Friday, September 14, 2012

sebaknya hati ni...

tadi ada jamuan raya kt office, kira last kopek (mcm lucah plak sebut kopek) la. lainla office sorang hamba Allah tu, org dah abih syawal, dah masuk zulkaedah baru nk buat jamuan raya, apakah???

x byk benda pun aku mkn, laksa johor ada la kot 10 urat masuk perut, mmg x blh masuk langsung, pastu mkn benda yg ringan2 je lah. nk bgtau la mkn sikit, nnt boleh buat2 heran sorang2, aku mkn sikit, tp awat plak perut mcm kuih lapis, x la rasa bersalah sgt kan kt diri sendiri.

pastu dah teman puan2 dan kakak2 mkn sambil borak, aku pun bgn nk ambik biskut, sekali ternampak kuih batang buruk, oh nk lah, lgpun kecik2 besaq kuku aku ja size dia, x la gemuk sgt mkn benda kecik camtu (psiko). sekaliiiiiii ada kakak sorang ni, gatai mulut p teguq aku plak masa tgh ambik kuih batang buruk ni, eh ni sedap ni miza, kacang hijau!!!

danggggg!!!!!!

teruihhh kepala otak aku balik ke tahun2 dulu, last sekali aku raya kt kch thn 2010, tu lah jugak thn terakhir beraya dgn arwah mak (MIL), patutnya thn ni turn kt kch, tp en sepol nk raya di umah mak ayah aku, aku ikut ja lah, mana2 pun x kisah, kami adalah couple paling simple kot bab2 raya apa bala ni, x kisah dan x berkira. eh melalut plak dah..

bila aku p duduk, teruih aku sebak x terkira, ayaq mata dah bertakung masa tu, dan2 tu aku buat2 batuk, mcm tersedak la kononnya, padahal nk cover ayaq mata dr jatuh, pastu bila ayaq mata jatuh, kakak sorang ni tegur, ada org sebut la tu, kiranya lakonan aku menjadi la :(

kuih batang buruk, kuih favourite arwah mak, mak pesan kalau nk beli kuih batang buruk, carik yg buat dgn kacang hijau, aku x pasti kuih batang buruk ni ada buat dgn kacang lain ke hapa, tp yg tu la mak pesan...

kali terakhir dia pesan suh aku bawak, dan alhamdulillah aku bawak thn 2010 tu, cuma aku x pasti, mak sempat makan ke x, arwah pegi buat selama2nya pada hari raya ke 5 tahun 2010. gila ayaq mata x blh nk tahan tadi...bila dah ambik wudhu' tadi, nk pakai jam, sekali terpandang plak date kt jam, 14 september, teruih rasa nk terduduk kt toilet, rupanya ari ni genap 2 thn arwah pergi meninggalkan kami.

patutla hati rasa mcm teringat2...rasa mcm sayu ja ari ni...eqy selalu sebut rindu kt nenek, teringat kt nenek, anak mommy nk nenek, sayang nenek...walaupun eqy sempat bersama ngn nenek 3 thn ja pun, tp kuat pulak ingatan dia kat arwah. maybe sbb aku bwk dia duduk tepi jenazah, dia tgk dr awal sampai ke akhir jenazah mak disemadikan...







mak, semoga arwah mak tenang di sana...Al-fatihah!...









Thursday, August 2, 2012

Hari ke 13

Alhamdulillah, masuk hari ke 13 eqy puasa, harapnya dpt bertahan sampai ke akhir...


Selamat hari khamis

Pagi2 Khamis ni, teringat plak pasai Fb, apa kena mengena tah, tiba2 ja kot, eh sblm tu, sila abaikan Khamis huruf besaq, Fb huruf besaq, tu semua keja mendiang steve jobs, aku type biasa2 ja, dia pulak nk formal2, bukannya aku type kamus dewan nk huruf besaq bagai, dah dia rajin sgt, sukati hg lah.

Eh panjang pulak makcik berletiaq, td nk cerita pasai Fb kan???

Mcm ni, dlm Fb tu, aku kalau blh dan semahunya nk connect dgn kawan2 lama, be it primary or secondary, tp tang secondary tu, frankly speak, mmg aku tapis betoi2 la, sbb nya ahh malas la nk cerita, susah sbb kawan kt secondary ramai yg stok2 alim, aku mana alim, dah lah x alim, jahat plak tu kt sekolah.

