Thursday, April 22, 2010

hai!

1. thanks utk 5 followers aku yg baru sbb jumpa url blog ni dan sudi men'follow' aku hehehe..

2. mas, nnt lepas kmiza dah jumpa bomoh rajin, baru kmiza buat ok. err lg 1, tima kasih sbb suka tgk kmiza, sbb ada org yg x suka tgk dan kalau blh x nak tgk pun muka kmiza ni.. :(

tu ja lah utk saat dan tika ini, aku masih dlm mood x best dan x kuasa nak melayan blog ni dan x larat nak merapu dan merepek, so sblm aku mencarut yg bukan2, baik aku stop sat, bg laluan kat org lain dulu, bila da ok sket, baru aku update balik no..




adios!

Monday, April 12, 2010

yg mana paling kena ngan muka aku?

saja x dak keja, aku google hair style yg paling kena ngan long face shape cam aku.









semuanya aku google


sila abaikan aku, aku betul2 rasa x sihat la ni, rasa menggigil badan, kaki & tgn, x tau apa yg x kena, adakah sbb a/cond? kat ofis, sah2 a/cond, otw balik umah, a/cond keta, sampai umah, a/cond kat hall sampailah ke pukul 10pm, naik atas masuk bilik dr 10pm-5.30am, a/cond gak, otw ke ofis a/cond gak, ada la dlm 2 jam ja lbh kurang aku x kena a/cond.

adakah sbb2 ni aku kurang dan makin bertambah x sihat??? :(

apekahhh???

aku dah try nak memotivasikan diri, konon2 nak psiko kan diri aku, konon2 alah, x dak hal lah setakat sakit aku ni, boleh buat keja apa pun, kononnnnn...

lastly, aku gak yg tanggung sendiri. mmg emosi aku la ni x menentu, sat down, sat lg ok satlg down balik. mcm bursa saham lbh kurang. aku malas nak makan ubat byk2, dgn pain killernya, sakit perut aku, x penah2 nak berangin, la ni dah pandai berangin plak. yg lg 1 x tahan, dulu2 ada la dlm setahun setengah, sekali aku diarrhea, tp sejak makan ubat saraf tu, blh katakan seminit setengah, sekaliiii aku rasa nak terbuang.

x blh salah sket, jgn kata makan pedas, makan benda yg manis2 sket pun dah rasa nak terbuang, x paham aku, apa kaitan saraf ngan bontot aku ni? tu pun baru kelmarin aku baca effect2 dr ubat ni, ubat saraf tu lah paling melampau sekali, siap blh diarrhea, siap boleh mual, apa kejadah tah lg, x tension gitu???

x kanlah 24 jam aku nak kepit ja, kalau time dia bersopan oklah, buatnya time dia nak jadi kurang ajaq ngan aku, x ka haru kalau tau2 basahhhh ja nnt, kalau kat ofis mmg aku roger mr shaifull ja lah, x kira p beli sepersalinan baru kat aku di sogo, kedai hari2 aku x mau, errr walaupun bahagian bawah yg buat hal, aku nak gak paw sekali bahagian atas, errr abang, tudung beli kat ariani tau, x nak yg lain!

p/s : thanks to mr shaifull yg dah masuk minggu ke 4 gigih mendobi baju kami anak beranak, tp dia asyyikkkk dok lupa nak basuh telekung aku, rasanya dah 3 pasang x berbasuh ni, x pa, i guna yg lain, next week 4 pasang sekali jalan, no?

Wednesday, April 7, 2010

azabnya aku rasa..

tumit kanan sakit, bila pijak, rasa sebatang2 tulang yg ada kat situ, sakittttt..

bila duduk atas kerusi ni lama2, aku dah x tau nak adjust kedudukan nak senget sebelah kiri/kanan, tulang tengah2 antara vontots tu, amatlah perit, kebassss ja rasa.

kat pinggang plak, gasaklah, aku malas nak pk, sakit berganda2..

aku pantangggggg betoi

a) pasai pa kalau kena tangkap pastu kena p court, dan2 tu hang nak letak kopiah lah, songkoklah atas kepala? kadang2 tu kesalahan x agak2, rogol org, pukul bini, rogol anak, pakai cam biasa ja x blh ka??? tau plak insaf, kalau yg first time kena tangkap tu aku x kisahlah, ni kalau dah penjara sg buloh tu dah mcm rumah persinggahan, toksahlah dok kalut letak kopiah atas kepala, sakit mata aku tau dak???

