Tuesday, July 7, 2009

aku nak tukar postlah, bleh???

rasa2nya, jawatan yg paling sesuai ngan aku la ni adalah jeng jeng jeng

*

*

*

*

*

*

*

*

*



petugas di kaunter pertanyaan. so encik2 dan puan2 kat luaq sana, sapa2 yg rasa nak tau info pasal sogo, ada sale ke tarak sale ke, berbaloi ke x berbaloi ke, sila telefon aku di no ni, 014-tekan tekan x dpt :) hahahahahhaa...

sungguh, x percaya??? salah satu contoh yg paling senang kmira, dia selalu tanya aku kalau bab2 sogo ni. lg sorang, ksherry, dia plak nak tau pasai jakel. ada jugak yg soal aku pasai maju junction. x pun bila langkah aku panjang sket, sampailah aku kat klcc, hisshhh mmg tempat2 favorite aku di waktu ofislah tu.

so, jgn salahkan aku kalau aku terpaksa membuat lawatan kerja sosial ke sogo, jln tar, maju junction, klcc, kiranya aku mempersiapkan diri aku dgn info2 yg sepatutnya, kiranya aku x lah menghampakan soalan2 dan pertanyaan2 kawan aku, kan mr shaifull??? hehehhhee...

transformers - revenge of the fallen



dah setengah jam aku kodek encik google, yg ni ja mampu aku tempek kat sini, sesuai ngan kondisi mata aku yg separuh bukak separuh pejam, nak kata stim x kot, maybe kenyang sgt kot, sampai aku asyik dok imagine bantal kat umah ja, yg masih jauh perjalanan nak sampai ke situ huuhuuuuuuhuuu...

aku hanya mampu menelan ayaq kosong liuq sahaja.

mr shaifull telah menolak bulat2 dan mentah2 cadangan hantu aku hari tu. errr pasai pa dia x nak terima proposal yg aku submit kat dia hari tu ha? err jahat sgt ke haku ini???

ish keciwa betoilah, ingatkan dah boleh tgk secara berduet dah cita ni, tp hampeh. nampak gayanya, layan dvd sajalah nnt. :(

eleh jgnlah poyo, taulah hangpa dah tgk, tp jgn nak show off ngan aku plak, mmg mintak lempang lah sorang2. eee hangin betoilah, org ajak elok2 x nak plak, kalau nak p hadap sorang2 cita tu x best plak. err ada sapa2 rasa nak teman aku x???

Monday, July 6, 2009

bersama dato' fadzillah kamsah

di pagi yg hening sambil membeli membelah hiway utara selatan, kami dengaq sinar fm. masa tu dgr sinar pagi, bersama dato dr fadzillah kamsah. dato tu membebel lebih kurang camnilah, kadang2 apa yg ada dlm hati/kepala kita, org yg rapat dgn kita boleh baca.

contohnya org tersayanglah, x kiralah, mak ke, ayah ke, suami ke, adik beradik ke, anak kita ke. mmg pun, kadang2 apa yg ada dlm kepala aku, apa yg aku tgh pikir, kadang2 boleh plak sama ngan mak aku, x pun mr shaifull.

so dato fadzillah kata, kalau x percaya, boleh cuba. cuba fikirkan sesuatu dlm kepala, dan cuba link kan kepada yg tersayang. tah, x tau mcm mana nak xplain. so yours truly pun cubalah nak aplikasikan apa yg dato bgtau tadi tu. test powerlah kononnya.

x sempat nak send msg lg pun, mr shaifull kat sebelah dah menyampuk, "xde duit". aaaaaa sakitnya hati, org baru nak mintak hadiah waaaaaaa

fesyen utk raya

err raya dah dekat (padahal puasa mai dulu), kain baru dpt 1, sian aku.

rasa2nya dgn size sekarang, baju mcm ni ok kot ngan aku. aku dah ada 1 baju mcm ni b4 this, rasa mcm ok je, x lah terserlah sgt kebuncitan kegebuan badanku itu. hehehehe...



gambar curi dr utusan

cantek kan baju ni? rasanya dh dpt idea baju apa nak dipakai utk raya tahun ni, tu pun kalau umur panjang, insya-allah.