Ya lah, at least aku x hipokrit, mcm sesetengah org, kt sekolah dulu bkn main alim, kesayangan cikgu la, sekali la ni, senang2 ja londeh tudung sana sini. So aku bkn mcm tu, nk berlakon2 plak, depan baik, blkg fuhhhh x lalu nk pandang kan? (biasalah sekolah agama, org yg pernah duduk kt sekolah agama ja yg akan tau perasaan aku)

Aku mmg malas nk bercontact2 dah dgn stok2 ni, tp bila dah keja, masing2 dah tua, baru ingat dgn kwn2 kan, tp sorry lah aku pun ada hati dan perasaan gak, dulu bkn main hina sgt lah aku ni, every time ada assembly, asyik2 nama akuuuuu ja naik, ada ja lah spy2 yg dok follow aku sampai ke weekend mengalahkan artis plak, eh salah mengalahkan sb plak depa tu.

Mcm2 lah depa report kt hem, aku p shopping dgn mak free hair, aku keluaq dgn family pakai jeans, aku sembang ngn budak laki, x musibat mcm tu, nasib baik aku ni jenis kering, kalau yg jenis basah2 lembab2 tu, dah lama arwah kot, heart attack.


Tiba2 la ni, mai nk buat baik dgn aku plak, sorry la aku nk layan, aku mmg kalau blh x nk ada connection dah dgn manusia2 hipokrit mcm ni, so x payah lah nk add2 aku kt Fb, masing2 dah ada life sendiri, aku pun ada life aku sendiri. Pi la add org lain, ramai lg kot dlm Fb tu kan, bkn nya aku sorang.


Lg satu, kalau nk add aku, biaq la munasabah sket, ni x, blh pulak guna gambaq bukit bukau, nama x nak kalah, mawar berduri, prince charming la apa la, pastu bila klik info, ehhh sepatah haram xdak benda yg blh aku guna sbg guide hg tu sapa, nk tgk gambaq lg lah, "mawar berduri only shares bla bla bla bla eh blahlahh".  Jgn gatai nk add aku kalau mcm tu, lenkali dah tau diri tu guna nama merepek2, pm la aku, dapattttt jugalah aku recall ni sapa, tu sapa.


Eh dah lah, panjang plak menaip ni, rugi tenaga aku bln2 posa ni, nanti kalau rajin, type lg. Bai!

Monday, July 23, 2012

melebih pulakkk

mmg la nampak mcm aku ni blh dibawak berbincang, blh nk tanya apa2 pun kt aku (aku kan kaunter pertanyaan), tp jgn melebih2 plak, aku dah bgtau sket, nk tau sampai semua plak. x nak tanya katil aku size apa, king or queen?

letih la org mcm ni, ingatkan dah dok kt kl, x dak la org kepochi mcm ni sgt. tension la aku ngn org kepoh camni.

ari tu dahlah main terjah ja, x dak salam apa bagai, tiba2 dah tau aku pakai facial set apa, oklah aku x kisahlah, nk buat mcm mana, namapun artis kan, mesti ramai nk ambik tau (aku tumbuk muka sendiri-ikut slang johan dlm karoot komedia x kini jadi sebutan eh ternyanyi plak)

pastu ingatkan habis kt situ ja, oh x, bersambung2 lg rupanya, tanya aku beli kt mana, bila dah jawab kt mana, ehhh sambung lg, berapa ml, eh pulak berapa harga, nk compare harga, ish pening tau, rimas rimas rimas, taulah hg baru nk start pakai, excited, x payahlah camtu sgt, aku dah pakai benda tu dr thn 2005 lg, x daklah kecoh mcm tu sgt. lgpun, suka hati aku lah, nk beli set yg lbh mahai ka set yg lebih murah ka.

