Friday, July 17, 2009

lip gloss



cantek kan?



yg ni pun cantek gak. pic dr sini

tp malangnya adalah sgt x sesuai kalau aku guna bendalah ni semua, aku pun heran, entah apa sumpahan tah ngan aku ni, mmg x molek langsung kalau aku pakai lipgloss. tp mmg aku teringin sgt nak tenyeh sapu bibir aku ngan lipgloss, tp tu lah, bagai dikata lah, aku terkena sumpahan apa tah, langsung x kena ngan aku, ke aku yg x reti guna ke ada sbb lain ha?

tolong bg pendapat ye kawan2...tenkiu

wishlist

kalau nak tempek kat sini wishlist aku, bukan setakat aku boleh pengsan, mr shaifull aku rasa 16 kali pengsan 13 kali pitam, mmg mcm2 yg aku betul2 perlu buat masa ni, bukan kehendak, tp keperluan.

tp sebagai isteri yg sangatlah boros jimat cermat (read= x dak duit), aku kiv dulu semua wishlist tu dlm kepala otak aku, tp ni pesanan utk mr shaifull, kalau dia nak tgk wishlist tu, dialu2kan, bukan setakat aku simpan dlm kepala otak aku berjambul, tp ada dlm notebook gedik aku yg aku simpan kat dlm henbeg, rajin2lah melawat hikhikhik...

mmg byk yg aku perlukan di saat2 ni, tambah2 nak menjelang raya, tp aku dah bgtau awai2 kan, ni bukan kehendak, tp keperluan. tp kan, being me, sometimes aku pun x lah sepanjang masa cerdik dan pandai utk mempergunakan org. ada waktu2 dan ketikanya, aku jadi amat bengap. kalau aku bgtau mak aku, dah 16 kali dah aku dpt perkataan bodo. sbbnya:


dialog 1

sb : sayang, esok awak pegi mana?

sn : pegi mana, x pegi manalah (poyo)

sb : ye lah, kan awak selalu keluar ari jumaat

sn : x pegi mana2 lah, penat, nak tido je kat surau


dialog 2 (masa nak bye2 pg tadi)

sb : awak ada duit x?

sn : ada, 3 ringgit (poyo lg)

sb : nah ambik ni (sambil ambik wallet)

sn : x payah, ari ni ada jamuan, x kuar ah, malas, nak tdo, bye (terus tutup pintu keta, sambil bubye kat dia)

sb : nahlah

sn : tunjuk2 tgn x nak (minah ni mmg bengap)

sb : terus drive sambil tgn kirai2 duit utk lambai kat bini dia

bini sapalah yg bodo tertib sgt tu?


dialog 3

w : akak, lunch nnt akak pegi mana

me : x pegi mana lah, w nak kuar ke?

w : nak kuar gak, tp x de kawan

me : ala, kalau pegi sogo bestkan, dpt beli lipstick

w : jomlah kak, masa ni x de org, belum payday lg

me : waaaaa akak x de duit (PADAN MUKA KAU LABU!!!)


moral of the story - jgn jual mahal, kalau mahal sgt, camnilah padahnya. buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali, karam singh walia utk buletin utama. waaaaaaa awatlah aku x ambik je duit tu tadi, kalau tido kat surau sekalipun x salah kan pegang duit byk2, tp masalah pulak bila nak kuar pegi sogo, tp x de duit dlm poket!!!



aku suka gambaq ni, walaupun x dak kena mengena ngan ini cerita :) wargahkahakhakah

Thursday, July 16, 2009

walaupun mc...

mr shaifull gigih gak membawak adik aku p tgk transformers, oh aku sgt terkilan sbb x ikut. tp mmg aku penat gila siot, x tertahan2 bijik mata aku ni, dgn badan rasa berat, depa melangkah ja kluaq umah, aku dgn rifqy apa lg, terbongkang kat depan tv, rifqy pun sampai terlena kat sebelah aku, dgn kepala lori euro yg klinda bg ari tu.

