Wednesday, December 22, 2010

penang



orang ada blog, aku pun nak ada blog, org update tiap hari, aku update 3 minggu sekali, ahh x kisahlah, janji ada blog, janji update, bukannya wajib pun kan?

raya haji, blk dr kg, singgah penang, sehari semalam, sampai ja meraban carik hotel, adik drive, aku tunjuk jalan (mcm pandai sgt, padahal x penah p sendiri pun, selalu p ngn ayah). mr shaifull ngn along n rifqy, sila duduk diam2 kat belakang, fasten ur seat belt, manalah tau, dan2 tu aku nampak simpang masuk hotel tu, dan2 tu aku suruh adik kona masuk, kan satgi x pasai2 tercampak 3 3 org kat belakang tu plak :)



bila dah sampai kat hotel, rehat, mandi, smyg, pastu keluaq la jalan2 kat pdg kota. duduk2 mkn burger (mana la perut x berlipat).



mlm plak, mkn kat apa tah nama tempat tu, aku hilang ingatan plak dah, maklumlah dah lama kan, mana aku blh ingat semua (alasan utk org pelupa). masa tgh mkn kat sini, ada satu adek manis mai bg salam kat aku, dahlah contact lense kering, dia plak bg salam masa tgh makan, aku ingatkan budak2 juai gift, tp yg peliknya siap sebut nama penuh. ish dan2 tu feeling artis sat :). oh lupa plak, terima kasih sgt2 utk aizan sbb mai jumpa personally. mmg terharu sgt. comel sgt dia :) (mmg comel sungguh, bukan puji sbb dia kenai aku, pangggg)



tp dah sembang2, lupa plak nak ambik gambaq ngn aizan, utk x menghampakan semua, aku ltklah gambaq aku ngn mr shaifull (ada kena mengena ka?) abaikan muka buruk-nak-mati tu, sbb first day kan, perut aku mmg jenis x leh tolak ansur kalau first day tu, mmg matlamat dia dr dulu nak menjahanamkan aaaaaku ja.



ni cara2 org dengki ambik gambaq, dah diri sendiri x blh nak pose ngn silverman, jd apa salahnya aku jahanamkan gambaq 3 org ni sekaligus kan??? dahlah ambik gambaq dia punya jarak 5km dr benda yg difokus, kalau guna dslr tu aku blh terima lg, siap ngn imej kabur, pastu ada shaking2 sket, x pa, istighfar lah byk2.











dpt ja bendalah "pum2" ni, semua org kt padang kota tu kena tembak, mmg xdak mangsa yg terselamat. kecik besaq tua muda, semua sama ja kena baham.



kul 10 baru bgn nak berendam, aku ngn mr shaifull dah selamat bersiap2 nak balik kl dah, budak2 2 org ni bgn ja kira terus lunch lah, x dan nak bfast pun.





bye2 penang!

moral : jgn singgah2 camtu ja, mmg x puas gila nak berjalan, rasa suntuk sgt, dahlah esoknya tu mr shaifull dah kena keja, aku lainlah masa tu, tgh unpaid leave, cuti 'berpantang' kihkihkihkihhh...

bila tsunami dlm kepala...

...dan2 tu gak aku rasa menyampah, benci, meluat, nak muntah tgk blog sendiri, dahlah update pun kadang2 dah la ni, pastu dgn template yg buat aku sendiri rasa nak pitam, apatah lg pengunjung (ewahhh, byk sgt ka pengunjung, aku tgk visitors tu takat2 tu ja dr thn lepas, panggg diri sendiri). gasak!

ari ni, sambil buat list brg umah, lambat rasanya nak tunggu update list barang yg kat umah, yg mr shaifull dah siap2 buat utk aku (plus suka nak tunjuk yg aku lg pandai dr dia), sambil tgk blog org, tetiba eh teringat plak blog sendiri, dan2 tu aku tukaq template, walaupunnnnn, blogger template sahaja.

tp aku rasa tenang ja diri, bila tgk blog tu x lg berkaler koko, walaupun koko tu salah satu pendapatan utama negara, ha sudahlah, aku x nak merepek lbh2 lg, nnt aku update ngn short vaccay to melaka ngn family (melaka pun nak kecoh), x kisahlah, janji aku happy kan. nnt aku dah transfer gambaq masuk kat netbook, aku cerita kat sini, la ni aku nak p beli nasik dulu, lapaq!!! (hang mana penah x lapaq kan???)

