Monday, May 31, 2010

hari ini...

* mr shaifull p kelantan ada kursus, seminggu

* ujan lebat lgt hitam, feeling yg paling x best bila blk sorang2

* dok kat umah 2 org ngan rifqy, berpeluklah kami 2 org mlm ni kalau ada kilat putih, x blh panggei mr shaifull temankan (dia selalu tgk tv sampai lewat)

* hang buatlah semua keja umah tu sorang2 balik satgi

* sian mr shaifull, office aku x provide parking utk staff, terpaksa parking kat luaq, RM15 sehari, kali lima hari huhuhuuu

* aku akan bukak semua lampu sampai blh mendatangkan confident utk aku tdoq lena

* sedihhhh...ujan lebat, jln sorang2 p kat parking, ambik keta, balik umah dlm ujan lebat, ambik anak kat umah pengasuh sorang2, huhuuuuuuuu

shrek...happily ever after, besttt! :)

bila baca komen kawan2 kat n3 sblm ni, rasa terguris hati dan perasaan :( (lap ayaq mata ngan hujung lengan baju kurung, klasik gila kan) ada yg kata sblm kawen, ada yg kata tgk gambaq2 lama (lap lg ayaq mata), padahal, sob sob sobbbbbb (tarik panjang2) baru bln 12 ari tu, x lama sgt bg aku, baru 5 bln yg lepas (lap ayaq mata ngan hujung baju lak sbb makin byk)

hehehe..tipu ja, x daklah aku terguris, cuma terasa sedihhh, patutlah fisioterapis tu selalu teguq aku, badan makin naik, dia suruh turunkan, tp yg aku paham, dia suruh mkn byk2 (tampaq diri sendiri laju2), hishhh, dan2 tu aku nak salahkan ubat, sbb mkn ubat byk2 start bln 1 ari tu, berat pun bertambah 1 bijik pil = 1kg btambah berat badan, just imagine, dah berapa puluh biji pil aku telan, tu jadi camni (ok, tu exaggerate)

hmmm x pa lah, aku buatlah apa yg termampu nnt, tp yg pasti mmg kena turunkan, sbb smlm nurul (bf aku dr start keja) singgah bermalam kat umah, dia punya terkejut tgk badan aku mcmkan aku ni dah jadi besaq peti ais, so aku kena berpada2lah, takut nnt ukur baju di badan peti ais, oh tidakkkk!

ari jumaat, ujan, tdoq lena 3 beranak mcm x dak hutang sekupang pun, punyalah sorga, lepas asaq, teruih p layan mamak 3 beranak. esoknya baru bermula perjalanan, tp gambaq still x ambik. sedihhh

lepas jalan di MV tanpa arah tujuan, keluaq dr situ dah pukul 6, p jusco kepong, check tiket shrek ada lg x, lor, ambik syarat ja q kat situ, x dak org pun, eh salah, ada la budak yg juai tiket tu, dia pun org kan? dpt tiket 7.45, masa tu awal lg, dan pekena kenny rogers, dah settle semua, baru masuk panggung, layan shrek.



masuk awal gila, org ke2, dah si mamat kecik tu buat jakun plak, dgn gelapnya, skrin pun x bukak lg, last2 mr shaifull dukung, elok ja dia melekap ngan mr shaifull mcm koala bear sampaila lampu dah bukak, skrin dah on, barulah ok, pastu baru layan shrek happily ever (fiona) after (shrek) :) heheheh

oleh kerana percubaan pertama dah success, so akan ada la movie ke 2 ke 3 dan seterusnya lepas ni, x payah nak berpantang berpuasa lg la dr tgk wayang, dah lama gila x buat xtvt tgk wayang ni tau errr tipu ari tu kami cuti dua2 org p layan alice kat berjaya times square, rifqy tinggal kat umah wan :) maklumlah xdak maid, mak ayah pun jauh di mata dekat di hati, so nak x nak layan dvd kat umah ja lah..

so lepas ni rifqy, kita tgk toy story plak k, tunggu ayah balik dr kelantan...waaaaa abang balik cepat tau, jgn lupa beli hadiahhhhh (nurul ingat x, dny selalu suruh jan beli hadiah without any reason :) )

p/s abangggg, duit belanja tu leh guna utk beli kasut x? :) hehehe...pls pls pls kamu jgn nakal nnt kamu pulang bawa yg kami pesannnn...