mmg x bergerak2, sampailah nak dekat kul 5.30 baru kami 2 org terbangun. bangun ja apa lg, barulah rasa kesal dan sesal sbb x ikut mr shaifull tgk en transformers tu, apa lg, laju ja jari aku tekan urup2 kat hp, sms mr shaifull, suruh dia bawak balik popcorn, huhuuu walaupun takat tgk buletin utama sambil makan popcorn, at least aku boleh feeling ala2 tgk wayang kan :( waaaaaaa

pinggang aku pun buat hal lg, semalam dpt mc, dr bg ubat, dia kata try medication dulu, kalau x jalan jugak, kena p x ray sbb dia takut kalau2 slip disc, sbb kaki dan tangan aku pandai plak kebas2 kebelakangan ni. menakutkannnnn. tp apa2 pun, aku harap nothing serious lah pasai pinggang aku tu, rasanya aku masih memerlukan kaki dan tangan aku bergerak seperti biasa, amiin.

balik ari tu bersuka ria kat dusun durian, makan durian kat dusun, sambil luruh plak 2 3 bijik, heaven wa cakap lu. mmg sedap gila tiap2 ulas yg aku makan tu, bukan mcm yg beli kat tepi jalan kat country homes tu, hampeh (sila jeles).

warggghhhh ngantok plak, baru lepas makan, tp aku rasa cam badan aku x best, x tau sbb apa, tekat perit gila, seolah2 org nak kena flu, mata pedih, adakah aku nak kena sakit mata, apakahhhh???

p/s - mr shaifull kata nasib baik aku x ikut tgk transformers kalau x mesti bercucuran air mata aku tgk optimus prime mati, benarkah begitu atau itu hanya en jamil punya auta sbb x nak bawak aku tgk wayang???

cuti yang x dirancang

lain yg di plan, lain yg jadi.

actually apply cuti utk last friday saja, tp di"drag" sampai ke semalam, ari rabu. sumpah x sangka jadi camtu. :)

ari jumaat bersuka ria kat kg, ari sabtu pun suka ria lg, tp setakat kul 3 ptg ja, lepas tu bermulalah episod "sakit" mr shaifull. sesuatu telah menyerang dia lepas kami balik dr majlis kawen kat umah sedara mak. ingatkan lepas tu panjang lg langkah kami nak p ke sana dan ke sini, sekali bila dah jadi camtu, terus tukar plan asal, dr nak p ziarah ngah aku, tukaq ke klinik plak.

aku bawak dia ke klinik, tp still x ok lg, petang tu, aku mintak adik aku teman, tolong pegangkan rifqy, sbb kalau tinggai dia kat umah, habih kucar kacir umah mak aku nnt, satu keja pun x jadi. so adik aku tolong pegangkan dia, aku plak drive, kami p singseh. balik dr singseh, dia dah mkn ubat tu, still x ok lg, malam tu ayah ngan mak bawak dia ke hospital plak.

balik dr hospital, kena injection, esoknya tu still sakit lg, x boleh jadi, patutnya ahad pagi tu dah nak balik, tp dah jadi camtu, terpaksa postponed ke isnin lah. sudahnya pagi isnin baru balik kl, tu pun adik aku ikut, tolong drive utk kami, sbb mr shaifull x larat nak drive, aku plak mana nak pegang anak lg, mana nak drive lg, dahlah dia asyik ke depan ke belakang ke depan ke belakang.

nasib baik adik dah abis kelas, kalau x, sambung lglah cuti kami ni. dahlah cuti aku pun tinggal di ujung tanduk, lepas ni raya ambik mc lah jawabnya aku. :( huuhuuuu...

utk kawan2 yg dah singgah ke blog ni, tp x de update, sorry sangat2, aku x sengaja. dan utk kawan2 yg dah tinggalkan komen, pun tima kasihlah. nnt aku reply balik ok. dan utk follower baru yg 3 org tu, terima kasih gaklah. :)