kalau kawan2 yg dah lama baca blog ni, taulah kot facial set apa yg aku pakai kan, tp tu pun aku x la reveal dr bila aku pakai, org lain pakai dah 20 thn kot, aku baru pakai 7 thn, so x payahlah nk kecoh sgt kan, aku start pakai pun, bila kawan sama2 kt itm dulu yg suggest, sbb muka dah melampau teruk, ingat lagi x yarn? :)

kadang2 boring gak kalau org yg suka ambik tau secara berlebihan ni. sket2 dahlah kot, lg satu errr x payahlah nk ajak aku sekali, kalau dah hang nk beli, beli ja lah, imported x imported, aku kisah hapa, hg nk beli yg imported, go ahead, maybe murah lg la kot, tp plslah, x payah nk ajaq aku yg tu yg ni, sbbnya aku bukannya beginner, kalau rasa nk beli yg imported, belilah utk kegunaan sendiri, aku rasa setakat la ni, aku beli kt kaunter dia sendirilah kot, x perlulah nk ajak aku join sekali k. tqvm!!!






eqy

masuk hari ke 3 puasa, ya allah, mintaklah anak aku blh teruskan puasa dia mcm 2 hari lepas. 2 hari lepas kira oklah, sbb berpuasa kt umah, first day, ada la dia ambik botol susu, bawak kt abah, pegang pintu fridge walaupun x buka, tu ja lah dua benda yg dia buat.

aku tanya nk makan apa masa bukak posa, nasi pun x pe mommy, apa2 je lah. senang hati orang pemalas yg mcm aku bila dengaq ayat mcm tu. :) muahaahaha aku masak sup sayur, letak fish cake, letak fishball, semua tu favorite dia, tp mkn semangkuk nasi ja pun, x tambah. ayaq dia belasah abah punya, air asam boi, ada la 2 gelas dia minum. x kisahlah, asalkan dia nk puasa.




second day, dia nk makan porridge, so abah buatkan porridge sup ayam, pun semangkuk ja dia makan, x selera kot. pastu tgh aku sibuk2 kemas pinggan mangkuk, dia mintak vanilla ice cream, letak dlm cone, oklah, aku bg la dia makan, berselera plak aku tgk dia makan ice cream dlm cone tu. dah settle, aikkk blh pulak dia mintak utk second round, aku mintak dia tunggu dulu lah, pas semayang baru mommy bg lg. 

dah settle semua, nk dkt kul 9 camtu, aku bg lg 1 cone pun settle gak. sian plak. berselera ja dia makan ice cream tu, mlm ni x tau lg la dia nk mintak apa plak, tp pg tadi aku dah janji nk beli air ribena, ari tu masa beli brg umah, x nak ribena, nk air orange, bila dah beli orange, nk ribena plak, jenuh jugaklah tukang buat list barang ni, satgi pikiaq barang org tu barang org ni, sudahnya barang aku sendiri, beli lepas tu, sbb terlupa huhhhh. 

jumaat lepas sampai umah dah dkt azan isya', kelam kabut semayang maghrib, ari ni x tau lglah apa  nasib, jgnlah sampai mcm tu gak, sian eqy kalau bukak posa bukan kt umah sendiri, tp kalau kt umah wan, mesti wan masak sedap kan eqy? :) 

Friday, June 22, 2012

letihnya aku ngn telefon ni

no hp aku ni, dah rupa public phone dah kot rasanya, x pun public toilet, sapa2 pun boleh guna, mmg public toilet sangattttt lah no hp ni, dak pun ala2 tuttt yg kt chow kit & tutttt kt lorong tutttt taib tutttt.

hehehe asal hgpa bukak ja blog ni mesti pasai emosi kan, mesti pasai sakit hati, mesti pasai kemarahan, kebengangan, ada yg kata, kita x patut sebarkan aura negative kt blog, sbb nnt org lain pun akan emo gak.

ada??? bak kata rifqy, ada abah??? abah tanya, ada apa??? ADA AKU KISAH!!!!

ha x kisahlah, aku nk marah ka nk bising nk pot pet nk apa pun, ni blog aku, x suka, yg gatai mata p baca sapa suruh, bukannya aku suruh pun kan, nuffnang pun aku x dak, so x dak kaitan dgn org lain, aku suka aku type, hgpa x suka, hgpa blahhhh!!!

ni pasai hp aku, actually bukan salah phone pun, salah no yg aku guna sekian lama gila ni, dulu2 ok ja, aman tenteram, sampailah setahun kebelakangan ni, aku x tau dr mana muncul tah, blh katakan sehari sekali ada ja yg call. yg aku bising ni sbb aku x kenai dan x mau kenai pun.

