Sunday, October 3, 2010

selamat hari lahir yg ke3 utk anak mommy & ayah yg tersayang...



happy birthday sayang, semoga membesar dgn sihat, menjadi anak yg baik dan mendengar kata, berjaya dunia dan akhirat..mommy & ayah akan sentiasa mendoakan yg terbaik utk eqy.

ya allah ya tuhanku, engkau makbulkanlah permintaanku ini, kau peliharalah kesihatan dan keselamatan anakku, semoga kami dpt sama2 membesarkan dia, semoga dia akan menjadi anak yg soleh, berjaya di dunia dan akhirat, dan dpt mendoakan kami bila kami telah tiada, ya allah, kau murahkanlah rezekinya, kau permudahkan segala2 untuknya...ya allah, hanya padamu kami meminta dan berserah..

walau apa pun yg terjadi, mommy nak eqy tau, yg mommy & ayah sayangkan eqy dunia dan akhirat...

MOMMY LOVES U SO MUCH..

Tuesday, September 28, 2010

sifat2 mulia & baik (la sangattttt)

* p hospital, balik ofis suka hati, dengan xdak time slipnya, kadang2 hilangggg berdesupp mcm tu ja, esok pagi baru timbui balik kat ofis, tp kalau mengata kat orang, fuhhhh sedapnya anak tekak

* uruskan hal personal, waktu ofis, senang lenang x payah ambik cuti, kadang2 dr pagi sampai petang, senang gila life mcm tu

* gunakan hak kerajaan dgn sewenang2nya, maklumlah, free kan, save duit sendiri

* gunakan kemudahan yg ada tanpa rasa bersalah pun ngn Allah, apatah lg manusia

* atas kertas (punch card) ada di ofis, tp kadang2 hilang tanpa dpt dijejaki, tp bila org lain mc/cuti/el, fuhhh bahasa siap boleh buat karangan, rasanya lg baik ambik cuti kot kalau ada urusan di luar pejabat, agak2 nak hilang lama pun x kisah, at least x menipu majikan, mmglah majikan x penah nak ambik tau, tp agak2 dah ada jawapan nak jawab dpn tuhan esok2 ni, buatlah selalu

* hilang dr pagi sampai ke petang, tiba2 dok sat pastu hilang lg, wallahualam bissawab

* tahlah, semua org tau, tp semua org x cakap apa, x pa, kat dunia lepaslah, kat akhirat, masing2 q la jawab masing2 punya soalan, masa tu dah x blh nak sok sek sok sek mengata org dah, sbb soalan sendiri pun blm tentu ada jawapan lg kan

x pa, masa tu akan tiba jugak, walaupun beratus thn lg pun, akan sampai jugak masa tu, tu janjinya, so x blh nak lari kan? utk sapa2 yg rasa hati dia disakiti, dikhianati, dikutuki (ada ka ayat ni), x payah nak kecoh2, hari perhitungan kan ada, x payah nak bertekak kat dunia ni, tunggu kat akhirat nnt lg sedap sket.

lg 1, kita sbg manusia ni, x payahlah nak tunjuk mcm perfect sgt, sedangkan org lain tau apa kita buat di belakang, cuma org x cakap ja, sbb kesian tgk muka kita yg mcm 'alim' sgt tu, hakikatnya kadang2 kita pun sama gak kena kutuk di belakang2, tp antara sedaq ngan x ja, mcm aku, dah kebal dah ngan kutuk2 kata2 benci2 ni, sbb dah selalu kena, kadang2 sampai dah x dak feel plak bila kena kutuk.

utk sapa yg rasa selalu dok kutuk/mengata aku kat belakang2 tu, tima kasihlah, p beribadat byk2, bersedekah byk2, pastu kutuk aku kow2, mana tau kot2 berat timbangan aku kat akhirat nnt kan? hehehehe..err tp jgn lupa ambik sket dosa2 aku, x lah teruk sgt aku nnt, adios! :)

raya sambil bertahlil

14 sept 2010, kembalinya ibu mertuaku ke rahmatullah, pada jam 8.15 mlm...



ok, tu utk makluman semua, antara sbb musabab aku sambung cuti sampailah cuti aku tinggai lg 3 hari, 3 hari ok utk bln 10, 11, 12, terer giler aku kali ni. x pa lah, apa nak buat, hidup mati ketentuan allah, kalau kita blh tau dr awai, mestilah merangkak pun aku p ofis sbb nak savekan cuti utk benda2 yg mcm ni, kan??

