Wednesday, June 17, 2009

siapa yang harus dipersalahkan???

ish ni yg aku rasa nak marah ja ni, dah berjaman aku tunggu kat sini, gambaq tu x sampai2 gak lg, aku rasa satgi ada yg makan penampaq ni, aku call mr shaifull sat2, dia kata dah antaq gambaq tu, tp aku bukak email j*r x sampai2 lg pun.

hangpa rasa sapa yg gelong sebenaqnya, email itukah, mr shaifull itukah???

eeee ni yg kadang2 aku rasa nak marah orang sambil tampa laju2 aaaaaaaaaa...

agar-agar lumut :)

bismillahhirrahmanirrahim...




imej adalah dr sini, tq

ish menakutkan ja nak bg resepi ni, atas permintaan yarn, walaupun yarn sorang ja yg mintak, aku nak tepek kat sini gak, alang2 boleh meramaikan lagi n3 aku dlm sehari kan, bila lg nak jadi blogger tegar, selang seminit masuk n3 baru? heheheh...

ok yarn, kalau dah aku bg resepi ni, terus buat tau, senang ja, aku yg kayu dlm bab masak ni pun boleh ja buat, cuma aku masih musykil lg, pasai pa dia x mau berlumut ataih bawah, mesti dia terpisah bawah dan atas tu, nnt aku buat experimen lg no, pasai pa dia jadi camtu?

bahan2

agar2
2 cawan gula

masak agar2 ikut sukatan air kat plastik dia ok, pastu bila dah cair semua agar2 tu, masuk gula, tunggu sampai didih. api sederhana ja.

2 biji telur (pukul)
10 helai daun pandan (ambil jusnya, jgn tanya aku camna nak ambik jus daun pandan, satgi aku naik hantu)
2 cawan santan

bila telur dah dipukul, auuuuwww mesti ada yg menjerit kan? :) wargahkahakahka oppss iklan sat.

bila telur dah dipukul, masuk santan, kacau sebati, pastu masuk jus pandan, kacau lg, bila agar2 n gula tadi dah didih, masuk la campuran ni plak, gaul2 dlm api yg kuat, bila dia berketul2 dan dah mendidih, tutup api, biar sejuk, pastu tuang dlm loyang. bila dah sejuk betul, masuk dlm fridge. ok yarn? buat jgn x buat, letih aku menaip ni.

oklah puan2, itulah sahaja resepi agar2 lumut saya :)

mana ni

ish mana ni, teman sekatil aku x antaq gambaq lg, camna nak update kejadian hari ahad ni, ni yg rasa nak marah ni, eeeee lapaq la plak hadoi laaaaaaaaaaaa...

The Adorable Blog Award




saya telah ditagged oleh dila utk award ini, thank you so much dear! terkejut gak, adorable lah sgt :) wargahakhakha, apa2 pun, tima kasih again n again n again ok dila. u r so sweet!!!

Rules :

Include the award in your blog or post
Nominate as many blogs which you like
Be sure to link the nominees within your post
Let them know that they receive this award by commenting on their blog
Share the love and link to this post to the person whom you receive your award

Ok, sekarang aku nak nominate org2 ini...

my cousin

along

zura

az

ok sila ambik ye puan2. :)

Monday, June 15, 2009

happy father's day!

aku tgh naik syeh ni, tu yg aku tgh update secara berturut2 tanpa henti, tanpa toleh kiri kanan, err toleh gaklah bila nak jawab call, kenalah tgk no yg appear dulu kan, kalau main jawab ja, satgi x pasal2 aku jadi mangsa org di tkt 14 tu, boringgg.

utk mak & ayah, aku dah bawak depa p bercuti, walaupun sehari, aku rasa oklah kot, hopefully they enjoy that short vacation kan? utk mr shaifull, aku hanya hadiahkan ini saja utk happy father's day.

isinya, biarlah rahsia...



eleh, biaqlah aku nak feeling2 datuk ct nurhaliza sekali sekala, asyik2 semua nak tunjuk kat sini ja, mestilah aku nak privacy gak kan? sila hormati prinsip hidup aku ok, ececehhh tiba2 plak ada prinsip hidup, dan2 tu. :)

bila "rentap" sentap! hehehehe...

bila dia tgh sentap, camnilah rupanya. aku nak letak sini, mana tau bila dah besaq nnt, dia tgk balik rupa dia masa kecik, camnilah cara2 dia. manalah aku ngan mr shaifull x beruban.




ni cara2 baru nak start, kalau dah dibantah lg, mau hentak2 kaki, baling tu baling ni, tp apa pun, semuanya masih under control. hehehehe...