Thursday, July 9, 2009

sian anak mommy

gambaq x sempat diambik, nnt aku tempek ok.

sian dia, semalam sampai ja, mcm biasa aku bg salam, senyum ja dia bila nampak aku, dan2 tu nak mintak beg kat wan dia, nak balik. sekali kak ruby bgtau aku, hari ni x happy la t (ct), naper kak aku tanya. nabill jatuh. masa tu jantung aku dah sampai kat tapak kaki, mr shaifull plak walaupun aku x toleh tgk muka dia, aku tau dia marah.

tp biasalah dia, marah pun ttp boleh senyum gak. aku pun control gak lah, sbb depa jaga anak aku mcm cucu sendiri. semalam rifqy jatuh terkena sofa jati, mmg "bertelur" lah kepala anak aku. dua tiga kali mr shaifull dok ulang2 kat situ, next time kalau jatuh lg, letak ais, letak ais. mmg kesian sgt tgk muka dia.

pastu bila org cita2 mcm tu, dan2 tu dia muncung mulut nak cium aku, sian sgt kat dia. tp aku rasa mmg kuat gaklah kena, sbb bertelur, pastu mcm pecah darah kat dahi dia tu. nasib baik kena kepala, kalau kena mata. ish nauzubillah. jgnlah jadi camtu anak aku. x pa lah, nak buat camna, lelaki mmg lasak kan. apa pun, kalau boleh jgnlah ada ke 2 kali. :(

kelas tuisyen

errr bila nak update blog ja, dan2 tu aku rasa nak ambik tuisyen dgn kak d, errr akak ada bukak kelas tuisyen utk update blog x?

ish kalaulah dia ada buat kelas, mmg dah lama aku join, even yuran dia masak selama sebulan utk kak d pun, aku sanggup. tp yg aku x tahan nak follow dia tu, bila dia bawak keluaq ayat2 hampagas yg aku x penah terpk pun selama aku hidup ni, tp bila dia sebut ja benda tu, dan2 tu aku blh pulak terpk, awatlah aku x buat mcm ni selama ni.

err akak, kalau2 rasa nak buat tuisyen, panggil saya ok. :) heheheheh...

aku nak blk kangaq hari ni, lepas office, balik ambik anak, chow. sapa2 nak ikut? monday baru ada update, insya-allah. bye semua, take care. adios

eee hanginnya aku...

ya aku tengah hangin, atas dan bawah, ya lah, what do u think, manusia mesti kentut kan, kalau x kentut, bukan manusia namanya tu :) hehehhee...

hari ni, dgn rasa berhemah dan bersopan santun, aku menghayun langkah ala2 moonwalk catwalk aku ke sogo, ya lah, dan janji ngan mr shaifull, nak beli barang utk anak buah aku, sambil berjalan aku dah niat, sahaja aku p sogo nak beli barang utk along, bukan utk aku.

dan sebelum aku p tu pun, aku dah setkan diri aku, bwk duit mmg cun2 utk beli barang tu dan jugak utk makan, selebihnya aku simpan ja kat dlm purse, purse plak aku tinggai ja kat locker aku, locker plak aku dah kunci, kunci dia plak aku dah buang jauh2 dr ingatan aku. ya lah, org tengah berhemah kan, nak savekan duit. sampai ja kat sogo, terus p tempat tujuan, beli dan terus belah.

mr shaifull tanya nak makan kat mana, mcm2 tempat dia suggest kat aku, last2 dia sendiri buat keputusan, kalau nak jalan ke sana sini, dah pukul 1, kul 2 dia ada keja plak, argghhh susah2 sgt, makan kat dlm ni ja lah. aku pun apa lg, sesi mengepow suami, kan aku dah pesan ari tu, dlm sehari, sekali kita kena pow suami, kalau dak, x sah. :)

aku ajak dia pekena nando's, senang. lepas ja makan, dia dah nak balik, aku plak, kebetulan bos cuti kan, gatailah p***k aku nak jalan2 dulu tgk barang. aku pun pusing2lah kat atas tu, tempat baju, mr shaifull dah balik dulu. tgh aku syok2 punggah barang kat centre atrium sogo tu, hp aku bunyi. ish sapa plak dah ni, mak, ayah, atau laki aku???