dah lama sgt rasanya x bloghop, even yg friend list yg kat tepi ni pun aku x dan nak kelebek nak belek, x tau apa cer kawan2 semua, tah2 kawan kat blog ni pun dah lupa kot url ke blog aku ni hehehe..x kisahlah, asalkan aku dpt pot pet pot pet kat sini, pelan2 kayuh nnt kawan2 akan mai gak jenguk blog ni kan?

blog2 lain (aku tgk tajuk ja), semua sibuk cerita pasai raya, baju raya kasut raya rumah raya kereta raya, apa2 lg lah pasai raya, sampaikan panties raya pun ada gak (kan bang?)

tp aku x larat nak cerita pasai raya, sbb sempat beraya 4 ari ja pun, yg selebihnya bertahlil, tp aku x rasa bersalah langsung sbb aku yg lbh beria nak raya kat sana thn ni, aku yg sibuk push2 mr shaifull cepat2 booking ticket (padahal 2 minggu posa baru nak kalut, biasalah last minute punya keja kan). kiranya raya terakhir dgn arwah mak. alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

tgklah esok kalau aku dan nak merapu kat sini, aku tempek lah gambaq2 sebelum dan selepas raya, tp gambaq ja lah, caption x dijanjikan, tgk pada tahap kerajinan aku lah, kalau roh rajin yg lbh, maka adalah aku pot pet kat setiap gambaq tu, kalau x, hangpa ulaslah sendiri di tiap2 gambaq tu.

dahlah, aku ada banyakkkkk lg benda nak kena buat ni, maklumlah cuti lebih dr org lain, nak lah kena nampak rajin sket, kalau x kesian plak kat 'sesetengah orang' tu, dokkkkk la menambah dosa tiap2 hari padahai dia yg beria mintak maaf sblm raya ari tu, x cukup secara lisan, x puas hati secara email lg tu, tgk2 mai lepas cuti raya, terpaksa sambung balik mengata kat aku... :)

hehehe tp yg kesiannya tu, dia tu adalah lelaki, sian kan ada lelaki zaman la ni, mulut mengalahkan pompuan, yg sedihnya tu, p mengata aku kat kawan aku sendiri, kawan tu plak mai menyampai kat aku balik, tp sak nya lah... aku x heran pun ngan org camtu, blm kena blm tau, kalau dah kena, baru tau :)

Thursday, August 19, 2010

tiketnya dah ada...

tunggu masa je lah lagi, padahal puasa baru masuk hari ke 9, tp dah thn ni turn raya kat kuching, so kena prepare awal2 la. MAS x buat hal, tp travel agency plak yg byk songeh, merasalah aku balik kl ari ahad, isninnya dah keja, tu pun kalau ada kudrat, dahlah ngan condition badan aku la ni, bukannya boleh berlasak2 sgt.

aku boleh nak push diri aku, aku boleh tipu diri aku kata aku x sakit, tp satgi bila dah abih buat keja hang tgk, aku punya merana nak tahan sakit tu sampaikan kalau rifqy mintak susu pun aku boleh jawab malas kat dia hehehehe...nasib baik anak ngan bapak dah memahami, walaupun anak aku baru nak masuk 3 thn, tp dia punya understanding tu mengalahkan mr shaifull kadang2.

maklumlah, anak mommy.

bila tiket dah ada ni, barulah aku confident sket nak buat list barang2 yg nak bawak, ya lah, kalau utk aku sorang, bolehlah packing last minute tp mmg dah jadi aku punya rutin, kalau nak bergerak ke mana2 pun, walaupun masa bujang2an dulu pun, mesti aku nak buat list, make sure betoi2 aku x tinggai apa2 pun.

dan manusia yg paling senang dlm dunia fana ni, mr shaifull ngan rifqylah, bila dah sampai ke mana2 destinasi pun, yg depa tau semua benda dah ada, boleh guna ja, dr sekecik2 benda sampai sebesaq2 benda, azabnya aku yg tanggung lebih. manalah aku x tua sebelum usia, tp bila aku ngan mak ayah ja, mr shaifull ngan rifqy x dak di sebelah, merasalah org ingat aku dok study lg :) wargahkahkahka (ayat perasan nak mati tu)

alah sekali sekala nak happykan diri, apa salahnya, abang, sila jgn dengki :)

dah aku nak relax jap, bontot dah kebas fuhhh

Wednesday, August 18, 2010

ada aku kesahhh???

