Saturday, August 22, 2009

skII facial treatment mask

mmg yg terbaek wa cakap lu. semalam saja la boring2 aku belek inTrend lama (ogos punya issue bg aku sudah lama sbb ari ni aku dah beli sept punya hehehh), aku bgn p belek muka aku plak kat cermin.

bila dah belek2 kat cermin, aduiii apa buruk sgt kulit muka aku ni, rasa cam sakai baru lepas cari kayu pun ada, durhhh dah nak raya ni (ooiii oiii posa pun x start lg), muka plak buat hal. ish ni mesti kes aku terlebih malas nak ikut 3 step tu, org pompuan mesti tau 3 step tu kan, malas aku nak explain kat sini. yg selalu aku buat pun step 1 saja la ni, tu pun sambil dengaq rifqy ketuk pintu bilik ayaq sambil "tom, tom".

sapa ajaq dia bg salam sampai ke pintu bilik ayaq pun aku x tau lah, setau aku, aku ngan mr shaifull bg salam waktu masuk umah ja, x penah plak kami masuk toilet pun bg salam. step 2 n 3 tu, kadang2 aku buat, kadang2 aku skip, tu lah malas punya pasal, x sedaq diri umur dah 30, nak gak buat sambil lewa. tp kdg2 bila rasa kulit mcm x berapa best, dan2 tu aku tenyeh facial treatment clear lotion ngan facial treatment essence.





tp semalam bila tgk kulit muka tu jd cam x best lg, aku p kelebek brg2 dlm "simpanan" aku, heheheheh thank god (chewah cakap omputih siut x sedaq rupa cerah sket ja dr arang), ada lg rupanya stok mask SKII aku, waaa lega, bila dah tempek, after 20 minutes dan2 tu hang rasa kulit muka radiant, smooth dan tah apa2 perkataan lglah, yg x reti aku nak elaborate kat sini(kata terer sgt).



so kengkawans, hangpa guna masker apa? ada x sapa2 nak bg idea utk aku menjana ekonomi aku sket selain dr masker SKII ni, ada masker lain yg lg best dan hasilnya marvellous x?

18 comments:

Miss Zahidah Zakaria said...

i've been using tia emilia product.
only sabun, toner and krim jeragat.
and the result is superb.
kalau akak tgk muka zaza 3,4 years ago, akak x kan percaya kot.
tenkiu so much tia emilia
hahaha
promote ;P

Zaila Mohamad said...

Samerlah ngan Haziq, asal nampak pintu jer..xkisahlah pintu bilik ke pintu jamban ke, kalo dia tengok bertutup, mesti dia nak ketuk & bagi salam..semekom...semekom..

Zaila pon malas nak amalkan 3 steps tu..tapi yang pasti cuci muka memang akan buat r pasal hari2 dok tonyoh muka ngan make up kan..tapi betol r..hari tu masa g beli lipstik kat booth Estee Lauder, apek SA dia cakap muka Zaila kusam je (cheh, padehal nak promote produk dia yang mahal nak mampus tu;)

Kadang2 terajin juga buat all those steps tapi kan, Zaila selalu noticed nanti muka Zaila akan naik jerawat & bernanah (kes teruk r) then tinggalkan parut (xsuke)..so does somebody leh jeaskan tak nape?? Zaila salah buat step ke??? Confused2..hihihihih

Terpanjanglah plak comment ni..maklumlah boring pasai hari ni poser kan..kang g makan batal lak poser ni..hihihihi..

tapi muka akak lawa je Zaila tengok

Anonymous said...

has pakai clinique dermawhite brightening moisture mask. pjg lak nama nye. x nampak kesan br sekali pakai. dpt free aja ni. tp myfav. tetap St Ives Mineral Clay Firming Mask!!!

PriNceghOstz said...

hehee,,
pekatnyer bhasa..
owg kedah ek..

mrs shaifull said...

zaza - wahhh ni kena mintak royalti ni, siap tlg promote lagik, samalah kita dik, muka 4 5 thn lepas mmg x semenggah langsung :)

mrs shaifull said...

zaila - jgn terpedaya ngan tipu helah mereka2 itu, diaorang mmg camtu, suka hati je kata muka pucatlah apa lah, pastu promote blusher dia, tp blusher dia best gak :) heheheh..

mrs shaifull said...

has - st ives tu ramai gak yg pakai, nak try lah nnt, murah sket, x lah terkehel nak membayaq :)

mrs shaifull said...

princeghostz - bukan, perlis :)

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

kita pakai mask st ives jer ..heh..heh..

Anonymous said...

itulah dia...ada petua org tua2 taknak guna...semuanya nak perabihkan boreh je belikan produk yg mahal2....duit tu buat simpan utk kegunaan masa depan lg elok...guna lipstik n guna bedak cap amoi dah lah...jimat tu...mcm produk SK11 tu asal nya dr beras...try setiap kali bukak periuk nasik kat dapur tu tadah muka biar kena wap nasik tu....hari2 buat n cukup sepurnama pasti wajah beseri giler...tak caya coba torai......jgnlah mbazir duit anda

mrs shaifull said...

diana - tu lah, ramai kata st ives tu ok kan, nnt nak try ok :)

mrs shaifull said...

anon - tu pun kalau masa depan tu ada lg nnt, kalau dah padam, org lain yg guna duit tu, baik habihkan sekarang.

err kecoh2 pg buta suruh org sahur, en anon puasa ke ari ni???

bukhairiah said...

mmg akui la ..kulit ct mg santekk..jeles tau..

Mrs Azuhaizat said...

ct, muka hang elok licin ja aku tengok, baik stay ja dgn skII...muka aku ni yg susah sikit pakai apa pun tak elok-elok agaknya sbb malas sama kot...

mrs shaifull said...

mrs bubu - aipp ni dok merepek apa ni ha??? mcmlah "dia" penah tgk "kita" dekat2 :) nnt kalau pegi melaka, kita jumpa, ada berani?

mrs shaifull said...

mrs azuhaizat - cuba mai tgk 4 thn lepas, muka budak form 2 pun kalah ngan muka aku, nasib baik lepas 10 jenama di pasaran (betui x tipu) aku try, bila jumpa dgn yg ni, baru ok, kalau x, aku pun ngeri nak tgk cermin, x caya tanya shaifull

CiKaYu said...

saya pun guna mask tu. bagi saya berbaloi dgn wang yg dikeluarkan. cik ct ada pegi buat facial dia tak? superb. pastu muka rasa cantik banget lah (perasan sendiri). cuba lah buat facial di mana-mana kaunter terpilih. dah cam org iklan lak.

mrs shaifull said...

cikayu - facial? belum pernah cuba, sbb dia nak kita ada set complete sendiri kan? correct me if im wrong