oh mr shaifull rupanya.

me : hello

mr s : sayang, awak kat mana?

me : kat tempat tadilah, saja tgk2 barang

mr s : awak nak beli baju ke?

me : mm saja je tgk

mr s : kalau awak nak beli, belilah, guna duit awak dulu, balik nnt claim ngan abg

i was like, what ruginya aku???? waaa sedihnya

me : x pe lah, i x bawak duit pun, semua i tinggal kat purse

mr s : hehehhe..nasiblah, oklah bye

me : bye

tgk, bila aku nak berhemah dan bersopan santun dlm bab2 shopping ni, ada plak org "suruh" beli, bila aku x nak disuruh, bila aku nak, x dak sapa nak sponsor, ish lebai malang betoilah nasib ni. x pa, mega sale kan lama lagi, err offer tadi bukak sampai bila bang??? i'm ready, anytime, anywhere, anyhow.. :) heheheheh...

tag dr ymn :)

aku kena tag dgn ymn. nasib baik gaklah, ada gak idea aku nak update blog pagi2 buta ni kan. first time aku confuse dgn jantina si ymn ni, tp sekarang aku dah yakin dan pasti, mcm mana aku tau, BIARLAH RAHSIA...hehehehee...siot kan?


1. Bekas kekasih saya adalah :

bykkkk, aku pun x tau yg mana 1 aku patut letak kat sini. :) wargahakhakah kang kalau aku letak semua pun, mesti org kata aku perasan diva plak, gila lah.

2. Saya sedang mendengar :

bos bercakap kat tepon dgn kuatnya. aku pun x tau, dia suka cakap kat telefon sekuat2hati, mcm org myanmar dlm train lrt. kalau dah kuat camtu sekali, aku rasa baik x yah guna tepon ja, baik tempik ja dr situ, kalau takat2 kat menara klcc tu, bila2 masa boleh dengaq aku rasa.

3. Mungkin saya patut:

tekup mulut dia ngan klorofom, biaq pengsan, aku boleh p sogo dengan senang hati. hehee tp nasib baik, pagi2 lg dia panggil aku masuk bilik, bgtau aku yg dia nak el hari ni, ada hal, x ke mendamaikan jiwa aku dengaq camtu.

4. Saya suka :

bila rifqy buat2 jalan mcm ayam sabung, tah x tau camna nak describe, aku rasa lawak sgt tgk dia buat camtu. bila lepas mandi, dia tgk aku tgh cari something, mesti dia tolong ambik sikat bg aku, isn't that sweet?

5.Sahabat-sahabat baik saya :

mr shaifull ngan rifqylah, tu lah sahabat, tu lah musuh, tu lah bantal peluk, tu lah bola, versatile bak kata omputih. :) hehehehe

6.Saya tak paham :

bila kak d bawak keluaq ayat2 sains dia, actually benda2 pasai keja dia, sbbnya sepatah pun aku x paham, kadang2 gelak bukan sbb dia buat lawak, tp gelak kat diri sendiri sbb x paham, tp nak gak baca blog dia, aku pun heran, dia bg dadah kot kat sapa2 yg p kat blog dia. dahlah sains pun dpt cukup2 mkn ja masa spm, x ke menyusahkan aku bila p kat blog dia?

7.Saya kehilangan:

kata2 bila berlawan ngan org yg bodoh sombong, bila org cakap x nak dengaq, nak pandai sendiri ja, byk betoi manusia jenis tu zaman ni, diaaaaa ja betoi, org lain semua x betoi. tu yg kadang2 aku hilang pertimbangan, rasa cam nak tampaq ja kepala sekoq2.