Friday, May 28, 2010

siaran langsung dr bilik berita! :)

fuhhh dah lama gila berabuk blog ni, yg aku tau, bukak ja blog ni, aku klik kat link kawan2, p baca blog kawan2, kadang2 aku x tinggai jejak pun, sampai mcm tu sekali aku hilang keyakinan nak blogging (gila melampau ayat perasan diva).

ni la baru nak pulih sket semangat aku. tu diaaa

semangat nak type dah ada, tp mesti hangpa herankan (ala mcm ada org peduli), dah lama x dak gambaq baru aku dlm ni, bila dah ilang semangat nak blogging, pastu bila keluaq masa weekend, zuppp mai idea nak blogging, ha elok letak gambaq sekali, baru rasa meriah.

bukak ja sarung camera, baru nak snap, battery plak kong, teruihhhh aku simpan camera kat umah, hang doklah sorang2 kat situ sampai aku ada mood balik nak beli battery, nak snap gambaq, nak upload kat blog. ada gak gambaq celebrate birthday aku, bulan 4 ari tu, gila lama kan? dok terperam dlm camera tu.

tgklah kalau agak2 nampak S, aku letak la, kalau nampak XXL, aku delete teruih lah. :) ari ni nak cari kotak utk letak barang2 dlm almari, bukannya apa, mak aku dah nak mai cuti sekolah ni, takut satgi dia masuk ambik quran dlm bilik kat almari, dia terkejut plak sampai x tau nak beza mana satu almari baju mana satu lori sampah, haruuuuu..



p/s ni adalah masa "2012", kalau keding camni lg kan best, tolonnnnnnn

Thursday, May 27, 2010

tolonglah pk guna otak, jgn guna kepala lutut

sumpahh aku tension kalau org suka berpk guna kepala lutut x nak guna otak sendiri, tau la hang ada 2 kepala lutut pun, tp cuba2 la guna otak yg dlm kepala tu gak. takut kalau2 x guna, expired kalu, lagiii susah.

aku x kisah sapa2 nak renovate rumah, nak ketuk rumah, nak ubah rumah, nak gali tanah, nak bukak bumbung, tp consider lah neighbours di sekeliling ni, nak2 lg yg betoi2 sebelah umah.

tension o, dahlah aku x berapa sihat, dpt mc, tp mc pun mcm dok kat ofis gaklah, badan mmg x buat keja, tp otak mcm dok dlm blender. siap roboh dinding master bedroom (tp yg part dia la, kalau dia roboh yg betoi2 share ngan aku, tu dia baru). dah sambil sekoq ni dok runtuhkan dinding, yg sekoq lg drill.

straight non stop dr 8.30 PAGI sampailah ke 3 PETANG, azab ok, rasa mcm kat neraka jahanam ja walaupun aku x penah pg lg, mintak2 x jumpa jalan p sana, ishhh. blh imagine x, dgn sakit, cuba nak tdoq, tp x blh, sbb bergegaq ja katil aku rasa, sapa yg penah rasa gempa bumi, ha mesti tau mcm mana (mcmlah aku penah rasa)

oklah, dah buat keja sampai ke petang (kul 5), aku ingatkan dah abis la azab tu, ohhh x lg, balik tuan rumah dia, dia blh continue plak buat keja sendiri potong kayu ke drill tah, sampailah ke 7.30 mlm. mcm nak gila aku rasa. tgk2 smlm dia blh sambung plak dlm kul 8.00 camtu, sampai ke pukul 9 drill kat belakang plak.

hang x sakit hati camtu??? dahlah ari sabtu aku baru nak guling2 senang lenang x payah bangun kul 5.30 pg, kul 8 dah start drill sana sini, ari ahad plak, elokkkk ja cecah kul 5 lbh, dah start drill balik sampai 7.30. eh hello, org lain pun renovate rumah gak, tp jgnlah sampai menyusahkan org sekeliling.

aku dah cukup baikkkk dah consider sampai ke hari sabtu (hari cuti aku) hang buat keja, tp jgnlah sampai mlm, sampai hari ahad pun hang nak redah sekali. x tenang aku. bila bercakap, jgn kata org lain, aku sendiri pun x dengaq suara aku, apatah lg nak tgk tv, mmg x tau langsung apa yg org dlm tv tu dok carut, last2 tgk rancangan yg ada subtitle, x payah bukak volume, just baca ja subtitle.

dahlah buat bising, sekaliiii aku x leh tdoq, turun bawah nak sumbat apa yg patut dlm perut, amboiiii bukan main lg ni, sidai baju penuh kat gate aku, GATE DEPAN ok! aku sendiri x penah sidai baju kat gate, aku usaha beli ampaian besi sbb nak nampak well organised sket baju2 kami anak beranak.

