Monday, July 20, 2009

apa perasaan hang kalau...

esok nak kena g kursus, ari ni baru dimaklumkan? kalau umah mak aku sekangkang chimpanzee ja dr umah aku, oklah jugak, ni x, beratus ke ribu tah batu. jenuh nak kira sebijik2 :) kalau mak aku dekat, at least bolehlah mintak tolong dia tengok2kan 2 beranak tu sepanjang ketidak adaan aku kat umah. hohhh

dahlah kursus plak tu, luaq dr kl, nak packing lg, utk 4 hari, sedangkan balik umah mak aku sendiri pun, mr shaifull dah tanya, almari x nak bawak sekali ke? ni plak nak p kursus, semuanya nak kena bawak dr umah, jenuh nak bubuh satu satu. pastu makanan ngan tempat tidoq dia sediakan, tp 1 hal plak, nak kena guna transport sendiri, abih tu laki aku nak p keja naik bas metro ka???

biasalah, keta pun 1, tu lah keta, tu lah motorsikal, tu lah basikal. x ke pening kepala aku, nak guna bas? nak kena p beli tiket bas lg, anak nak kena ambik cepat, dahlah tinggai kat umah orang, pastu org tu x payah buat benda lain, asyik nak jaga anak aku ja, orang pun ada life gak kan, kita kenalah guna akai dan pikiran, sok2 dia x mau jaga anak aku, ha baru padan masa tu.

dahlah nak kena cukupkan 7 hari kursus dlm setahun, ahhh x pa lah, kerana anak, aku korbankan kepentingan diri aku sendiri, nnt kalau kena soal kat akhirat, aku blh jawab aku dah laksanakan t/jwb aku sampai aku ketepikan kepentingan aku sendiri. ahhh dunia boleh cari kan, anak aku sorang ja, baik aku pentingkan dan dahulukan anak aku dlm segala hal.

mlm ni adik aku aka kawan eqy dah nak balik, tunggu esok dia nak mundar mandir sana sini mcm kucing hilang anak, sian dia x dak kawan... :(

14 comments:

AiNeRzA said...

ada jugak yang nak kena pelekung...esok kursus...hari ni baru cakap...kalo saya la...skang jugak sy cabut balik umah...nak uruskan semua...hihihihihihi

bukan datin said...

apakata hang pi "azan" skit kat telinga org yg bagi surat kursus tu hari ni. moga2 dia insap

attyfir said...

kalo kty pun harus bengang..

Anonymous said...

dah bertahun2 x de kursus :(

mrs shaifull said...

ainerza - saya x pegi kot, ada ka esok nak pegi ari ni baru bgtau, anak nak humban mana, gila kot

juedaniel - aku x azan mahupun ngaji, aku buat bodo ja, x p pun, lantaklah, borang aku yg kosong, bukannya borang depa

atty - tu lah pasal kty, keja last minute

has - samalah kita, tp bila dah ada, last minute plak dia bgtau :( huhuuu

ymn said...

isk isk .. x dapek lah hang employee if the year .. hahahaha ..
anyway ... pemeli 1st tu yg penting.. dr segalnya .. :)

mrs shaifull said...

YMN - x dpt pun x pe, x penah harap pun, family lg penting!! :)

Nurhayati said...

aduhai last minit baru tau kena p kursus.. leceh tul la jadi camni.. ingat leh pegi camtu ke.. banyak menda nak kena buat dan pikir.. kalau bagitau awal atleast leh plan kan.

nanadanny said...

betul!!! x yah la nak dok buat baik sangat pasai keje ni klu kite sendiri ada masalah, mcm aku dulu aku beriya2 keja, anak demam pn xpe tinggai ngan bibik, skrg aku dah malas, no point keja bermati2an, tp anak dmm org lain yg jaga, bos nak marah itu lain cite, anak lagi penting....

Azfaliza Abd Latif said...

ok gak 7 hari je..kat sini nak 10 hari..tahun lepas sempat 8 hari je..tahun ni dah nak masuk tahun baru masih 4 hari lagi..eh banyak nombor..ko paham dak apa yang aku cakap tu? ahahaha

p/s : mmg pernah korbankan kursus/bengkel/outstesen demi nak jaga anak kat umah..

kak hang said...

kenapa diaorang x panggei klinda pegi kursus????? marah nieeeee!!!!

mrs shaifull said...

yati - tu lah pasal, terkejut kena pegi kursus punya pasal, 2 ari tumbang x bgn2, nasib baik ada benda yg m'happy'kan dtg umah, thanks yati, nnt saya buat special n3 4 that :)

nanadanny - tadi bos call nak marah2 pasai pa x jawab call dia, mak aku call pun aku x jawab, mmg flat gila demam kali ni, ni pun sakit pala lg, ikut dan ja capai baju

az - lantak depalah, 7 ka 10 ka, sehari pun x p lg thn ni, x pedulilah takat dpt 0 tu :)

klinda - eee rasa nak marah betoilah, kalau depa panggei klinda kursus, klinda kena guna tiket sendiri, nak x???? pangggg

Diana Ishak said...

pun menyampah bila time outstation...keje tak seberapa penat je lebih.

mrs shaifull said...

green apple - ha akhirnya akak menjelma kat sini, apa lg, jgn tutup blog, p bukak balik, tolonglahhhhh...