah, ni x sedappppp. eee



sampai terlentok2 kawan tu perabih ikan stim ngan vege, lenkali jgn bawak aku p tempat x sedap, camtulah jadinya. org lain elok ja dlm gambaq, dia plak mcm kena tiup ngan angin ribut, heran aku ngan rifqy ni, x reti nak duduk diam2.

diam x diam, dah 7 thn 3 hari aku kawen ngan mr shaifull, mcm2 dah yg kami lalui sama2, apa yg aku harap, biarlah sampai ke akhir hayat kami bersama, dpt sama2 tgk rifqy membesar, berjaya insya-allah, dan teman aku nak gaduh siang dan malam :) hehehe..

p/s : abang, nak hadiah anniversary & birthday, jgn lupa tau! :)

the grass is always greener on the other side

x percaya ngan statement ni?? ok kalau x caya, aku letak pic sekali utk prove this statement. haaa melopong masing2. tu nasib baik aku x p selak2 bawah tu lg, tah2 blh jumpa gajah, zirafah, kala jengking, lipan dan yg sewaktu dengannya. nyamuk tu toksah cerita lah, kalau jabatan kesihatan mai melawat, dah sah2 kena kompaun, jgn kata jentik2, lembu pun boleh beranak pinak dlm tu. (matila aku satgi klinda baca)



bila kita dah nampak keadaan rumah sebelah dah mcm ni, kenalah mintak bantuan dr brader ni.





mesti bila tgk gambaq ni, dan2 tu nuriman amir lg laju nak mai jadi neighbour kami. oppsss sorry, service ni hanya utk neighbour yg jauh di perantauan :) hehehe... sapa2 yg menghuni sendiri rumah tu, sila potong rumput sendiri.

bila dah abih ane tu potong, lega rasa mcm baru lepas potong rambut rifqy.


p/s : errr ada sapa2 nak sponsor rumput karpet kat umah aku x????

Tuesday, February 2, 2010

halowww how r u (ikut style idlan RL4)

sangap gila ni, dah dkt seminggu mc, apa nak jadi ngan aku x tau lah, lepas blk dr kch ari tu, asyik mc cuti mc cuti, ada kot dlm 3 hari ja aku keja, yg lain semua kat umah, x pun q beramai2 kat HSB, lg tension, mcm bangang ja tunggu kat situ.

ada byk benda nak update, tp x laratlah, dgn keja byk tertangguh x buat sbb asyik cuti mc cuti mc, hai tahlah, tunggu next week ja lah, tunggu MRI, kalau MRI kata tarak apa, nampak gayanya kena beralih ke tok batin plak lah :) hehehe...




selamba ja 2 beranak ambik gambaq ngan snowman pakai camtu, kalau mat saleh tgk mesti nangeh nak beli kulit aku :) wargahakahkah


P/S : AKU MMG BETOI2 STRESSLAH, KALAU X SBB ANON TD, SAMPAI KE SUDAH AKU INGAT AKU LETAK GAMBAQ SNOWMAN, RUPANYA GAMBAQ AKU NGAN POKOK, GILA PUNYA PELUPA, MMG BETOILAH ARTICLE DLM CLEO TU CAKAP, SALAH SATU TANDA STRESS PELUPA GILA, AKULAH CONTOH TERDEKAT TU, MATILA, SORRYLAH KENGKAWANS :) WARGAHKAHAKHAKAH...