sekaliiiiii, sedap bontot dia ja p sidai baju penuh kat gate aku, apa hangpa rasa? dan2 tu aku rasa mcm dok kat estet, main sidai2 ja baju sana sini, dahla selama ni aku dah habih tolak ansur dah ngan depa, gate sebelah kiri tu dah jadi depa punya, ni mai landa sampai gate aku ni apa cerita plak ni???

susah la kalau mcm ni, aku cakap kat mr shaifull, blh plk yg tu p jawab kat aku, kot2 dia x tau awak ada kat umah kot, eh peduli apa aku, ada kt umah ka, tarak kat umah ka, jgnlah ambik mudah camtu ja, SEBABNYAAAA, aku x penah nak ambik mudah camtu kat umah orang, x penah terlintas langsung nak p sidai baju aku kat gate umah org lain, HATTA di umah klinda sekalipun, even aku tau dia x dak kat umah tu, x dak kat kl, x dak kat malaysia, nunnnn jauh di geneva.

tp aku x ambik mudah camtu, so bila aku x ambik mudah umah org, aku x suka org ambik mudah umah aku nak sidai2 baju kat GATE DEPAN SBB AKU X PENAH BUAT CAMTU!!!! eee tahlah, kalau org lain maybe blh consider kot org lain p sidai baju kat gate depan umah dia, tp BUKAN AKU!!!

p/s sila kira berapa perkataan consider dlm n3 ni

Friday, May 21, 2010

mana yg ok?



kalau yg ni, dkt ngan umah pengasuh rifqy.



kalau q-dees ni plak, jauh skettt ja dr rumah pengasuh, tp still dlm kawasan umah dia gak.



yg last ni pun dlm kawasan situ gak, so semuanya mmg senang nak diaccess lah dr situ. tp persoalannya la ni, aku nak mintak pendapat hangpa, yg mana paling elok utk budak2, yg mmg memuaskan hati parents dan jugak budak tu sendiri akan happy bila every time nak p sekolah, so tolong tau.

mana tau yg dah ada experience antaq anak kat salah satu kindergarten tu, blhlah share ngan aku sket2kan. thanks in advance!!!

Monday, May 17, 2010

give me a break pls!!!

dr pg tadi sampai ke la ni aku masih berusaha dan terus berusaha dan usaha lg nak abiskan satu mug CNI cafe, sebiji karipap dah selamat dan tinggal samosa suku lg nak abis, tp x blh nak abis dr tadi lg, sbb bila aku gigit sket, x dan nak kunyah pun, phone bunyi. ok fine.

letak tepi pp (mcm rifqy buat), sambil cakap phone dgn harapan org tu x perasan aku tgh simpan sesuatu kat pp aku.

ltk phone, tolak ngan ayaq cni, lepas.

baru gigit sket lg sat2, bos panggei nak map hotel kat pd, terus telan camtu ja, mcm mana la aku nak ikut sunnah nabi kalau camni, dan kunyah sekali ja dah telan, mau x bersimpul usus aku, gila lorr!!!

yg lain plak, sat suruh booking bilik meeting, 16 minit pastu cancel plak, tgk la dlm 23 minit lg, depa nnt call aku suruh booking minum plak, aku rasa sampai ke petang la samosa ni baru habih kot.

fuhh baru lepas jawab phone, nak ambik barang kat stor, punnnnn tanya aku gak, padahal x kena mengena ngan aku pun, sumpahhh aku x jaga stor, tp nak tanya extension, punnnnnn call aku. pa cum tea lady cum tourist guide cum operator, serba serbi kena jwbbbb, pitammm.

i miss them so much..

ini..



ini..



dan ini jugakk..



ayaq mata bertakung, amik tisu lap mata, padahal tisu tu bekas lap tgn, ada minyak, makan samosa, dah, fullstop

waaaaa...

mcm kena tangkap basah!

gila apa nak beli gula sampai nak kena tunjuk ic, surat nikah bagai? nasib baik aku aku x jadi pemastautin kat t'ganu, kalau x jenuhlah, tunggu mak aku mai 5 bulan sekali baru dpt bekalan gula. psiko!

nasib baik aku dah train mr shaifull x guna gula utk bancuh milo, ltk 4 sudu penuh milo, tuang air panas, dahhhh siap! (dia dah x blh minum minuman berkafein)

apa guna minum manis2, kalau bini sendiri dah manis mcm gula kan? :)



errr, tu muka ke talam haaa??? balaaaa

p/s kalau ada org t'ganu mai sini, betoi ka kritikal sgt nak dpt gula kat sana?

