bukan setakat af ja boleh ada transformasi, aku pun blh gak.
dan inilah hasil transformasi aku, tp rasa2 mcm yg lama lg bestlah. sbb lg smooth ja, ataupun itu hanya perasaan aku ja, tp yg baru mcm senang ja nak keluar air. mmm tahlah. yg lama tu, nak kena sapu, goncang2, pusing2 baru keluar air.
tp yg baru ni, x payah teruk2 nak goncang, nak perah sampai titisan yg terakhir. just tarik, keluar air, aku dah blh guna, senangkan keja aku, cepat dan tangkas.
mesti hangpa tertanya2 apa benda yg aku tgh merapu ni kan. eleh, tau sgt lah, mesti tgh imagine benda yg bukan2 kan?
aku ni kan suci murni, melalui dua kali pemeringkatan, mana blh aku mencarut2 kat blog ni, hishhhh. aku cakap pasal benda ni lah.
kalau selama ni nak kena sapu sampah dulu, pastu baru blh mop, tp nak kena basahkan dgn air, goncang2 kat lantai, pastu perah, mop, kejap lg masuk bilik air balik, goncang lg, basahkan dgn air lg, perah lagi, aahhh letihlah.
ari tu bila nampak benda ni kat pasar malam, aku terus buat usul kat tuai rumah, aku nak benda tu. tanpa membantah, tuai rumah pun belilah utk aku, sbb dia tau kalau bantah, aku akan ungkit benda tu, dan benda yg x dak kena mengena pun dgn benda tu. lgpun, dia tau, benda tu memudahkan aku, kan mr shaifull?
benda ni lah yg aku cerita tu, senang dan tangkas, tp kurang smooth mcm mop lama. tp senang nak jolok ke sana sini, maksud aku bawah almari, sofa, bilah kipas pun aku blh tenyeh sekali, tp kena berhati2lah, takut satgi bilah kipas yg tergantung kat siling tu, elok ja melepek kat lantai. kang x pasal2 nak kena ganti kipas baru, fuishhh lari bajet i nak beli eskay2. :)
sponge dia tu blh ganti2, ari tu masa beli dia ada bg free 1 sponge baru, lepas ni kalau dah hancur dua2 sponge tu, blh carik yg lain kat jusco. tenkiu abang!!!
No comments:
Post a Comment