Monday, April 20, 2009
bahaya rokok, tapi nak jugak mati awal. KATAKAN X NAK!!!
biarpun agak keras bunyi tajuk aku tu, tp aku nak letak gak kat situ, sbg provokasi kepada perokok2 tegar dan x tegar, dan salah sorang drpdnya adalah laki aku sendiri. rasa mcm nak tercabut rahang (guna balik ayat abang, bluekkkk) bercakap, errr pok pek pok pek pok pek sampai aku rasa umur aku dah sama dgn umur mak aku, melarang, menegah, merajuk, melenting, segala "me" lglah, tp x jugak dia nak dengar.
kadang2 aku rasa seolah2 bila aku "bercakap" dgn dia pasal rokok ni, mcm ada dinding kalis bunyi je antara kami, ya lah, kalau dia boleh buat derkkkkkk jer, pastu keep on smoking, x tension ke? aku rasa kalau aku ngan rifqy pun sama2 merokok, baru dia nak stop kot? tp apa2 pun, aku rasa aku dah menang byk dlm hal2 merokok ni, sbbnya, mr shaifull x merokok dlm rumah, dia merokok kat luaq rumah, jauh dr kami anak beranak.
dia x penah merokok dlm keta, kalau nak tgk aku naik hantu, bolehlah cuba. aku x blh bau asap rokok, dan2 tu rasa sakit kepala denyut2, aku x tau pasai pa, dulu2 sebelum kawen ok lg, tp bila dah kawen, bila dah pregnant, rasa mcm benci sgt dgn rokok tu, tp nak benci dgn perokok tu x blhlah pulak kan?
sbb tu kalau bawak anak jalan2, seboleh2nya aku akan elakkan kedai makan yg x dak aircond, bukannya apa, aku x nak anak aku dpt "hadiah" free dr perokok2. bahaya o. kat sini aku ada cilok serba sket pasai bahaya rokok ni dan kandungannya dan bahayanya dan kesannya kepada diri perokok tu sendiri dan jugak orang lain. so happy reading ok. aku cilok kat blog ni. kalau x caya boleh klik kat situ ok.
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
Sumber
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net
- Persendirian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
daku pun berbuih2 gak cakap ngan lakiku.. tapi apekan daya.. camtu gak.. kata nak benti, dari blom kawin, sampai kawin, sblom pregnant sampai la dah kuar besar dah pun..huhuhuhu
nurhayati - huhuhu.... samalah kita
fuuh sib baik laki aku tak merokok...kalau dia merokok, aku rasa badan dia tu sekali tiup je konpem melayang...ngeh3
sama le ngn along ..puas dah ckp nasihat..still smoking..
salam..tumpang iklan ye.italian scarf and tie rack here.do visit.thanks:)
kmiera sampai sorok kotak rokok & lighter tau, pehtu buleh pulak p beli laaaaiin!! *paaaaaanngg utk mr rizo*
tu diaaaaa, ni betui2 protes pasai rokok ni, panjang mak datok crita pasai rokok nooo...sabaq byk2 nooo kak siti..
aku penah tazkirah kat kawan aku yang perokok, hmm, memang buat rekah anak tekak aku je bercakap.
dia wat dekkkk je.
kalau aku tau takde respon, baik aku cakap ngan dinding.
nak ada respon sikit, cakap ngan kucing.
mesya - ok
kmira - pang laju2 kan kmira, gerammmmm
inabu - kihkihkih...
green apple - kak d, rasa nak tercabut rahang bercakap kan, untung lah kak di, en wan x hisap rokok kan :)dlm maksud aku tu kak di
Post a Comment