Thursday, May 13, 2010

hujan di petang khamis..

hujan lebat gila kat luaq, kalau berjalan guna payung, confirm, kepala aku ja kering, yg lain semua kuyup.

kak j : naper awak sedih?

aku : ujan la kak, lebatnya, lambatlah sampai umah

kak j : camtulah hidup kat kl ni, cari makan kat sini

aku : nnt cam akaklah kan, sampai pencen mcm ni je (bunyi mcm org dah nak pencen setahun 2 lg)

kak j : dah baper thn awak keja?

aku : errr 10 (sipu2)

kak j : hhhmmmppphhh

aku : lari masuk bilik sambil senyum :) gila lama lg aku nak keja, pitam pitam pitam

Wednesday, May 12, 2010

x dak tajuk pun boleh publish kannnnnn

aku betul2 tandus la ni, tandus dan gersang, sampai x tau nak update apa, tp nak pok pek gaklah kat sini, walaupun hangpa bukannya boleh dengaq suara aku pun, tp bila dah baca tu, still can imagine mcm mana aku bercakap kan? :)

- ada yg tag aku, ada yg bg award suruh aku ambik, tp aku mintak maaf sangat2, sampai ke hari ni aku x buat2 lg, jgn terasa hati, jgn sedih, jgn ambik hati, aku mmg tgh down la ni, bukan setakat nak blogging, nak masuk office pun mmg aku dah x lalu, aku x tau lah kot2 ni salah satu simptom nak mati ke hapa, nasiblah beli umah tu guna govt loan, kalau pinjam kat ah long bukit beruntung aku rasa dah lama dah mati, mmg x sempat nak rasa simptom pun

- aku ada terbaca kat satu blog ni, dia kata ada yg bila reply comment, suka reply satu2, mcmkan ada 72 comments, padahal half tu org punya, half lg reply dr tuan blog. ok bg aku plak, dlm mereply comment ni, semua org ada cara masing2, ada yg tunggu sampai 30 org comment, pastu dia reply 1 ja, buatnya aku ada tanya pasal tips apa2, jenuh gaklah meraba celah bedah nak tgk mana satu yg dia reply utk aku. ada gak yg bila org comment, x penah reply, ada gak yg 1 comment 1 reply, 20 comments, 20 replies, haaaa yg tu aku.

aku rasa cam serba salah plak, kalau aku reply utk 4 org dlm 1 comment, sbbnya tu salah satu cara aku nak appreciate followers aku, readers aku, kawan2 aku, so aku rasa x salah kalau comment dr setiap org aku reply satu satu. aku selesa ngan cara tu, sbbnya readers yg leave comments ni, depa baca blog aku secara berasingan, di tempat yg lain2, bukannya depa berkumpul kat satu tempat, sorang baca, ramai2 dengaq, so aku rasa mcm x fair plak kalau aku reply secara berjemaah. :)

- bila aku pakai kasut tinggi dari selipar jamban, mr shaifull kata aku degil, yessss mcm dia x kenai aku. tagline aku tu, degilllll :) dia mungkin org yg ke 50 dah kot kata aku degil, sbb kalau yg ke 44, mesti aku baru nak belajaq2 jadi ketegaq kot la ni, tp masalahnya dr dulu kala lg, mmgggg org tau sifat aku yg satu tu, aku x nak ubah, sbb degil aku ni kadang2 bawak rahmat gak kat aku (gila kot).

sampai penah kakak yg serumah ngan aku masa dara dulu (masa kat damansara damai dah x dara :) wargahkahakhaka), dia siap bg nasihat pong pang pong pang kat aku, tp last2 dia sendiri yg cakap, ish budak ni degil ni, tgk mata pun dah tau, padahal aku x cakap apa2 pun kat dia, dan yg aku heran pulak tu, yg dia bersungguh nasihat aku masa tu, dia nasihat apa ha??? ishhh mcmlah aku jahat sgt, tu yg aku x puas hati ni

hmmm tiba2 plak rasa nak p borak ngan kakak2 tu, boring plak aku dok congok kat sini, nnt bila ada idea aku update lg lah.

p/s ainerza, thanks for reviewing my blog! kalau ada masa, buatlah lg :)

Tuesday, May 11, 2010

hai!!!

hai! dah lama gila dan jarang gila aku update blog kan? x kisahlah, janji org tau aku masih ada di muka bumi ni, mmg aku malas tahap nak angkat bulu mata sendiri pun dah x daya, inikan plak nak pakai bulu mata pelesu mcm rozita che wan, laaaagilahh aku rasa azab.

tp masih ada benda2 tertentu yg aku rajin, insya-allah, paling aku rajin, makannn lah apa lg, tp baru nak belajaq menyesali takdir 2 3 hari ni bila aku rasa bontot aku lg berat dr rifqy. tp kalau betoi2 nak diet mmg x blhlah, asal aku nak diet ja, baru pasang niat sambil tambah nasi 3 pinggan, mr shaifull dah potong stim.

