Tuesday, June 2, 2009

astro mustikaaaaa cam...

hape lg, semalam kalau x ingat tv tu mr shaifull yg punya, mmg dah namblas kali aku tumbuk screen dia. tp aku x sampai hatilah plak, takut2 namblas kali gak penumbuk mr shaifull sampai kat muka aku.

mmg aku hangin lglah, dahlah kat office dah siap berangin, balik umah ingatkan tenanglah sket fikiran aku ni bila tgk channel baru. ye lah, kalau dah balik2 asyik hadap matahari ja, sekali sekala mestilah aku nak hadap benda lain plak kan. selain dr tuttttt. hehehehe lucah di kala pagi.

masuk ja umah, mr shaifull gigih terus bukak tv (macamkan selama ni x terus bukak), sebenarnya dah tabiat pun, masuk umah je bukak tv. bila tgk ja rancangan dia, ya ampun, wonder years tu aku dah tgk masa zaman aku sukati keluaq umah ngan baju tidoq terus p kedai pak non, awie records tu plak, dah tengok berjaman dah pun, persona non grata pun dah 1479 kali ulang kat kirana dulu, mission sex control pun sama.

bayangkan tahap bengang aku tu dah sampai ke mana? kalau hang x bengang ka, bayaq duit lg, utk tgk benda yg diulang balik dr dulu2 punya prog, cinabeng betoilah. pastu bila dah mengantok sgt, habih ja "tok ketua" kat warna tu, kami 3 org tidoq berjemaah kat depan tv, tertidoq sebenaqnya.

sekali aku terbangun kul 12.16, tgk tv still on lg, maksudnya tuan tanah kedaung pun terlena sekalilah tu, tgk2 dia tgh ulang lg sekali tok ketua tu, aikkkk, apa hal ulang lg, x sampai 3 jam pun dah ulang lg cita tu, ok, thats it. next month sorry lah aku nak continue lg kalau cengginilah perangai hang.

mmg aku cut terussss, bukan setakat mustika ja, sekali ngan piring astro kat belakang tu aku tebang nnt, tgklahhhh...

bengang ni benganggggggg, bodo lah.

7 comments:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

oh ye ker ct ... untung ler astro cam nieh .. sib baik kita tak amik pakej mustika tue

nanadanny said...

wahhh...marah betui ni...
org astro, sila ambil perhatian!!! kihkih

mrs shaifull said...

diana - ya, sila jgn subscribe itu mustika, matila aku kena ngan org astro nnt

nanadanny - ini betul punya marah ni, jgn marah, nnt kena jual :) hehehehe

Azfaliza Abd Latif said...

hoh ye ke? baru je pujuk encik kito amek pakej tu..hmm kena siasat dulu la napok gayanya..huhu

mrs shaifull said...

az - entahlah, bg kami yg dah subscribe ni, rasa frust sgt astro buat camtu, blk ari ni kami tgk lg, esok aku buat report kat sini ok

Anonymous said...

nasib baik aku tak ambik pakej mustika.... kalau dah ulang2 tu, bagi jerlah free... bodoh punya astro.... sahaja nak menipu orang... cit....

mrs shaifull said...

anon - ellehhh, kita ni dah terjebak ngan dia lah ni, kesian kat laki punya pasal, sekali astro mcm hampehh