Monday, November 9, 2009

perut di raja malaysia

ha tu lah level perut aku, mmg tahap2 raja lah layanan yg dia nak, sampai tadi aku rasa nak bukak letak tepi, pastu pijak2 sampai lunyai, pastu antar dia kat klinik, pastu pasang balik kat badan aku.

kalau aku tau dia nak 'mengada' sampai camtu sekali ari ni, dr mlm tadi aku dah makan gula-gula kegemaran ponstan aku. senang sket aku nak buat keja.

tadi aku dah makan sebijik, punyalah x tahan, x sempat lunch aku dah telan dia dulu, punyalah nak layan perut aku ni, sampai aku sanggup mkn ponstan tu dulu dr telan nasi. waaaa tolonggggggggggggg nak balik peluk gulinggggg (bantal peluk).



pic from google

ku di dalam dilemaaaaa :( sempat lg nak nyanyi lagu kru tu

Saturday, November 7, 2009

tarik nafasss, senang diriiiiiii, jom baca ni






kawan2 buat apa lak masa weekend ni??

Friday, November 6, 2009

Love Is In D'Hair!

i fall in love with this!



apa ni???



shampoo la, kan aku dah cakap ari tu, rambut aku di bahagian depan mengalahkan rambut dlm iklan 'masih terpacaklah'! aku pun x tau apa masalah dia sebenaqnya, tp dah mcm2 cara yg aku buat, guna, masih x berkesan, so ari tu masa jalan2 kat MV, aku terpandang 1 booth ni, d'hair shop, dia jual semua benda utk rambut.

being me yg dah try mcm2 cara tp still mcm tu gak, aku malas nak beli mask, serum dia one set, so aku kata nak try shampoo saja, manalah tau, 'masih terpacak' lg, so x lah rasa marah sgt nnt kan. sekali bila guna ja shampoo ni, rambut aku jadi lembut, senang diurus, bestttt, nak2 lg aku yg pakai tudung tiap2 hari (p ofis) ni.

harganya oklah, worth it dgn dia punya effect tu, lps ni aku nak try serum n mask dia plaklah, utk sapa2 yg ada prob seangkatan dgn aku, apa tunggu lg, kawan2 x nak try ke???

Thursday, November 5, 2009

xtvt bersama keluarga

heheh...bz dgn keja ofis (mcmlahhhh), bz dgn keja umah, tp xtvt dgn keluarga mesti diutamakan tau, tambah2 lg, 31 okt ari tu, HARI KANAK-KANAK. so nak gembirakan hati kanak2, kenalah berjalan2 ye. ;p



mana yg lebih happy, kanak2 itukah, mommy itukah?

keluar jalan2, mana boleh masak kat umah kan, membazir masa, so lunch saja di sini, duit pun lbh berkat sbb belanja ahli keluarga :) heheheh..



teruskan misi, sian aku, org lain dah ada 30 handbag dlm 1 masa, tp aku plak, 1 hbag pakai sampai reput, boleh camtu??? adik aku kata, mak lg byk handbag dr aku, waaa...mrs shaifull, sila ukur baju di badan sendiri (ha lah ha lah, bila masa plak aku ukur baju aku kat badan syani?) oppss ampunkan saya, syani yg comel. err kat blog aku hangpa x akan jumpa segala LV, PRADA, GUCCI, BALLY ye puan2 :) aku punya level takat2 yg bawah2 sajork. so sila berpuas hati dgn apa yg ada.





teman setia aku, yg kat atas ni x berapa nak setia, kalau ada kt kl, setia, kalau kat perlis, nk setia mcm mana kan?



sila abaikan keghairahan nafsu aku mengedit gambar ye.



mr & mrs shaifull sibuk cari cd utk exercise kononnnn. kat umah tu, paula abdul asyikkkk la dok menari sorang2, punya tamak, nak p cari lg yg lain, tp x jadi beli pun, sbb aku rasa aku lbh berminat ngan cd yg ada kat semua house ari tu, senang sket step dia, "step by step ohhh baby gonna get to u girl" ewahhhh.

bila dah penat tawaf sana sini, baliklahhh, tu pun adik asyik dok komplen kaki dia sakit, mcmlah dia pakai high heel kan?