Friday, December 3, 2010

moisture max lip gloss - silky girl

dah lama x cerita benda2 karut camnikan?

ni aku nak cont balik :) bored??? get lost n find another blog that can satisfy u. aku??? ada aku kesahhh, emo petang jumaat.

ingat x dulu, aku penah cakap, bkn cakap la actually, type dlm blog ni, dah mcm2 lip gloss aku cuba, agak2 berharga pun aku try, yg paling murah pun aku try, tp satu pun x suit ngn bibir ala angelina jolie aku.

pilih kaler yg agak2 pinkish, sekali pakai dah rupa pengkid plak diri sendiri aku suluh kat cermin. pilih yg nude, konon2 mesti nampak suci murni mcm minyak masak seri murni dua pemeringkatan, punnnnn mcm hell gak. last2 aku bisik kat telinga aku sendiri (mesti hangpa herankan, mcm mana la agaknya rupa posisi aku), persetankan ngn semua org yg kata lip gloss adalah trend, pakai ja apa yg aku rasa sesuai ngn aku.

last2 org bergloss sana sini, aku lak pakai gloss time tdoq sbg lip treatment. hang x rasa terhina org lain pakai jalan2, aku lak pakai sbg aksesori tambahan kala malam.

tp ari tu, jln2 tgk wayang cita rapunzel ngn rifqy kat jusco kepong, aku saja ja nak abihkan masa sementara tunggu movie tu start, masuk watsons, bila dh masuk watsons, mcm masuk toiletlah, x kencing pun nak jugak basuh tgn (tu aku lah tu), beleklah apa yg patut, sekali terbelek plak silky girl punya items, semua tgh sale.

apa lg, tgk lip gloss, o Rm12.90 ja, saja ja testing kaler kat tgn (mr shaifull marah dulu aku penah try kat lips sendiri, dia cakap x kotor ke tah2 yg sblm awak tu tah sapa2 tah, siap buat ekspresi muka sekali nak bg sakit hati aku), sekali eh, cantek plak kaler tu.

ada la kot 16 kali aku try calit2 gloss tu kat tgn, sah, mmg ok kaler tu ngn aku, apa lg, beli ja lah, lgpun dlm kepala dah set, kalau x sesuai pun, x lah menyesal sgt, sbb murah, blh bg kat anak2 kakak aku.

balik umah, krak krak koyak plastik (effect kena lbh, kan plastik balut lipstick/gloss jenama2 yg sewaktu dgnnya tu kan ketat), terus try kat lips, bila dah suluh muka kat cermin, dan2 tu aku rasa nak pakai setiap waktu dan ketika hatta nak mendobi kat umah sekalipun, bolehh???

tu cara2 org teruja first time dpt pakai gloss kaler yg sesuai ngn diri sendiri, so x payah nak jadikan bahan umpatan. 2 3 hari lepas pakai, lips aku jadi lain sket, x mcm aku pakai lipstick mac yg men 6 jahanamkan lips aku sampai gatai rasa nak tonyoh ngn berus dawai.

mmg puas hatilah beli, murah dan blh beli seminggu 2 kali. :) (abang, x payah nak sengih, x kan nak pakai lip gloss tu ja sebatang sepanjang thn, estee lauder pun kena gak ngn my lips, ha bak duit cepat!)

aku beli moisture max lip gloss in AMBER. sapa2 yg rasa ada masalah sama cam aku, u should try this, no regret wa cakap lu. chow!




ha tgk, x caya cakap aku, kan balut ngn plastik ketat sampai tuan punya pun susah nak bukak, menyusahkannn!

Wednesday, December 1, 2010

1st day...

ari ni first day aku kat office, mcm biasa ja, x dak apa perubahan pun, cuma aku ja yg dah berubah. makin comel :) hehehehe

rifqy nangeh pagi tadi, tp nasib baik aku jd 'kuat' sket, kalau x, mau aku yg meraung kat situ, tp nasib baik ke malu an aku besaq lg, so control sopan la dpn orang.

ari isnin ari tu, p layan rapunzel ngn rifqy kat jusco kepong. sian dia, penat, aku pun x tau, dia penat tgk cerita tu ka ataupun dia penat layan aku jalan sana sini. nak bawak stroller, berat plak nak angkat keluaq dr bonet, nak x nak, aku heret ja lah budak kecik tu sana sini.

tp masa nak beli tiket, teruih bawak keta naik sampai rooftop, masuk tgv, beli tiket, turun balik, jln2 dlm jusco, pastu dah dkt 1.40 tu, aku bawak rifqy naik ataih balik, ikut lift ja lah, x kuasa aku nak heret kereta sekali. sian mr shaifull, dia work, so sapa2 yg work tu, buatlah cara work, aku ngn rifqy nak p bersantai :) wargahkahakhakah

bila dah masuk office ni, baru ada kekuatan sket nak update blog kot, kalau kat umah tu, byk lagi keja lain aku nak buat, selain dr tdoq, makan, keja umah, aku ada keja yg lg penting, main farm mania, sampai berebut piter (bahasa rifqy, padahai menatang tu netbook) ngn rifqy. dia nak main gak, aku pun nak main gak.

kalau dah lama aku ngadap piter tu ja, nnt ada la bunyi2 dia, lameeee dah eqy x main game, mommy nak susu, mommy eqy okkk, tu antara cara2 dengki nak bg aku stop main game, tp being me, aku kan gigih, buat cepat2, pastu cont lg :)

dahlah, penat plak type panjang2, nak layan fb sat kat sebelah ni, lameeee dah aku x layan fb, sampai tertinggal dah berita2 dan cerita2 sensasi, rugi tu, dah aku nak facebooking daaaaa...