updated
mana sah entry aku kalau x dak photo kan. dipersembahkan... jeng jeng jeng
belakang dr kiri - effa, xiana, shaz, ima n su
tengah dari kiri - yarn kecik, yarn besor, azni, along, nora
depan dr kiri - julia, wahida, me, klinda, kmira
depan sekali - ila, ketua dorm kami hehehehehe...
biasalah, set2 org x dak keja, camnilah, asyik dok layan bloggggg ja semedang. nak buat camna, dah depa bayaq gaji kat aku suruh makan gaji buta, nasiblah, allah ja yg maha mengetahui :)
tadi bila baca blog along, tiba2 aku dpt idea nak cerita pasal budak2 O10B. O10B ni sebenaqnya dorm kami yg pertama sekali bila masuk itm manjung. ingat lg rumah kedai yg meninggalkan byk kenangan kat kami semua. dan hari ni, saja ja aku nak cerita pasal budak2 dlm ni, sambil2 tu blhlah aku uji kekuatan minda aku ni.
agak2 boleh x aku ingat semuanya sekali. :) hehehee...
aku akan mula dr katil hujunggggggg sekali. fyi, semua katil adalah dlm bentuk double decker kihkihkih...
klinda - masa mula2 dia chop katil dan locker sebelah aku, aku dah mcm suka kat kakak sebelah ni, sbb dia mcm suka gelak2, pastu mak aku seperti biasa, suka buat ice breaking session, dia p berkenalan ngan klinda kalau x salah aku, pastu mak pesan kat klinda, kawan baik2 ngan ct, tlg tgk dia sama. mak aku pesan gitu, sbbnya maybe aku ni jakun, x penah dok hostel, so baik dia pesan awai2 sebelum aku buat perangai. kawan dgn klinda adalah sgt best, kami makan sama2, p pasar malam sama2, balik kg pun sama2 kadang2. balik kg tu x dak sapa boleh tandingi aku, sbbnya aku akan balik kg tiap2 minggu dr awal semester sampailah hujungnya. mana blh balik every week kan, haruslah ada xtvt kat campus kan? haaaa??? x blh balik, ok x pa, i believe i can fly...dan klindalah yg selalu tolong aku memflykan diri, alah, aku bukannya p mana pun, aku balik kg ja, jumpa mak ayah n adik aku. eh melalut plak, klinda mmg suka masak, dan pandai masak. tp masa tu mana boleh main masak2 dlm dorm kan, so kepakaran memasak tu klinda aplikasikan masa part 2 kalau x salah. :) dan la ni, klinda nun jauh di geneva, next year baru dia balik sini, bila dah balik sini, dia akan jadi neighbour aku, insya-allah. kami beli umah sebelah menyebelah lah :) mcm kat dorm dulu gak
dr kiri - klinda, me, yarn kecik, julia
ima - ima ni manja sgt2, aku rasa mcm dia x blh berdikari ja pada mulanya, tp bila dah lama, oklah. cuma ambik masa gaklah dia nak sesuaikan diri ngan suasana hostel dan kawan2 yg kecoh kan ima? tp lama2 kami dah rapat, dan dia gaklah sumber inspirasi aku untuk dptkan dl. thanks ima.
along - along tdoq kat katil atas, aku kat bawah. bila panjat katil dia, dia pijak kat papan katil aku, dan setiap kali dia pijak, mesti aku hingaq, dan2 tu gak aku adjust cadar aku, sorrylah along, perangai aku mmg camtu, :) along ni pun manja gak, tp dia jenis yg boleh berdikari, sbbnya dia dah penah duduk hostel, so x lah jakun sgt dgn suasana hostel mcm aku. dia selalu makan kat dining, tp kalau outing, dia suka geng ngan yarn, julia dan xiana. kadang2 bila boring, aku suka lepak kat atas katil dia, sbb kena angin lebih, maklumlah kipas atas kepala dia. silap hb, mmg putus kepala hangpa kalau berdiri kat atas katil tu.