ish, aku pelik betoilah manusia2 yg pandai nak soal orang lain sampai org tu sakit hati, aku rasa aku x penah nak tanya orang sampaikan org tu kecik hati x pun serba salah nak jawab.

contoh soalan, husband u x kisah ke u sakit je ni, u selalu mc & cuti ye, sakit lg ke? oi orang, hang rasa aku mintak ke sakit2 semua ni, kalau husband aku kisah pun, ada aku kesahh??? x kanlah sbb aku sakit, pastu husband aku kisah, aku kena lari terjun lombong, biaq mati terusss menerus, apa halll.

alah, kalau masa sihat ja suami sayang, kalau x berapa sihat, suami nak lari, aku rasa benda tu x dak kaitan pun ngan hang kan?? yg lari suami aku, bukan laki/bini hang. kalau aku cuti/mc pun, duit aku yg habih, bukannya duit hangkan???

aku letih la ngan org yg terlbh concern pasai org lain sampai mcm ni sekali. kalau gitu next time bila aku rasa duit aku dah susut sket dlm purse, tiba2 plak time tu aku teringin nak layan nando's kat sogo (lor sedapnya), aku p mintak duit kat org ni lah, mesti dia prihatin kan??

ya lah selama ni blh pulak hang prihatin, kalau tiba bab duit x kan x leh huluq seratus dua kot? kata prihatin kan???

mmg aku bengang lah ngan org mcm ni, lg satu bila tanya aku sihat ke x, disusuli ngan ayat, mcm x sakit ja, ya lah, aku sakit nak merengek apa bala bukan ngan org luaq, habih2 pun aku mengadu kat mak ayah aku, kalau ngan org luaq ni, aku steady ja lah, x kanlah aku nak kerut muka, kerut dahi, bgtau semua orang, aduhhhh sakitnyaaa, adoiii adoiii adoiiiiiiii, tu namanya org x beriman, tau dak?

kata dah p mekah, tp sama gak ngan org yg x sampai2 lg ke mekah, tah2 lg teruk kot? duhhh tlglah, jgn suka sgt nak sakitkan hati org ngan mulut kita, if u dont have something nice to say, then shut ur mouth.

aku rasa x penah lg aku nak pertikai kalau org lain mc/cuti, kalau dah cuti tu bg aku mesti ada hal, lgpun cuti masing2, x dak kaitan ngan aku pun, bukannya tolak annual leave aku pun kan? kalau mc tu dah tentu sakit, x penah terlintas di pikiran aku pun benda yg bukan2. org yg suka berprasangka ngan org lain ni, sbb dia penah buat kan? tu sbb dia tau. x pa lah, allah yg maha mengetahui segala2nya..

mintak2 satu hari nnt allah akan bg dia rasa apa yg aku rasa la ni, waktu tu baru dia akan tau apa ertinya cuti & mc, manusia, biasalah kan, selagi x merasa sendiri, mana nak paham, bila dah terkena kat diri sendiri, masa tu nnt, aku plak tolong p tanya hang, sakit ke sampai selalu sgt cuti2 ni?

aku rasa cam nak nyanyi lagu kru

ku di dalam dilemaaaaa huhuhuhuuu..

ish mmg betoi2 memeningkan, susah lah kalau ngan staff sendiri pun nak birokrasi. hmm i'm talking eh salah i'm typing bout my unpaid leave. ada ka kalau family members yg sakit, aku boleh dpt separuh gaji, tp kalau aku sendiri yg sakit, x layak dpt. ok no hal, aku pilih utk appy cuti yg x dak gaji plak.

sekali depa bgtau, just try, x sure lg boleh approve ke x? wtf, sorry mencarut pagi2 rabu di bulan puasa yg mulia. apakahhhh??? mmg aku x paham, sungguh2 x paham. mmg birokrasi betoilah, leceh sungguh.

dahlah aku mmg x dak mood langsung nak masuk office la ni, ikut sempat ja, tudung purple, ada 2 3 titik kaler purple kat baju, jalannnnn, ni lah perumpamaannya, pastu kalau setakat tudung senget sket2 tu, x kuasa dah aku nak hangin, kalau dulu tudung senget tu blh bawak pergaduhan yg besaq gaklah, antara aku ngan tudung tu, x melibatkan pihak ke3 pun, tp la ni, aku x kuasa hokey.