mommy tau, eqy baik kan, sbb semalam masa mommy ngan ayah tgh bersilat kat dapuq sbb nak prepare sket2 utk jamu kat kawan2 mommy yg nak serbu umah kita, eqy hanya "tolong" sket2 ja mommy kat dapuq. eqy tolong keluarkan susu pekat dlm tin, letak kat luaq, eqy tolong ambik bawang dlm besen kecik yg mommy dah potong, pastu campak balik dlm besen tu, eqy happy sgt main camtu kan? (matila kalau depa yg mai umah aku baca ni)

bila mommy kata no, eqy senyum, bila mommy cakap onion, eqy pun sebut gak, anyen, jadilah tu. nnt kita main bawang lg ok sayang!

aku suka ngan artikel ni

aku suka sgt bila baca artikel ni, utk pengajaran dan jugak sebagai panduan utk semua kaum sejenis ngan aku, x kisahlah apa pun kedudukan hang, tp kita tetap sama, ttp seorang wanita, aku cilok dr sini. baca ok.

Salam semua,
Bro mendapat banyak reaksi berhubung tulisan minggu lepas mengenai gelagat bos wanita yang perasan, ada yang marah-marah dan ada pula yang menyokong.

Kepada yang marah-marah, bro tak peduli apa mereka hendak kata, itu hak mereka dan sebagai ‘balasan’ minggu ini bro nak paparkan lagi satu cerita mengenai perangai sesetengah kaum wanita yang jadi pegawai di satu-satu jabatan, tak kisahlah di syarikat swasta mahupun kerajaan.

Mereka ini bukanlah bertaraf ‘bos’ tetapi kalau dah nama perempuan, dapat sikit kuasa mulalah nak tunjuk berlagak seolah-olah orang lain semua tak betul.

Kisah ini bro dapat daripada seorang sahabat yang dah muak dengan perangai sesetengah pegawai wanita kat pejabat dia, bagi kawan bro ini, hari yang paling dia susah hati bila hendak masuk meeting dengan puak-puak berkenaan.

‘‘Paling aku rimas, mereka aje nak cakap dan kalau boleh mereka hendak paksa semua orang dalam mesyuarat itu ikut apa mereka kata.

‘‘Kalau ada pegawai lelaki membantah, alamatnya makin tinggilah suara pegawai-pegawai wanita ni,’’ kata sahabat bro itu.


Satu lagi katanya, sesetengah pegawai wanita ini suka sangat kepada benda remeh temeh, kononnya nak tunjuklah kata mereka itu teliti.

‘‘Tetapi hakikatnya yang aku tau, rumah mereka pun berselerak macam empangan pecah, datang pejabat pandai pula nak cakap soal teliti tak teliti, kemas tak kemas,’’ katanya.

Bro sokong seratus peratus kata-kata sahabat bro itu, bukan fasal dia lelaki tetapi memang bro dah dengar banyak cerita fasal kerenah pegawai wanita.

Bro akui mereka ini komited tetapi kadang kala kehidupan sebenar mereka tidaklah mencerminkan sikap mereka di pejabat, cuma di pejabat mereka ada kuasa maka nak tunjuk lagaklah.

Bro hendak ingatkan pegawai-pegawai wanita yang bersikap berlagak ini supaya belajar-belajarlah menginsafi diri, tak payahlah rasa hebat sangat. Belajarlah terima hakikat kehidupan bahawa kita semua ada kelemahan apatah lagi perempuan.

Belajarlah untuk tahu bertolak ansur dan menerima pandangan orang lain, jangan ikut perasaan dan merasa tercabar apabila ada pegawai bawahan kita terutamanya lelaki beri pandangan.

Bro sebenarnya tak hairan dengan pegawai-pegawai wanita yang berlagak ini, kalau hendak dikira dari segi keras, rasanya lelaki boleh keras bila-bila masa, oleh itu faham-faham ajelah. jumpa lagi minggu depan.



ambik pengajaran ok. :) hehehehe...most important thing, baca yg aku dah bold tu, buat malu kaum je.

sendri mau ingat la...

Friday, June 12, 2009

gila kuasa




gila kuasa x hengat betoilah pompuan ni, mmg aku rasa nak lempaq ja telefon ni, kalau x ingat ni telefon gomen, dah lama aku bukak tingkap ni, baling dr tingkat 5, confirm berkecai kat bawah.

aku malas nak layan dia, dia call aku sat2, suruh aku naik atas ambik surat sekarang gak, amboi, byknya hang punya cekadak, suka2 hati suruh aku naik atas mcmkan aku ni despatch plak kan. lantak kat situ, dah hang x blh nak fax kat fax machine aku, dan2 tu suruh aku naik ambik plak kan.

sapa yg pa cam aku ja yg paham apa perasaan kalau diarah2 oleh pa lain utk buat tu buat ni. habih tu, aku ni biaq kena maki ngan boslah, selalu tinggal tempat, mmg betoi2 menaikkan angin akulah pagi2 ni, mmg aku benci org yg suka order2 org buat tu buat ni. p ma***s lah, aku x nak naik ambik surat tu, apa nak jadi, jadilah. lantak.