b) ni lg 1, pekerja paling rajin di dunia, siang malam berkhidmat, tp kat jantan ja lah, ala kalau kena tangkap kadang2 aku x tau mana satu tali bra mana satu tali henbeg, samaaaa ja, yg ni pun aku pantang gak, yg hang nak kalut tutup2 muka tu, nak buat apa??? mcmlah semua org kenal dia, ala toksah susah payah, kalau yg kenal hang tu pun, sama ja level ngan hang, so apa ada hal kannnn??

c) badrul muhayat, dahlah buat bini dia cam punching bag, dah la ambik bahan terlarang (bahasa sopan), boleh pulakkk hang buat muka cool turun dr trak polis tu macamlahhh hensem sgt, org lain turun pijak satu2 anak tangga ok, sambil buat muka insaf, ni x, pijak satu anak tangga, pastu yg lg 1 lompat sambil rambut bergoyang, apa hang ingat cool sgt buat camtu??? tolonglahhh

d) air asia, kalau bab send email kat aku tambang sana tambang sini murah, dia mmg no 1, tp bila time aku nak booking, dr pg santak ke petang, harammm x leh masuk, ni dah masuk kali ke berapa tah aku tekan x gak dpt2, boleh x sapa2 tolong aku, aku nak hempuk pc ni, tp x nak angkat sendiri, nak mintak tolong org, sbb aku kan x boleh angkat benda berat? :) wargahkahakahkah


hishhh

Tuesday, April 6, 2010

first contest dr WTML

:) wargahakhakahak aku gelak sampai nak pecah perut, sbbnya, dah ada 2 pemenang pagi2 buta aku bukak blog ni. so tahniah utk maslina mansor & dikna. errr utk yg lain2, nnt aku buat contest lg ok. :) mas, hadiah nnt kita jumpa kat the mall, kmiza bg, x pun kmiza kirim kat ksue ok! utk dikna plak, bila kct dah dpt 'benda' tu, baru kct contact dikna ok! :) tahniah utk pemenang2.


hehehe...ina, nasib baik hang dah cilok gambaq2 ni dr fb ayu. kalau x, sampai ke matilah x tgk muka kawan2 lama ni. :)

oleh kerana dah setahun lbh aku blogging secara serius, dan dah bykkkk gak kawan2 aku di dunia maya ni, dan oleh kerana aku rasa bersalah sgt sbb x penah nak bg anything kat kawan bloggers, apa kata aku buat contest secara gedik2 ja, x payah nak bersyarat bagai.

jom kita gedik sama2, tp contest ni, ina confirm hg x leh join, x aci. :) ok yg lain, contest ni sgtlah senang. cuba cari aku dlm setiap gambaq2 ni. selamat mencuba! contest bermula sekarang sampai 20 april 2010. teleklah puas2 gambaq ni, bg yg nak join, just tinggal comment, describelah yg mana satu hangpa rasa adalah aku.

contest ni sempena birthday aku yg ke 31. so ladies, start ur engine!



darjah 1 anggerik (ina, aku rasa cam hang tipu ja, ya ka nama kelas kita anggerik?)



darjah 4A (nasib baik tulis kat blackboard tu, kalau x harus aku x ingat nama kelas)



clubbing! (aku pun nak gak feeling2 clubbingkan, kelab BI)

so sila lah teka, tuan2 dan puan2, cepat tau! :)

p/s : kalau aku rasa dah ada yg menang, aku tutup sblm 20 april ok! :)

rasa nak lempang org, nasib baik x sihat!

dulu bila CPM cerita pasal budak salesgirl yg mulut cam longkang teguq2 anak dia minum susu, aku pun ikut sekali hangin. tp blh control lg sbb x dak di lokasi kejadian.

tp bila kena anak sendiri, rasa nak terajang ja laju2 biaq sampai tercabut terusss tulang belakang ni pun x pa. annoying ok!

ari tu kat jusco, saja aku belek2 corset, konon2 nak test la, blh pakai sambil mencantikkan (cantek kerrr?) dan membetulkan gak postur aku sepanjang hari. rifqy dlm stroller, mr shaifull seperti biasa, gents. aku tolak stroller sambil tgk barang.

sekali "pompuan penjual" ni dgn rasa x bersalahnya dgn customer, boleh selamba pepek mak dia ja cakap, "eee abang ni dah besar pun duduk dlm troli lg". troli ok, bukan stroller tp troli, apa ingat anak aku barang kat supermarket ka duduk dlm troli, satgi dgn2 troli dgn hang sekali aku tolak masuk 7 kaki bawah tanah.