makan plak, setakat sket2 ja aku blh masuk, even mak aku yg masak sekalipun, tp still x ubah selera aku, x taulah sapa yg dah kunci nafsu makan aku ni, ataupun nafsu ni terkunci sendiri kot agak2 nak masuk bulan puasa ni. yg lg aku x paham, ari tu aku punya weight dah turun 3kg, tp pipi ngan perut still berlipat, siap ada package double chin lg tu, hang x emo?

gambaq terbaru plak, jgn haraplah, aku usungggg ja camera tu ke sana ke sini tp sekeping gambaq pun aku x snap. mcm2 benda gaklah yg jadi dkt2 nak masuk ramadhan ari tu, bukan la tragis sgt, cuma mak ayah aku berulang alik kangaq kl mcm kuala perlis p arau ja lah, ayah ngan adik pun aku tgk dah mcm driver bas transnasional, dah asyik dok ulang alik mai kat aku.

yg bestnya tu, siap buat surprise lg, adik aku call kata nak mai umah, tp dia call mr shaifull, yg hamba allah tu pun tanyalah, bila nak mai, sekali adik aku kata, bukaklah gate, kami dah ada kat depan, kui 12 mlm tu, mau x terkejut, si rifqy apa lg, happy sakan.

tu la ayah aku, walaupun aku dah kawen, dah ada anak, tp dia tetap layan aku mcm anak pompuan yg kecik lg, kadang2 rasa berdosa plak bila ayah layan aku camtu. dia x senang hati bila dia call aku tghari tu, aku x makan apa2 pun lg, mmg aku x larat gila, rasa mcm dah nak berlepas ke alam yg lg satu ja, padahal aku x dak niat apa2 pun, aku kan lurus (jeling kat mr shaifull).

sekali lepas balik semayang jumaat, dia bgtau kat mak, dia nak mai kl, kelam kabut la org tua tu, main sumbat ja lah baju yg ada.

selagi ayah ada, selagi tu lah aku rasa kuat, walaupun kadang2 ada kerapuhan gak, but if something happen, only god knows...

p/s n3 ni khas utk kawan2 yg tertanya2 apa cerita aku la ni, it has been 2 weeks since i wrote the last n3, so utk kawan2 tu, ni lah pot pet aku yg terbaru, kalau aku larat lg, aku type lg ok, kalau x, hangpa khatam ja lah n3 yg lama2 tu, best gak apa :)

Monday, August 2, 2010

salam rindu di angin lalu...

chewahhh sepi angin ke kota london plak pagi2 ni...huhuhuuu

hmm happy sgt rasa di hati, bila tgk kawan2 still lg ingat kat aku, means aku masih di hati kawan2, means aku x dilupakan walaupun 3 minggu sekali baru aku update, maafkanlah kekhilafan aku ni :) adoiii dlm hati ada taman so kenalah buat ayat jiwang mcm yusnita di pg hari ni.

mmm condition aku??? still sama, hang inject lah steroid ke hapa ke, yg aku tau, sakit tu still x mengizinkan aku berlasak2, setakat baring atas tilam rifqy pun aku dah rasa azab time nk bgn, ni kan plak kalau aku buat xtvt yg lain, setakat shopping utk groceries pun mcm2 yg aku rasa, ni kan plak nak shopping utk raya, serius aku x buat apa2 preparation pun lg utk raya ni.

tahlah, abg ipaq aku dah berpuluh kali dok zikir suruh balik berubat secara tradisional, dan kali ke 53 dia zikir kot, tu pun sbb ayah ngan mak mai ambik aku nak bawak balik kangaq, barulah aku nak balik. saja lah, why not give it a try kan? tp appt ngan pakar still on, cuma ni ikhtiar lah sblm aku p sua badan aku utk depa hiris oh tidakkkkk..

mmm walaupun sakit, tp aku rasa x perlulah aku nak buat ayat formal sedih syahdu syahdan kat sini kan? dan x perlulah aku nak buat muka welfare ada org penah cakap camni dulu, masa aku tgh tahan sakit, alhamdulillah menandakan aku tgh tahan sakit, apa salahnya aku senyum, dan apa salahnya aku pakai mcm biasa, mcm sblm2 ni aku pakai, x kanlah dek sbb sakit ni, aku kena pakai kain batik, selipar jepun utk nak bgtau kat semua org yg aku sakit.