8.Ramai yang berkata :

tp ramai yg x mampu nak laksana. alah kalau setakat cakap ja, sapa pun boleh.

9.Makna nama saya :

si cantek manis :) wargahkahakhahak mesti ada yg dengki kan, aku tau ni. peduli apa aku, nak buat camna, mak ayah aku x dan nak selak buku nama2 islam, so x dan nak pilih nama yg baik cantek ada makna. alah kalau dah nama maksud yg mulia, tp merempit sana sini, x guna gak kan, sama gak ngan aku, kat akhirat nanti nama tu gak yg last kena panggei. lainlah nama tu maksud yg mulia, perangai pun mulia gak.

10.Cinta itu adalah :

permainan.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :

berak cirit, officer aku call tadi, dia mc hari ni, sbb cirit birit, food poisoning, ish selamatlah hang, kalau dak, hang mai office ja pagi2 dah kena hadap bos.

12.Saya akan cuba :

keluaq awai hari ni nak p sogo, sbb aku dah janji ngan bekas kekasih aku hari ni, nak jumpa dia kat sogo, nak beli barang sket, sbb petang ni nak balik kampung. ha lah, sapa lagi, mr shaifull lah, dia pun salah sorang bekas kekasih aku gak, tp dia punya level aku up sket, bekas kekasih tp dah jadi laki. x kan selama2nya aku nak kata dia kekasih aku kan, haruslah ubah status tu jadi suami.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :

hang ingat aku apa, kamus bergerak, dahlah banyak soalan yg boleh ubah pankreas aku nak jawab satu2, ni tanya maksud perkataan selamanya, apa ke bangang sangat hang ni sampai maksud selamanya pun hang x tau. meh sini aku tikam belakang ngan gunting.

14.Telefon bimbit saya :

mcm nak suruh beli baru ja, suka2 hati dia ja nak off nak on, lepas ni aku dah pasang niat, sahaja aku beli hp baru sbb hp ni rosak. tp tu baru niat, laksananya x tau bila lg, berjanggutlah tunggu.

15.Bila saya terjaga dari tidur :

mesti aku tgk muka rifqy dekattttt sgt ngan muka aku, kalau dulu, muka mr shaifull lah yg paling dkt bila bangun tidoq, la ni x boleh dah, mesti ada sempadan antara kami, elok ja si kecik tu panjat katil tgh2 malam nak tidoq kat tengah. so kalau ada apa2 urusan, sila langsaikan awal2 :) wargahkahakhakahka

16.Saya paling meluat apabila :

org suka mengata kat belakang, apa kalau hang dah berani sangat, mailah kutuk aku depan2, gentle lah sket kan, kutuk belakang apa barang

17.Pesta/Parti adalah :

aku bukan kaki clubbing, takat birthday party tu adalah. kat umah mimi, malu sgt sbb depa dok padan2kan aku ngan dia masa darjah 6, sampai konflik ngan sorang budak ni nama diana, sbb mimi tu boyfriend diana. last2 aku jadi best friend diana tu. masa p birthday party kat umah dia, dia siap main piano lg, konon2 tuju lagu kat kami yg p umah dia lah, lawak bila aku ingat balik benda tu

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

aku x suka haiwan.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

terpulang pada cara aku aplikasikan setiap fasa umur aku tu, x kiralah masa kecik aku buli orang, masa sekolah menengah aku still buli orang lagi, sambil tu buat nakal serba sket, bila dah keja pun sama, alah biasalah manusia kan, so bg aku semua adalah seronok lah, tp bila dah keja ni, tension ooo sbb banyak utang, keliling pinggang, nasib baik aku x terjebak ngan along yg nak tolong tu, kalau x haru. mak aku selalu pesan, jgn pinjam along, lawaklah mak aku tu, ada ka dia p pesan benda camtu kat aku, nampak sgt x percaya kat anak sendiri.