part yg last ni kenalah letak muka org yg paling penyabar kan? tabah ja tunggu mommy & ayah. :)

tanah runtuh di jln rawang-selayang

no no no, aku bukan nak letak gambaq sekitar kawasan tanah yg runtuh tu. apa yg aku nak bgtau kat sini kesan dr tanah runtuh tu, PLUS punya statistik pengguna lebuhraya dia utk 2 3 hari ni, naik mendadak gaklah aku rasa.

apa x nya, aku yg balik 4.30 ni pun, boleh rasa 'bahang' dek kerana tanah runtuh tu. pagi pun sama, petang pun sama, jam. huhhh ingatkan ikut jalan berbayaq, senanglah hati, rupanya x, bila ada kejadian mcm ni, berpusu2 lah org nak guna highway. huhuhuu....



utk kepuasan kty, aku letak gambaq seketoi2ye kak :)



PLUS bersyukur, aku rasa nak tersungkur kalau hari2 mcm ni..

Wednesday, November 4, 2009

A+

bukan a plus, tp a positive, darah aku. baca benda ni kat blog yati. yati, nak copy paste yg paragraph utk golongan berdarah sejuk A+ ya. thanks.


ANDA BERDARAH “A”
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik. Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna. Kadangkala, ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi. Baik kamu ubah sikap sebegini.


ada yg betul kat sini (ni aku bercakap pasal diri aku sendiri, x dak kena mengena ngan org lain ok tuan2 & puan2 sekalian).

ayat yg first tu, aku bukan ibu & isteri yg terbaik, tp aku tgh cuba nak jadi mcm tu, tp dgn support dr org2 sekeliling. kalau setakat aku berusaha, tp org keliling x support, sampai ke sudahlah aku mencuba, tp x success. bgn pagi, siap ke ofis, kat ofis buat keja sket rehat byk pastu balik umah.

sampai ja kat umah, buat tu buat ni, dah malam, nak spend masa ngan rifqy pun muntah angin aku rasa, letihhh. pastu dia tgh sibuk nak main, aku plak dah sibuk nak tdoq. bila dah semua nak kena buat, kadang2 aku rasa letih sgt2, rasa tertekan, ya lah aku kan manusia, bukannya robot, kalau robot oklah kunci2 dia buat tu buat ni non stop.

tp oleh sbb aku manusia, aku rasa letih, penat, kalau semua nak buat sendiri, boleh gila rasanya kot, kadang2 terpaksa mintak bantuan, tp kadang2 aku pk gak, nak kena 'mintak bantuan'??? blh x kalau tolong ja tanpa perlu dimintak2. ataupun kalau dah dimintak tolong tu, boleh x terus je buat, dgn erti kata lain, tolong pk perasaan org yg mintak tolong tu gak.

kalau dia boleh buat semuanya SENDIRI, aku x rasa aku akan mintak tolong org lain. tlglah kesiankan isteri2 gak, dahlah periuk belanga, anak, baju2 kotor, hanger, peti ais, lantai, vacuum cleaner, berus jamban, harpic, list brg umah, period pain, masalah sampingan, semuaaaaaaaaaaaa tu TEMAN SETIA seorang isteri.

TEMAN SETIA yg boleh melonggaqkan semua sendi, membuatkan otak berpusing 360 darjah, perut bergelodak, hati membengkak, tlglah cuba fahami

NALURI SEORANG ISTERI..

tapi aku akan cuba ubah sikap ni..walaupun letih...

transfomasi almari, rak kasut, diri sendiri, akaun simpanan dan jugak cuti rehat

fuhhh berderet2 aku punya azam, bukan thn baru, tp azam yg aku buat utk diri sendiri. x semestinya nak tunggu new year ja baru blh create azam kan.

utk rak kasut tu, smlm aku dah buang beberapa kasut dr rak kasut kat umah tu yg bg aku dah menyemakkan mata aku, x taulah pg ni dah sampai ke tong sampah ke belum plastik tu, kalau x sampai gak ke tong sampah, means petang ni aku kena buat 'delivery service' sendiri lah.