caller 1

hello puan (nama aku), saya buat panggilan dr xxxxx, ini berkenaan dgn pembukaan kedai arowana.......blablablablabla

caller 2

hello puan (nama aku lg), saya buat panggilan dr bank xxxxxx, ada promotion utk credit card....bla bla bla

caller 3

hello puan (nama aku, nama sapa lg, x kan nama hg kot), saya buat panggilan dr insurans xxxxx, puan ditawarkan insurans sbb ...bla bla bla

caller 4

hello puan (letihlah nk tulis nama aku nama aku nama aku), saya buat panggilan dr syarikat xxxx, skrg tgh buat promosi utk pemeriksaan kesihatan.. bla bla bla

caller 5

hello puan, saya buat panggilan dr syarikat pinjaman, puan nk buat pinjaman, sbb interest tgh rendah...blablabla utk raya blablabla

hoihh, aku ni x payah buat keja lainlah gamaknya, dok kt work area ni, senyum sambil jawab call kt hp sendiri, keja office x payah buat, layan panggilan2 gila ni ja lah. too much kot, x kanlah tiap2 ari aku nk kena jawab call yg gilos mcm ni.

sampaikan nk bukak kedai arowana baru pun call aku, seingat dan sepengetahuan aku lah, aku x pernah pun bergiat dlm acara pancing memancing, bela2 ikan, apatah lg nk jadi nelayan, dak lg kot, ka aku hilang ingatan, ka aku penah jadi nelayan dulu, ka aku penah ada aquarium bela ikan arowana ke kolam ke?????

ni bengong ka apa ni, aku x sukalah, kalau mcm ni lah gayanya, no yg aku dah pakai 12 thn yg lalu ni, kena tukaq no baru lah, senang aman tenteram sket hidup aku, x larat dah nk layan org2 ni, satgi kalau aku buat jawab yg loklaq, dahlah depa ada no phone aku, buatnya dia call malam2, usik2 aku, menggatai ngn aku (amboi hotnya hang sampai org nk menggatai bagai), aku gak yg pening, layan elok2, ambik masa aku kt office sampai setengah jam plak. ish

kena buat proposal barulah kt en sepol, ari tu punya proposal dah lulus, ipad2 jadi hadiah birthday, agak2 kalau aku buat proposal baru sblm raya ni, nk tukaq no phone, pakej ngn iphone ok x? hehehe best la idea di pagi jumaat ni, bernas

ehem kot2 satgi ada plak yg kata, sket2 merengek mintak kt laki, sket2 merengek mintak barang kt laki, tu kira dah syukur rahmat, aku merengek merengek merengek, mintak kt laki aku, kalau aku merengek merengek merengek, mintak kt laki hgpa??? kannnnn, so pls mind ur own business. yg aku mintak tu pun laki aku, suka hati aku lahhhhhhhh.

















Friday, June 15, 2012

his tonsil was officially removed on 13th of jan 2012 @ prince court medical centre by Dr Yeo Sek Wee :) part 1

17th of dec 2011 - first appt jumpa dr yeo sek wee @ prince court medical centre. sblm tu aku dah p damansara specialist, tp dr tu siap tanya keja apa, layan x layan ja pun, oklah, x nk duit aku, x pa lah, selamatttt :) dahlah pakar ent utk dewasa ja pun, bukan pakar ent utk kanak2. oklah, hang layan aku mcm tu kan, aku pun malaslah. aku cari tempat lain.


credit utk mr google, puas aku google, pakar ent tp utk kanak2 saja, aku kelebet sana sini sana sini, last2 terjumpa dr yeo sek wee, paediatric ent surgery, aku baca profile dia, dan2 tu hati ni teruja, dan2 tu berbunga2 harapan nk tgk rifqy cepat2 sembuh, x kena high fever tiap2 bulan, snoring every night sampai ganggu tdoq aku (oihhh tdoq aku pun penting gak, kalau nk sihat kena dpt tdoq berkualiti kan, dr cakap camtu kann?), dgn flunya blh katakan selang seminggu, pastu kahak berkumpul, ish mcm2 lg lah, tu blm masuk bab kos rawatan tiap2 bln lg, rasanya dah dpt beli helikopter jejai sebuah dah kot (yg mainan punyalah) :) wargahkahakahk



dah kata dr kt damansara specialist tu sombong sgt, tgk bulu kan, oklah, aku tau la bulu aku x berapa byk, x payah nk tgk bulu ok dr :) so bye3. ish melalut dah ni. ok2, 17 dec, seminggu b4 balik kch, berpergian lah kami 3 beranak ke prince court tu. dgn harapan nk dptkan pandangan, apa yg patut kami buat, patut kah proceed dgn operation ataupun ada solution lain. appt 10.30 kot, x ingat la plak.