Thursday, June 11, 2009

angin barat gamba solo

betoi ka benda kat atas tu, aku main taram ja, ada bunyi sipi2 tu dah oklah, hangpa buat2 paham ja lah, kalau x paham gak, cuba print, rebus, minum, gerenti paham.

aku betoi2 hanginlah ngan kakak pa ni, wajiblah depa panggei dia datin, pa lain bukan main cergas lari, naik tkt tu, turun tkt ni, dia plak, asyik dok mengorder org ja kejanya. aku nak tolak ansur ngan dia pun dah x blh, sbbnya bila tiap kali aku hilang (naik jumpa dia), aku yg kena soal ngan bos aku mcm polis pencen, p mana, buat apa, semua nak kena tanya (ikut dialog rosnah mat aris dlm anak mami).

dan salah satu perangai dia yg boleh bg aku naik hantu, dia suka fax surat yg pengarah dah minit kat all the engineers yg sama floor ngan aku. just imagine, kat level aku ni, ada lebih kurang 20 org engineers, kalau 1 surat ada 4 pages, kalau 20 engineers ni dpt surat, blh hangpa bayang x, berapa helai kertas kat mesin fax aku yg kena guna, ohhh yg tu aku x kisah lg.

kertas gomen, bukan aku kena beli sendiri pun, lgpun ni atas urusan rasmi kan. tp agak2lah, hang bukannya x dak kaki, mailah antaq sendiri, org lain blh ja berjalan sana sini, tp hang nak buat keja senang, mesin fax kat tkt 6, dah tutup terus, sbbnya toner dah habis, kena tunggu supplier hantaq, mesin fax aku ni pun dah nyawa2 ikan, 4 5 keping lg hang antaq kat sini, alamatnya, arwahlah.

aku baru balik dr korporat, mintak toner baru, tp depa bgtau, toner x dpt nak tolong, tunggu supplier, so terpaksalah tunggu, kalau dpt tutup terus mesin fax ni lg aku suka, sorga dunia, x payah aku jalan merata2 antaq org lain punya fax, kadang2yg tensionnya bukan urusan rasmi pun tp personal, hang x bara kalau camtu?

say no to OPEN BURNING!!!

ececehhh mentang2lah laki aku keja kat doe, dan2 tu aku buat kempen ni. ha lah, kenalah buat kempen ni awal2, satgi x pasai2 mr shaifull kena standby kat ofis, kalau dah standby kat ofis, x blh p jalan2, bila x blh p jalan2, kesian rifqy, asyik dok langut kat umah ja, boring tu. (padahai aku yg boring)

so pada org2 yg suka buat open burning ni, tlglah hentikan, sbbnya hangpa x tgk buletin utama ke semalam, dah start ada titik panas di sana dan di sini, nnt bila cuaca kita dah sampai 40 darjah celsius, hangpa gak nak bising2kan, panaslah apa lah, so sblm benda tu jadi kritikal mcm dulu, bila negara dilanda el nino, baik kita ambik langkah berjaga2.

lg 1, open burning ni bukannya setakat takut negara dilanda musim panas ja, tp bahaya ok, buatnya terbakar umah orang sekali, ha sapa nak jawab, x pasai2 ja org tu kena pindah duduk kat dewan sekolah berdekatan, pang mau? mcm ni, tgk, sapa yg susah, bomba gak yg susah, dah petang2 kena padamkan kebakaran yg entah sapa yg gatai p bakaq, tp kan aku rasa, org buang puntung rokok ni, pangg laju2 utk org yg isap rokok.



budak2 mmg camtu, suka menyebok kalau tgk benda lain sket. jentik telinga baru tau.



buatnya pencawang elektrik tu terbakaq sekali, ha x pasai2 ja semua umah tu tinggai nama dan tapak saja, err lupa, abu sekali. budak2 yg suka sibuk. :)benda ni jadi kat bdr country homes.



utk semua bloggers, jom sama2 kita berkempen, SAY NO TO OPEN BURNING OK!!!

p/s : al-fatihah untuk salah seorang kakitangan doe, kak su, my husband's colleague yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 jun 2009 kerana asma. takziah utk keluarga allahyarham.