itu blm aku kelebek almari aku lg, bukan setakat kalau org tgk, aku sendiri tgk pun dah x lalu. dgn tudung2, dgn baju2 yg x muat, dgn seluar2 yg dah bertukar saiz dlm erti kata lain 'mengecik' (bukan aku membesar tau), semua tu menyemak dlm almari aku. ari tu aku ada buat blog utk let go barang2 yg terpakai dan x pakai lg, tp aku gatal p beli mcmkan badan masih seperti dulu :(

ok, oleh sbb bukak blog lg 1 bukan tindakan bijak utk aku nak lelong baju2 tu semua, aku rasa aku nak tempek kat sini ja lah. tp kali ni mmg betul2 harga lelong. harga yg mmg aku nak buat wardrobe clearance, asalkan aku dpt bg kat org benda tu, aku dah rasa lega, sbb nak kosongkan almari aku, biaq sampai aku sendiri dah x dak baju nak pakai :)



aku nak jual dgn harga RM10 termasuk pos.



ni pun harga sama, walaupun x penah pakai sekalipun. RM10 termasuk pos.



ni pun sama gak. aku betul2 desperate nak clearkan gobok aku.

Tuesday, November 3, 2009

photoscape

bila x reti, kenalah sedaq diri, letaklah seketoi2 gambar kat blog. tp bila dah RETI, silalah bermegah2 dgn kelebihan diri yg x seberapa itu. hehehe..jgn tiru cara aku ni tau, salah di sisi agama, mana boleh bermegah2kan, lg plak nak menunjuk2 kat orang, lagilahhhh x boleh.

heheheh...kalau rasa x reti mcm aku, dan rasa2 nak buat apa yg aku buat ni, silalah ke sini. thanks zaila. akak dah pandai sket :)



kita up lg



ok enough, nnt org kata nak menunjuk riak plak kan, yg penting hangpa dah tau aku reti buat benda ni kan? :) heheheh errrr tu bukan riak gak ke?

tahniah untuk dny & jarn

alhamdulillah, my bff dah selamat delivered baby boy, 2.8kg, 1.30 am. lama gila tunggu, akhirnya dah nak masuk thn ke 6 kawen, dpt gak sorang baby, tahniah aku ucapkan utk dny & jarn. semoga dgn kehadiran baby ni, hangpa 2 org akan lbh dan bertambah happy.

gambaq baby aku x dpt lg, nnt kalau dpt, aku tempek kat sini, bg aku special sgt, sbb ni kawan baik aku sgt2. aku doakan baby n dny sihat walafiat walaupun caesar. dan dny cepat2 recover tau! :)

Monday, November 2, 2009

byk benda yg perlu disettlekan

november dah menjengah semalam, december pun x lama lg, byk benda dlm nov & dec ni, tp satu hapa pun aku x buat lg, mmg keji gila cara aku ni. dahlah semuanya nak kena settle sendiri, x dak bantuan, x dak talian hayat. sian aku.

** 22 nov my ex-colleague kawen kat dewan tun dr siti hasmah. mmg aku nak hadir, sbb best friend aku kt ministry lama duluuu. x tau lg nak pakai baju apa, sbb indian wedding, ada cadangan x? jgn nak suruh aku pakai sari plak, aku lempang sorang2 satgi. :)

** pastu cousin aku kawen 5 dec kat batu pahat, baju aku x antaq tailor lg, sedangkan mak aku dah siap tempah tudung, dah ambik pun. hotel x book lg, sedangkan masa tu cuti sekolah, dan yg aku tau setakat ni, pelican hotel kat batu pahat, sbb kg org tu kat semerah, sapa2 boleh tolong aku, kalau stay kat pelican hotel ni, dekat x ngan semerah, ke kalau stay kat sini, elok sampai je kat kenduri tu nnt, aku dah sama belengas ngan rifqy? tolong ye kengkawans...

** pastu aku dah janji ngan maksu aku, nak hadiahkan kek sbg salah satu hantaran, tp until now aku x tempah kek tu kat mana2 lg, ada sapa2 nak rekomen kat aku kek utk hantaran x, aku nak yg simple & 1 tingkat saja, anyone??? fondant cake ok. kalau ada tlg bg link kat aku secepat mungkin, sblm aku terpaksa buat fondant cake sendiri (yg aku pasti semua pitam kalau tgk nnt, blm makan lg tu)