20.Hari ini :

aku nak balik kg lepas keja nnt, balik ambik rifqy, terus balik. doakan perjalanan aku selamat p dan selamat balik kl ok, kengkawans.

21.Malam ini saya akan :

meredah hiway plus utk sampai ke kampung halaman. ish berapa kali mau bgtau ni, panggggg

22.Esok pula saya akan :

cutilah, dok kat kampung, tenangkan fikiran, sambil bergurau senda ngan mak ayah aku, :) hehehehehe...

23.Saya betul-betul inginkan :

duit yg byk, kalau aku dah ada duit byk, mcm2 aku boleh buat, boleh beli, x payahlah aku susah payah bangun pagi p keja, x perlu tinggai anak kat umah orang, best apa dok umah, kemas2 sket, boleh membongkang tengok tv ngan rifqy, dia tidoq aku pun lena sekali, heaven

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

baru aku perasan, come jugak aku ni :) wargahkahakhakha gila perasan

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan

pusat membeli membelah, mmg aku suka, mana x suka, aku boleh tgk tu tgk ni, beli tu beli ni, makan tu makan ni, tp bila masuk bab arked permainan, letih o, buatnya rifqy guling nak beli tu beli ni, mau pengsan 4 5 kali aku kat situ. aku dah beli mcm2 mainan utk dia, biaq lah ayah dia plak beli, aku nak simpan duit nak beli bmw :) wargahkahakhaka ish panjangnya soklan tag ni, rasa nak bukak tingkap ni ambik nafas, tp nnt angin tolak, x pasai2 aku jatuh bawah plak

26.Makanan Barat atau Jepun :

alah sesekali tukaq selera apa salahnya kan, tp barat aku boleh layan lagi lah kot, jepun aku x penah try, sbb nampak mcm x merangsang selera aku pun

27.Bilik yang terang atau gelap :

bergantung pada keja yg aku nak buatlah, kalau dah nak menjahit seluaq koyak, x kanlah aku nak pilih bilik gelap kan, satgi x pasai2 aku tercucuk jarum kat p***k, ha sapa yg susah. kalau dah nak mmm, ha apa, ingat benda lucahlah tu, kalau dah nak lena, mestilah aku pilih bilik gelap, kalau sapa bukak lampu masa aku dah nak tidoq mmg aku pantang sungguh, aku sama ngan mak aku bab ni.

28.Makanan segera adalah :

makanan yg dibeli boleh teruih masuk mulut, kalau nak kena goreng bagai bukan makanan segeralah tu.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

bye kat mr shaifull pagi tadi

30.Siapa yang anda nak Tag?

sapa2 yg rasa dia ada idea kreatif nak jawab soklan ni, silakanlah. ish aku nak rehat japlah, letih jawab byk soklan ni, mcm apa ja tag ni, lenkali sapa2 nak tag aku pastikan soklan x lebih dr 10, aku mengah o jawab tag ni panjang sgt, rasa nak lena pun ada ni.

Wednesday, July 8, 2009

michael jackson, rest in peace...

actually, tajuk di atas x dak kena mengena langsung dgn n3 aku ni, keji x aku? sila cebik mulut.

aku nak cerita pasai zaman kecik aku dulu. masa kecik aku selalu ditimpa kecederaan, paling byk kat lututlah. tu sbb lutut aku la ni dah x cun, sbb dah naik hancuq asyik jatuh ja dulu. pada sapa2 yg ada anak pompuan tu, sila ambil langkah berjaga2, jgn jadi cam aku, nnt anak hangpa dah besaq, x leh pakai skirt pendek :) heheheh...

dulu2 kalau dah abis exam, ni masa primary school lah, mesti main saidina dlm kelas, tu pun seingat aku kawan aku merangkap anak cikgu bahasa inggeris aku yg bawak, karl christopher gregory. aku x tau kat mana dia la ni. main pun pilih2, ada yg boleh main, ada yg x boleh, maklumlah, dlm kelas tu ada berapa puluh org, satgi kalau dah semua nak main, habih tu x payah balik umahlah, main ja lah saidina tu sampai malam, eee aku x nak, takut.