dan sbb aku pakai mcm biasa, mcm sblm2 ni, dan sbb aku senyum dan teguq org sana sini, satu ayat sempoi punya keluaq dr mulut sorang hamba allah ni, "mcm x sakitttt je". ish ish ish, mcm mana agaknya nak tunjuk yg aku sakit, blh bg tips x? adakah aku kena merangkak nak masuk lif, ataupun aku kena buat muka sebek sepanjang hari, kerut dahi sampai bertemu kening sebelah kiri dan kanan??? perlu ke aku buat semua tu??

sungguh x positive org2 mcm ni, kalau sakit kena tarik muka panjang, kena tunjuk muka ketat, x blh senyum. kata org islam, pakai tudung, jaga pemakanan, tp bab2 mcm ni x reti plak, patutnya dah org tu sakit, tolonglah senangkan hati org tu, ni x, hg p tambah lg sakit dia, elok2 org tu sakit belakang, hang tolong tambah plak sakit hati, ish betoilah kadang2 org mcm ni, x seiring ngan penampilan. kesiannn...

dahlah, utk pengetahuan kawan2, aku akan bercuti mulai khamis ni, maybe sampai isnin, tgk keadaan dulu lah. tp insya-allah, aku akan try update blog ni, walaupun x selalu, dan sorry sgt2, aku x dpt tinggai jejak kat blog kawan2 semua, sbbnya aku dh bgtau kan, ofis ni block lg bendalah tu, nasib baik blog ni dia x block, kalau x harus mati kering aku kat sini sementara nak tunggu kui 5.

tp, insya-allah, semuanya akan kembali seperti biasa nnt.

till then, f utk maaf (hanya utk yg menonton roda impian episod bersama hamid gurkha ja yg paham, nurul, i really enjoyed our last time together..my shoulder to cry on..)

Wednesday, July 28, 2010

apa nak jadi ni..

utk semua kawan2 bloggers, sorry sgt2, ofis aku buat gila lg, x blh nak tinggai komen kat blog kawan2, tah apa penyakit tah, nasib baik nak update blog blh lg, kalau x mmg meroyan tanpa bersalin aku kat sini.

insya-allah, kalau x dak aral melintang pukang, lepas ni aku akan bersiaran spt biasa, tp ambik masa sketlah, sampai semua dah ok, masa tu nnt, jgn marah kalau pukui 3 pg pun aku still dok update blog :) hehehe...

sampai ketemu lg...take care...daaa

Monday, July 26, 2010

rindunya ngan blog ni :)

tu namanya ayat gila kuasa. nak x nak, letih x letih, penat x penat, aku gagah gak update, walaupun hanya sebaris ayat (rasanya dah nak masuk 3 baris dah ni) sbb rasa terharu sgt td, bila mrs bubu sms tanya condition aku. ya lah, kalau x update blog sendiri pun, ada ja aku menempek tinggai jejak kat blog kawan2 kan.

tp kali ni mmg aku tinggaikan terus blog ni, dgn pakej 3 hari 2 mlm yg aku dpt, sambung plak ngan mc, mmg lah aku x jenguk langsung blog kawan2, blog aku pun aku x jenguk.

aku x berani nak kata aku dah sembuh sepenuhnya, sbb hanya aku yg tau apa yg aku rasa, org lain hanya mampu tanya, tgk dan puas hati ngan jawapan aku. tp aku yg tanggung, aku yg heret benda ni, aku tau mcm mana keadaan aku sebenaq2nya.

dgn keadaan aku la ni, aku dlm plan nak ambik cuti tanpa gaji, aku nak rehat, rehat betoi2, tp aku tgh nak tanya2 lg, blh atau x aku ambik cuti tanpa gaji, takut x approve, tp tgk dr pekeliling td, mmg aku layak. tahlah, maybe dlm bln 9/10, tp still berkira2 lg lah, x confirm lg.

kalau dah x berapa sihat, mmg aku x pikiaq langsung pasai yg lain2, yg aku tau, aku nak rehat kat umahhhhh sahajaaaaaa. aku rasa lega sket kalau dpt baring2 bila aku rasa sakit. mcm kat ofis la ni, bila aku rasa sakit, aku just blh kerutkan dahi ja, yg aku rasa x byk membantu, membantu nak mintak lempang org adalah kot, dah asyik dok kerut dahi ja, org pun benci.