effa - effa pun baik gak, aku suka dia. dia humble, bg aku lah. walaupun dr family yg senang, tp x kisah kawan ngan sapa2 pun. effa pun sama, x dak di bumi malaysia ni, aku ja penunggu setia bumi malaysia ni, dia dah fly ke glasgow, ikut husband dia. dia suka panggei aku TITI, nama manja lah kononnya tu. aku suka bila dia panggei aku camtu. effa kalau hang baca ni, aku rindu kat hang. ingat lg masa dulu2, kami kalau dlm kawasan dan luar kawasan itm tu, kena pakai kain, x boleh pakai seluaq langsung, bodo kan? kadang2 bila nak cepat p dining, dia suka pinjam kain hitam aku, kain hitam ni mmg dah standby kat besi katil, mmg main sauk ja lah. ya lah, x kan nak keluaq p dining pakai seluaq pendek kot, nak kena ngan en hatta? ingat dia dak, lawak kan. aku ingat lg, effa kena perli ngan en hatta ni, sbb p ambik ayaq kat water cooler kat depan dorm dgn seluaq pendek, ya lah, dah dekat 12 mlm dah, ingatkan semua dah lena, rupanya en hatta "hidup" lg masa tu. lawaklah bila ingat semua tu.
su - su plak sorang yg comel. dia suka gayakan baju2 effa, kalau x salah aku lah. tp dia study setakat part 2 ja kalau x salah, lepas tu dia membawak diri, balik kg. x tau pasai pa, dah puas aku ngan ila pujuk dia, tp dia x nak gak, dia nak quit gak, dia cakap dia x blh buat shorthand tu. dia suka ikut aku ngan klinda p pasar malam, tp selalunya aku berduet ngan klinda ja bila p pasar malam tu kan klinda?
julia - julia plak jenis yg lembut, baik gak. dia jenis x kecoh2. diam dan senyum ja bila kami buat lawak, atau bila kami buat "meeting" setiap kali x puas hati antara satu sama lain. aku rasa dlm 1 semester kami kat kat dorm tu, adalah dlm 30 kali kami buat "meeting" ni, sbb x puas hati punya pasal. lawaklah bila ingat balik. bila cakap pun kadang2 antara dengaq ngan x, dahlah aku ni kadang2 pekak, dia plak cakap pelan2 dan bila jerit pun sama ja kuatnya bila aku bercakap sambil mulut penuh, mana nak dengaq julia oiiii.
xiana - xiana ni antara feberet aku gak masa tu, sbbnya minah ni kecoh sungguhlah, start dr minggu orientasi yg gila2 punya teruk tu, aku dah "layan" ngan minah ni, sbb kepala dia best. asyik gelak ja bila dgn dia. cool man, tu lah ayat2 aku ngan dia bila kena denda tgh malam buta, berdiri sebelah kaki, bukak kasut. x guna punya senior. mcm baguih ja buat org mcm tu. mcm2lah kena denda, mcm masuk askar pun ada gak aku rasa. nama dia bukan xiana, nama ni hadir, bila LDK org tanya nama apa, dan2 tu dia jawab ziana zain, gila lah. teruih melekat xiana. tp dia punya gred dah up sket dr aku, congratulations!!!
azni - azni plak, aku gaduh ngan dia pasal baldi, aku pinjam ja baldi dia, bukannya bawak balik perlis pun, cuma guna masa basuh baju, pastu dia kecoh cari x jumpa baldi dia masa tu, teruih dia masam muka ngan aku masa tu. lps dr kejadian tu, dia simpan baldi dlm locker, lawakkkssss. aku ada baldi sendiri, tp aku guna 2 baldi utk basuh baju. masa tu ingatkan kawan2 dlm tu x kisah pakai baldi sapa2 pun, rupanya x blh, lepas dr tu, aku dah x pinjam baldi dia lg. sorry azni :)
yarn kecik - masa ni, dia punyalah pendiam gila2 punya pendiam. sampaikan dlm satu semester tu aku rasa ada kot dlm 10 patah perkataan ja aku dengaq dr dia. mmg diam sgt2, lebih kurang aku gak lah :) wargahkahakahak masa ni dia x menonjol sgt pun, tp bila masuk part 1 - part 4, dia adalah sgt kamceng ngan aku, ima n klinda. mana hang ni yarn? sepi ja...dulu dia dgn paklah, tp la ni aku x tau dia jd pa kat ofis mana lak.