masuk ja dlm bilik dr tu, aku ngn en sepol rasa mcm dah 15 thn kenai ngn dr tu, mcm sama2 study kt us dulu (uwekkk muntah dlm baldi), layanan first class a, x dan tanya pun aku ngn en sepol keja apa, naik kereta apa, dok umah teres ka apartmen, senyum toksah cakap lah, manis gila, dlm hati aku apa lg, ish dr ni dah menampakkan ciri2 nk rabakkan poket kami ni.

x sampai 10 minit dia check rifqy, mmg tonsil dia besaq sgt, pastu explain kt kami dia buat operation tu tiap2 hari selama lbh kurang 2 years kt PCMC, mmg utk kids sahaja, kt situ aku ngn en sepol mmg dah confident gila, x dak langsung feel yg mcm depan dr kt damansara specialist yg cakap seolah2 nk buat bypass, punya serius gila, dahlah x minat sgt nk explain. dr yeo ni cerita pasai tonsil yg dia dah operate sebelum ni mcm cara2 aku tarik kepala sotong bila balik dr pasar tani, mudah gila. hgpa x rasa confident???


x sampai 15 minit, dia ambik table calendar, dia bukak yg january 2012 punya, soh aku ngn en sepol pilih date, aku macam ha?????? siap tgk muka en sepol muka dr en sepol muka dr, muka rifqy x dan tgk sbb dia mangsa keadaan, ke kami 2 org yg mangsa keadaan ni??? x kisahlah, mulanya dia nk buat dlm dec 2011 tu jugak, gila kot, kami dah nk balik kch, oklah en sepol kata, buat masa birthday dia lah.

13 january 2012 (friday). dr kata ok, so proceed, dia tulis2 admission letter, call ot ada kosong x bilik masa tu, bilik pun free, ok, i'll see u on 12th of jan 2012. kena admitted mlm sebelum operation tu. blk kch pun aku x tentu raba sgt (dlm x tentu raba tu dan la jugak hg jln sana sini kan???) bdn di kch, kepala di office, hati kt PCMC. takut, gabra, risau, mcm2lah, ya lah, anak kot, ada org suka2 hati antaq anak nk disembelih? nabi Ibrahim tu lainlah, tu wahyu Allah kan???


11 january 2012, mak ayah adik dah sampai, nk temankan kami, ya lah, aku bukannya ada sapa2 pun kt sini, adik beradik ayah kt seremban, adik beradik aku semua kt peghelih, mak ayah pun kt peghelih kan.

12 january 2012, balik dr office, makan pun ala2 walaupun mak masak sedap, aku x tentu rasa dah, fikiran mmg runsing gila, walaupun dr tu berkali2 dok bgtau kami, benda tu biasa ja. lepas maghrib, dlm kul 8, dah bertolak slow2 ke PCMC. sbb admission kul 10, so nk settlekan semua, dkt 1/2 an hour jugaklah.



sementara tunggu aku settlekan utk admission




happy ja masa ni, x sampai 2 jam pastu dah nangeh :)











poksu :)









kul 10 mmg dah sampai kt bilik, tkt 6, benda pertama aku buat, selak curtain, tgk view apa kt situ.




yessss KLCC! :)













dlm kul 12, mak ayah adik balik tdoq kt umah, sbb esok operation tu patutnya kul 8 am, kira awai gila, aku siap pesan kt ayah, jgn lambat tau. elokkk depa sampai kt depan lif kot, rifqy dah nangeh, tp dia bukannya jenis nangeh mcm kena dera, sakit pun dia nangeh ala2 ja pun, aku tanya pasai pa nangeh, nk balik, x nk tdo sini, padahai dah dkt 3 minggu kot aku dok zikir kt dia, nnt kita operate tonsil tu, pasni dah blh minum air sejuk, ice cream, ha besttt. mcm2lah aku pujuk, sampai terlena mcm tu ja lah pun, tau2 dah pg. dahlah dia kena posa, nasib baik x mintak susu.


ala eqy kira ok la tu, nk operation, mommy ngn abah cari tempat yg terbaik utk eqy.