pastu aku biasala kan, klinda tau sgt perangai aku, mesti menjawab, "biarlah duduk dlm ni, senang, kang kena curik sapa yg nak jawab". aku gak yg nak mengongoi sorang2 kalau busuk masam tu hilang. ala lgpun peduli apa aku, kalau anak aku duduk dlm stroller ke x duduk dlm stroller ke, hang tetapppppp "pompuan penjual", bukannya blh naik pangkat jadi manager jusco pun kan!!!

ari sabtu lepas, dlm sakit2 tu aku gedik kat mr shaifull nak beli baju baru, konon2 nak kena p kursus, sekaliiiii kursus tukaq plak, x jadi kat hotel, buat kat agrotek, lorrr dan2 tu aku x blh p, dahlah x sihat, satgi buatnya malam2 aku sakit, x ke menyusahkan semua org termasuk laki aku sekali nak ambik aku kat sana lak. sedih la jugak x dpt p kursus, dahlah sehari pun aku x kursus lg dlm 2010 ni.

tp setiap kejadian tu ada hikmahnya. hikmahnya ialah, aku dpt baju baru :) wargahkahakhakahka alhamdulillah. err pastu blh lunch kat Manhattan Fish Market, kata celebrate birthday kannn? maksudnya x payah bersusah payah makan di rumah, bukan kah byk hikmahnya di situ kawan2? :)

ok2 balik pada cerita asal. masuk dlm lif, rifqy tdoq, biasalah dia, mesti ada seketul bolster peneman dia dr dulu hingga kini. aku x kisah, asalkan dia x kacau aku ngan mr shaifull nak berjalan sambil shopping, biaqlah dia nak peluk bantal tu, lgpun x kacau ganggu hidup org lain kan.

tp ada sorang makcik ni yg x puas hati sbb dia dah puas hidup aku rasa. masuk dlm lif, dahlah sembang ngan anak dia mcmkan tgh masak sayur kangkung kat umah, lantaklah kan. sekali pusing kat aku, berapa thn ni, aku jawab dgn muka toya sbb x dak mood tp masih tau lg nak hormat org, maklumlah x sihat. :)

eee besarnya, mcm anak polan polan, dah besar mcm org keja2. aku sabaq lg, tp aku toleh tempat lain sbb malassss. sekali dia bisik2 ngan anak dia, tp cara dia bisik tu, satu lif blh dengaq.

jgn ajar camtu, susah nak berjalan, nnt nak tdo je nak kena ada, susah. naper, yg tu (sambil jeling kat stroller rifqy) ada ke? ada tu ha. (sambil buat isyarat mata tgk kat stroller rifqy lg).

ish ish ish, sudah2lah makcik, drpd makcik dok jaga tepi kain anak saya, baiklah makcik p beli stroller satu utk cucu makcik yg dokkkkkk la kena dukung 24 jam tu, 'menyusahkan' ok nak dukung anak sana sini sambil shopping. errr lg satu makcik, saya x mintak duit makcik pun nak beli bantal peluk tu, so tolong jaga sket ur big mouth tu ye.

aku x suka org2 yg mcm ni, sbb aku x penah nak suka hati komen anak org, x penah nak teringin jenguk stroller anak org lain, sbbnya aku ada byk keja lain nak buat, selain dr nak AMBIK TAU HAL ORANG macam MAKCIK tu. ASS HOLE!

L5 & S1 treatment

aku surf kat en google tadi. and i found this.

3 steps that will reduce the pain. dan salah satu step yg Dr Ron Daulton ni bg amattttttlah bertentangan dgn apa yg aku buat kat rehab dept HSB. aku x tau mana satu yg betoi mana yg salah. tp rasanya after fisio session, tiap2 kali sakit akan bertambah, x penah lega, dan makin teruk.

ke org kat HSB tu saja nak penaya aku ha??? dah la mc bg sehari, nasib baik dr kat klinik yg aku p hari tu x kena heart attack, sbb dia expect aku dpt mc sebulan camtu. it really sucks!


first tip

guna ice, letak terus kat tempat yg sakit tu, pastu alihlah kat tempat2 lain yg rasa sakit gak, 15 mins per hour, consistently every hour, apply directly to the skin, tp kalau x tahan, letaklah towel ke apa, tp yg paling baik, direct to the skin. sbb bg dr ni, bila tempat sakit tu dah swollen, hot and inflamed, hang p tambah plak hot pack atas tu, padanlah tiap kali after fisio, aku mc.