dr kiri - yarn kecik, klinda, nora, me :)
shaz - shaz ni sama ngan aku, budak kangaq. tp x tau pasai pa, dekat2 nak habis pre dip tu, kami gaduh, bodo punya situasi, tp bila part 3 dah baik balik rasanya. biasalah budak2 baru masuk hostel. semua nak menang kan. shaz masuk sama2 ngan kakak dia, ksherry, kiranya kami 1 batch lah. beruntung dia, dpt study sama ngan kakak sendiri. tp la ni dia dah jadi officer, sbb dia ada degree, rugilah kalau x grab the chance kan, shaz?
kmira - kmira ni second cousin ngan shaz. depa selalu balik kg sama2. makan sama2. tp kmira jarang outing, kmira budak baik dulu2. la ni pun baik gak. :) balik kg pun jarang2, tp bila papa shaz ambik dia kat manjung, kmira akan follow depa rasanya, sbbnya kmira x suka naik bas, dia mabuk kenderaan :) wargahakakahkaha
yarn besor - kami ada 2 yarn dulu2, satu kecik dan satu besaq, tp x lah besaq mana pun. yarn ni plak, asal nak blk kg ja, mesti ada driver ambik, kadang2 x sempat abis exam lg pun, driver bapak dia dah tunggu dpn dorm, mmg dah kenal sgt pajero tu, dia pun mmg awal2 dah siap packing, kiranya terus ambik beg, calllooo. tp bila dia balik hostel, best sgt sbb dia suka bwk durian. sedappp durian perak. yarn, ada lagi x durian? yarn ni suka membaca, sampaikan ada satu waktu tu, kami semua tgh sembang kow2 punya, dia plak tgh khusyuk baca buku, sekali bila kami check betoi2, dia dah lena sambil pegang buku tu, elok ja buku tu berdiri tegak. la ni ada lg ka skill tu yarn? :)
ila - ni plak ketua dorm kami, sapa yg pilih? aku, dan sebulat suara disokong sbbnya x dak sapa yg rajin nak jadi ketua dorm masa ni. aku pilih dia, sbb dia jenis rock2 manok, so dah sah2 x daklah aku perlu hidup dlm skema sepanjang semester kan. aku baik gak ngan ila ni. tp dia ni kadang2 krisis identiti gak, kadang2 ala2 tomboy, kadang2 ala2 feminin. dia ikut musim kot? :) kihkihkih... habihlah kalau dia baca.
nora - nora budak jawa. klinda selalu belajaq bahasa jawa ngan dia, padahai bukan nak kawen ngan jawa pun. kalau x salah aku, klinda penah ikut nora balik kg dia, kat tg karang. aku? jgn ditanyalah, dah sah2 aku balik ke ketiak mak aku. nora pun best kawan ngan dia, dia jenis kepala sempoi gak. dia pun ala2 lembut gak, tp bila marah, merah muka, takut oooo. dia suka ikat tudung ala2 ibu itik, comel la nora.
wahida - last but not least, wahida, best friend effa, dia masuk 3rd intake kot kalau x salah aku, sbb dia lambat sket dr kami2 semua. dia mmg rapat ngan effa. dia ni ala2 teddy bear, sbbnya malas nak bergerak kadang2 tu, tp la ni dia dah slim dah. oi wahida, apa rahsia? dia sempat jadi pelakon masa dlm filem apa tah, yg erra fazira ngan afdlin jadi hero tu, kalau tanya shaifull mana 1 kawan aku, dan2 tu dia jwb yg lintas jalan, lg 1 yg mop lantai masa dlm filem apa tah, apek dia punya hero kalau x salah aku, lg 1 jadi kawan erra fazira dlm kuliah cinta. dia berlakon sbb prof madya a razak mohaideen dia punya lecturer kot masa dia cont degree kat shah alam.
ha dpt gak aku ingat kesemuanya... utk hangpa yg baca ni semua, ingat lagi x semua tu? best kan dulu2...