cuba kalau aku yg kena operate, mesti en sepol antaq aku p hosp sg buloh ja pun, ishhh nk kena dia ni, nnt sat. ari tu aku cakap gak kt dia, kalau aku sakit teruk jenis2 nazak tu, aku nk PCMC gaklah, tenang ja rasa, tau dak dia jawab apa, ye lah, elok awak sihat dr nazak tu, abg lak rebah, o kalau dgn anak boleh, dgn aku berkira, tapi ingattttt!!!!

kul 6 aku dh bgn, mandi, subuh, rifqy lak kul 6.30 aku dah mandikan, siap tukaq pakai operation gown lg. mmg waktu ni aku rasa sapa2 yg dok sebelah aku mesti blh dengaq bunyi jantung aku. mmg gila takut. kul 7.45 camtu mak ayah adik dah sampai, kul 7.50 tolak ke ot.



sblm p ot, ambik gambaq satu keluarga (ayat kami 3 org, mcmlah byk sgt keluarga kan, 3 org ja pun)

tp seriously, mmg puas hati sangat sangat sangat kt sini! n most recommended surgeon utk Paediatric ENT (Dr Yeo Sek Wee) nk details lg, p kt  PCMC




kepelikan

pelik aku tengok perangai setengah setengah orang, setengah setengah orang bermaksud sebahagian, bukan org tu setengah, bila ingat mcm org tu setengah mcm kementot pulak rasanya orang itu, aduiiii apa aku merepek ni, seminggu x keluaq dr office mmg mcm ni kot, x hirup oksigen luaq, malas nk keluaq, dgn flu nk dkt 2 minggu, sampai telinga jadi pekak, badan susut, tah aku rasa susut badan, tp en sepol kata aku perasan. eleh dia mmg mcm tu, kalau aku nk perasan cantek sorang2 pun x blh, kalau aku nk perasan kurus sorang2 pun x blh, bukannya aku buat status kt fb pun kata aku cantek, kalau aku buat status kt fb kata aku cantek mcm setengah setengah orang tu lainlah :) wargahakhakahka buat status kata cantek, tp aku tgk, bila letak profile pic, tu diaaaa, muka saja penuh setengah wall, x masuk tang lain2 lagi, astaghfirullah... aduhhh panjang gila intro merepek, padahai nk cerita kepelikan ngn perangai setengah setengah orang yg boleh bermuka2, depan bukan main lg buat muka manis, mengalahkan gula prai. tp belakang, ya allah, mmg x sangka lah perangai mcm tu sekali. tu lah bukan nk cakap apa lah, kadang2 kita x blh judge org dr background dia/family dia lah. mmg x akan bertepatan. x semestinya anak bekas banduan, perangai dia buruk, yg banduan tu bapakkk dia, bukannya dia, dan x semestinya anak org baik2, alim2 kononnya lah, baikkkkkk sangatttt. kadang2 perangai mengalahkan botak chin. botak chin tu kira ok lah, dia jahat fizikal, tp yg aku x blh tahan, manusia yg jahat mulut. mmg aku x blh masuk, dulu kini selamanya. kalau jenis yg depan bermuka muka, belakang berbontot bontot, mmg rasa mcm siotnya dia ni. kadang2 rasa nk lempang pun ada, rasa meluat nk pandang muka pun ya gak, rasa mcm kalau boleh x nak jumpa pun ada jugak, tahlah, kadang2 dgn org mcm ni, terpaksa lah aku bermuka muka gak, konon mcm x dak apa2 lah, x pasai2 aku dgn org mcm ni sama2 keji. perangai mcm ni hipokrit kan, dpn A cakap lain, depan B cakap lain, tp depan C dia cakap A & B ni yg jahat mulut, yg si bangang C tu pun percaya bulat2, tu yg kadang2 rasa nk laga ja kepala semua, kot2 bila otak tu dah bergoncang, cerdik sket kot, x lah nk jadi 'blue hippo' hehehehe aku suka cakap org yg suka hipokrit ni blue hippo, tah rasa cam sesuai ja pun. dulu kakak aku suka kata aku yg hipokrit, depan org bukan main lemah lembut, salam sembang sopan2 dgn orang, tp dgn org yg aku dah biasa mcm adik beradik, BFF mmg all out, tu kira oklah, takkan depan org luaq, dpn kawan2 mak ayah aku nk tunggang terbalik mcm org gila kot, kenalah sopan, dgn yg dah biasa ni, x kisahlah aku nk kentut ka hapa ka, tu hipokrit berpada2 namanya. bukan hipokrit melaga2kan orang. x baik kot melaga2kan orang kan, sampai berpecah belah semuanya, daripada buat perangai memecah belahkan orang lain, apa kata hang yg belahhhh, aman tenang dunia ni kan, tahlah, sampai bila la agaknya species yg mcm ni akan ada kt muka bumi ni, awatlah x pupus sekali dgn dinosaur dulu2????

