Wednesday, July 28, 2010

apa nak jadi ni..

utk semua kawan2 bloggers, sorry sgt2, ofis aku buat gila lg, x blh nak tinggai komen kat blog kawan2, tah apa penyakit tah, nasib baik nak update blog blh lg, kalau x mmg meroyan tanpa bersalin aku kat sini.

insya-allah, kalau x dak aral melintang pukang, lepas ni aku akan bersiaran spt biasa, tp ambik masa sketlah, sampai semua dah ok, masa tu nnt, jgn marah kalau pukui 3 pg pun aku still dok update blog :) hehehe...

sampai ketemu lg...take care...daaa

Monday, July 26, 2010

rindunya ngan blog ni :)

tu namanya ayat gila kuasa. nak x nak, letih x letih, penat x penat, aku gagah gak update, walaupun hanya sebaris ayat (rasanya dah nak masuk 3 baris dah ni) sbb rasa terharu sgt td, bila mrs bubu sms tanya condition aku. ya lah, kalau x update blog sendiri pun, ada ja aku menempek tinggai jejak kat blog kawan2 kan.

tp kali ni mmg aku tinggaikan terus blog ni, dgn pakej 3 hari 2 mlm yg aku dpt, sambung plak ngan mc, mmg lah aku x jenguk langsung blog kawan2, blog aku pun aku x jenguk.

aku x berani nak kata aku dah sembuh sepenuhnya, sbb hanya aku yg tau apa yg aku rasa, org lain hanya mampu tanya, tgk dan puas hati ngan jawapan aku. tp aku yg tanggung, aku yg heret benda ni, aku tau mcm mana keadaan aku sebenaq2nya.

dgn keadaan aku la ni, aku dlm plan nak ambik cuti tanpa gaji, aku nak rehat, rehat betoi2, tp aku tgh nak tanya2 lg, blh atau x aku ambik cuti tanpa gaji, takut x approve, tp tgk dr pekeliling td, mmg aku layak. tahlah, maybe dlm bln 9/10, tp still berkira2 lg lah, x confirm lg.

kalau dah x berapa sihat, mmg aku x pikiaq langsung pasai yg lain2, yg aku tau, aku nak rehat kat umahhhhh sahajaaaaaa. aku rasa lega sket kalau dpt baring2 bila aku rasa sakit. mcm kat ofis la ni, bila aku rasa sakit, aku just blh kerutkan dahi ja, yg aku rasa x byk membantu, membantu nak mintak lempang org adalah kot, dah asyik dok kerut dahi ja, org pun benci.

tp serius cakap, waktu kita sihat, kita tercari2 yg mana satu kawan, yg mana yg x berapa nak kawan ngan kita, tp bila kita sakit, waktu tu lahhh baru aku kenai dan nampak mana satu kawan aku, sorry, ayat ni bukan utk kawan2 bloggers/kawan2 baik/kawan O10B, ayat ni untuk mmmm terlalu peribadi utk aku kongsikan kat sini.

hhmmmpphhh tp kalau dah waktu aku sihat pun x penah nak ambik tau, apatah lg waktu aku sakit, x pa, aku terima semua yg ditakdirkan utk aku, aku terima apa saja, sbb allah hanya menguji umatnya setakat kemampuan umat tu sendiri, so semua ujian yg aku dpt la ni, adalah yg terbaik utk aku.

p/s semoga setiap ujian dan dugaan ni mematangkan aku dan mengajar aku utk menjadi insan yg penyabar...


utk dikna & mas, akak x lupa hadiah hangpa, tp bg sket masa ok..

Thursday, July 8, 2010

aku mc today till next wednesday!

gila berabuk kan blog ni, bila jenguk blog org lain, terperasan link ke blog sendiri, tu diaaaa, WTML updated 3 years ago (melampaunya). tu lah dia, org lain nak ada laki, aku nak ada laki, org lain ada anak, aku nak ada anak, org lain ada blog, aku kalut buat tiga, bukan satu ok, tp 2 lg dah ke laut, tinggailah yg ni dok nyawa2 ikan.

tp buat masa ni, bukan takat blog ja dok bernyawa ikan, aku pun dok bernyawa mcm telur di hujung tanduk, sbbnya takutttt. td dah jumpa spine surgeon. dan dah decide (sendiri pilih), nak opt for injection. injection ni hanya pakar yg blh bg, dan injection ni direct ke tulang belakang.

hhmmmpphhh allah yg maha mengetahui, mcm2 yg ada dlm kepala aku, sblm, sewaktu dan selepas injection. tp aku tau, setiap benda yg berlaku dan akan berlaku adalah kehendakNya. aku sebagai hamba kena berdoa dan tawakal, dan yg selebihnya redha.

aku masuk ofis pun hari ni sbb nak clearkan meja, nak bgtau status aku, satgi org tuduh aku lari dr ofis, bg surat amaran 1 2 3 plak, aku x nak la mcm tu kan. so, aku ikut mr shaifull td, mai ofis, clearkan apa yg patut, dah bgtau org2 yg sepatutnya, dan ada yg sgt2 annoying.

bg depa, apa yg aku nak lalui ni, mcm cucuk BCG budak2 baru keluaq dr perut ibu, ok, tu utk org2 yg depan lain belakang lainlah. utk kawan2 yg aku sayang, terutamanya kawan blog ni, yg selalu 'melawat' aku kat blog ni, selalu doakan kesihatan aku dan family, sekali lg, aku nak mintak jasa baik kawan2, x kiralah kawan bloggers ka, kawan ex-itm ka, kawan/adik2 kat ofis ni, x kisahlah sapa2 pun, tolong doakan keselamatan aku.

sbb panjang lg perjalanan hidup rifqy, so tolong doakan aku, agar aku dpt meneruskan t/jawab aku sebagai mommy kepada rifqy, dan isteri solehah kepada mr shaifull. :) aminn

so, sampai jumpa lg, pada sapa2 yg dah add aku kat fb, ataupun aku dah add dia kat fb, ataupun aku still x add2 lg dia kat fb sbb guna nama yg bukan2, bukan nama yg aku kenai, sorry, aku merehatkan diri sat dr fb tu, sbb fuhhhhh ofis aku mengamalkan dasar pandang sepi kat fb huhuhuuuu tunggu sampai aku buat comeback nnt, masa tu nnt, selang 2 saat aku update status aku kat fb, selang 5 saat aku komen kat wall hangpa semua ok.

till then, take care u ols :) maafkan kesalahan aku dr hujung rambut sampai hujung kaki, halalkan segala yg termakan dan terminum, dan i'm gonna miss u ols! :)



dr aku yg tulus ikhlas..