alahhh, x payahlah diet, mmm sedappp nasi panas ngan ikan bilis ni (see, nasi ngan ikan bilis pun aku dah tertambat hati, ni kan plak kalau dia panggang daging, masak sup tulang, sambal belacan, ulam, blm lg dia keletung keletang masak laksa sarawak), lglah membuak2 nafsu makan aku.

nama dia nak sokong aku diet, jgn haraplah, tp bila perut aku berlipat 3, dia gak nak komen, tp bila time makan, kalau aku x nak makan, dia panggei aku, dia tolong suap, manalah aku x meraih potensi nak berlawan ngan size peti ais kat dapuq tu. sket hari lg, rifqy dah x boleh beza mana satu peti ais mana satu mommy, time tu aku rasa, aku kena check taik lalat mcm yg kak d buatlah kot... :) wargahakhakahkah

p/s : sorry melalut, kepala tgh weng, dah 4 hari termasuk hari ni aku sakit kepala, mr shaifull kata aku kurang minum, aku dah minum 2 3 mug ayaq masak ari ni, balik ni kalau aku sakit kepala lg, siap dia!!!

Thursday, May 6, 2010

kerana dia, aku gagahi jugaklah

kalau x kerana dia, mmg x lalu dah aku nak ngadap benda ni sejak2 x berapa nak best keadaan kesihatan ni. kalut la dok tanya aku, ari ni tgk blog x, ari ni update blog x, yg x tahan tu, siap bagi suggestion lg nak update cerita apa. ish3x, gila punya fanatik ngan blog aku, kalaulah semuaaaa orang di dunia blog ni fanatik mcm dia gak, dah tentu2 aku blh beli umah lg sebijik guna duit nuffnang.

aku x paham betoi, yg dia susah hati sgt kalau aku x update blog, mcmlah dok jauh sgt ngan aku, padahal makan sama, tgk tv sama, p balik keja sama, tdoq sama, mandi sama, hehehe...tp nak jugak suruh aku udpate blog, herannnnnn.

x pa lah, dah dia beria sgt nak suruh aku update, aku updatelah, walaupun kepala aku kat lain, badan kat lain. yg aku tau la ni, aku mengantok gila babi, terima kasih kat mata aku yg asal org lain lena, dia plak gagah celik, x alang2 punya celik, semalam dia celik sampai pagi ni, bangun teruih mandi, bodo lah.

aku x tau apa masalah aku sebenaqnya, tp bila aku google sat tadi, aku rasa ni tanda2 insomnia, sbb lbh kurang ja apa yg dia tulis kat situ dgn apa yg aku rasa, mlm x cukup tdoq, bila siang aku ngantok dan mudah tersinggung, sbb2 insomnia ni, tekanan kat tempat kerja dan jugak mengalami sesuatu penyakit.

aku x kisah kalau x lalu makan ya ka ct, tp aku kisah sgt kalau x blh tdoq, sbb tdoq ni dah sebati ngan aku, duluuuuu letak ja kepala, x dan nk tutup mata aku dah lena, la ni, punyalah susah, tu pun sat2 terbgn, sat2 terbangun, aku tgk yg 2 org lg elokkkk ja masing2 berlawan peluk bantai peluk masing2. aku plak, sampai naik lebamlah cadar tu, pusing sana pusing sini, x jugak lena2.

ari ni paling teruk, sbb rasa loya, nak muntah sbb x cukup tdoq, bawah mata ni toksah cerita lah, nasiblah panda x dak kat malaysia, kalau x, aku dah termasuk sekali jadi ahli keluarga depa. stress pun ada gak kot aku rasa, sbb ada manusia yg terlebih cerdik dr org lain, blh x caya jugak sampai dah masuk bln ke 5 aku sakit ni, yg aku betoi2 sakit.

tahlah, allah ja yg mengetahui, sakit yg aku tanggung ni, tp aku dah x amik port dah ngan org tu, lantaklah, apa nak jadi, jadilah, yg aku tau, aku mmg betoi2 x sihat, sbb kalau aku sihat, sorry la lunch hour aku nak duduk terperap kat ofis ni, dah lama aku heret kaki dlm sogo. tahlah setengah org ni mmg cilakak, maybe sbb x penah sakit dan x penah melawat org sakit dan x penah jaga org sakit.

x pa, what goes around comes around!!!


p/s abang, i dah update, jgn lupa masak laksa sarawak weekend ni!