tp serius cakap, waktu kita sihat, kita tercari2 yg mana satu kawan, yg mana yg x berapa nak kawan ngan kita, tp bila kita sakit, waktu tu lahhh baru aku kenai dan nampak mana satu kawan aku, sorry, ayat ni bukan utk kawan2 bloggers/kawan2 baik/kawan O10B, ayat ni untuk mmmm terlalu peribadi utk aku kongsikan kat sini.

hhmmmpphhh tp kalau dah waktu aku sihat pun x penah nak ambik tau, apatah lg waktu aku sakit, x pa, aku terima semua yg ditakdirkan utk aku, aku terima apa saja, sbb allah hanya menguji umatnya setakat kemampuan umat tu sendiri, so semua ujian yg aku dpt la ni, adalah yg terbaik utk aku.

p/s semoga setiap ujian dan dugaan ni mematangkan aku dan mengajar aku utk menjadi insan yg penyabar...


utk dikna & mas, akak x lupa hadiah hangpa, tp bg sket masa ok..

Thursday, July 8, 2010

aku mc today till next wednesday!

gila berabuk kan blog ni, bila jenguk blog org lain, terperasan link ke blog sendiri, tu diaaaa, WTML updated 3 years ago (melampaunya). tu lah dia, org lain nak ada laki, aku nak ada laki, org lain ada anak, aku nak ada anak, org lain ada blog, aku kalut buat tiga, bukan satu ok, tp 2 lg dah ke laut, tinggailah yg ni dok nyawa2 ikan.

tp buat masa ni, bukan takat blog ja dok bernyawa ikan, aku pun dok bernyawa mcm telur di hujung tanduk, sbbnya takutttt. td dah jumpa spine surgeon. dan dah decide (sendiri pilih), nak opt for injection. injection ni hanya pakar yg blh bg, dan injection ni direct ke tulang belakang.

hhmmmpphhh allah yg maha mengetahui, mcm2 yg ada dlm kepala aku, sblm, sewaktu dan selepas injection. tp aku tau, setiap benda yg berlaku dan akan berlaku adalah kehendakNya. aku sebagai hamba kena berdoa dan tawakal, dan yg selebihnya redha.

aku masuk ofis pun hari ni sbb nak clearkan meja, nak bgtau status aku, satgi org tuduh aku lari dr ofis, bg surat amaran 1 2 3 plak, aku x nak la mcm tu kan. so, aku ikut mr shaifull td, mai ofis, clearkan apa yg patut, dah bgtau org2 yg sepatutnya, dan ada yg sgt2 annoying.

bg depa, apa yg aku nak lalui ni, mcm cucuk BCG budak2 baru keluaq dr perut ibu, ok, tu utk org2 yg depan lain belakang lainlah. utk kawan2 yg aku sayang, terutamanya kawan blog ni, yg selalu 'melawat' aku kat blog ni, selalu doakan kesihatan aku dan family, sekali lg, aku nak mintak jasa baik kawan2, x kiralah kawan bloggers ka, kawan ex-itm ka, kawan/adik2 kat ofis ni, x kisahlah sapa2 pun, tolong doakan keselamatan aku.

sbb panjang lg perjalanan hidup rifqy, so tolong doakan aku, agar aku dpt meneruskan t/jawab aku sebagai mommy kepada rifqy, dan isteri solehah kepada mr shaifull. :) aminn

so, sampai jumpa lg, pada sapa2 yg dah add aku kat fb, ataupun aku dah add dia kat fb, ataupun aku still x add2 lg dia kat fb sbb guna nama yg bukan2, bukan nama yg aku kenai, sorry, aku merehatkan diri sat dr fb tu, sbb fuhhhhh ofis aku mengamalkan dasar pandang sepi kat fb huhuhuuuu tunggu sampai aku buat comeback nnt, masa tu nnt, selang 2 saat aku update status aku kat fb, selang 5 saat aku komen kat wall hangpa semua ok.

till then, take care u ols :) maafkan kesalahan aku dr hujung rambut sampai hujung kaki, halalkan segala yg termakan dan terminum, dan i'm gonna miss u ols! :)



dr aku yg tulus ikhlas..