Monday, May 25, 2009

jumaat malam, bukan malam jumaat!

ari jumaat, balik je dr ofis, aku hangin, bukan hangin kat mr shaifull, bukan hangin kat rifqy, tp hangin kat perut aku yg sakit mcm anak dara umur 19 thn yg tgh period. ya, aku masih mengalami period pain di usia tua bangka ni, gerammmmmm, benci.

dan malam tu, akibat sakit, aku telan lg ponstan, "gula2" kegemaran aku di kala aku tgh dilanda kesakitan yg amat sangat.

dlm kul 10.30 camtu, hp aku berbunyi.

aku tgk screen, o mak. awat tepon lewat sgt ni, x palah, maybe esok cuti, tu dia call lewat. sekali aku dengaq suara mak, mcm bergetar ja di hujung sana. ish pasai pa plak, mak bgtau, adik accident LAGI. ya allah, aku rasa mcm x leh bernafas dah masa ni.

aku tanya keadaan adik, mak kata luka2 sket, aku tanya mak, dia nak p mana dah malam ni, rupanya dia on the way nak p study, sbb this week ada final exam, lgpun ni last semester, maybe dia x nak kantoi. dia x angkat stand, masa tu kat selekoh, dan x blh buat apa2 lg, dia sapu avanza kat selekoh tu, dan nasib baik atas keprihatinan pemandu avanza tu, dia slowkan keta dia, sbb tgk motor adik dah berapi masa ni, sbb stand tu terseret kat jalanraya.

nasib baik dia slowkan keta, kalau x, mesti kena depan sama depan. aku x tau pasai pa dia blh naik motor plak mlm2 ni, selalunya bila dah lewat sgt camtu, dia akan guna keta ayah, maybe dia takut balik lambat, or x balik langsung (tidoq kat kolej), tu sbb dia x bawak keta ayah.

mmg aku nangeh malam tu, bila bercakap ngan kakak, aku nangeh sbb aku jauh, dah mcm2 benda jadi sejak aku x blk kg, dah lama aku x balik. ari tu ayah sakit, pastu kisah tok sedara aku, pastu ni adik plak. ya allah, lindungilah keluarga aku...

esoknya, bila aku dpt bercakap ngan adik, aku slow talk ngan dia, mmg accident tu x dirancang, tp next time kalau boleh, kalau dah rasa nak jumpa study group, better jgn balik umah, just stay je kat hostel, x daklah ulang alik 2 3 kali. mmglah dekat rumah dgn kolej tu, tp apa2 pun boleh jadi sepanjang perjalanan tu.

aku berdoa, jgnlah ada apa2 lg lepas ni. hati aku x tenteram selagi aku x balik kg. kg, tunggu kepulangan aku hujung bulan jun nnt...




adik yg selalu buat aku "diserang" heart attack...

2 comments:

yanz said...

ish, risau kalau dgr2 bab accident ni....kita ni kena slalu nasihat kan org yg bwk motor ni...kdg2, bukan salah depa, slh org lain, kdg2 salah sendiri, bukan salah org lain... apa pon, kita doa2 kan selalu semoga keluarga kita sentiasa dilindungi Allah...

mrs shaifull said...

yarn - tu lah yarn, aku ni jantung selalu dok kat perut ja ngan adik aku. dia bukan jenis nakal race2, dia nakal ala2 romeo :) hehehehe..

tp mlm2 bila aku dengaq bunyi tepon, aku dah phobia dah yarn, sbb kami (aku n shaifull) kan jauh dr family masing2. shaifull lglah kesian, kalau ada emergency tgh mlm, kena tunggu siang jugak, tu pun jenuh nak korek tiket, kalau aku oklah jugak, blh guna jln darat ja.