kalau x main saidina pun, mesti main batu 7 (ala2 batu seremban), main ni kalau dgn budak lelaki selalu nak tipulah. yg paling aku ingat, asmunir asmat, dia suka kacau bila time budak2 pompuan main, bila bagi dia join sekali, mesti sah2 kami kena tipu, bila dah tipu, ada yg kena tabuh ngan aku. aku kecik2 dulu gangster, sapa silap sket ja ngan aku, kalau x tabuh, aku tendang, kalau x tendang, aku balun ngan pembaris panjang tu.

aku pun x tau dr mana aku dpt ilmu silat camtu, padahai anak bongsu (bongsu x jadi, hisshh). nasiblah bila dah meningkat dewasa sket aku x jadi camtu, kalau x sia2 ja aku kena p henry gurney masa secondary :( x pun, mesti mr shaifull masuk dlm metro front page lg, suami dipukul isteri :) wargahkahakhak kesian. masa kecik dulu, mana ada mainan mcm budak2 la ni, boleh beli kat toy r us bagai, lgpun kat perlis mana ada kan??? nak beli baju raya pun, seingat aku mesti ayah angkut kami p aloq setaq, kalau kat perlis, x byk choice, ya ka x byk choice, ataupun x dak choice langsung.

mcm budak2 la ni, untung, dpt beli mcm2 mainan, fisher pricelah, playskool lah, aku dulu mana ada, tu sbb aku x berapa nak beli sgt brg2 mainan byk2 kat rifqy, mana boleh dia lebih dr aku, mestilah sama level ja ngan aku kan, barulah daya kreativiti dia tinggi mcm aku, barulah boleh imaginasi mcm2. alah boleh apa, aku dulu boleh ja imagine botoi bedak mak aku mcm microphone, pastu buat nyanyi lagu ramlah ram. ha kan daya kreativiti tinggi camtu. :)

lg 1 mak aku suka beli buku cerita mcm2 dulu, bykkkkkkk, aku siap bwk buku tu keliling kampung dgn cousin, pastu bg org pinjam, siap ada kad pinjaman lg, ala mcm kat library tu, pastu nnt kutiplah balik bila org tu dah abih baca, hishh bodoh ja bila aku ingat balik.

kalau bab naik basikal, mesti x nak kalah, dah berapa kali aku terbang ngan basikal kakak aku x taulah, sbbnya laju sgt, bab kaki berdarah, lutut berdarah tu perkara biasalah, kalau zaman la ni, dah boleh dikira merempit gaklah aku ni. tahlah, aku mmg lasak la masa dulu2, tp bab sukan2, no way, aku x suka duduk kat tengah panas, baling bola sana sini, pastu baling dlm net, apa barang, x ganas la main tu semua.

lari berganti2??? bukan aku lah, baik aku dok ja kat tepi padang, tgk org main, sambil minum ayaq sirap ngan layan kuih bantal, lg best. ketiak aku pun x basah, ni kalau main lari2 tu, dah tentu ketiak basah, balik satgi mesti masam ja kan, hish x sukalah.

bila diingat balik, lor mcm tu rupanya masa kecik aku dulu, tp tu sket ja, kalau aku cerita semua, mau nangeh org yg baca blog ni satgi. ish dahlah, dah 1 suku, nak rehat jap, esok ada date ngan boyfriend, nak p sogo, ada barang nak dibeli sblm balik kampung o o o balik kampung o o o balik kampung hati girangggggg.

manis masa bercinta :)

masa bercinta :

~ walaupun jauh beribu batu, tp bila tgh cakap tepon, boleh pulak suruh tgk bulan, konon2 walaupun jauh, tp tetap tgk bulan yg sama :)

~ pagi2 buta, siap buat wake up call, takut x bgn p office, kalau x p office, x dpt antaq email panjang berjela, x dpt chatting kat mIRC (nurul, ingat x?)