Friday, July 3, 2009

aku pening kepala kan, so ni ubatnya...



hehehehe...aku dah buang luang masa kat sini tadi, sambil menghilangkan penat lelah seharian bekerja, dan menghilangkan pening kepala naik lif ke tingkat 22 dr tingkat 5 berulang2 kali, sampai lif tu pun naik lebam aku kerjakan button dia.

niat di hati hanyalah mencari ketenangan (tenanglah sgt), p dgn hanya membawa beg kecik utk mengisi hp, duit sket, dan jugak sekeping kad kredit kad atm. jadi bila aku buat camtu, dgn rasa bangganya, aku dah set dlm palaotak aku sendiri, aku x akan beli apa2 dlm masa kegawatan ekonomi aku sendiri.

aku pun jalanlah, dgn relax dan coolnya sbb perut dah terisi dgn nasi. sampai ja kat jakel, masya-allah, punyalah ramai umat, aku boring kat bwh, terus tuju ke tingkat atas dan telah difollow oleh sa jakel. hallamak, habihlah aku, tp dlm hati aku, alah hang x boleh "apa2kan" aku sbb aku x bawak duit.

bila dah sampai kat atas, saja belek2 sana belek2 sini, bila dia suruh aku amik 1 kain tu, motif rama2, cantek siot, tp bila pk, setakat pakai sebulan 2, nak buat apa, nnt dah x in corak tu, x bestlah, tp rasa cam nak p beli gak nnt2. sbb suka sgt ngan butterfly yg megah itu :) aku kata ngan dia, x pe lah kak, saya x bwk duit ni, bawak atm kad je (sila jentik mulut yg gatal).

boleh guna kat sini, ambiklah 1, friday special. haaa??? boleh guna lah plak bendalah tu, adoi la, habihlah aku satgi, last2 dgn x rasa berdosa dan bersalahnya, aku ambik chiffon, nasib menyebelahi aku sbb free lining. hehehehee....syok syok (mr shaifull, sila jgn pitam)

bila dah beli kain kat jakel, kenalah merantau memantau ke ariani pulak kan, barulah lengkap hidup aku ni. bila dah masuk ja dlm ariani tu, hadoihhh 50%, 15%, 20%. kalau hangpa nak buat apa, mestilah ambik jugak kan. mmm mmg aku ambik pun, tp bukan utk padankan dgn baju ke ofis baju raya yg aku beli tadi tu, tp utk baju lain. legaaaa

dah2, aku nak solat sunat taubuat taubat ni sambil istighfar byk2, bukannya apa, satgi x pasal2 kena zikir kat telinga plak ngan mr shaifull. camera x bawak, dia sedang berehat2 di umah, jadi x dak gambaq. i'm sorry.

award lg

dik2 non sekalian, aku dpt award lg, ermm kali ni dr budak yg sgt comel pada pengamatan aku :) iena, tima kasih sesangat ok sbb "hadiahkan" award ni utk akak. tenkiu again.



kalau malas rajin, silalah terjah blog beliau ye uols. :)

peninglah

adoi peninglah pala aku, rasa di awang2an.

sbbnya dr pg tadi dah berapa kali tah aku turun naik dr tkt 5 ke tkt 22. haduhhh pening siot, dahlah aku fobia sket dgn tempat yg agak tinggi (x ngaku gak gayat). gila la, pastu dlm lif tadi, boleh pulak rasa huyung hayang bila lif tu naik dgn lajunya kat xpress zone.

apa hang x reti pelan sket ka lif? aku tampaq satgi, dgn2 hang nnt gelong. adoila, masih melayan kepeningan ni.

err nnt2 ja boleh x update??? idea aku hilang masa naik lif tadi :) wargahkahakhak

Thursday, July 2, 2009

bila kemalasan melanda...



ini yg kami makan. :) hehehheeh..mr shaifull tung tang tung tang kat dapur, siap mee sup ni. buat sup daging, potong tauhu goreng tu, letak telur, sayur, makan ngan cili kicap, meleleh sehhh, 3 kali aku tambah, boleh???

