aku kena tag dgn ymn. nasib baik gaklah, ada gak idea aku nak update blog pagi2 buta ni kan. first time aku confuse dgn jantina si ymn ni, tp sekarang aku dah yakin dan pasti, mcm mana aku tau, BIARLAH RAHSIA...hehehehee...siot kan?
1. Bekas kekasih saya adalah :
bykkkk, aku pun x tau yg mana 1 aku patut letak kat sini. :) wargahakhakah kang kalau aku letak semua pun, mesti org kata aku perasan diva plak, gila lah.
2. Saya sedang mendengar :
bos bercakap kat tepon dgn kuatnya. aku pun x tau, dia suka cakap kat telefon sekuat2hati, mcm org myanmar dlm train lrt. kalau dah kuat camtu sekali, aku rasa baik x yah guna tepon ja, baik tempik ja dr situ, kalau takat2 kat menara klcc tu, bila2 masa boleh dengaq aku rasa.
3. Mungkin saya patut:
tekup mulut dia ngan klorofom, biaq pengsan, aku boleh p sogo dengan senang hati. hehee tp nasib baik, pagi2 lg dia panggil aku masuk bilik, bgtau aku yg dia nak el hari ni, ada hal, x ke mendamaikan jiwa aku dengaq camtu.
4. Saya suka :
bila rifqy buat2 jalan mcm ayam sabung, tah x tau camna nak describe, aku rasa lawak sgt tgk dia buat camtu. bila lepas mandi, dia tgk aku tgh cari something, mesti dia tolong ambik sikat bg aku, isn't that sweet?
5.Sahabat-sahabat baik saya :
mr shaifull ngan rifqylah, tu lah sahabat, tu lah musuh, tu lah bantal peluk, tu lah bola, versatile bak kata omputih. :) hehehehe
6.Saya tak paham :
bila kak d bawak keluaq ayat2 sains dia, actually benda2 pasai keja dia, sbbnya sepatah pun aku x paham, kadang2 gelak bukan sbb dia buat lawak, tp gelak kat diri sendiri sbb x paham, tp nak gak baca blog dia, aku pun heran, dia bg dadah kot kat sapa2 yg p kat blog dia. dahlah sains pun dpt cukup2 mkn ja masa spm, x ke menyusahkan aku bila p kat blog dia?
7.Saya kehilangan:
kata2 bila berlawan ngan org yg bodoh sombong, bila org cakap x nak dengaq, nak pandai sendiri ja, byk betoi manusia jenis tu zaman ni, diaaaaa ja betoi, org lain semua x betoi. tu yg kadang2 aku hilang pertimbangan, rasa cam nak tampaq ja kepala sekoq2.
8.Ramai yang berkata :
tp ramai yg x mampu nak laksana. alah kalau setakat cakap ja, sapa pun boleh.
9.Makna nama saya :
si cantek manis :) wargahkahakhahak mesti ada yg dengki kan, aku tau ni. peduli apa aku, nak buat camna, mak ayah aku x dan nak selak buku nama2 islam, so x dan nak pilih nama yg baik cantek ada makna. alah kalau dah nama maksud yg mulia, tp merempit sana sini, x guna gak kan, sama gak ngan aku, kat akhirat nanti nama tu gak yg last kena panggei. lainlah nama tu maksud yg mulia, perangai pun mulia gak.
10.Cinta itu adalah :
permainan.
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
berak cirit, officer aku call tadi, dia mc hari ni, sbb cirit birit, food poisoning, ish selamatlah hang, kalau dak, hang mai office ja pagi2 dah kena hadap bos.
12.Saya akan cuba :
keluaq awai hari ni nak p sogo, sbb aku dah janji ngan bekas kekasih aku hari ni, nak jumpa dia kat sogo, nak beli barang sket, sbb petang ni nak balik kampung. ha lah, sapa lagi, mr shaifull lah, dia pun salah sorang bekas kekasih aku gak, tp dia punya level aku up sket, bekas kekasih tp dah jadi laki. x kan selama2nya aku nak kata dia kekasih aku kan, haruslah ubah status tu jadi suami.
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
hang ingat aku apa, kamus bergerak, dahlah banyak soalan yg boleh ubah pankreas aku nak jawab satu2, ni tanya maksud perkataan selamanya, apa ke bangang sangat hang ni sampai maksud selamanya pun hang x tau. meh sini aku tikam belakang ngan gunting.
14.Telefon bimbit saya :
mcm nak suruh beli baru ja, suka2 hati dia ja nak off nak on, lepas ni aku dah pasang niat, sahaja aku beli hp baru sbb hp ni rosak. tp tu baru niat, laksananya x tau bila lg, berjanggutlah tunggu.