~ pagi, kul 10, kul 12, kul 2, kul 4, kul 5, kul 7, kul 10, asyik call ja nak tau perkembangan masing2 sampai lah bil telefon melambung riban riban, x kisah, bayaq ja, mmg x kisah langsung ngan duit masa tu, gila

~ kalau dating, harus ambik cuti seminggu direct, maklumlah cinta jarak jauh, haruslah dating seminggu terusss menerusss, mana blh asyik tgk org lain ja dating kan?

~ kalau dah boring kat kl, sekali sekala keluaq dr kl, pangkor contohnya :) masa tu rasa dunia ni berhenti berputar pun x pa, sbbnya kalau hari x berganti, x payah balik kl, x payah masuk office, x payah berpisah jauh2, sengsara o dulu2 masa nak berpisah, punyalah jauh rasa, bila ckp telefon pun, kalau boleh nak menyelit masuk dlm hp tu, x pun terbang ja terus sampai ke sana

~ aku penah buat keja gila uols, masa tu cuba call dia tp x berjawab, bara x? last2 aku bgtau kengkawan aku, dny n nurul, aku nak fly ke kuching hari tu gak, dny "merestui" pemergian aku, asalkan aku pandai jaga diri, sbb masa tu kami dah bertunang, tp nurul mati2 x bg aku p. kebetulan hari tu adalah xmas, thn 2002, aku ingat lg, aku call MAS, tp fully booked, tp aku bernasib baik, ada 1 seat kosong, tp business class, business pun business lah, asalkan aku sampai kch, dekat 400 aku bayaq, dahlah nak bayaq hotel lg, tp masa tu x pa, x dak komitmen, so sila gunakan duit ke jalan yg disukai, kalau la ni, guna duit ke jalan yg diredhai sahaja :) tiket tu one way beb, masa balik, aku pow mr shaifull, :) wargahakhakah sapa suruh x jawab my phone call. tp alhamdulillah, nasib baik aku p gak masa tu, sempatlah aku jumpa arwah nenek utk kali terakhir, sbb arwah nenek meninggal hari kami akad nikah kat perlis :( 31/1/2003, walaupun menggatal, tp ttp x stay umah tunang tau, ttp stay kat hotel, malu lah, baru bertunang, x confirm lg kan, kalau dah confirm, barulah ok

~ selalu tgk midnight, pastu balik umah dlm kul 3 4 pagi camtu, kul 7.30 PAGI dah terpacak balik depan hotel tempat dia stay tu, nak dating lg, indah saat tu bila dikenang :) warghakahakhakha bfast sama2, lunch sama2, dinner sama2, supper sama2, heaven

~ dulu sampai terlena kat "kerusi urut" kat subang airport, punyalah letih asyik dating ja, sampaikan bila nak antaq dia balik, boleh pulak dua2 orang terlena kat situ, celik ja bijik mata, dah penuh orang, lor malunya, nasib baik x meleleh ayaq liuq :) kuikuikui

mcm2 lagilah, kalau nak type kat sini, rasanya sampai dah tumbuh uban penuh kat kepala aku ni pun x abih kot, tp mmg syoklah masa2 tu. actually sampai la ni pun syok lg, syok apa, dpt gaduh tiap2 hari. dlm keta, balik umah, tgk tv, mcm2lah blh dijadikan punca gaduh, kalau x dak sbb, aku carilah sbb dan musabab sampai boleh gaduh ngan dia, sapa suruh dia layan aku, lagilah menjadi perangai nak carik gaduh aku. hehehehe...dah sampai sorang anak pun, masih lg xtvt yg sama, err cuma xtvt pusing2 meja makan ja dah x buat, eh tp buat gak kadang2 tu sambil dukung anak, boleh keluaq peluh :) wargahkahakhaka