Wednesday, July 1, 2009

perangai org yg x blh blah eee

situasi 1

bila ada org gedik2 tanya pada seseorang, mana wife/husband u? dan bila diintroduce pada wife/husband kita tu, dgn muka selenganya, dia blh jawab cmni? o yg ni ke (nada mau ada bangsat sket). mcm bagusssss je, padahal hang tu pun muka cam mrr2 yg x siap ja, apahal nak poyo sgt ngan aku, lempang ngan kasut size 4 kang.

situasi 2

tgh semayang, tiba2 ada org bukak pintu surau, pangggg dia lepas terus camtu je, x tutup elok2, mcmkan masuk pintu pudu jail, ehh hormatlah sket org tgh mengadap ilahi ni (err bukan meninggal tau, tp tgh semayang), pastu main lempaq camtu ja beg telekung, kiranya masa aku tgh semayang tu, rasa mcm surau tu dilanda tsunami, mcm2 bunyi ada, x reti hormat org langsung.

situasi 3

tgh tdoq dlm bilik, tgh sakit, sekali ada org bukak pintu, pulas tombol tu kuat2 semata2 nak kejutkan org lain yg tgh menempek dlm bilik tu sekali, rasa mcm nak terajang ja, sekali ngan pintu tu biaq tercabut, x dak sapa nak pulas tombol kuat2 dah lepas ni.

situasi 4

punyalah laju kat hiway sampaikan bila dah sampai kat rumah tol x sempat tekan brek terus p depan sekali, potong q 17 buah keta di belakang, x ke hang rasa cam nak keluaq, hentak ja cermin keta dia sampai pecah. apa hang ingat lubang hidung hang cantek sgt ka, bila dah potong q tu, siap tgk org mcm muka pecah rumah ja nak mintak masuk.

situasi 5

aku dah beli mcm2 brg kat supermarket tu (somewhere in kedah), sekali bila bagi balance, blh dia baling ja kat atas kaunter tu, dan dgn darah yg dah melimpah ruah kat kepala, dgqlah lagu rock yg aku cipta sendiri dlm masa x sampai 2 minit. dah mmg muka mintak maki kan, aku bg ja lah.

so kepada org2 yg penah buat benda2 di atas, tolonglah ubah perangai sket, tambah2 kat situasi no 2 tu, dah terang2 hang nak masuk buat ibadat, tolonglah hormat org lain sket, jgn nak ikut kepala sendiri ja, bengang ooo.

i need a new handbag!!!

pada sapa2 yg rasa dia dah basahkan henbeg guess aku pagi2 buta tadi, sila cabut bulu hidung sekarang gak.

dahlah bgn pagi tadi agak lewat sket, nak iron baju lg, nak siapkan diri sendiri lg, nak buat tu buat ni dahhhhh 6 lebih. pastu sempat minum nescafe 3 in 1 pun sket ja, sbb mr shaifull baru buat, panassss, x leh minum byk2, satgi melecuq lidah aku, x leh pot pet pot pet.

ari ni mr shaifull ambik henbeg aku, letak dlm keta, tenkiu tenkiu. sbbnya x payah aku susah payah bawak henbeg, dukung anak, pegang botol susu, kadang2 bantal busuk sekali kena pegang, byk tu.

bila mr shaifull drop aku kat depan kedai karpet tu tadi (nasib baik mamat yg jual karpet tu x mai lg, kalau x dah lama aku suruh mr shaifull tumbuk muka dia, asyik2 tiap2 petang bila aku tunggu mr shaifull kat situ, dia lambai aku 23 kali suruh p beli karpet kat dia, apa hang ingat aku x dak keja lain ka tiap2 hari nak beli karpet ja, kalau boleh makan tu lainlah cerita), aku pun pusing la nak ambik henbeg kat belakang, sambil tu mintak duit nak bfast kat mr shaifull. (x kira pagi atau petang dlm sehari kita wajib mengepau suami)

lepas dah salam2, cium2 :) wargahakhakhakahk sekali kau, aku tgk henbeg aku dah bertukar kaler, dr krim cerah ke krim gelap, ada 2 kaler lak tu, sket cerah sket gelap, haaa???? x kan henbeg aku kena sopak plak. aku pegang ja basahhhhhh, waaaa dah la aku ni pompuan berhemah yg dah insaf x beli 2 3 henbeg dlm 1 masa. tension wooooo

dan x pasal2 aku kena turut serta dgn penyopping2 tegar tengahari ni, nak survey henbeg baru yg harganya murah tp menarik, aku nak intai ELLE sbb ari tu aku tgk kat sogo mcm best ja. lunch nnt aku nak p lah.

SILA BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS PERBUATAN ANDA!!!