15.Bila saya terjaga dari tidur :
mesti aku tgk muka rifqy dekattttt sgt ngan muka aku, kalau dulu, muka mr shaifull lah yg paling dkt bila bangun tidoq, la ni x boleh dah, mesti ada sempadan antara kami, elok ja si kecik tu panjat katil tgh2 malam nak tidoq kat tengah. so kalau ada apa2 urusan, sila langsaikan awal2 :) wargahkahakhakahka
16.Saya paling meluat apabila :
org suka mengata kat belakang, apa kalau hang dah berani sangat, mailah kutuk aku depan2, gentle lah sket kan, kutuk belakang apa barang
17.Pesta/Parti adalah :
aku bukan kaki clubbing, takat birthday party tu adalah. kat umah mimi, malu sgt sbb depa dok padan2kan aku ngan dia masa darjah 6, sampai konflik ngan sorang budak ni nama diana, sbb mimi tu boyfriend diana. last2 aku jadi best friend diana tu. masa p birthday party kat umah dia, dia siap main piano lg, konon2 tuju lagu kat kami yg p umah dia lah, lawak bila aku ingat balik benda tu
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
aku x suka haiwan.
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
terpulang pada cara aku aplikasikan setiap fasa umur aku tu, x kiralah masa kecik aku buli orang, masa sekolah menengah aku still buli orang lagi, sambil tu buat nakal serba sket, bila dah keja pun sama, alah biasalah manusia kan, so bg aku semua adalah seronok lah, tp bila dah keja ni, tension ooo sbb banyak utang, keliling pinggang, nasib baik aku x terjebak ngan along yg nak tolong tu, kalau x haru. mak aku selalu pesan, jgn pinjam along, lawaklah mak aku tu, ada ka dia p pesan benda camtu kat aku, nampak sgt x percaya kat anak sendiri.
20.Hari ini :
aku nak balik kg lepas keja nnt, balik ambik rifqy, terus balik. doakan perjalanan aku selamat p dan selamat balik kl ok, kengkawans.
21.Malam ini saya akan :
meredah hiway plus utk sampai ke kampung halaman. ish berapa kali mau bgtau ni, panggggg
22.Esok pula saya akan :
cutilah, dok kat kampung, tenangkan fikiran, sambil bergurau senda ngan mak ayah aku, :) hehehehehe...
23.Saya betul-betul inginkan :
duit yg byk, kalau aku dah ada duit byk, mcm2 aku boleh buat, boleh beli, x payahlah aku susah payah bangun pagi p keja, x perlu tinggai anak kat umah orang, best apa dok umah, kemas2 sket, boleh membongkang tengok tv ngan rifqy, dia tidoq aku pun lena sekali, heaven
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
baru aku perasan, come jugak aku ni :) wargahkahakhakha gila perasan
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
pusat membeli membelah, mmg aku suka, mana x suka, aku boleh tgk tu tgk ni, beli tu beli ni, makan tu makan ni, tp bila masuk bab arked permainan, letih o, buatnya rifqy guling nak beli tu beli ni, mau pengsan 4 5 kali aku kat situ. aku dah beli mcm2 mainan utk dia, biaq lah ayah dia plak beli, aku nak simpan duit nak beli bmw :) wargahkahakhaka ish panjangnya soklan tag ni, rasa nak bukak tingkap ni ambik nafas, tp nnt angin tolak, x pasai2 aku jatuh bawah plak
26.Makanan Barat atau Jepun :
alah sesekali tukaq selera apa salahnya kan, tp barat aku boleh layan lagi lah kot, jepun aku x penah try, sbb nampak mcm x merangsang selera aku pun
27.Bilik yang terang atau gelap :
bergantung pada keja yg aku nak buatlah, kalau dah nak menjahit seluaq koyak, x kanlah aku nak pilih bilik gelap kan, satgi x pasai2 aku tercucuk jarum kat p***k, ha sapa yg susah. kalau dah nak mmm, ha apa, ingat benda lucahlah tu, kalau dah nak lena, mestilah aku pilih bilik gelap, kalau sapa bukak lampu masa aku dah nak tidoq mmg aku pantang sungguh, aku sama ngan mak aku bab ni.
28.Makanan segera adalah :
makanan yg dibeli boleh teruih masuk mulut, kalau nak kena goreng bagai bukan makanan segeralah tu.
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
bye kat mr shaifull pagi tadi
30.Siapa yang anda nak Tag?
sapa2 yg rasa dia ada idea kreatif nak jawab soklan ni, silakanlah. ish aku nak rehat japlah, letih jawab byk soklan ni, mcm apa ja tag ni, lenkali sapa2 nak tag aku pastikan soklan x lebih dr 10, aku mengah o jawab tag ni panjang sgt, rasa nak lena pun ada ni.
4 comments:
hati2 balik kg.. balik utara ker??
anyway tq sbb jwb .. hahahaha
ymn - tq, insya-allah, yap, balik kg sendiri, bukan kg in law, yahoo balik kampung o o o balik kampung, welcome :)
yg suka jwb tag panjang2 ni mmg betui kak green apple tu, tp best, die jawab tu ada je lawak yg die nak buat...hehe
bebaik balik satgi...syioknya blk kg...
nanadanny - tu lah pasai, bila dia jawab tag, semua pakat pitam baca jawapan dia, x disangka2 betoi jawapan yg dia bg tu
Post a Comment