19 comments:
pewwitt...terkenang jaman 12 thn lepas. yelaa thn 97. pehh...dah doblas thn. mujoq hang cerita benda ni, kalo dak aku dok lupa sapa yg tidoq kat katil sebelah kanan aku. rupa2nya si sue yek.
dulu2 musim "hantu" dtg menyerang, semua pakat bentang tilam tidoq kat tengah2. aku plak kalo terjaga tgh malam, time aku tetiba takot dan takleh tidoq, aku akan panjat tidoq kat katil along a.k.a atas katil hang heheheh. kadang2 aku pi tidoq kat tilam kak mira kat bawah.
yg aku takleh lupa lagi, azni bila jaga tengah2 malam musim hantu tu, bleh plak dia suruh aku baca fatihah mlm2 buta nak pastikan aku adalah manusia dan bukannya hantu. jahatt azni, tak pasal2 aku kena mengaji mlm2 buta huhhhu.
ct, hang lupa lagi sorang...yuhari salleh a.k.a ayu...
yuhari plak..yuharni...
juedaniel - errr perlukah, sbb dia x dak pun dlm gambaq kita bersukan pagi buta tu :) kihkihkih...
juedaniel - ish jgnlah kata 12 thn lepas, nampak mcm tua nau kita ni, bulleh ka camtu? :) wargahkahakha
100 x citer tu ulang 100 x gak lah dia bgtau yg tu kawan dia yang ni kawan dia....sapa pun blh ingat kalau dah mcm tu....AGAK2 SAPA YANG SUKA KENTUT masa kat hostel tu dulu....xiana kot?
hoittt anonn...nak kena luku pala ke? i tak kentut tauuuu, i kan sopan santun orangnya....eh sapa haa suka kentut?
filem yg weeda berlaklon erra/afdlin = soal hati. eh aku tak perasan lak dia ada dlm filem ni
yg jadi tukang mop lantai kat panggung wayang tu = jutawan fakir
yg byk skit part dia dan ada skit la sepatah dua dialog tu filem kuliah cinta heehhehehe
dia dah pi umrah dan dah pakai tudung ek skg ni...bagus le
juedaniel - aik, bila masa dia p umrah? o aku x tgk "mukabuku", mana aku tau. alhamdulillah. dah pakai tudung
waakakakaka...lawaklah entry hg kali ni. betoi2 mengimbau kenangan silam. gila..bila ingat2 blk, perangai mcm budak2, sket2 sentap, sket nak majuk, kira tak buleh kata apa sket lah.heheheh...aku antara yg laser kan...sorry la wei, time tu tak brapa matang sgt lagi. aku plg ingat kenangan2 ni :
1. tengah mlm tetiba ada makhluk mai tidoq sebelah aku (sib baik time tu sama2 slim, hg tak rasa beringgut ka ct?)
2. bergaduh ngan ila...pasai pa tah, tak ingat dah
3. suka dengaq time kak linda bercerita pasai adik dia...selalunya smp meleleh ayaq matalah
4. time mandi ramai2...aauwww...sensored, wakakaka
5. jeles tgk group lg satu sedap tidoq lg sbb kelas depa start lambat
6. belajaq menari ngan weeda n effa...gila..aku dah la keraih mcm kayu, tp best!
ct, yg hg hingaq tiap kali aku pijak tepi katil hg nak naik katil aku tu, rasanya aku tak dak terasa apa kot, lg seronok buat sbb dpt dengaq hg hingaq...kahkahkahkah
hg kata aku manja...isshhh...dak kot...silap org tuu...
apapun kenangan tu suma jadi kenangan manis bila dah berlalu kan, tak bleh patah balik dah pun.
weh ct...aku mmg tabik spring tiong2 kt hg la, mmg sume kenangan tu masuk balik otak aku ari ni coz ada yg aku ingat2 lupa lak...