Friday, June 1, 2012

lantak hanglah!!!

sungguh aku x paham. kalau aku, sesiapa ok, sesiapa pun boleh cakap ikut sedap anak tekak, tp kalau orang lain, kena cakap dgn sopan santun, kena cakap elok2, kena cakap dgn intonasi yg betoi, kena ikut timing, kena ikut keadaan. apa ni der? aku pun ada feeling gak, walaupun aku x penah tunjuk depan2, guna la otak kt kepala sket, jgn guna kepala lutut, kalau guna kepala lutut, baik resign ja jadi orang, p jadi siamang dlm zoo lg bagus la. ish mmg tension betoilah, kalaulah aku pun ada kekuatan cakap sesuka hati sesedap rasa kt orang lain, kan ke best. tp kalau org lain, kena guna bahasa sastera, too much kot. x kanlah nk cakap benda kecik mcm tu pun nk terasa hati, contoh 'beli la pen biru, x payah nk pinjam aku punya pen hitam lg'. mcm tu pun x blh??? serius??? mmg gila, kalau dgn aku, mereka2 blh cakap apa yg depa rasa nk cakap, mcm aku x dak hati x dak perasaan, bila 'org lain', kena jaga hati, takut satgi merajuk??? sungguh aku x paham dgn org2 yg mcm ni, betoi2 gila la. kalau mcm tu, x pa lah, jaga lah hati org tu, hati aku biaqlah remuk sekalipun, tp jgn salahkan aku kalau aku dah x ambik kisah perasaan org gak, x peduli ngn apa yg org lain rasa, sbb hangpa jugaklah aku jadi mcm ni, KERAS HATI!!!!!

Monday, October 3, 2011

birthday rifqy :)

hari ni birthday rifqy, dah 4 thn dah dia.

permata berharga, hadiah dari Allah, didik wanita terdidik generasi (eh apahal boleh keluaq ayat ustazah pilihan pulak dah ni) hehehehe...

lawak la, actually shaifull pantang betoi bila keluaq iklan tu, sbb cara ustazah tu cakap bersungguh2 sgt, dah la pelat jawa tu pekat (no offense ye org jawa).

hadoi, baru teacher mintak details rifqy, gambaq2 dia start dr lahir till now, pastu decide nk buat kek tema apa, pastu nk tempah kek kt mana, pastu nk buat goodie bags, pening pala cari barang utk goodie bags ikut tema, dah bersilang kaki aku ngn mr shaifull, kalut gila.

padahai nk buat birthday walk kt school dia ja pun, bukan buat kt umah sendiri. aku x leh imagine kalau la celebrate birthday rifqy kt umah, mau seminggu direct kami 2 org cuti, tu baru nk celebrate birthday, kalau nk kawen rifqy esok2 ni, x tau la mcm mana kalutnya aku ngn mr shaifull. tah2 mengalahkan pengantin kot, rifqy cuti 2 minggu, aku ngn mr shaifull cuti sebulan hehehehehe (mintak2 panjang umuq)

dahlah, letih nk merepek kt sini, dah 3 kali aku menguap sepanjang menaip ni, aku letak gambaq ja lah pun.




pegang globe sambil keliling matahari, teacher dia cakap, simbolik peralihan umur dia dr setahun ke setahun.




yg tu aku x tau dia buat apa, camera pass kt teacher, parents x blh involved masa birthday walk ni.




muka happy dpt cake ben 10!

hadiah x beli lg ni, buat sementara ni ok la, member tgh happy lg dpt cake ben 10 tu, tgk la 2 3 ari lg, kalau ada anasir2 luaq yg soh mintak hadiah, habih la aku ngn mr shaifull, sila tadah telinga masing2, no?