so guna ice.



td aku google carik gambaq ni, sekali gambaq ni yg keluaq, apa jadah tah, kalau aku guna yg ni, bukan tambah baik, seminggu dik hospitalized!



nasib baik aku suka tgk dia dlm XXX. tp van diesel lg macho kot :) heheheh gataiiii

cerita pasai ice cube ni, ada satu kejadian yg kalau boleh mmg x hingin aku nak ingat, sbb nampak sedikit kebodohan "kecerdikan" aku kat situ. dulu2 balik keja, mana ada dating, nak dating hapanya, sorang kat kuching sorang kt kl, berkepitlah ngan nurul 24/7, tu pun kalau dia free.

kalau dia p berkepit kat luaq, tinggailah aku sorang nganga depan tv 14 inci. dahlah tv pun main letak ataih lantai camtu ja, x dak rak tv, maklumlah zaman gelap, sewa bilik ja pun dah RM400, nak bayaq tu lg ni lg, sengkek gila. zaman tu ada who wants to be a millionaire, dato' J yg jadi hos. hadaplah benda tu, jadilahhhh.

kalau bab2 soalan yg seribu ke bawah, aku duluuuu nak jawab seboleh2nya, mmg x dan la nurul nak tumpang jawab, aku mmg guna speed turbo punya nak bg jawapan. kalau dah soalan 25k tu, ha nurul sila jawabbb, so x la nampak sgt aku x reti kan? dato' j ni pun bg la soalan yg aku akan ingat sampai ke akhir hayat aku.

soalannya, "Ais dalam bentuk?", dah nama pun nak tunjuk terer ngan kawan2 kan, secepat kilat aku jawab sambil sikat rambut (hobi aku dulu tu sikat rambut, tp la ni kalau dan baru sikat, wargahkahakhak), muka plak kenalah serius, maklumlah org pandailah katakan, "cube". nurul pun muka cuak ja sbb x dan nak jawab dulu sambil kagum sbb aku blh jawab sebelum pilihan objektif tu muncul kat screen.

sekaliiiiii bila timbui ja jawapan a, b, c, d kat tv, aku tgk nurul, nurul tgk aku, yg aku tau kami gelak sampai x dengaq apa2 dah, sampai terguling2 atas tilam masing2, x terkata apa2 sepatah pun, dlm sepuluh minit gaklah ambik masa nak bertenang, mmg cilakak la, nampak sgt x bg perhatian dulu2 masa jawab exam, kalau x tah2 la ni aku dah jadi peguam syariah (readers kak d mesti paham gila ayat aku ni kan? :) wargahakhakahka

uish panjangnya iklan, ok sambung balik tips yg ke 2.

guna pain relieving gel-Biofreeze. aku x penah try plak gel ni, kalau gel yg lain dah bykkkkkk kat umah aku, aku angkut dr hospital ngan klinik. tiap kali p tu ja lah pun depa reti nak bg, aku sapu kat mata sekoq2 baru tau, dahlah panas gila bila sapu kat belakang, rasa nak terbakaq kulit aku, betoilah depa ni nak penaya aku ja.



agak2 lepas sapu gel ni kat belakang, cepat2lah basuh tgn kalau boleh guna sabun byk2 sket, takut ada bahagian badan yg lain menderita kena gel ni :)

last tips yg dr ni bg, guna therapy ball.



ball ni lg senang, sit on the ball, bounce 4-5 mins daily, sbbnya physically pumping the disc adalah satu2nya cara new oxygen & nutrition can enter the disc to improved healing. senangkan? nampak ja senang, tp bila sakit tu mai, jgn kata nak ambik ais letak kat belakang tu, peti ais tu pun aku x toleh dah huhuhuuuuuu..

duhhh

separuh jiwaku pergi
memang indah semua
tapi berakhir luka

kau main hati
dengan sadarmu
kau tinggal aku

reff:
benar ku mencintaimu
tapi tak begini
kau khianati hati ini
kau curangi aku
[2x]

kau bilang tak pernah bahagia
selama dengan aku
itu ucap bibirmu

kau dustakan semua
yang kita bina
kau hancurkan semua

repeat reff [2x]

benar ku mencintaimu


serius, aku x dak mood!

p/s : lirik lagu x dak kaitan ngan aku, tp terasa nak letak lirik lagu tu, sbb dgn condition aku la ni, mmg separuh jiwaku pergi...