Tp kali ni aku nak betuikan fakta pasai sora, sora aku skrg x mcm dulu tau, anak 3 ni sora mcm tarzan sekali aku jerit, anak3 terus terdiam sekali ngan paknya...hahaha
O10B dulu mmg mcm2 ragam...nk tergelak pn ada pasai asyik meeting sesajooooo...hehe
Garang eh muka leader korang tuh...hehehe
Aku pernah gak tinggal hostel masa study dulu. Best kan tinggal ramai ramai. Tak sunyi. Hehehe
haa lah, klinda hang ni lah jadi muka biru hiju merah oren bila hang nak fly...cuak abih!!! tapi sprt biasa, misi berjaya!!! kihkihkih.. klinda x penah dok hostel, ni lah kenangan paling manis dlm hidup..mcm2 hal..
pasai azni boh baldi dlm locker tu mmg klinda x tau langsung yg hang jadi puncanya..kihkihkih..tah tah skrang ni, azni cuba menyorokkan baldi dari syani..mana lah tau..lawaklah azni...dah lah muka selamba badak ja!!!
klynda
hoit, bukan mabuk kenderaan lah, mabuk perjalanan jauh, sekian tima kaseeyy!! hihihihi!!
along - aku mmg hingaq kan, tp tu lah, aku x penah rasa sakit hati pun sebenaqnya dulu2 ngan hangpa semua, saja ja gaduh, tp x penah simpan dlm hati pun
nanadanny - ya ka suara julia dah kuat, ish aku tgh musykil ni, benarkah???
willie - garang tp x takut langsung :) bestkan kat hostel, mcm2 cita
klinda - klinda kan perancang misi yg sukses, balik cepat, buat misi baru, kita p bandung beli coach plak :) kihkihkih
kmira - o mabuk perjalanan jauh ka? nasib baik p umrah x mabuk no, la ni mabuk gak kan kmira, terkena perbuatan org lak :)
hhahahaha...kelakar btol bila ingat zaman 010b dulu, pastu siap semayang jemaah kan, bila mlm2 p bli nasi lemak bungkus n kopok lekor, mkn ramai2..bila group A p kelas awal, kita p kelas lmbt kan, depa suka buat bising psl jeles kita bleh bgn lmbt...hhahaha..pastu bila time ada kelas grammar,mlm tu masing2 dh tiru jawapan siap2 tulis kt buku, takot en md nor tanya sorang2...hehehhe..
ct- tido smbil baca buku tu smpai skrg dok ada laa, tp mcm biasa, buku suke baca aku...ahhahahahaahah...
yg best time kita menari lagu 'i wanna hold your hand' tu, pastu tudung ijau tu ikat kat leher, yg buat alas meja pon ada...hhahaha..kenangan, kenangan...
eh dah 12 thn ka, mcm tak caya je kan..
yarn - hahahahaa semayang jemaah, x boleh blah, yg pasti aku x penah jadi imam. makan ramai2, tu waktu2 tenang yarn, bila genting, masing2 makan kat celah katil masing2. yg selalu makan kat tgh laman, aku ngan klinda lah. ha? hang baca buku camtu lg yarn?
masa menari tu bestkan, ada lg gambaq kat umah aku. shhh jgn ckp kuat2 dah 12 thn, nnt nampak tua sgt, errr...
lawak la hampa.. woiii ct garang oii time tuh. ingat lagi dia kata "aku penah bagi penampaq kat muka kawan aku"... ganaih!!! baldi tu time aku tak baligh lagi hahahhaha.. sorry na.. ct.. lg satu tak leh lupa, punya jahat la. time tu kita blh balik awai, saja tak mo angkat baju group lagi satu.. pehtu buat2 sorok bwh katil. hehehhe tak senonoh betui. dengar la group lagi satu dok maki hamun kita. hahahhahahaha mmg tak senonoh
azni - aik kami plak lawak, bukan hang tergolong dlm golongan tu gak ka azni? :) aku garang ka? tah x ingat dah hehehehe... baju kami habih basah, sampai hati hangpa biaq ja kat ampaian. sapa lagi jahat sebenaqnya??? :) wargahakhaa lu pklah sendiri
azni, klinda x nyorok bawah katil..klinda masuk dlm lemari..hahahaha...bengongggggggg..tp klinda nak betulkan fakta..bukan takmo angkat kain di jemuran tu tapi masa kita dok main nyorok2 tu, kita x sedar yg kain baju dah basah kat luaq..hahahahaha....ok lupakan semua tu...dah 12 tahun lepas pun..masing2 pun dah kawen, dah ada anak..heheheh
Klynda
klinda - ekeekkekekekeke muat no klinda masuk dlm almari masa tu :) wargahkahkaha lariiiiiiii
Post a Comment